Cerita kali ni, sebenarnya aku pun tak tahu nak mula kat mana. Banyak yang aku draft tapi sekerat jer then aku mesti tak sihat. Drama kan aku ni? Maklumlah duk musim kejap panas, kejap hujan ni. Urat pun kembang kuncup ler jadinya. Jadi, untuk mudahkan cerita, lepas dah macam-macam ikhtiar yang aku dah usahakan dengan husband untuk membaik pulih kesan dari gangguan, makanya kami decide untuk cuba kaedah pindah rumah. Dipendekkan cerita, kami pilih lokasi terhampir dengan Acik aku yang belah abah. Konon-kononnya kalau ada ape-ape, dia ada boleh jengukkan.
Rumah kat KL ni kami biarkan je tak berpenghuni. Biar setan-setan tu mereput tunggu kami balik rumah hahaha (Ok. Ni aku melawak jer). Actually kami gilir-gilir rumah. Kalau kaedah berpindah ni menjadi, kami plan nak bermaustatin secara tetaplah di rumah No.10, Denai Alam tu. Phase mana jangan ditanya. Hari berganti hari, masalah utama kami kat sini ialah jarak husband nak pergi kerja sebab dia punya office di Bukit Bintang. Ibarat habis zikir lepas solat Subuh, dah terus kena gerak ke office. Sedangkan kat rumah lama around 30 minit jer ke office waktu pagi. Bila duk jauh, even pergi office awal, still husband aku balik after Maghrib. Jarang-jarang adalah dia balik awal bila time kena jumpa clients.
Berbalik pada rumah, nak kata awal-awal takde gangguan, memang rasanya takde gangguan jelas walaupun telinga aku selalu berdesing dan terdengar suara anak menangis padahal anak sedang nyenyak tidur. Tapi, sebab aku nekad nak pulih and aku lebih suka anggap tu mainan perasaan sebab dah terbiasa dengar suara anak. Tambahan pula, rumah lama kat tepi highway so macam takde lah sunyi sangat nak bandingkan dengan keadaan tempat baru. Positif beb, positif! Cuma yang tak enaknya, aku selalu bermimpi dikejar hantu. Kalau tak kena kejar hantu, mesti ada orang nak b***h aku. Tapi aku anggap tu mainan tidur hasil dari tgk HBO & FOX Movies. Hahaha.
Kat rumah baru ni, husband aku tetapkan polisi takde tebuk-tebuk dinding. Cuma aku gantungkan juga sebuah potret wajah aku (handmade), hadiah dari kawan lama aku kat dalam bilik tidur kami. Gambar-gambar wedding pula masih aku tinggalkan di KL. Kat bahagian tengah rumah ni, ada sebuah small courtyard yang tak berbumbung. Duk kat tengah antara dry kitchen and ruang tamu. So bila hujan, macam dramatik plak dia merecik kena sliding door, giitewww. Aku plan nak letak mini fountain dan artificial grass kononnya. Last-last yang wujud cuma artificial grass tu jer. Oh ya, ini bukan iklan jual rumah. Haha. Aku describe nak suruh korang senang paham cerita yang aku akan sampaikan nanti.
Rutin harian aku bermula seawal 7 pagi setiap hari. Time ni la aku nak siapkan breakfast anak, nak buat laundry, nak mop lantai dan macam-macam lagi sementara anak still tidur. Aku ingat lagi, haritu hari Isnin. Hari sebelumnya, kami buat makan-makan dan baca Yaasin dengan keluarga terdekat. Jadi banyaklah yang nak kena kemas pagi ni. Aku tolak sliding door dapur lebar-lebar untuk bagi udara masuk, alih-alih yang menyerbu masuk bukan fresh air tapi bau bangkai! On the spot jugak aku muntah. Then bau tu hilang. Tengah aku duk cuci tempat aku termuntah tadi, aku dengar suara anak aku menangis dengan sangat nyaring. Masa ni aku fikir confirm dia jatuh katil. Berlari aku mendaki tangga ke bilik sampai rasa nak semput, rupanya anak aku still tidur. Masa ni aku fikir maybe anak jiran kot. Aku jer yang gelabah melebih-lebih.
Aku turun ke dapur untuk sambung kerja. Sebelum keluar bilik, sempat aku melirik kat potret muka sendiri kat dinding. Eh, sengetlah pulak dia. Aku betulkan then sambung ke bawah. Hari tu dan beberapa hari selepasnya takde ape-ape yang pelik berlaku sampailah satu hari ni, satu peristiwa bersejarah berlaku kepada aku dan husband. Petang tu aku stay di rumah D13A (rumah KL) sementara tunggu husband aku balik dari office. Waktu tu baru jer lepas azan Maghrib. Sepatutnya malam tu aku dah janji nak temankan cousin aku di Denai Alam sebab parents dorang out station. Jadi aku dah siapkan barang-barang kat ruang tamu. Plan nya nak terus gerak balik ke Denai Alam lepas solat. So sementara menunggu, aku prepare la makanan ringan buat alas perut.
Tiba-tiba aku dengar ketukan yang sangat laju dan kuat di pintu rumah. Tak sempat berfikir aku buka dan nampak husband aku kat depan pintu. Untuk pengetahuan korang semua, husband aku ada gaya tersendiri bila dia ketuk pintu tu. Sebab dah lama sepi tanpa gangguan, aku takde nak fikir lebih-lebih. Aku cuma tanya kenapa lain dia ketuk and dia diam jer tak bercakap. Tapi apa yang aku perasan, muka dia masam mencuka and mata dia menjeling aku macam memang cari pasal. Malas nak peduli, aku sambung kerja kat dapur. Dia pulak duk mengekor jer aku. Anak pun dia taknak dukung. Dia letak jer kat sofa sampai anak tu melalak minta dukung pun dia buat tak dengar. Aku plak, bila dia duk ikut jer aku kehulu kehilir, mulalah aku rimas. So ayat aku lebih kurang camni lah time tu, ”What is wrong with you?? You’re annoying”.
Korang tahu apa dia jawab? Dia cuma senyum sinis jer kat aku. Then aku pun step out dari area dapur and cakap aku nak gi solat tapi aku tak faham kenapa dia macam ketawakan aku. Sudahnya aku memang dah menyampah gila tengok muka husband aku, then aku tolak dia ketepi. Suddenly, dia cekik leher aku and tonyoh aku ke dinding. Masa ni baru aku nampak mata dia merah menyala pandang aku. Dia cakap, ”Hah!Apa kau boleh buat? Jangan biadap sangat dengan keluarga aku. Kau ingat kau besar sangat?”. Aku meronta-ronta and dia lepaskan. Aku tergolek kat lantai. Hancur hati aku husband aku perangai camtu. So masa tu aku ingatkan our marriage just don’t work anymore. Aku bangun dari lantai, ambil anak dari sofa then masuk ke bilik. In between semua tu, husband aku duk membebel macam orang stoned! Macam-macam benda tak best keluar dari mulut dia walaupun sebelum ni kami dah ada mutual undertanding on certain issues especially in term of family matter.
Sebab tak kuasa nak menghadap benda-benda tu, aku kunci pintu bilik dari dalam then aku solat. Husband aku ketuk pintu sambil tendang-tendang. Alhamdulillah, selepas aku selesai solat, dia dah senyap. Anak pun tertidur maybe sebab penat nangis kot. Aku buka pintu perlahan-lahan, aku dengar suara dari TV. Bila aku intai dari balik dinding, aku nampak husband aku sedang tidur. Aku ambil anak perlahan-lahan, then aku langkah keluar perlahan-lahan. Cepat-cepat aku menuju ke lif. Malam tu aku nekad nak balik kampung. Sedih sangat-sangat kot time tu. Sampai di kereta, waktu aku nak undurkan kereta, tiba-tiba hsuband aku dah tercongok kat luar tingkap sambil sengih. Dia tanya mana aku nak pergi. Tapi wajah dia sangat menyakitkan hati ditambah pula dengan senyuman tu yang macam minta kaki. Aku ignore then aku terus undur kereta. Sakit hati ni.
