Realiti Hijab Terbuka

Assalamualaikum dan salam sejatera kepada pembaca setia fiksyen shasha. Salam perkenalan kepada sesiapa yang tak kenal aku, nama aku Zi. aku ada baca komen yang kisah keluarga aku menarik. Ya memanglah menarik sampai semua tak nak kawan dengan aku. Sesiapa yang ada keturunan pengubat kampung ni tahu lah macam mana. nasib lah dah kahwin.

Baru-baru ni aku ada baca bebenang twitter sorang budak perempuan dia cerita yang dia punya hijab terbuka. Dan mak dia bidan tutup hijab adik dia sebab adik dia nak sambung belajar jauh dari keluarga. Katanya lagi ada 2 jenis orang, A orang yang kuat semangat, B orang yang lemah semangat. Jadi dia ni A adik dia B sebab dia ni perangai pun dah macam setan. Kalau cerita pasal dia kat sini masa bila aku nak cerita pasal aku. Nanti pepandai lah korang cari.

Lepas aku baca cerita tu, aku tak tahu sama ada dia cakap betul atau tipu. Sebab aku ni dulu hijab terbuka dan aku tak sanggup terima anugerah ni. Walaupun aku ni berani (acah je) tapi aku masih tak mampu nak tengok benda ni. Masa umur 15tahun pak lang aku tutupkan hijab. Walaupun dah tak nampak tapi kadang kalau Allah izinkan untuk aku nampak, aku nampak juga lah.

Budak tu kata ada hantu jahat suka cabar dia, kacau-kacau manja macam tu lah. Bila tidur kena cakar, kena himpap, kena jilat bagai. Jika bukan dengan izin Allah benda ni nak jadi, ya dia jadi. Tapi untuk makluman. Manusia lah makhluk Allah SWT yang paling sempurna. Dan kita lah yang ‘dia’ paling takut. Paling dekat ‘dia’ boleh pergi adalah selangkah kaki kita. Itu paling dekat dia berani muncul. Kalau yang dah advance sampai rasuk-rasuk tu dah lain.

Budak tu kata dah biasa nampak tapi hujungnya dia kata nak pergi tandas pun takut. Mungkin pengalaman masing-masing. Buat masa ni aku tak pernah jumpa lagi yang mencabar-cabar. Tapi aku Cuma nampak ‘Jasad’. Oh ya pakej bau ya sistur. Kalau ‘jasad tu cantik, nyaman lah baunya. Kalau ‘jasad’ tu tak berapa nak cantik, sampai aku muntah pun ada.

Kalau cerita budak tu betul so aku okay jelah. Tapi kalau menipu, aku nak nasihat sikit. Benda ni tak sama macam kau tengok drama drama. Tak sama!! Tak terbayang dek logic akal pun benda yang kau akan nampak ni. Aku ni kadang sampai terkencing dalam seluar. Menangis jangan cakap, walaupun aku tahu dia takut dengan aku, aku takut pada Allah, tapi keadaan ‘dia’ yang buatkan kau tak mampu nak cakap apa-apa. Sedangkan yang baru nampak sekilas pun boleh demam seminggu.

Bila kau tengok drama drama hantu ni boleh tembus dinding bagai. Padahal tak pun. Selagi kau tak buka pintu selagi tu lah dia tak keluar. Macam raja kan? tapi tu lah realiti. Sebab tu jangan gantung gambar empat penjuru. Nanti bilik panas.

Aku pernah tertegur satu bau. Macam bau kambing bakar. Aku cakap aku lapar, sedap pula bau ni. Nah muncul lah ‘dia’ dengan kesan terbakar. Mulut cabul lagi. Menyesal sampai sekarang. Bau sampah kena bakar pun dah takut.

Oh ye budak ni ada kata yang maknya tak nak tutup hijab dia sebab dia ni kuat semangat. Kalau jadi apa-apa yang teruk baru mak dia masuk campur. Aku yang ada kelebihan ni sampai depress teruk sangat. Pernah beberapa kali cubaan bunuh diri sebab terlampau takut. Akhirnya hijab aku dah tutup baru aku rasa heavennya dunia. Walaupun kau kuat semangat, jika Allah kata jadi, tetaplah akan jadi. Then dia ada kata dia boleh berkomunikasi dengan ‘benda’ ni. Masa terhenti, akan masuk alam dia bagai. Alhamdulillah sampai sekarang aku belum ada kelebihan nak komunikasi ni lagi. Paling busuk pun bila aku dengar ‘benda’ ni menangis, aku pun ikut menangis sambil cakap jangan kacau aku. Solat memang buat. Oh ya. Kepada mereka yang solat dalam bilik depan cermin. Better kau alihkan cermin tu kalau tak nak jadi macam aku. Terkejut punya pasal bangun dari rukuk nampak dalam cermin ada rambut terkencing lagi. Hahaha

