Keluarga Psiko

Malam masih muda, namun seluruh penghuni di dalam rumah ini sedang lena dibuai mimpi. Hanya detak jam di dinding saja yang jelas kedengaran tatkala ini. Apabila suasana sunyi sepi begini, terus persoalan itu menjengah di benak mindaku. Argh, mana mungkin? Bukanlah!

Aku dilahirkan di dalam rumah nenekku pada awal 90-an dan aku merupakan cucu perempuan tunggal yang tinggal bersama nenek aku. Menurut nenek aku, ibuku telah meninggal dunia saat melahirkan aku dan aku dibesarkan sepenuhnya oleh nenek aku. Nenek aku merupakan seorang yang sangat baik, sangat mengambil berat tentang aku, selalu menasihati aku.

Hubungan aku dengan nenek sangat rapat, sangat akrab seperti ibu dengan anaknya. Aku begitu disayangi oleh nenek aku, segala kemahuan dan kehendak aku pasti dipenuhi sehinggakan nenek pernah bilang padaku, nenek ingin menghadiahkan sepasang cucuk sanggul emas miliknya kepadaku kelak. Boleh dikatakan aku di tatang bagai minyak yang penuh.

Sehinggalah aku melangkah ke usia remaja, aku bagaikan seperti baru tersedar dari mimpi. Tapi aku masih tidak percaya, tak mungkinlah!
Nenekku seorang wanita yang sangat pandai menjaga penampilan dirinya, sentiasa berkebaya pendek, rambutnya yang panjang hitam mengurai tidak pernah dibiarkan tidak terurus, rambutnya pasti disanggul rapi dan alis mata tidak pernah ditinggalkan walau sekali pun. Raut wajah nenek aku langsung tidak seiring seperti umurnya, nenek sentiasa kelihatan cantik, muda di mata aku, paling cantik sempurna adalah sewaktu sepasang cucuk sanggul emas itu berada di dalam sanggulan rambut nenek.

Masih lagi aku ingat, pada suatu malam itu, aku masih lagi berjaga, mungkin kerana aku terlajak tidur siang tadi. Tiba-tiba aku terdengar bunyi lantai kayu di rumah nenek aku seperti seseorang sedang berjalan menuju ke dapur. Aku tidak berani keluar dari bilik untuk melihat, benakku berkata mungkin nenek lapar. Tidak lama kemudian, aku terdengar seperti seseorang paip air hujan dipulas di dalam tandas. “Nenek mandi pada waktu sebegini ker?” Tapi biarlah, esok saja aku tanyakan pada nenek. Lalu aku terus cuba untuk melelapkan mataku.

Keesokan harinya aku bertanya pada nenek, nenek menunjukkan reaksi muka selamba sambil berkata, “Eh mana ada nenek bangun? Kan nenek tidur dengan kamu dalam bilik semalam? Takkan kamu lupa?”
“Oh yalah, lupa. Tak perasan pulak nenek tidur atas lantai, sebab Nini kan tidur atas katil,” balasku. Nenek geleng kepala kepadaku. Aku terdiam dan tidak tahu apa patut aku fikirkan pada waktu itu. Tapi tak apalah, tak mungkin hantu sebab aku tak percaya semua tuh. Mungkin khayalan aku semata-mata.

Seminggu berlalu. Sedang aku leka mencatat sesuatu dalam diariku, sekali lagi aku terdengar bunyi paip air hujan dipulas dan seseorang sedang mandi di dalam tandas. Hati aku tertanya-tanya, siapa pula yang tengah mandi itu. Sedang aku beranikan diri untuk melihat siapakah yang sedang mandi itu, aku tidak perasan bahawa diariku telah jatuh terperosok ke bawah katil. Ketika aku melangkah melalui depan pintu bilik nenek, aku terdengar bunyi suara seseorang sedang bercakap-cakap di dalam bilik nenek. Bulu romaku terus menegak, aku jadi tidak berani untuk meneruskan langkahku, aku berpatah balik masuk ke bilikku dan aku memaksakan mataku terpejam rapat sehinggalah aku terlena. Aku sudah tidak berani untuk bertanyakan nenek tentang bunyi-bunyian yang aku dengari saban malam. Aku buat keputusan untuk cari jawapan sendiri.

Zaman ini juga aku kian dewasa. Jadi, pelbagai konflik dan persoalan mula muncul dalam fikiranku. Aku mula tertanya-tanya, kenapa nenek tidak pernah bercerita tentang ibu & ayahku kepada aku? Kenapa nenek tidak pernah memberitahu aku ke mana pergi ayahku selama ni setelah kematian ibuku? Kenapa nenek tidak pernah membawa aku ziarah ke kubur ibuku? Bukan aku tidak pernah cuba untuk bertanya, setiap kali aku cuba, setiap kali tulah nenek akan mengubah topik.