Aku paling pantang dengan domestic violence. Aku tak sempat sampai post guard lagi, husband aku duk call tanpa henti. Bila angkat, dia merayu-rayu suruh balik. Aku diam jer sampai dia pun diam. Kuasa Allah, ketika ni lah aku dengar suara perempuan gelak mengilai. Aku end kan conversation. Then aku yang call, kali ni dengar suara Jaclyn Victor nyanyi kat TV.Husband aku pun senyap tak bercakap,means dia angkat phone tapi takde hallo or hi. Aku plak cuma nak dengar ada lagi tak suara perempuan nengilai tu. Lama aku diam, sampailah aku tangkap bunyi tu sekali lagi time Jac tengah menyanyi. Sayup-sayup tapi tentang jelas kat telinga aku. Perasaan aku mula berbelah bahagi. Aku tanya dia tengok rancangan ape and dia cakap tak tengok ape-ape. Dia pasang ayat Quran kat TV (Dvd). Aik! Aku yang ada sound trouble ke ape? Macam tadi aku dengar Jac nyanyi.
Waktu tu dalam duk berkira-kira aku dah sampai MRR2. Tak tahu mana datang bisikan minta aku balik selamatkan husband aku. Masa ni juga, memang aku mampu cakap yang macam bukan aku yang drive sebab aku pun tak sedar bila aku dah sampai kat parking rumah kami. Yang lagi weird, time tu juga husband aku dah ada kat bawah, macam nak keluar sebab aku nampak dia pegang helmet adik aku (adik aku tumpang parking motor kat rumah kami). Dia berdiri tepi tingkap sambil tenung aku. Bila aku pandang dia, aku meremang. Dia suruh aku buka tingkap. Then dia beralih pula ke tingkap sebelah penumpang. Dia suruh aku unlock pintu kereta. Maybe sebab dah lama sangat drama malam tu, aku unlock and bagi dia masuk. Bila dah dalam kereta, mula-mula dia ok.
Then dia gosok-gosok batang leher aku sambil pandang aku dengan senyum sinis. Aku tepis tangan tu, then dia terus meluru keluar. Laju jer dia lompat naik ke motor then pandang aku dengan muka still sama macam petang tadi. Time ni aku rasa macam nak sakit jiwa kot tengok muka dia and cara dia pandang aku yang rasanya macam nak keluar terajang jer husband sendiri. Just hakikatnya aku mampu pandang dari side mirror jer semua perlakuan dia. Cuma waktu ni, yang aku heran, kenapa dia berhentikan motor kat belakang kereta dan seakan bercakap dengan someone sebelum dia pergi. Pergi mana, aku pun tak tahu sedangkan time tu dah pukul 12.30 tengah malam. And, waktu aku masuk ke rumah selepas kejadian kat parking kereta tadi, kat TV memang pasang ayat quran. Tapi aku langsung tak lama-lama kat luar. Aku cepat-cepat masuk balik dan solat Isya’. Kepala aku rasa kembang semacam jer. Nasib baiklah anak aku bagi cooperation yang sangat bagus sebab dia langsung tak meraung. Syukur!
Around 3.15 pagi, aku tersedar and aku memang sure husband aku still tak balik. Aku jenguk anak aku kat sebelah, check susu then aku sambung tidur. Baru nak terlelap, aku dengar bunyi pintu depan dibuka. Diikuti dengan bunyi derap tapak kaki menuju ke bilik. Tapi langsung takde sape-sape yang masuk even at first place, aku fikir husband aku da balik. Aku pura-pura tidur. Sunyi and takde sape-sape yang muncul. Bila aku cuba lelap, tiba-tiba aku rasa ada benda lembik dan sejuk sedang merayap dalam blanket aku. Aku cuba tenyeh dengan menggunakan kaki yang sebelah lagi hingga rasa tu hilang. Tapi tilam aku pulak bagai ada yang sedang memijak. Aku bangun, duduk bersila dalam gelap yang tak berapa gelap sebab aku tidur dengan lampu bilik air yang sengaja aku biarkan terpasang.
Bila aku dengar bunyi tapak kaki sedang menuju ke bilik, cepat-cepat aku pura-pura tidur. Nah! Kali ni husband aku yang muncul. Aku nampak dia masuk tandas berwudhuk. Waktu dia lalu depan aku untuk ke bilik sebelah, aku rasa pinggang aku bagai dibelit dengan sangat kuat. Lagi kuat dari pakai bengkung dalam pantang. Hehe. Saat husband aku takbir, baru aku sedar yang kat bawah blanket aku ada seekor ular warna hitam yang sedang berusaha nak lemaskan aku. Ya Allah, punya takut walaupun sel-sel otak aku sedang berperang menafikan ular tu wujud. Malam tu, aku just fikir aku will die. Aku toleh tengok anak aku nak pastikan dia tak kena ganggu..pastu aku blackout!
Pagi tu aku tersedar pukul 8. Ular semalam dah takde tapi leher aku sakit yang amat. Kat sebelah aku ada anak dan husband aku yang still nyenyak tidur. Aku ke tandas. Ada lebam melintang kat leher dan pinggang. Buku lali rasa ngilu and bila aku belek-belek kaki, ada 2 kesan lebam. Time aku keluar dari tandas, husband tersedar. He talked to me by using his normal tone and voices, macam husband aku yang biasa aku kenal. Time breakfast, kami bertukar-tukar cerita. Husband aku boleh tanya kenapa aku marah sangat dengan dia semalam. Haa..tadi apa yang korang baca cerita kat atas tu, versi apa yang aku alami malam tu. Versi husband aku pula macam ni..
Sebelum pulang dari kerja, katanya aku ada hantar 1 whatsapp yang marah-marah dan maki family dia due to ada some issues between aku dengan one of the family members. Tak cukup dengan tu, bila dia call aku jerit-jerit pada dia sebelum aku matikan phone. Bila dia sampai jer rumah petang tu, katanya dia dah lama gilerr tercegat depan pintu bagi salam and dia dengar suara aku membebel kat dia and at the same time taknak buka pintu. End up, bila aku buka jer pintu, menurut husband aku, mulut aku masih duk berbisa mengata dan membebel sampaikan maacam-macam benda teruk keluar dari mulut aku. Awalnyya dia sangka aku kena rasuk.
Tapi lepas tu dia plak yang tiba-tiba rasa mendidih. Telinga rasa gatal and kepala macam nak kena migrain dengar suara aku. Dia tak ingat pun dia ada cekik aku malam tu or tendang pintu. Yang dia tahu, lepas aku dah masuk bilik dia terlelap kat sofa sebab sakit kepala sangat-sangat. Sampailah waktu aku slow-slow lari keluar dari rumah, husband aku cakap aku yang datang sepak kaki dia suruh bangun. Aku jerit-jerit minta cerai and ugut nak call FIL aku. Dalam dia duk mamai, dia nampak aku keluar dari rumah and berlari sambil dukung anak gunakan tangga! Beb, rumah aku tingkat 14 kot. Kalau aku rajin guna tangga, dah lama aku kurus weei…
Dia kejar aku guna tangga tu yang laju dia sampai ke bawah tu rupanya. Tapi waktu dia sampai, dia sempat nampak kereta aku dah pergi jer. Maknanya dia takde berdiri depan tingkap and bukan dia yang tanya mana aku nak pergi! Memandangkan dia tak sempat tahan aku, dia naik balik ke rumah untuk ambil kunci kereta dia. Konon nak jejak aku. Dia call aku tak angkat sampailah bila aku dah angkat dan bercakap, dia dengar suara orang mendengus dalam phone. Dia syak ada benda mengikut aku so dia decide nak guna motosikal jer gi cari aku. Tu yang menjadikan aku nampak dia pegang helmet waktu aku patah balik. Dan, rupa-rupanya, menurut husband aku, bila dia dah sedia nak pergi, aku yang datang meluru ugut dia macam-macam, padahal aku duk perhatikan dia dari dalam kereta.