Banyak lagi aku nak kondem sebenarnya, tapi tak apa lah. Mungkin pengalaman aku dan dia tak sama. Aku jumpa yang baik-baik Cuma tunjuk ‘jasad’. Tak pernah lagi kena ganggu teruk-teruk. Selalu ‘benda’ ni buat bunyi je. Tarik-tarik selimut pun belum rasa sebab dia duduk bawah katil sambil tunggu aku tengok dia. Hahaha bajingan betul kalau ingat.

Ya aku masih takut kalau nampak ‘benda’ ni. Kau tahu apa jadi kalau aku berani? Mungkin aku dah syirik dan bertuhankan ‘benda’ ni. Jadi pendamping, buat kaya, nombor ekor. Mungkin?

Pendinding yang paling berharga adalah YAKIN PADA ALLAH SWT. Jika Allah tak izinkan, maka tak jadi. Takut hanya pada Allah swt. Semuanya atas keizinan Allah Swt, jadi yakin lah pada-Nya. Alhamdulillah aku dah jadi manusia normal. Tu yang dapat suami mulut celupar. Kepada adik twitter yang hijabnya terbuka tu. Tahniah sebab anda kuat semangat sampai tak nak tutup hijab. Kalau kau menipu, tunggu lah dia muncul baru kau tahu kau ni orang A atau B macam yang kau cerita tu.

Nanti aku ceritakan dekat pembaca semua tentang saka milik keturunan aku. Keturunan belah ibu dan ayah. Tahu saka kan? tapi pernah dengar tak saka berebut tuan? benda ni jadi masa aku 18tahun. Sampai sekarang ‘mereka’ ni ada untuk jaga aku. Nak buat macam mana. Orang dulu-dulu sayang cucu kan.

p/s : aku dah tak boleh nampak, tapi aku Cuma boleh rasa. Tapi aku tak berapa nak percaya sense ni. Bila angin sejuk lalu kononya ada hantu, padahal hari nak hujan. Bila tak sedap hati kononya ‘benda’ ni ada dekat-dekat, padahal perut memulas nak terberak. kbye

38 thoughts on “Realiti Hijab Terbuka”

  1. tak payah lah nak kondem cerita orang,cerita ko pun orang tak tahu betol ke tak macam ko pun tak tahu cerita budak tue betol ke tak..ko pun tau pegalaman orang berbeza tak semua orng orang boleh ade pengalaman same macam ko..

    Reply
  2. nak share pengalaman sendiri sangat lah digalakkan. tapi kalau nak kondem pengalaman org tak usahlah. of coz ada beza, hijab ni ada level2 nya tau. sama ada benar atau tidak cerita org lain, tidak usah fikir kerana pembaca ada pertimbangan sendiri. IQ pembaca usah diragukan.

    Reply
    • ini lawak😂😂😂 hijab ade level ii?.. kau bljr kt mne hijab ade level ii.. adui.. hahahaha.. jgn main sbut je.. hijab tkde level mcm game tu..hijab tetap hijab.. sng nk ikut level gak.. hah ade 1 level je.. tkde level 5, 10, 50 susah sikit , 100 susah gila.. tkder ii… when you want to say something, think about the relevant of your talk.. bak kata org ade ake pake

      Reply
  3. Hijab tu terbuka dgn asbab:-

    Saka family.
    Di sihir.
    Kesurupan/dirasuk.
    Kurniaan Allah/kasyaf(muqarrabin).

    Kalau sape2 rasa blh nampak tu agak2 kategori mana? Yg terbaik adalah mereka yg terhalang pandangannya tapi hidup hatinya.