Hari demi hari berlalu, sehinggalah seperti biasa, seminggu sekali akan terdengar bunyi seseorang sedang mandi. Semakin hari, semakin banyak petunjuk yang telah muncul, hinggalah pada suatu hari itu, aku terdengar bunyi yang sangat kuat dari arah bilik nenek. Teragak-agak, aku melangkah ke bilik nenek. Perlahan-lahan aku pulas tombol pintu bilik nenek. Di sebalik daun pintu bilik itu, aku seakan terlihat sesusuk tubuh wanita tua. Mustahil itu nenek, nenek tidak setua itu. Belum sempat pintu itu dibuka luas, nenek menegurku dari belakang, “Apa yang kamu buat di depan pintu bilik nenek ni, Nini?”

“Nini ada dengar bunyi dari dalam bilik nenek ni. Lepas tu Nini ternampak macam… macam ada orang dalam bilik nenek ni tadi.”

Nenek pun menolak daun pintu biliknya. Tiada sesiapa pun di dalam bilik nenek. Aku berkerut hairan. Mustahil aku tersalah pandang, sebab memang tadi jelas kelihatan sesusuk tubuh wanita tua itu. Aku dimarahi oleh nenek, “Tengok, mana ada sesiapa pun di dalam bilik nenek ni? Lain kali jangan banyak berkhayal melayan cerita bukan bukan di tv tu, kan dah terbawa-bawa!”

Aku terdiam dan hanya mampu meminta maaf pada nenek. Aku melangkah keluar dari bilik nenek dan masuk ke bilik aku. Aku yakin dan memang yakin aku nampak seseorang di dalam bilik nenek tadi! Tapi ke mana wanita tua itu pergi dalam sekelip mata? Pasti nenek sembunyikan sesuatu dari aku ni. Kelakuan nenek pun aneh kebelakangan ni.

“Kenapa mak keluar dari bawah tanah tu dan berkeliaran di dalam bilik Misah tadi? Kan Nini dah nampak mak tadi. Apa yang Misah nak bagitahu Nini lagi nanti kalau mak buat perkara yang sama lagi?” tanya Kamisah kepada emaknya.
“Kenapa kau tak b***h mak jea Misah seperti mana kau b***h suami kau si Sharif tu? Sampai bila kau nak kurung, seksa mak macam ni? Sampai bila kau nak menipu, sembunyikan diri kau yang sebenar dari Nini? Mak nak tengok cucu mak sebelum mak m**i.”
Dengan riak muka yang sangat menjengkelkan Kamisah menjawab kepada emaknya, “Kau diam, orang tua!”

Puas aku mencari di mana diariku. Aku berusaha mencari dan rupanya diariku berada di bawah katil. Sedang aku cuba untuk mencapai diariku, aku terlihat sebuah kotak kecil bersaiz kotak kasut. Aku memanjangkan tangan mencapai mengambil kotak tersebut. Alangkah terkejutnya aku melihat isi kandungan di dalam kotak itu.

Sejurus aku membuka penutup kotak itu, terdapat beberapa helaian keratan akhbar bertarikh 08 Mac 1990, tarikh dan bulan yang sama dengan kelahiranku. Aku membelek helaian demi helaian keratan itu dan mataku tertuju dengan gambar itu. “Eh, ini gambar nenek. Kenapa pulak nenek masuk dalam suratkhabar dan kenapa pulak nama nenek dalam keratan nie Kamisah Johar?” bisikku sendiri.

Bagaikan tidak percaya dengan isi kandungan keratan akhbar itu. Tapi, kenapa ibu aku telah menikam ayah aku bertubi-tubi dan menyiat-nyiat ayah aku menggunakan cucuk sanggul emas itu? Aku meneruskan lagi membaca keratan akhbar itu dengan teliti. “Kejadian berlaku dipercayai kerana mangsa (ayah) mengalami masalah gangguan mental dan mangsa bertindak menerkam dan mencekik bayi yang baru lahir itu, lalu tertuduh (ibu) menyerang mangsa sehingga m**i.”

Aku terduduk, tidak mampu berkata apa lagi, terasa seakan seperti dihimpap batu yang besar, agak susah untuk aku menelan semua ini. “Ibu aku seorang pembunuh? Tak mungkin lah. Habis tuh siapa pulak orang tua yang aku nampak tempoh hari?”

Helaian keratan akhbar terakhir dibelek olehku, “Seorang pesakit mental bernama Kamisah Johar, 35 telah melarikan diri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta,Perak. Sekiranya anda mempunyai sebarang maklumat, sila maklumkan segera”, bacaku dengan perlahan.

Kini aku tahu siapa nenek yang sebenarnya. Tanpa berfikir panjang, aku meluru ke arah bilik nenek. Belum sempat aku membuka pintu bilik nenek, aku terdengar suara yang kuat sedang bertengkar. “Kau serahkan lah diri kau pada pihak yang berkuasa Misah, kau dah tak boleh lari lagi, lambat laun Nini akan tahu siapa kau yang sebenar.”