So kat sini aku dah dapat tangkap yang senang cerita, dari petang tadi, masing-masing asyik duk kena provoke la ceritanya. Berkait pula dengan kes ular dalam blanket and dibelit ular, husband aku cakap waktu dia balik aku mendengus bila dia masuk bilik. Malas nak panjangkan cerita, dia biarkan dan pergi solat kat bilik sebelah. Masa dia angkat takbir, dia dengar bunyi benda berat dan besar jatuh kat ruang tamu. Pastu bunyi orang berlari ke bilik kami sebelum dia dengar suara aku mendengus makin kuat macam bunyi kerbau. And by the time dia habis solat, dari cerita husband aku, dia nampak aku macam dah nak habis nyawa. Masa dia datang tolong aku, bunyi kerusi meja kat rumah atas macam ada pesta lah puloook..hahaha. Then aku pengsan, anak aku terjaga nangis-nangis, nak dekat subuh barulah everything back to normal.
Petang tu, sepatutnya kami ada family meeting kat rumah mertua aku, tapi sebab dah mata bengkak kes semalam, aku just stay kat rumah Denai Alam dengan anak. Aku suruh husband aku jer yang balik. Penat semalam pun still berbisa, aku dinner makanan tapau jer. Around 9 malam, husband aku pulang. Anak time ni dah tidur. Entah kenapa malam tu bila husband aku balik, aku rasa jengkel dengan dia. Sudahnya aku angkat bantal and blanket tidur kat bawah, di ruang tamu. Marah aku meruap-ruap malam tu sampai takleh tidur. Aku pun tak tahu apa yang aku marahkan sangat. Dalam mata duk melilau layan perasaan, barulah aku perasan ada satu lembaga sedang tergantung antara courtyard dan dapur.
Dari marah terus jadi takut. Pecut paling laju sampai lompat 3 anak tangga sekali gus time nak ke atas sebab terlampau takut. Masuk bilik, aku terus lompat atas katil, tidur. Pagi esok bila bangun, rasa marah tu dah hilang. Waktu kami breakfast, husband aku hulurkan sebotol miniature perfume yang katanya pemberian SIL aku yang dibeli di Australia. Aku ambil dan sembur kat badan. Tapi honestly, aku kurang gemar bau tu. Hehe. Dalam pukul 4 petang, kami pergi ke playground yang opposite dengan rumah ni. Tapi tengah syok duk melayan anak bermain, badan aku tiba-tiba rasa panas. Kat situ juga aku muntah-muntah sampai macam tarik semua otot perut. Bila dah muntah-muntah, aku lembik. So, aku decided untuk balik rumah dulu sementara husband still layan anak kami bermain.
Sampai jer kat rumah, kepala aku rasa kembang-kembang jer start dari aku mula melangkah masuk. Disebabkan rasa nak muntah lebih membuak-buak, aku abaikan jer then straight ke bilik. Keluar dari tandas, aku perasan yang gambar potret aku sedikit senget. Tanpa fikir panjang, aku betulkan kedudukan gambar tu and masa tu lah yang aku perasan mata pada potret tu hidup! Punyalah terkejut sampai aku terjatuh ke belakang. Lembik kaki oiii sampai takleh nak bangun. Aku mengengsot je sambil undur berharap jumpa pintu. Nak jerit pun tak der suara dah. Nasib baiklah, masa ni husband aku balik dan terus ke bilik. Bila nampak aku mengengsot-ngengsot tu, cepat-cepat dia angkat aku.
Anak aku pula sibuk duk sebut, “What’s that mom?” sambil jari tunjuk ke potret tu. Kadang-kadang aku pun heran kenapa budak ni kental sangat and jaranglah dia menangis bila nampak rupa-rupa mistik ni. Bila aku tengok balik ke potret, now i know yang everything just back to normal. Aku anggap yang aku tersalah tengok pada mulanya. Tapi few nights after the incidents, aku terbangun waktu tengah malam. Then suddenly aku rasa macam nak ke tandas. Saat aku lalu depan potret tu, aku dapat rasa ada sepasang mata yang menyorot pergerakan aku. Malas nak fikir jauh, aku abaikan. Rupanya tak berhenti sampai situ.
Sedang aku lena tidur pada malam yang sama, kaki ni rasa lenguh yang amat. Perlahan-lahan aku dapat rasa kaki aku macam diangkat sebelum dibiarkan tergantung dengan sendiri di udara! Macam tak logik kan? Takpe. Aku faham. Memang banyak benda yang susah nak diterima akal hinggalah kita mengalaminya sendiri. Waktu aku buka mata, memang kaki aku still dalam keadaan tu hinggalah anak aku menangis..err sebenarnya melalak. Serentak dengan tu juga kaki aku ‘terhempas’ ke bawah. Sakit gilerr sampai lenguh-lenguh kaki ni. Malam tu kami tidur bertemankan surah Al-Jin yang dipasang berulang-ulang. Bermula malam tu, aku rasa aku selalu berhalunisasi. Aku sering dengar bunyi hujan lebat di courtyard tapi sebenarnya takde hujan pun. Bila di dapur pula, aku selalu bau bawang goreng yang sangat busuk. Hubungan aku dengan husband pun ada on off. Selalu aku cakap lain, yang didengarnya pula lain.
Sampailah aku pregnant anak kedua, husband aku macam lain sangat. Awalnya dia happy tapi aku perasan dia selalu marah our first child. Dengan aku pun dia selalu menyindir sampaikan dia offer aku suruh gi London Weight kuruskan badan padahal aku tengah pregnant nih. Insulting gila kot aku rasa time ni. Pendek kata banyak yang tak kena lah aku kat mata dia. Bila balik rumah dia akan banyak termenung dan buat hal sendiri. Dia suka keluar pergi jumpa kawan padahal dalam masa yang sama dia tak bagi aku masak, aku disuruh tunggu makanan dia bawa balik. Pompuan pregnant ni kan sensitif. Tapi bila dia okay, sangat-sangatlah caring dan penyayang. Sangat contra dia punya sikap dan perangai. Cuma sepanjang masa ni, aku tak suka bau badan husband aku. Bau tengik, bau jebat. Busuk! Mulut pun berbau buat aku tak selesa nak duk dekat-dekat. Tapi aku tahu, something fishy is about to happen, again. Jadi aku ikhtiarkan dengan baca Manzil & Syifa. Oh, lagi satu, masa ni aku dan husband lah manusia paling malas nak solat.
Takdir Allah swt, satu hari husband call ajak aku dinner dengan makcik dia dari Johor di Flamingo. Kita namakan jer sebagai Nyonya Mansur sebab muka dan perangai dia lebih kurang dengaan Nyonya Mansur. Time dalam kereta tu, husband aku bagitahu Nyonya Mansur yang aku pregnant lagi. On the spot Nyonya Mansur tu menjerit sambil dengan celuparnya cakap, ”Heh! Macam mana awak boleh pregnant. Orang bela saka bukan takleh pregnant ke? Biasanya orang bela saka ni hantu dia makan anak dia dalam perut lagi. Pelik tengok awak boleh mengandung”.