    Reply
  4. my frnd prnh nmpk benda tu tembus slid pintu umah kitorg.. setip org pnglmn beza2.. myb pnglmn u benda tu xlh tembus dndg kot.. or sje test u untk bgi bukk pintu🤣🤣

    Reply
  5. ini lawak😂😂😂 hijab ade level ii?.. kau bljr kt mne hijab ade level ii.. adui.. hahahaha.. jgn main sbut je.. hijab tkde level mcm game tu..hijab tetap hijab.. sng nk ikut level gak.. hah ade 1 level je.. tkde level 5, 10, 50 susah sikit , 100 susah gila.. tkder ii… when you want to say something, think about the relevant of your talk.. bak kata org ade ake pake

    Reply
  6. maksud dia hijab ni terbuka bukan semua yang boleh nampak..ada sesetengah orang boleh tengok, cakap , bau ada sesetengah lagi just boleh nampak or maybe ada jugak just boleh rasa..Semua ni kuasa Allah. Tak boleh nak deny sebab benda ni bukan semua boleh nampak. Yang dipilih untuk hijab terbuka tu ja tahu betapa sakit takut semua tu. Patut bersyukur for those yang tak boleh nampak tu. Kalau tak tahu apa2 U should shut up and sangat tak patut nak kondem ssiapa yang ada pengalaman sbb dia yang rasa bukan kau.

    Reply
    • Yang ni aku setuju… Bukan maksud dia ada level2… Macam story pn Zi ni.. Dia kata benda tu boleh berdiri selangkah dari kita berdiri, tapi kes aku lain..benda tu sentuh kiri kanan tangan aku.. Kiranya semua izin Allah SWT dengan cara apa sekalipun dia nak muncul. Wallahualam..

      Reply
  7. Anak sedara aku umo 13 bleh rasa n nmpak kepulan. Lain sangat pengalaman dia dengan sisthurrr ni. Mmg dikacau2 dicakar2 masa tidur ye. Rasa tertolak kt atas tangga pon ada. Gangguan jd kuat mcm tu bila dia msk tahfiz. So mungkin tak perlu menidakkan pengalaman orang yer sisthurr. Kalo nak ikot logik akal orang yg x nampak ni kami boleh je nak kata sisthur pong mungkin gebang jeee lebeyh.

    Reply
  8. Sejujurnya, saya rasa penyampaiian dia ni mungkin ada betulnya jugak.. dan saya pun tak berani nak ckp mcm mna rasa nya nampak benda sampai tahap mcm mna pun tetapi baiknya kita tanya kepada org2 yg mengamalkn ilmu perubatan islam.., dan apa2 pun benda ni takyah kita fikir sangat sebab allah dah pesan kita supaya takyah fikirkn benda ni betul2 nanti gila pulak jadinya.. cukup la.. kita mengetahui tiada yg lebih berkuasa daripada allah SWT..
    Assalamualaikum…

    Reply
  9. Hai sistor.. Lain org lain lah pengalaman. Walaupun dia tipu ke hape, terima je lah. Cuma jgn lah percaya. Awak ni kondem kuat sangat.. Tak semua org sama dengan pengalaman yang awak terima. Terima kasih

    Reply
  10. yeah aku setuju dgn ayat tentang mnusia sbb kita ni bngsa yg mnjadi khalifah tak smua bngsa snggup nk jadi khalifah kat bumi ni then ramai sgt crita psal hijab so aku rasa mesti rmai yg tahu tentang 7 chakra dekat tubuh bdan mnusia
    1. Chakra dasar (mooladara)
    2. Cakra seks (swadistana)
    3. Cakra Pusar (manipura)
    4. Cakra Jantung (anahata)
    5. Cakra Tenggorokan (visudhi)
    6. Cakra mata ketiga (ajna)
    7. Cakra mahkota (sahasrara)
    kalau kau pndai kawalnya salah satu chakra tu nama dia “Ajna” so ini lah chakra ketiga yg kita selalu ckp hijab terbuka or mata ketiga n stiap chakra ni ada kelebihan dan kekurangan dia sendiri,sbab kalau kau pndai balance kan kau ada kemampuan luar biasa yg kau tak pernah rasa seumur hdup..kalau nk detail boleh rujuk dlm buku “S H A L A T Dalam Perspektif Ritual Dan Spiritual”

    Dari Abu Hurairoh Rasulullah Saw. bersabda:
    “Shalat seseorang adalah cahaya di hatinya dan barangsiapa
    di antara kalian yang berkeinginan maka hendaknya
    ia menyinari hatinya dengan cahaya.”
    [Hr. Ad-Dailami)

    Reply
  11. hai sisthur, setiap org pengalaman dia lain ye,. tak semestinya kau nampak benda tu, org lain pun nampak benda yg sama. tk semestinya hijab kau terbuka, kau akan alami benda yg sama mcm org lain. ada org boleh nampak bentuk yg jelas, ada yg menakutkan, ada yg cuma boleh nampak bunian sahaja, ada yg cuma boleh nampak aura sahaja, ada yang hanya jin sahajaa, ada yg pakej semua boleh nampak. So fikir lah sendiri. mcm aku sendiri hanya boleh rasa sahaja kehadiran dia. rasa sahaja tapi hijab mata tak nampak apa apa. ok faham? TQ

