Assalamualaikum.
Maaf jika apa yg aku tulis ni tak begitu difahami oleh anda yang membaca. Aku bukanlah seorang penulis. Namun aku akan cuba sedaya upayaku untuk menceritakan seringkas mungkin pengalaman hidup aku ini.
Ia bermula sejak aku darjah 6.
Aku ni boleh dikatakan sering dirasuk. Bermacam-macam tempat pengamal perubatan Islam yang sudah aku pergi. Tapi keadaan aku tetap sama. Kata pengamal-pengamal perubatan tu, aku mudah terkena rasukan jin.
Perkara ‘mistik’ ini menjadi semakin kritikal apabila datuk kepada suamiku jatuh koma kerana sakit jantung. Datuk suami aku ni seorang pengamal perubatan Islam juga.
Dia dianugerahkan oleh Allah dgn keistimewaan tersendiri. Dah ramai orang berubat dengan dia. Aku sendiri pun salah seorang pesakit dia. Kami panggil dia atok. Selama ni atok sering menahan makhluk halus dari terus bermaharajalela di dalam tubuhku. Makhluk-makhluk yang berada di dalam tubuh aku ni bukan calang-calang. Sebab tu atok hanya mampu menahan sahaja dan tidak buang.
Okay, kembali kepada cerita asal. Pada ketika itu atok jatuh koma dan beberapa hari kemudian, atok meninggal. Aku yang sedang memasak waktu tu. Dengan sendirinya aku mulut aku tersenyum dan berkata, “bagus. Dah mati pun orang tua tu!”
Dalam masa sama, aku terkedu sebab aku cakap benda tu tanpa niat. Tak masuk akal langsung macam mana aku boleh berkata mcm tu.
Masa tu aku dah terasa suatu aura kuat yang tak pernah aku rasa selama ni. Makin hari makin menjadi aku punya perasaan tak tenteram tu. Seminggu selepas atok meninggal, aku ambil keputusan suruh suami aku bawa aku pergi jumpa dengan pengamal perubatan Islam yang lain. Aku pilih untuk pergi berubat ke Melawati. Anak kepada rakan suami kakak aku yang akan ubatkan aku di sana nanti. Dia merupakan seorang budak berusia 14 tahun. Namun Allah kurniakan anugerah istimewa kepada dia dan dia manusia yang terpilih oleh Allah. Tp disebabkan dia baru berusia 14 tahun, mungkin belum cukup kuat untuk ambil kes-kes berat.
Semasa proses rawatan, budak tu scan badan aku dan dia dapat rasa ada lima ekor makhluk dalam diri aku. Budak tu hanya mampu keluarkan empat sahaja. Lagi seekor tu dia tak mampu buat apa-apa. Dia suruh ustazah dia tolong buatkan. Sebab yang seekor ni sudah lama sangat bertapak dalam badan aku.
Malam tu juga budak tu dan ibunya bawa aku ke tempat ustazah. Tapi malangnya ustazah tu dah tidur. Aku ambil keputusan untuk pergi berubat ke rumah ustazah (terletak di Ampang) keesokan harinya saja.
Pada keesokan harinya, aku, suami, anak-anak dan mak abah mertua aku pergi ke rumah ustazah jam 11 pagi.
Semasa aku datang, ustazah suruh aku ceritakan dahulu apa yang terjadi. Aku pun ceritalah apa yang budak semalam tu scan dalam badan aku dan dia nampak ada lima ekor dan tinggal seekor dia tak dapat keluarkan. Ustazah tu cakap, “sebelum saya keluar rumah untuk ajar mengaji dekat rumah anak murid saya tadi, ramai sami tengah menunggu depan rumah saya. Dalam hati saya terus terfikir, siapa pesakit yang datang selepas ni, mesti hebat dia punya gangguan.” Masa tu aku dah terkejut sebab aku tak pernah terfikir; makhluk yang bersarang dalam badan aku tu beragama Buddha.
Ustazah kata, “makhluk yg ada dalam diri awk ni, dia berkenan dengan awak. Sebab masa awak lahir, dia nampak satu bintang pada diri awak.