Ok. Korang rasa apa patut aku buat? Sepak or tenyeh mulut dia kat jalan tar?? Sakitnya hati. Dengan muka dan suara terkejut, serentak aku dengan husband aku tanya sape yang cakap aku ada saka! Marah ni, tapi aku control. Kang hilang aku punya intelligent. Hahaha. Tanpa rasa ragu, dia cakap lah Y (biras aku) dan H (SIL aku) yang bagitahu. Husband aku still tak puas hati, then dia tanya lagi apa sebab budak 2 orang tu cakap gitu? Dijawab si Nyonya Mansur, ni rentetan dari kes aku kena rasuk time Maghrib kat rumah mertua aku sehari sebelum majlis bertandang, korang still ingat? Geramnya aku time ni. Tapi time dinner still aku maniskan muka walaupun aku rasa nak tumbuk semua orang.
Malam tu, balik jer rumah, kami gaduh lagi. Oh, anak aku time ni kat Kelantan dengan parents aku sebab aku ada training nak kena conduct. Apa yang aku perasan, keadaan jadi sangat teruk walaupun tak seburuk dulu antara aku dan husband secara dalamannya. And ,tak tahu kenapa, husband aku macam selfish sangat dengan aku sampaikan dia sanggup tinggalkan aku yang perlu dibawa pergi checkup kat rumah semata-mata nak pergi temankan kakak dan abang dia naik ke Cameron untuk jumpa FIL aku yang tak sihat.
Disuruhnya aku ke hospital bawa anak aku yang sedang ligat melasak! Memanjang jer kami bergaduh. Sampailah aku balik ke Kelantan bila usia kandungan aku dah nak masuk 7 bulan. Actually, pregnancy kali ni dipermudahkan. Takde gangguan Mak Ngah aku atau perkara pelik terhadap kandungan aku. Cuma mimpi d***h meleleh kat peha tu masih berlaku termasuklah aku selalu mimpi yang ada pompuan cantik datang bagitahu yang aku akan m**i masa bersalin.
Time kat Kelantan, dengan usia kandungan dah hampir 7 bulan, aku dirasuk sampai anak aku songsang akibat aku bergelut dengan husband aku. At the same time, aku muntah keluar d***h dan keluar macam hingus tapi berwarna hitam dari hidung aku. Hari tu aje, aku kena rasuk lebih 4x sampai last aku lembik. Husband aku dan abah pun lembik sebab penat. Aku tertidur lepas Maghrib dengan perut yang sakit sebab perut mengeras (doctor cakap sebab baby “stress”).
Masa aku tidur ni lah, aku tak tahu sape yang datang dalam mimpi aku. Dia berserban dan hulurkan aku 1 botol yang bentuknya macam minyak atar. Aku refuse untuk ambil. Kemudian dia senyum dan pergi sambil dia cakap tu cuma sebotol Kasturi Hitam buat ikhtiar. Aku tersedar, then aku terus capai handphone. Aku google khasiat Kasturi Hitam and bila dah balik KL barulah aku teringat untuk cari minyak kasturi hitam ni dan akhirnya kami jumpa kat booth di luar Giant Batu Caves. Kalau dulu, time berubat dengan ustaz Hafiz pun, dia suruh amalkan memakai kasturi putih. Alhamdulillah, aku dan husband macam terkawal sikit perasaan. Dah take marah-marah macam dulu. Gaduh pun kurang.
Tapi gangguan tu berlaku pula pada rumah yang kami diami di Denai Alam. Kisahnya, waktu tu aku tengah berhempas pulas memasak makan malam untuk kawan-kawan husband aku yang nak datang melepak. Anak pula sedang kusyuk layan Hi-5. Depan mata aku, mangkuk yang aku letak kat sebelah ni ,boleh menggelungsur ke birai table top tunggu masa nak terjun ke lantai. Masa tu aku tak fikir banyak sebab aku sangka ada air kat bottom mangkuk tu. Tapi bila raba-raba kering, aku mula buat eksperimen. Aku letak balik mangkuk ke kedudukan asal and continue memotong bawang. Takde apa yang berlaku.
Aku beralih ke gas stove nak terbalikkan ayam yang sedang digoreng dalam kuali. Bila aku nak sambung p****g bawang, pisau dah takde! Awalnya aku fikir,fine..aku salah letak. Nak kata anak aku yang ambil, mustahil. Tengah duk cari pisau, sudip dalam kuali tiba-tiba jatuh ke lantai..hehehe. Bila aku kutip sudip then nak letak dalam sinki,eh. Eh, pisau dah ada balik kat atas chopping board. Hurm, ini serius. Tak kelakar. So, apa aku buat supaya keadaan tak awkward, aku cakap, “Amboii, takyahlah kacau. Aku tak perlu pertolongan kau. Gi main jauh-jauh la. Aku tak halal apa yang kau ganggu aku ni. Makhluk laknat”.
Pastu korang tahu apa jadi? Ada 2 ekor langau besar datang terbang keliling aku sambil bunyi berdengung sangat kuat. Aku call hsuband aku minta balik awal. Tak habis kat situ, kadang-kadang fridge terbuka dengan sendiri. Aku pun gi berubat dengan Haji Zul, Puchong. Time ni husband dan anak pun ikut. Lepas dah scan semua, Haji Zul mengiyakan yang memang ada gangguan. Katanya ada 2 dugaan baru yang dia kena buka file baru katanya (Haji Zul berseloroh). Yang pertama dia kata yang rumah kami di Denai Alam tu tak sesuai diduduki. Tapak kawasan tu sendiri ada penghuninya yang tersendiri. Bila kami duduk situ, kami sebenarnya bukan kurangkan masalah tapi tambah masalah. Masa ni apa yang mampu kami buat cuma berhuhuhu jer la.
Yang kedua, getaran gangguan yang ada pada aku dan husband sebenarnya sangat kuat pada husband. Asalnya husband aku ada sakitkan orang, then aku pulak yang terkena. Tapi dalam masa sama, ada orang dah lama benci aku and sakit hati pada aku tapi dia pandai selindung disebalik semua gangguan yang berbaki dalam badan aku. Sebab aku dikatakan semakin pulih, jadi nak tak nak gangguan tu dah takde ruang yang mencukupi nak sorok dalam badan aku. Tu aku tak seram. Yang aku seram bila Haji Zul tenung aku then dia tenung husband aku. Lepas tu dia tarik nafas and cakap yang kesan dari gangguan tu boleh buat aku dan husband aku berpisah. Dan memang itulah kehendak si pemangsa. Terkedu aku pandang husband aku. Sape lah?? Anak nak masuk dua takkan ada orang berkenan lagi kat aku ni. Hahahaha. Tak banyak benda baru yang aku pelajari dari Haji Zul haritu. Dia cuma refresh beberapa p****g ayat untuk amalan. Selebihnya dia suruh kami jaga makan minum.
Hasil dari pertemuan haritu, kami lepaskan rumah Denai Alam dan kembali menetap di KL. Di rumah tingkat D13A. Masa ni aku perasan kenapalah banyak sangat cicak kat rumah ni. And lagi takut bila cicak-cicak ni pernah kejar aku. Bertempiaran aku lari. Nak b***h, takleh. Orang tua-tua pesan bila mengandung kena sentiasa beringat. Aku pasang perangkap cicak brand Ridsect. Ni mujarab. Rasanya harga dia RM15.90 jer untuk 5 keping kott (tak pasti berapa keping). 1 keping tu boleh tahan sampai 30days. Hasilnya, aku berjaya kumpul 8 ekor cicak dalam masa 2 hari jer. Geli nak mampusss! Yerrrkk…buweeek! Tu tak cukup menyayat hati lagi.
