Di Sebalik Pintu

Assalamualaikum warga FS, aku kembali dengan satu lagi kisah seram. Sebelum itu, terima kasih admin kerana menyiarkan kisah ini. Harap enjoy~

Dulu sementara aku menunggu keputusan SPM untuk keluar, aku bekerja part-time di sebuah convenient store yang aku rasa lebih baik dirahsiakan namanya. Aku diberikan syif pagi kerana aku ni masih budak baru. Memang banyaklah pantang larang yang aku terpaksa patuhi. Tapi ada satu syarat yang aku pelik, di dalam kedai ini terdapat satu bilik yang pekerja lain labelkan sebagai ‘bilik si dia’. Aku tak tahu ada apa di dalam bilik ni, yang aku tahu senior-senior lain kata bilik ni berhantu.

Lebih 2 minggu aku bekerja semuanya normal sampailah satu malam ni aku terpaksa ganti senior-senior syif malam sebab diorang ada hal penting yang tidak dapat dielakkan. Diorang suruh aku jaga sebab rumah aku memang dekat dan alang-alang aku dah singgah sana(aku nak lepak ngan kawan aku last-last kena kerja). Aku dengan hati yang tidak rela pun terpaksa akur sebab diorang pun ada hal lain. Kawan aku pun cau tinggalkan aku huhu.

Kedai ni buka 24 jam dan syif malam start pukul 11 malam sampai 7 pagi. Tapi senior kata aku jaga kedai kejap je sampai dalam pukul 2 (sekejap lah sangat). Tak ramai orang yang datang membeli. Dalam pukul 12 memang gelap habis sebab kedai ni menghadap hutan jadi memang tiada lampu dari jalan raya atau rumah.

Tengah aku syok main phone, ‘pintu si dia’ ni berbunyi. Bunyi dia macam ada orang ketuk dari dalam. Ketukan tu jelas aku dengari. Aku cuak lah jugak, dahlah aku sorang je dalam kedai waktu tu. Aku bangun dan berjalan perlahan-lahan menuju pintu yang terletak di hujung sekali. Aku bawak sekali phone aku just in case tiba-tiba kena serang, sempat aku call orang minta tolong.

Aku tak tahu kenapa tangan aku gatal sangat sampai aku buka pintu bilik tu. Tiba-tiba satu kedai tu blackout, tambah lagi keadaan gelap gelita kat luar kedai. Memang aku teriaklah masa tu. Phone aku pun taktau mana dah masa tu. Aku tutup mata dan telinga aku sebab tu memang natural reaction aku (aku memang penakut). Aku rasa aku di dalam bilik tu masa tu sebab ada benda peluk aku dari belakang. Aku terus lari sambil tutup mata, sakit bahu aku terlanggar rak. Jadi aku memutuskan untuk buka mata dan cari pintu keluar. Dan aku menyesal dengan perbuatan aku.

Aku rasa ini pertama kali aku dilihatkan dengan ‘benda-benda’ ni. Aku buka mata je ada sekor hantu depan muka aku, muka dia putih habis, mata besar berwarna putih kekuning-kuningan, bibir besar dan tebal, rambut serabai paras bahu dan berpakaian kot hitam yang sudah koyak rabak. Aku terus pengsan nampak benda tu. Tapi aku sempat lihat seperti seorang perempuan yang mukanya bersih, dan risau memandang ke arah aku.

Aku dibangunkan pada pukul 2 suku lebih kurang. Senior jumpa aku dalam bilik tu lepas dengar bunyi ketukan. Diorang ingat aku yang ketuk jadi diorang bukalah, tapi diorang nampak aku terbaring kat sana jadi dorang bangunkan. Masa senior aku soal tanya aku, aku ternampak seorang perempuan limpas di depan kedai tu sambil tersenyum kepadaku. Aku ceritakan perkara pelik yang terjadi tadi pada hari esoknya sebab aku taknak benda tu kacau lagi.

Aku rasa bilik tu ada banyak roh-roh yang tersekat, jadi diorang minta tolong aku untuk lepaskan dorang (tapi tak pandai balas jasa elok-elok). Oh dan aku masih belum tahu ada apa dalam bilik tu sebelum ni, aku pun tak tanya senior-senior lain waktu dorang buka pintu tu. Sekarang, kedai tu dah kena renovate dan tidak disewa lagi. Aku harap perkara-perkara ni tak jadi kat korang yang kerja malam-malam tu huhu.

Terima kasih kerana membaca. Assalamualaikum

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Krap

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “Di Sebalik Pintu”

  1. Tiada istilah roh yang tersekat, roh tak tenang dan sebagainya. Yang menganggu itu adalah jin dan syaitan, yg tujuannya hanya utk menyesatkan manusia.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.