Awak seorang yang ada kelebihan Allah beri. Sebab tu makhluk tu suka pada awk. Tak apa. Awak hanya ingat Allah saja, ya? Okay kita mulakan…”
Semasa proses rawatan dijalankan, ustazah tu siap pesan, ingat Allah. Walau apa pun yang terjadi, ingat Allah dan jangan berhenti berzikir. Sepanjang rawatan, hanya kalimah Allah yang aku sebut dalam hati. Baru sahaja seminit proses mengubat dijalankan, muncul seorang ‘ratu’ di dalam diri aku. Perwatakan aku berubah. Aku duduk dan bercakap dalam gaya yang angkuh dan sombong.
Ratu (aku): Kau ingat, kuasa kau mampu jatuhkan aku? Aku ada ramai tentera, sami, pengikut. Manusia semua bodoh!
Ustazah: kau tak perlu angkuh, kau sekarang sedang berlawan dgn kuasa Allah. Allah sedang bantu hambanya menentang tentera engkau.
Ratu: tidak.. Tentera aku antara tentera terkuat. Tentera aku akan memperjuangkan dajjal.
Ustazah: engkau lihatlah, kerajaan yg 1300 tahun lamanya kau bina sudah musnah. Allah hantar tenteranya untuk binasakan tentera-tentera engkau.
Ratu: Tidaaak! Jangan musnahkan tentera-tentera aku! (sambil tangan sedang bertapa mcm orang thailand selalu bagi salam sawadikap tu)
Ustazah: engkau tidak mampu melawan rahmat Allah, kuasa Allah. Tentera Allah jauh lebih hebat berbanding tentera engkau.
Ratu: (mulut terkumat kamit membaca mentera memanggil sami-sami dia untuk bantu tenteranya berlawan)
Ustazah: mentera kau sudah tak laku. Allah sudah tarik kuasa kau. Takhta kau pun sudah jatuh ke bumi. Sujudlah kau kepada pencipta kau, iaitu Allah.
Ratu: tidak! Aku ingin berjuang bersama dajjal!
Ustzah: kau nak tengok apa aku akan buat? Baiklah.. (ustazah pergi kepada anak aku yang pertama dan kedua)
Ratu: engkau jangan usik anak-anak itu! Anak-anak itu tentera terhebat aku untuk bantu dajjal menentang Islam. Bila usia anak-anak itu meningkat, mereka akan jadi santapan aku (sambil lidahnya menjelir).
Tanpa berlengah ustazah keluarkan benda yang ada dalam tubuh kedua-dua anak aku pula. Ratu tu menangis kerana tentera terhebatnya sudah mati.
Ratu: kenapa kau bunuh tentera terhebat aku? Aku sudah didik dia untuk jadi barisan paling depan menentang orang Islam. Kenapa kau bunuh dia?! (menangis teresak-esak)
Ustazah: sujudlah kau kepada pencipta kau!
Ratu: (senyum sambil menari thailand) aku akan musnahkan org Islam!
Ustazah: menarilah kau. Tarian kau sudah sumbang. Tarian sebenar kau bukan mcm tu. Kuasa dan mentera kau semua Allah sudah ambil. Menarilah kau dengan tarian sumbang kau tu.
Ratu: (bermentera lagi dalam bahasa yg langsung tidak faham) datanglah kau, bantu aku! Datanglah kamu semua kepada ku!
Ustazah: sudahlah! Semua sudah tiada untuk kau. Sekarang tanggunglah akibat kau.
Pahlawan Allah sudah datang untuk menjemput kau.
Ratu: tidaaak! Jangan! Jangan ambil aku!
Ustazah: rasalah kau dengan pahlawan Allah itu (pahlawan Allah datang bawa pedang dan gari besi, ikat ratu dan penggal kepala ratu itu di situ juga. Habis bersepah darah ajaib di rumah ustazah).
Aku mula tersedar, tapi lemah. Aku merehatkan diri. Ustazah berubatkan suami aku pula. Ustazah kata dekat suami aku ada ketua sami kerajaan ratu tu. Selesai uruskan anak-anak dan suami, ustazah clearkan rumah aku. Rumah aku ade 20 sami.