Sejak makin hampir nak bersalin, aku makin kerap dirasuk. Pernah bila dirasuk aku minta cerai dan bagitahu husband aku yang anak dalam perut aku bukan anak dia tapi anak aku dengan lelaki lain. Takpe, husband aku still boleh sabar. Sejak lepas berubat dengan Haji Zul baru-baru ni, dia nampak tenang. Hahaha. Tinggal aku jer la yang still macam ni walaupun baran aku dah terkawal. Sampailah satu peristiwa ni, husband aku hilang sabar. Kisahnya macam ni, haritu ada kenduri arwah kat rumah mertua aku di Bangi. FIL aku minta semua berkumpul seawal 9 pagi sebab majlis start pukul 11 pagi. Disebabkan condition aku yang dah sarat, so aku decide tidur kat rumah kami jer sebab lebih selesa kononnya.
Lepas solat subuh, aku dah mula siapkan pakaian kami 3 beranak. Lepas mandi, sembur-sembur perfume and sapu lotion, aku dah start make up. Tak tahu apa masalahnya pagi tu, semua aku calit kat muka tak menjadi. Walaupun kulit aku bukan putih melepak, tapi lain bebenor kusamnya kulit aku pagi tu. Tadi, sebelum masuk ke tandas, husband aku tegur kenapa mata aku nampak lain. Bila aku tilik kat cermin, barulah aku perasan yang mata aku nampak garang dan besar dari biasa. Aku terus bersolek tapi tiap kali aku reshape aku punya kening, entah kenapa tak menjadi! Lagi 20min ke pukul 9 and husband aku dah mula gelisah keluar masuk bilik. Aku jeling husband aku and..tahu-tahu aku dah kat Tol Kajang.
Menurut suami aku, dah almost 9 pagi tapi dia nampak aku still slow-slow duk main calit-calit make up. Dia datang ke sebelah aku dengan perasaan menyampah. Then dia angkat beg anak, dukung anak and paksa aku keluar rumah. Dia pun tak tahu kenapa dia rasa gelisah dan panas jer hati tengok aku pagi tu. Katanya, sepanjang jalan aku maki hamun dia. Sampailah di highway selepas tol Sungai Besi, tiba-tiba aku buka pintu dan cuba terjun selepas aku campak anak yang aku sedang tiba kepada husband aku. Nasib baik husband aku semppat tarik aku ke dalam kereta. Tapi, aku buat lagi cubaan kedua dan nyaris kereta terbabas ke bawah perut lori treler! Fuh..scary kan? Aku syukur sangat aku masih belum m**i disebabkan gangguan cenggitu.
Sampai kat Tol Kajang, aku mengamuk sampai husband aku terpaksa hentikan kereta sebab aku dah start koyak-koyakkan baju yang aku sedang pakai sambil jerit taknak pergi ke majlis. Then lepas husband aku baca beberapa p****g ayat, barulah aku sedar. Bila aku sedar, make up dah sememeh kat muka. Baju plak mujurlah very minimal kerosakannya. Tapi disebabkan aku takde pilihan, aku lap jer muka tu then balik ke sana macam takde ape-ape berlaku. Then, aku pinjam make up MIL aku. Settle! Cuma waktu bacaan yaasin dan tahlil, mata ni punyalah mengantuk. Tak tahulah dah berapa puluh kali aku menguap sepanjang bacaan. Tapi syukurlah, majlis berlangsung tanpa sebarang gangguan untuk haritu. Selang 4 hari dari majlis, FIL aku ada ajak kami semua dengan adik beradik lain dinner bersama sambil nak sambut birthday husband aku dan kembarnya. Yes, husband aku ada kembar. Hehe.
Rancangnya dinner at 8 di one of restaurant kat KL ni. Disebabkan jarak rumah kami dekat jer, so kami decide nak gerak lepas Maghrib. Alih-alih kami tak attend majlis malam tu disebabkan aku kerasukan lagi sekali. Aku tahu husband aku frust..sama macam FIL aku. Esoknya husband aku gi jumpa FIL aku di office. Katanya ada hal nak bincang. Rupa-rupanya, malam waktu aku dirasuk, husband aku ada buat voice recording apa yang jin dalam badan aku tu bercakap. And, rupanya jugak, husband aku dah mula tahu sape dalang setiap gangguan tu. Cuma dia nak kepastian dari ayah dia tentang hal-hal macam ni.
Sedikit pengenalan tentang FIL aku, tapi jangan korang fikir aku poyo pulak. Aku pun tak sure samada admin FS ni boleh tahu ke tak sape aku yang hantar cerita ni. FIL aku, kalau korang google, korang boleh jumpa and baca segala achievements and rewards serta pangkat yang dia ada especially dalam bidang keislaman kat negara ni. Tapi sayangnya FIL aku kurang yakin dengan hal mistik walaupun dia mengakui kewujudan perkara ghaib. And untuk kejadian mistik berlaku dalam keluarga pun agak pelik dan rare untuk dia hehe. Complicated kan? Tapi sebab dah level critical, husband aku paksa ayah dia dengar voice recording tu and cerita semua benda yang dah jadi. Selesai dengar, termenung FIL aku, speechless. Lama dia diam (ni semua husband aku yang cerita), soalan pertama dia kat husband aku ialah tentang 1 ayat dalam quran mengenai alam ghaib.
Masa ni husband aku boleh jawab siap huraikan hasil bertahun mengubat aku dan berguru dari ramai ustaz. Hahaha. Then FIL aku pandang wajah husband aku lama-lama sebelum dia cakap, “Tapi, bukan ke Azy (wife kembar husband aku) dari rumah. Kiranya korang dah tak perlu risau gangguan tu kalau balik ke weekend”. Eh, eh. Husband aku tak de sebut nama pun dari tadi tapi FIL aku plak yang mention nama dia. Mesti korang tertanya apa yang buatkan FIL aku cakap camtu kan Sebenarnya, dalam rakaman tu ada segala pengakuan tentang apa yang jin tu dan ‘ibu’ arahkan untuk dilakukan pada aku. Serta, ada jin tu sebut kenapa ‘ibu’ benci dan marah sangat pada kami sampaikan kalau ikut arahan, dia nak aku m**i.
Tergamakkan? Aku pun ada confession tersendiri. Aku sebenarnya dah banyak kali mimpikan si Azy ni dalam pelbagai rupa dan kejadian tapi aku tak bising-bising sebab aku fikir yang ni semua gangguan syaitan yang nak ambil kesempatan sebab aku dengan Azy ni memang berconflict sejak sebelum kahwin. Pendek kata, aku tak pernah berborak, berbual hatta bertegur sekalipun dengan dia sepanjang kahwin. Tapi, husband aku tahu tu dia bila dia sebut banyak benda pasal husband aku sejak sebelum kahwin dan banyak benda yang semestinya aku pun tak tahu tentang hal tu. Mesti korang fikir apa lah hal tu kan? Serius sangat ke?? Hehe..
Husband aku, kami kenal sejak zaman belajar. Kami selalu berkongsi cerita tentang macam-macam sedangkan masing-masing dah ada partner sendiri. Habis belajar, kira-kira hampir 7 tahun kami kenal, kami rasa mungkin dah jodoh so kami pun kahwin. Tapi, dalam jangka 7 tahun kami berkawan, adalah husband aku bercouple dengan sorang perempuan ni, Amy yang juga merangkap BFF kepada Azy (biras aku). Si Azy ni pula bercinta dengan Mukhlis, kembar husband aku. Tapi jodoh tak menyebelahi Amy dan husband aku, makanya mereka berpisah. Tapi Amy tak puas hati sebab dia rasa macam terhina bila husband aku tinggalkan dia. Setiap hari dia akan call husband aku ni untuk balik pada dia walaupun dia dah berkahwin dengan sorang politician ni.