“Kau diam! Sebab anak kau aku jadi macam ni perempuan tua! Aku tidak kan serahkan diri aku, tidakkkkk!!!”, jerit Misah.

“Sampai bila? Sampai bila Misah? Mak dah tak terdaya lagi. Kenapa kau hukum mak macam ni sekali Misah? Kau perlukan bantuan Misah. Kau bunuhlah mak Misah, kau b***h aku!!!”

Dengan nafas turun naik Kamisah membalas, “Kau jangan cabar aku b***h kau mak!”

Aku menjadi takut dan tidak tentu arah. Dengan sepantas mungkin aku berlari keluar dari rumah bagi mendapatkan bantuan dan membuat panggilan kecemasan.

Tapi ternyata aku telah terlambat. Sejurus aku kembali ke rumah nenek bersama-sama pihak polis, aku terlihat nenek terbaring lemah dengan d***h yang sedang mengalir tanpa henti. Aku meluru ke arah nenek, aku memangku kepala nenek, nenek sempat menatap wajahku sebelum menghembuskan nafas terakhir dan sempat berkata, “Maaf…kan ne…nekk.”

Sehingga kini pihak polis tidak dapat mengesan dan mencari di mana ibuku, Kamisah Johar. Ibu telah melarikan diri setelah menikam nenek menggunakan cucuk sanggul emas itu dan telah meletakkan sebatang cucuk sanggul emas itu di dalam diari aku.

Kini tinggallah aku sebatang kara ditemani oleh teman-temanku di Wad B, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kota Bharu buat sementara waktu sebelum dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor.

-TAMAT-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Ashayie

141 thoughts on “Keluarga Psiko”

  1. Maira rasa.. mak Nini tu lebih kepada mental disoder yang teruk berbanding Psiko.. sebab mak Nini tu lari dari hospital mental kan? tu yg Maira rasa la.. nak cakap lebih-lebih pun maira tak arif…

    Reply
  2. “Hanya detak jam di dinding saja yang jelas kedengaran tatkala ini.”

    Aku teringat lagu Ayda Jebat wei! Jam di dinding terus berdetak ah ~ Hahahahahahhaha.

    Okay. Nice story. Aku ingatkan banyak lagi watak dalam cite ni. Tajuk nya “Keluarga Psiko” tapi jalan cerita kisah nenek nya sahaja. Should be letak tajuk ” Nenek ku Psiko” HAHAHAHAHAHAHAHA. Gurau je.

    So, nenek tu memang nenek nini ke? Ataupun nenek tu sebenarnya mak nini? Kamisah tu nama mak nini atau nenek? Allah. Confuse aku. Hahahahaha.

    So, orang tua yang Nini nampak dalam bilik sebenarnya nenek nini lah? Eh. Entahlah. pening aku. HAhahahahahah k bai.

    Reply
  3. ‘Orang Psiko’ jangan di layan! Makin di layan makin menjadi. Jagan angkat call or reply text. Jangan mencabar! Orang Psiko tak guna akal fikiran.

    Reply
  4. Kini tinggallah aku sebatang kara ditemani oleh teman-temanku di Wad B, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kota Bharu buat sementara waktu sebelum dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor. Die sakit jgk ke?

    Reply
    • “Ibu telah melarikan diri setelah menikam nenek menggunakan cucuk sanggul emas itu dan telah meletakkan sebatang cucuk sanggul emas itu di dalam diari aku”
      Apa yang saya faham,Nini dituduh m******h nenek dia sebab pihak polis jumpa sanggul emas tu dalam diari Nini.Jadi,pihak polis fikir Nini ada masalah mental dan hantar Nini di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kota Bharu untuk sementara waktu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.Sebenarnya Airish pun kurang faham jugak.Maaf kalau saya salah.

      Reply
  5. Part mak dengan nenek dia tu buat aku baca sekali lagi baru faham. 2 perenggan terakhir tu maksudnya dia pun mental ke? Pada aku ini bukan psiko ini dah digelar pesakit mental hahaha

    Reply
  6. misah…misah..kau mmg da gila!! Ya!! Aku masih hidup lagi misah!! Aku tgh baca ape yg cucu aku nini tulis tentang kita kat FS .. hahahahahaahahha

    Reply
  7. kalau ‘nenek’ dia tu mak dia . lari hospital gila utk jaga dia . means mak dia tu sayang lah ke si nini nih . takkan sanggup tuduh nini yg b***h ! ke nini berhalusinasi ? dah pi b***h nenek dia . pastu kata ‘mak misah’ yg b***h . aduhh nini

    Reply
  8. ” Kini tinggallah aku sebatang kara ditemani oleh teman-temanku di Wad B, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kota Bharu buat sementara waktu sebelum dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor. ”

    yang writer ni kurang siuman jugak ke camne…

    Reply
  9. Diari pesakit mental rupanya yg kita sedang baca…. ?? cucuk sanggul emas nya mana? Jgn jatuh pd org lain.. x pasal² nnt jd mental juga spt penulis diari.. haha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.