Selepas rawatan tu, mulut aku yang selama ni berzikir punyalah pelat, terus jadi lancar. Aku tak pernah rasa berzikir selancar ini. Aku terasa badan aku sangat ringan.
Aku cakap pada ustazah, “masa ratu tu nak mati, saya nampak semua gelap. Tapi ada satu cahaya dari langit menyuluh ke arah saya. Saya terasa bantuan tu datang bantu saya.” Subhanallah. Masa tu aku terasa seperti Allah sedang melihat aku. Aku dapat lihat kuasa Allah dengan mata aku sendiri.
Selesai semua, aku pulang balik ke rumah dengan gembira dan sujud syukur kerana tak ada lagi gangguan pada aku dan keluarga aku. Tapi sangkaan ternyata meleset. Kerajaan lain datang menuntut bela atas kematian kerajaan ratu siam tu.
Maaf, aku keletihan sangat. Aku akan sambung cerita ni. Aku keletihan menahan makhluk halus dalam diri aku 24jam sehari sambil jaga anak-anak. Harap korang faham, ya? Cerita aku tak banyak lagi. Nanti-nanti aku sambung. Aku cuma minta korang doakan aku supaya semua ni berakhir. Di alam lain, mereka sedang bersiap-siap untuk hari kemunculan dajjal. Aku dah lihat. Aku nak korang semua pun persiapkan diri korang dengan amal ibadah.
Assalamualaikum.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sambung lagi ya.
2x kali maira ulang baca sebab nak fahamkan jalan cerita..
Kalau sis nak pergi berubat dengan Ustaz EL email [email protected]
Setakat ni dah 5 orang pembaca FS pergi berubat. Yang dari kedah. KL. Pahang. Jarak bukan penghalang kalau nak berubat 🙂
hai EL,nak tanya jer.Baru2 nie aku ada mimpi beranak n aku susukan baby tu? ada kena mengena dengan saka ke?
tengah mengandung ke apa? kalau tengah tu maksudnya REZEKI NAK DATANG. Tapi kalau tak.. errrr. kemungkinan yea.
aah tengah mengandungi makanan jer,kikiki. Alamak patut lar lepas mimpi tu badan aku semacam bisa2 berat,n malas nk buat kerja umah. Ehh ke sebab aku penat.huhuhu.Ada gak citer kt opismate,diaorg cakap better g berubat,kot2 memang dah ada yg damping
Maaf mencelah… Kalau mimpi susukan baby, mimpi budak (walaupun u kenal budak tu).. itu antara petanda gangguan. Sebaiknya pegi lah berubat secepatnya.. 🙂
Hai awak,aah memang nak pergi berubat tapi tunggu waktu free . InshaAllah akan disegerakan. Thanks 🙂
Bagos! Segera kan tau. Jangan lambat lambat hehe
inshaAllah EL
Betol cakap Mira .. heee
Hahahaha. Benda tu mmg bukan bagi kad jemputan nak datang
ustaz EL? ko ke USTAZ EL?
EL, aku nak tanya. haritu aku ada pegi berubat. tapi aku tak terus pegi. (jauh,dia kt nun utara sana) dia just scan aku je dari jauh. dia guna khadam. maksud aku. soalan aku ialah, boleh pecaya ke?
#serius
berubat dari jauh boleh je. Dia tembak dari jauh. tapi kurang sikit la berkesan.
Khadam?
errrr.. apa maksudnya? EL fikir Jin je Khadam tu… Ustaz ke bomoh?
tak tahu lah EL. nak klasifikasikan ustaz ke bomoh. huhu
satu lagi nk tanya ko. boleh ke atau logik ke “seseorang’ masuk dalam badan org lain untuk lakukan perubatan ke atas org lain.
dan satu lagi, boleh ke berubat guna khadam?
~errr, harap ko faham apa aku cuba sampaikan. aku fail bab expain kat org. huhu
Senang je. Kalau dia x guna ayat pelik selain Al Quran itu Ustaz la. Tapi kalau ada jampi . Bimboh .
Masuk ? Dia ckp mcm tu ? Mungkin itu dia guna Jin! Badan org sakit dh la ada Jin, nak guna Jin lagi ? Bertambah la.