Satu hari,sebab kerap sangat dia call, (masa ni kami tak kahwin lagi) aku tazkirahkan jer si Amy pasal dosa menduakan suami. Haha. Macam good-good la pulak. Tak puas hati dengan tazkirah aku, si Amy ni mengadu pada Azy. Disebabkan dalam dunia ni, jodoh dan bodoh tak ke mana, si Azy ni sampaikan hal ni kat Mukhlis sebelum kes ni jadi havoc sampai FIL aku (yang masa ni sebenarnya bakal mertua). Bila aku sound si Azy ni supaya jangan bermuka-muka, makinlah kecoh. Kakak ipar aku, Hana minta bakal FIL aku batalkan wedding kami lepas Azy ni dah buat macam-macam cerita pasal aku and tunjuk gambar-gambar aku yang muda remaja kat ayah diorang. Untuk pengetahuan semua, career bermula di salah sebuah pusat penyiaran yang terbesar bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia. And masa tu aku ada ada unlimited access to every single entertainment in our country. Menarik kan? Tapi gaji tak banyak sangat. Benefit jer best melampau-lampau. Tapi takde la sampai melampaui batas and amik benda-benda yang Islam larang.
Ok, balik cerita tentang reaksi bakal FIL aku bila dapat tahu, memandangkan bakal FIL aku ni jenis relax and tak mudah gelabah, dia minta Azy supaya jangan pecah belahkan keluarga. Makinlah Azy dengan Amy, tak terkecuali Hana berbulu dengan aku. Hurm, silap aku juga. Ikutkan sangat d***h muda time tu. Langsung takleh sabar. Nak melawan jer! Satu lagi perangai buruk aku, bila aku dah benci or menyampah, bukan takat taknak sebut nama dia, nak tengok muka pun aku tak hingin. Dan tu lah yang aku buat kat Hana dan Azy.
So, macam declare war la kan? Dah la paling bongsu tapi langsi dengan dorang. Pada pendapat dorang la. Rupanya, Azy berdendam dengan aku weii (jin dalam voice recording tu cakap). Plus, dia marah kat kami laki bini sebab kami perasan bagus katanya .Dia banding-bandingkan husband aku dengan husband dia and sampai diungkit pasal rumah kami yang di KL ni (hadiah kahwin dari FIL aku) yang sepatutnya milik dia dan kembar husband aku sebab dorang kahwin awal 8 bulan dari kami, then dia bagitahu yang dia marah sangat sebab husband aku buat hidup BFF dia merana.
Beb, benda kecik jer pun. Tak padan kau nak hantar jin setan bagai. Datang depan-depan kita bincang lagi elok. Bila dah kantoi, sampaikan FIL aku dah dengar voice recording ni, memang makin panjang la ceritanya. Jin tu plak siap mention yang sebab husband aku dah tahu sape dia, dia bersumpah akan hapuskan aku dan buat kami bercerai paling tidak pun. Barulah puas hati dia katanya. Aku dengar sekerat jer rakaman tu sebab aku seram seriau meremang dengar suara jin tu yang gemersik tapi menyucuk telinga bila didengar. Aku suruh husband aku jer yang cerita. Bila semua benda ni jadi, baru aku teringat yang sepanjang aku berjumpa (ada event or majlis keluarga) dengan Azy, sebenarnya dia dia tak pernah berani pandang aku especially bila aku dah tahu ni, memang aku perhati jer muka dia. Awal-awal rasa nak tumbuk, tapi mana ada black and white apa dia buat kat aku and suami.
Hasil dari pertemuan husband aku dan ayahnya, FIL aku suruh husband aku decide apa jer terbaik untuk keluarga kami. Tapi dia pesan awal-awal yang dia tak nak jauh dari anak cucu dia and husband mesti jenguk dia tak kisahlah even kat office. Kami tahu FIL aku sedih tapi tu jer cara sampai kami jumpa penawarnya. Ok, tarik nafas. Kisah ni belum berakhir. Lepas ni kalau lenguh jari duk scroll, jangan maki iolss yer. Hehe. Lepas peristiwa perjumpaan husband aku dengan ayahnya, aku still dirasuk. Rumah pulak sentiasa panas berbahang. Masa ni kandungan aku dah lebih 8 bulan. Bila-bila masa jer lagi nak bersalin. Mama pun dah standby kat rumah ni kalau-kalau aku dah sampai masa. Tapi makin hampir dengan tarikh bersalin, gangguan lebuh hebat sampai aku meracau dalam tidur.
Pernah aku tersedar dari tidur and cuba nak cekik husband aku. Belum lagi kes mimpi dalam mimpi dalam mimpi. Yang tu lagi scary. Sebab bimbangkan kandungan, mama dan husband aku bawa ku jumpa Haji Zul lagi sekali. Dari pukul 10 kami tunggu Haji Zul, pukul 11.15 pagi baru lah nampak kelibat Haji Zul. Waktu tu aku masih dalam kereta sedangkan mama dan husband aku dah masuk dalam office Haji Zul (kami jumpa Haji Zul di kedai dia jer sebab lebih dekat), then tiba-tiba bau busuk sangat dalam kereta macam bau longkang pun ada. Bila aku nak masuk kedai Haji Zul, aku dengar bunyi gagak bertempik tapi macam biasalah, aku jer yang dengar. Dalam office Haji Zul, lagi kuat bau tu ditambah pula dengan bahang panas macam aircond kat bilik tu tak berfungsi. Tapi mama dan husband aku nampak selesa jer macam takde ape-ape.
Bila Haji Zul dah mulakan ruqyah, tiba-tiba pintu toilet berhampiran office Haji Zul dihempas. Maka bermulalah adegan buka tutup pintu tu sampai lah entah bila dia berhenti dengan sendiri. Yang ni husband aku pun nampak dan dengar dengan jelas. Bila husband aku dah izinkan Haji Zul pegang nadi aku, boleh pulak dia rentap tangan aku macam orang terperanjat sambil mulut dia sebut MasyaAllah berulang-ulang. Kejap-kejap dia geleng kepala sambil batuk-batuk macam orang kena tibi. Lepas tu aku rasa macam benda menyucuk bergerak bermula dari leher ke pergelangan tangan dan macam dia transfer kepada Haji Zul,nah..Haji Zul mula muntah-muntah sambil merah muka dia. Batuk dan muntah berselang seli sampai hidung pun dah berair sedangkan aku pula rasa badan macam ringan dan hilang sengal-sengal kat sendi. Selesai semua tu dan bila Haji Zul nampak dah ok, dia bagitahu yang aku dah dikenakan sihir pembenci.
Orang yang buat ni nak kami berpisah, menjawab kenapa tiap kali gaduh aku minta cerai. Menurut Haji Zul lagi, sihir ni bukan dari makanan sebab dalam perut bersih. Tapi sihir ni bagaikan dikenakan tanpa sedar. Macam sesuatu yang hampir tapi tak nyata. Tapi takde lah Haji Zul sebut nama si Y or sape-sape. Santau ada dituju melalui angin dan makanan tapi mujurlah Allah tak izinkan sampai pada aku tapi still kena tempias. Sebelum balik, aku teringat yang aku nak tunjukkan Haji Zul sesuatu untuk kepastian. Waktu aku hulurkan barang tu kat Haji Zul, dia dan husband aku berkerut. Time ni mama dah kat dalam kereta dengan anak aku sebab anak aku nak tidur. Kuasa Allah, Haji Zul cuma pegang barang tu sebentar je and dia nampak tak selesa. Dia letak kat atas meja sambil mulut dia kumat kamit membaca. Sekali lagi barang tu dipegang sambil mulut masih terkumat kamit. Aku pandang jer sambil berdebar tunggu respon dari Haji Zul.