    Reply
    • Ye btul.. Sy xberapa setuju dgan penulis.. Adik sy dr baby sampai skrg f2.. Dia dh terbiasa tgok dr kecik, sampai dah xde perasaan.. Mungkin dia jnis hati kental dan boleh ubatkan sesiapa yg terkena gangguan.. Mungkin tu rezeki dia utk melihat, dan anugerah Allah S.W.T utk dia tlng org2 yg kurang bernasib baik tu.. Semua tempat dia pergi, xpernah xde bnda tu.. Kalau pergi hspital jgan cakap, merayap kat dinding, terbang smua ada.. Wallahualam..

      Reply
  12. apa benda ni tulis cerita condem org lain..pengalaman org kat lain2..kenapa nak compare dgn kau pulak? kau nak kata budak tu menipu just sebab apa yg budak tu alami tak sama dgn kau? alahai mentaliti mcm ni..dah tak payah share cerita lah next time..

    Reply
    • Setuju…Tak semestinya pengalaman orang tu tak sama ngan puan ni, bermakna org tu menipu.cerita puan ni tak sama ngan pengalaman kita, brmakna dia tipu jugak ke? Tau nak kondem orang je.. Takde paksaan pon untuk percaya.. 😏

      Reply
  13. mgkin lain org lain experience dia….so atas org laa nk ckp ape….nice story….nanti share crita pasal saka milik ketrunan tu ngan saka berebut tuan yer…x sabar nk baca…

    Reply
  14. Aku nak bagi nasihat bukan kat penulis je, kat smua org yg kata dia mata tak berhijab. Please jgn suka2 tunjuk atau bgtau di media sosial yg anda mata tak berhijab. Takut org test ilmu dia. Yg budk twiter tu, dia spatutnya x boleh tonjol diri, bahaya tu. Org zaman skrg suka test ilmu dia. Kawan aku mata tak berhijab pernah dia cerita pengalamn dia d facebook dia dn tak lama tu dia kena sihir. Bila berubat dpt tau org test ilmu melalui Facebook je. Sekarg masih berubat. So hati2 la ye. Pasal benda kasyaf ni kwn aku ckp dia ada level dia. Ada org bukan sj boleh nampak hantu mlah boleh tgk aura org. Moga kelebihan yg ada tu mkin dekatkan diri kita pd Allah. Kalau makin jauh dari Allah itu bukan kelebihan.

    Reply
  15. Kalau kau tk puas hati ngn budak twitter tu napa tak kau balas kat tweet dia je? Sini tempat org nak dgr pengalaman hantu. Bukan dgr comment2 atau kondem bagai. Hahaha

    Reply
  16. Kisah zi ni bnyk persamaan dgn kawan sy. Kawan sy gitau yg hijab dia terbuka.dia boleh nampak makluk tu, tpi makluk tu xpernah kacau dia. Makluk tu cuma tunjukkan diri je. Paling teruk pon bende tu berdiri sebelah dia, duk hujung katil. Xpernah sentuh. Pergi berubat dgan ustaz, ustaz ckap sbnarnya makluk yg dia selalu nampak tu nk cari tuan.mgkin saka keturunan dia lah kot. Sbb tu dia xkacau just muncul skejap2 je. Sejak dari (saka menurut ustaz) tu muncul,dia dh start boleh tgok makluk lain slain saka tu.Kdg2 dia boleh rasa kalau org tu ad saka,atau kne buatan org. Kdg tu angin dia, dgn angin org yg dia jumpa ad pendamping tu xsama. Time tu dia akn rasa resah la,panas,xsnang duduk. Masa tu dia kene lari jauh2 la. Xboleh duk dekat2. Nanti dua2 meroyan susah pulak. sy pernah jumpa mcm2 jenis org yg boleh tgok makluk ghaib. Cerita diorg sgt berbeza antara satu sama lain. Jadi kite x boleh nk tuduh org tu propa, org ni propa. Lain org, lain pgalaman. Kita dengar n ambil iktibar je.kalau diorg tipu, lantak pi la,kita xrugi hape pon. Kmungkinan cerita bdk twitter tu betul. Allah x akan bebani hambaNya luar kmampuan. Allah maha tahu, yg zi mampu tanggung ujian mcmni je. Berbeza dgn bdk twitter tu. Semoga zi kuat terus smangat hadapi semua ni. Yakinlah dengan pertolongan
    Allah swt. Tiada daya kekuatan melainkan Allah maha besar.

    Reply

Leave a Comment