Ustaz tak kan guna Khadam=Jin! Tu mesti bomboh
El punya ustaz kan..
Hahaha. Qis !
Salam EL, nak tanya..nk berubat tu kat mana ya?
Banyak nau kerajaan dia…mcm kerajaan srivijaya~~btw nice story and ada pengajaran juga?
hahaha..lama dah xdengar nama kerajaan srivijaya
8/10
serius nau bagi rate.. hahahha
Haha ini yo yg den mampu.. Nak bg yg lain x mampu haha
hahahaha iyela tu.. eh abg singkong.. mem besar dah okay ke??
Alhamdulillah mem besar da ok.. Kena tunggu report lg.. Ptg sikit da bole balik..
Singkong awk Ni detektifD9 tu ke? Cara awk bckp mcm dia menulis ,hehe
Mana kau dgr aku bckap? Hahaha
Tu orang lain buka aku.. Haha
Mksd sy kwn, cra awk menaip mcm dia menaip :’)
X sama.. DetektifD9 tu komen sini juga ke?.. X pernah nmpk nick tu..
Xla,baca crita dia la.. Ada apps jgak utk crita dia .. btw Nick?
nick = nickname
Ohh,haha.. thanks
Btw cmne nk tukar dp? :’)
Daftar gravatar je.. Kalau nak lg senang click je mana2 dp then dr situ bole proceed untuk register dn upload gmbr.
Hmm,ok .thanks medikeju
Medikeju pula haha.. Sama2
Gud lak cinde
Haha.. sbb medik Ada reply,?
medikeju. sweet. hahahaha
~cikbambam jgn jeles. kahkahkah.
cikbambam n sinking = bambamkong??? ?
erm..jeles sikit..aku rs nak tinggal kan ko sorg2 kt puncak broga nnt la..HAHAHAHAHAHA..
**maaf..terkejam plk..
HAHAHAHAHAHAHAH
jgn cikbambam. kalau ko tinggal aku, aku tak tahu nk turun kot mana. huhuhu.
tentera dajjal dah ada.. apa persiapan kita menentang dajjal.. Allah kuatkan iman umat Islam..
#muasabahdiri
#tandakiamatdahada
Saya risau.Apa yang saya tahu,kita kena bersiap sedia dari sekarang.
Dari Abu Darda’ R.A,
Nabi S.A.W bersabda,
“Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal.”
(Hadis Riwayat Ahmad)
good share sis..
#bolehamalkan
5.5/10
cikbambam pun same dengan abg singkong.. serius nau bagi rate
kalo singkong serius cikbambam kene serius jgk..
kalo singkong happy cikbambam pun happy..
#iniserius
Uiihhh ni serius betul ni cikbambam.. Haha jgn la serius.. Haha
okey..da x serius da..huhu..mem besar okey x singkong?
Aaahh mcm tu la.. Jgn serius sangat.. Nak tecabot jangtung singkong tgk cikbambam serius Haha.. Mem besar still weak sikit but getting betta dah..
haha..cikbambam mana penah serius..kalo xde singkong je cikbambam acah2 serius..hahaha..
Alhamdulillah..jaga mem besar elok2 ye..kirim salam kt mem besa..ehh..kirim salam plk..huhuhu
ecececeecehhhh. terrrrrrr kirim salam pulak ye? hahahahahahahah
ade je ko kt mana2 kan..da macam saka aku plk..
hahahahaha
hahaha. jari aku gatal nk taip reply bila ko ckp terrr kirim salam. awak kot. hahaha
Haha.. Mem besar da jawab salam smbil snyum2 haha
fuhh..nasib baik mem senyum..kalo mem kua kn penyapu td mmg cikbambam xde harapan la..hahaha
bila nk lansungnya weh? hahaha. hujung tahun ni ke?? haha
lekk lu..aku tgh kumpul duit hantaran lg ni..hahaha
HAHAHAHAHAHA. Tak cukup 21k, tak boleh masuk minang singkong. DEMAND. Kahkahkah
Hahaha..ko nak kawen jgn mntk hantran tinggi2 medicakk..mntak ape yg laki ko ade je..mntk tggi2 kang laki ko x jadik masuk minang plk..hahaha
.