Husband aku dah telan air liur sambil mata tak berkelip tengok. Maybe sebab dia tahu apa barang tu dan dari siapa. Lama Haji Zul bertafakur, dia tarik nafas and pandang aku. Dengan wajah serius, Haji Zul tanya dari mana aku dapat perfume tu. Ingat lagi perfume yang SIL aku beri melalui husband aku?Menurut husband aku, perfume tu dah dijampi untuk kasi panas hubungan kami suami isteri. Dan itulah jawapan kepada sihir pembenci yang macam hampir tapi tak nyata. Muka husband aku berubah merah bila Haji Zul cakap, “Maaf yer kalau saya cakap tapi isteri awak ni menanggung sakit angkara awak. Dan dia tak patut diperlakukan sebegini”. Bukan husband aku marah Haji Zul tapi dia marah dengan keberanian orang yang buat semua ni untuk hancurkan rumahtangga dia just because of personal conflict.
Bila husband aku tanya apa yang patut dia buat, dengan muka selamba Haji Zul jawab, ”Kahwin lain dan bawa isteri baru pulang jumpa adik-beradik awak yang tak suka isteri awak ni. Tu jer boleh puaskan hati mereka”. Tapi kata-kata Haji Zul dalam nada marah. Maybe husband aku dah faham ,so dia diam jer. Korang faham tak? Tak faham? Ringkasnya, ada kalangan keluarga husband aku tak suka aku sebagai wife kepada husband aku. So they making few efforts untuk pisahkan kami. Aku tahu sebab aku pernah jumpa beras ditabur atas katil bilik pengantin. Garam pun pernah jumpa.
And tiap kali aku balik rumah mertua, aku mesti gatal-gatal badan and rasa panas serabut.Tapi aku tak ambil kisah sebab aku sedarlah diri yang aku ni macam-macam gangguan awalnya dulu, so aku pun takleh nak trace sape punya kerja. Cuma time aku duk menulis ni, aku teringat kata-kata Ustaz Hafiz dan Haji Zul yang dorang pesan pada aku. Kata mereka, bila makin aku dekatkan diri pada Tuhan and kembali pada fitrah agama, jangan rebah bila aku tahu kebenaran yang amat pahit. Bersyukur yang Tuhan bagi aku peluang untuk mendapat petunjuk-Nya. Ok, sekarang aku sedih.
Haji Zul tepuk bahu husband aku and suruh dia banyak bersabar. Aku? Aku dah lama sabar. Haha. Memang hubungan aku dengan Y and H tak elok. Tapi sebab aku malas nak layan, asalkan hubungan aku dengan mertua aku and orang lain ok, ape adahal. Kan? Tak sangka pula sampai gini dia tak suka aku. Tapi biarlah, tu urusan Allah swt dengan dia. Aku tak nak campur. Aku dah redha and maafkan dorang sebab aku tak kuasa nak pakai knee-pad kat padang Masyhar buat alas untuk merangkak nanti. At this age, and peringkat gangguan camni, aku anggap selama aku masih hidup, buatlah kalau duit kau banyak sangat and selagi hati kau tak puas. Selagi aku terdaya, and Tuhan masih izinkan aku ada kekuatan untuk melawan dan bertahan, then i’ll fight bro! Hahaha. Tapi ada hikmahlah bila Haji Zul dah cakap camtu. At least aku taklah letih sangat nak berdalih dengan husband aku bila aku rasa something bad at certain times.
Genap 36 minggu, aku bersalin secara czer sekali lagi sebab dinding rahim aku terlampau tegang and sebenarnya dinding tu dah nipis kata doctor. Lambat sikit boleh pecah. Mungkin sebab aku terlalu stress and selalu terhentak waktu aku dirasuk. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan anak aku lahir dengan sihat serta cukup sifat.
Fuhh..panjang bebenor. Next time aku cerita lagi k. Kang cramp plak biji mata korang membaca panjang-panjang ni. Hahaha. Thank you admin FS. Thank you juga pembaca semua atas sokongan korang. Aku terharu sangat korang sudi baca perkongsian aku. Muah!
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Gaya penulisan macam someone yang rajin komen kat FS ni ?
Apa pun ;
Semoga Allah melindungi Penulis dan keluarga ?
Hasad dengki tu bukan limited pada org yg pernah kita sakiti, kadang2 tak usik org pun; tapi ntah kenapa org boleh buat sampai level mcm ni kan.
Tabahnya awak! Take care
Siapakah…?????
Rajin komen…siapakah itu
Ekaulah…
Haahahhaha…
sila sambung lagi!
Sampai terlelap bace citer ni dek.pjg bebenor…
Dh agk dr mse asben bg perfume tu mesti something horror ngan perfume tu…
Loadednye fil tu ekk bg hadiah umah tgh KL as wedding gift…
Pastu dok kondo ekk tgkt 13A tu…???
Emangnya mmg lumayaaaannnn…
perfume tu bkn MIL dia yg bg ke? makna nya MIL dia pun terlibat eh?
sorry dah bc balik bkn MIL tp SIL…
terbaik la akak ni, cepat la sambung lagi. tak pernah missed lagi citer2 beliau ni. hahaha
citer sebelum ni yang mana? banyak kot episode related to D13 ni..haishhh..stress dibuatnya sebab nak gak follow citer ni, mmg best gilerr..hehe..saya nak tau sambungan Pantang yang mana 1..Rasuk ni ke?
BEST !!!
Ya Allah, sedihnya kenapalah smpai mcm ni manusia tergamak buat. Moga mereka insaf. Mmg kuat jodoh kak dngn husband. Untung kak dapt husband yg boleh sabar jg setelah apa yg berlaku. Allah Maha Kuasa jika diizinkan maka berlakulah. Sngt tabah kak dan husband kak. Sya doakan kak & husband serta anak² bahagia dunia akhirat, dan tabah dlm menghadapi dugaan syaitan dr kalangan manusia dan jin. X pe, Allah ada dan kmi pun readers akn support kak sekeluarga dngn DOA. Kan readers kan? Don’t worry.
Knape x minx mane2 ustaz untok kembalikan setan tu ke org yg ganggu anda…. Biar die plak rase….. Dan trus melutut sambel minx maaf…. X de la gangguan berpanjangan…. Bukan tujuannye nak ene kan…. TaP nak mengajar…. Ye la org klu dah dendam atas sebab yg bodoh sampai die pon jaD x matang mengalahkan budak baru laher… Die akan insaf bile dah nazak dan akan serek….. Percaye la….. Selagi blom nazak… Die x kan serek….
kan?anta la balik kat tuan nye…baru dia rasa
At last.lm dok tggu smbungan.smbung lg pls.?
nabi melarang menggantung gambar
simpan gambar dalam album
banyakkan solat
banyakkan ngaji
sesungguhnya rumah yg tiada solat dan bacaan alquran seperti tanah perkuburan
Pnjang2 pon puas hati den tunggu..sebab memang da lame tunggu cite sis..hope everything will be ok very soon..Aamiin..mak ngah tu dah tak kacau lagi la ye?
sambung cepat sikit kak . lama nunggu ni ? .
Banyaknya dugaan hidup kau. Sebelum kawin lagi kan. Sabar wei. Moga dimudahkan semuanya & dilindungi tuhan. Cerita panjang gilos tapi beat. Please sambing lagi
Best….tak pernah jemu baca citer…
Sejak 2 3 bulan lepas jadi pembaca tegar fs,
dapat jugak merungkai segala kisah kehidupan diri sendiri..
Sehinggalah berjumpa seorang makcik dan diberitahu tentang perkara yang tak pernah terlintas difikiran mengenai “makeup andaman dan pelesit”
Apapun semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara penulis sekeluarga dari perbuatan manusia durjana dan syaitan laknatullah..
Semoga penulis, suami dan anak2nya dilindungi Allah.. walaupun cerita panjang, aku sanggup baca.. panjang pun panjang la, asalkan xbersambung..huhu..
Pape pun, penulis dan keluarga tabah sungguh.. kalau aku jd husband dia. Aku dh skolahkn kembar aku, biar didik bini elok2 jgn hati busuk sgt..huh!
Pd penulis, utk pengetahuan, doa org teraniaya ni tiada hijab, Allah kabulkan CASH! so, bila penulis dh xtahan, gunakan lah senjata doa tu ye.. kalau xnk balas pd si pendengki, doa la yg hidup penulis dan keluarga dijauhi makhluk yg berhasad dengki dan dilindungi dr kejahatan makhluk2 yg zalim.. Aamiinn..
Semoga akak penulis terus kuat nak lawan, terus tabah. In Shaa Allah.
Allahurab.. besarnya dugaan
tabahnya ko… salute lah.. hope hubungan ko ngan husband baik2 aje.. yg penting jangan berdendam.. nanti makan diri.. huhu..
Tabahnyer penulis nie…semoge keluarge penulis dilindungi Allah
mantap ko kak, semoga tabah 🙂
banyakkan bersabar.. bsr sungguh dugaanya..
Buat penulis #Rumah, bertabahlah dengan mangkuk-mangkuk tersebut.
Sabor…..
Orang tak suka kita, mmg berlambak-lambak. Especially drpd kaum keluarga. Cemana pon, penulis #Rumah memang terbaik! Dendam tiada……..
Daripada bab pertama #Rumah, sampailah yg terbaru ni, mmg sangat-sangat simpati.
Fikir yang baik-baik sajer….
mengaji hari2/zikir hari2/solat fardu dan sunat…insyallah jin setan pun takut nak rasuk dan masuk dlm badan sis…
kak, saya suka betul baca cerita akak ni. dari start rumah No.23 lepastu rumah No. 9 melarat pulak rumah Tingkat 3, tak habis lagi pergi pulak rumah SS14, PJ sampailah rumah Tingkat 13A ni. Gila kental betul ! Semoga terus tabah dalam mengharungi kehidupan berumahtangga.
Saya sentiasa follow-up cerita akak. moga bertabahlah akak dengan dugaan ni semua.
ya Allah series sedih.nak nangis pulak baca.sabar la u.May Allah always with u.
giler panjang cter ko nih..dekat stngah jam aku bace..bkali2 aku gosok mate sbb rase pening tgok screen pc lelama..hahaha
tp best cter ko..byk liku hlgn & dugaan..hehe..buat aku bjaga2 dgn org walaupn org terdekat..
dah panjang2 gini pn ade smbung lg..xper aku tgu..sedia membaca nye..haha
ckp kt azy tu, kalo dh beria nau syg BFF dia tu , pttnya dia bimbing bff dia tu supaya terima kenyataan. bknnya dia sekali naik buat kt org .. amender laa.. akal pendek nau .. sabar tau awak ..
sabar ek kak. ko dekatkn diri dgn Allah. semoga Allah lindungi ko n family. itu doa aku utk ko. seikhlas hati, walaupun aku x kenal ko. innallaha ma’ssobirin..
Dalam dunia yg serba moden pon, orang yg urban lebih suka guna bomoh utk pecah belahkan keluarga. Awak memang kuat.
Suka baca cerita akak dari rumah ke rumah yg lain. Haha
Saya peminat setia cerita2 awk. Nak nasihat xpandai, sbb diri sendiri xpenah berada di situasi awk. Tp yg sy boleh ckp, awk dan suami sgt kuat. Mungkin sbb awk dah terbiasa dgn gangguan yg terjadi pd awk dan suami. Dugaan awk dtg bertubi2. Dari sahabat baik, emak saudara dan kini SIL dan biras awk pulak. Hidup awk dikelilingi dgn manusia yg mengamalkan ilmu syirik kpd Allah SWT. Semua berpunca dari sikap cemburu dan iri hati. Semoga Allah terus memberi kekuatan kepada awk dan keluarga. Amin.
Teruskan menulis, sy sedia menunggu update dari awak.
*Dlm hati teringin sgt nak jumpa penulis scra berdepan.
apa maksud FIL and SIL nih sebenarnyaaa ?
father in law, sister in law
cadangan untuk penulis create satu identiti diri .. contoh #sispenyabar : (tajuk) senang kitaorg peminat nak jejak penulisan akak .. tak sabar untuk episod seterusnya .. btw semoga anak-anak akak menjadi anak yang soleh ..
Hi, boleh tak confessor or sesiapa yang rajin bagi link untuk kesemua cerita? Kawan saya berminat nak baca lepas saya cerita tapi mak sakit jiwa nak cari satu satu sambungan ?
Hi, boleh tak confessor or sesiapa yang rajin bagi link untuk kesemua cerita? Kawan saya berminat nak baca lepas saya cerita tapi mak sakit jiwa nak cari satu satu sambungan
sebak sebenarnya baca cerita akak ni, akak memang tabah sangat dari sebelum kahwin sampai lah nk dapat anak ke-2 ada je yang mengganggu. Suami akak pun sangat penyabar, semoga akak dan keluarga dilindungi oleh Allah swt. Jangan cuba nk balas dendam kak, nnt biar dia sendiri terima balasan di akhirat. ape2 pun cerita akak memang best. Hope ada lagi penulisan dari akak, tapi bukan jenis yang akak kene buat lah. kesian akak kalau ktorg dok minta2 sambung cerita macam ni maksudnya macam doa juga untuk akak terus kene dengan santau2 bagai ni.
malas nk bace yg pnjg2 ni…
Sejujurnya saya suka cara akak menulis cerita. You.are.such.a.strong.woman. Harap2 cerita akak ni semuanya benda yang dah berlalu & tak ada gangguan lagi sekarang. Memang best baca cerita orang. Tapi tak best kalau terjadi drama2 macam ni foreal. Saya doakan akak supaya tak payah sambung apa2 cerita lagi. Semoga semuanya dilindungi, InsyaAllah.
baca drpd episod pertama sampai skrg. best baca sebab panjang, puas hati. tapi tah la, antara percaya dgn tak je rasa. sebab? sebab sebelah penulis pun makcik nya jahat. bff yg housemate nama sara pun jahat. keluarga mertua pun ada yg jahat. biras pun jahat. eh…, sesuatu sgt. habis semua org tak suka dgn penulis. sanggup bersantau bagai. real ke tak cerita ni?
best cite akak ni…follow dr awal sampai skang…akak mmg tabah la…plus suami pon tabah…ape2 pon terbaik…nak baca next story akak
Full Story Akak Rumah D13A
1. http://fiksyenshasha.com/rumah-no-23/
2. http://fiksyenshasha.com/rumah-no-9/
3. http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-3/
4. http://fiksyenshasha.com/rumah-ss14-pj/
5. http://fiksyenshasha.com/rumah-tingkat-d13a/
6. https://fiksyenshasha.com/pantang-rumah-tingkat-d13a-2/
7. https://fiksyenshasha.com/rasuk-rumah-tingkat-d13a-1/
8. http://fiksyenshasha.com/kifarah-rumah-d13a/
9. https://fiksyenshasha.com/rumah-d13a-memori/
Rumah kat Denai Alam ada pulak small courtyard rasa tau dah dekat phase berapa hehe. Kawasan perumahan baru. Bulan depan nak pindah situ jugak eh seram pulak bila sis kata ade something dekat kawasan sana. Semoga sis terus tabah menghadapi dugaan yang datang. Cara sis cerita dah gambarkan sis dah redho dengan ujian2 ni. Semoga hubungan dengan family husband bebaik semula walaupun pedih untuk ditelan dan kebencian tak berpanjangan supaya dendam mereka tidak dibawa hingga ke anak cucu akan datang. Semoga dipermudahkan segala urusan sis