HMMM
Best..sambung cepat ye
not bad.. bgus..
semoga semuanya akan berakhir 🙂
Subhanallah!Semoga penulis dan seisi keluarga sentiasa di bawah perlindungan Yang Maha Esa..Anggaplah apa yang terjadi kepada akak merupakan suatu ujian daripada Illahi.
Dan semoga kita semua termasuk dan menjadi salah seorang daripada hambaNya yang beriman dan bertaqwa..
Allahuakbar. Just get ready for it. Buat penulis semoga baik baik sahaja untuk penulis di hari hari akan datang.
Salam.bersabarlah sis.sama2 kita kembali ke jalan Allah.Mari kita mulakan beramal dan hafal surah AlKahfi ayat 1-10 atau AlKahfi ayat 100-110.Semoga kita semua selamat daripada fitnah AlMasih Dajjal laknatullah.Aammiinn.Teruskan menulis dan berkongsi pengalaman.
Amin Ya Rabbal Alaminn
amin..
Amiinn..
el pm urgent nak tanya
hye needyourhelp..panjang nye nama ko..huhu
kt komen atas ade emel EL..nak tny pape emel je ke die..
EL leh komen banyak2 dekat cerita org. nanti kena kecam. Hahaha. tu cikbambam yang baik hati dah tunjuk
haha..da ade yg kecam laa..lantak pi kt dia..hahaha
Hahahahaha. Apa laaa
best….best
8/10
Best .. nak baca sambungan nya nanti ..
Cite best ! ?
#semogasisterustabah
Menarik.hmm
5.5/10
kalau menarik, bagilah bintang full.
KO PAHAL NAK SIBUK
PEGI LA YOGA SANA JANGAN KOMEN SINI.HUH
Huhu,, jgn dmaranye org tu,, kihkih,,
dulu2 je marah..sekarang tak marah dah..haha
HAHAHAHAHAHAH
u ikot je i pegi mana kan.haha
perasan.
mana ada i ikut. dah naik dekat recent comments tu. huhu
sebenarnya bila kita kurang mengaji/zikir setiap hari mmg makhluk2 durjana mudah merasuk kedalam badan kita melalui saluran darah kita sendiri…saya dulu mmg pernah diikuti jin2 jantan (menurut Ustad jin2 ni meminati saya atas sebab2 tertentu) tetapi mrk tak berupaya masuk dalam badan kerana Al Quran yg dibaca setiap hari adalah pendinding diri saya yg paling ampuh…malangnya walau mrk tak dpt merasuk saya tapi jin2 ini sentiasa berlegari2 dikeliling saya dan salah satu punca berat jodoh krn seseorang yg diikuti jin2 yg menyukai seseorang itu akan berwajah kelam dan tua supaya tiada lelaki mau melamar…tu tujuan jin2 puaka tu…huuu…tentang kedatangan Dajjal memang benar dah tak berapa lama lagi dah…dah terlalu byk tanda…bomoh2/sami2 adalah tentera2 Dajjal…mrk semua mmg menantikan kedatangan Dajjal…jika nak tau lebih lanjut tentang Dajal yg tak lama lagi akan keluar sila cari Youtube Ustad Zulkifli M. Ali tentang huruhara akhir zaman ya…kisah penulis ini sendiri dia mengaku dia kurang zikir dan susah zikir…tu sebab hati susah nak berzikir atau sebagainya…apapun semoga penulis dilindungi Allah…manusia yang diuji dgn jin puaka iblis ni biasanya lepas sembuh mrk mudah ada merasa sesuatu jika ada benda yg akan berlaku….dan hikmahnya diri seseorang itu akan lebih dekat dgn Allah krn hanya Allah berkuasa menyembuhkan…insyallah…maaf panjang lebar lak komen…huuu
Semoga Sis terus kuat, kuat dan kuat lagi
Aq x sedia… Aq x nk thu… Aq x nk dengar… Aq x faham & aq xnk faham.. Apekah aq pengikutnye juge?
?
semoga dipermudahkan segala urusan
Mcm bace komik pulak rasenye!!! 5/10
Assalamualaikum
Cerita ni dah sambung ke?
-kalau ada tlong bg link