REENO : Bunyi Apa Dan Siapa?

Hii..First of all biar aku kenalkan diri aku Reeno. Aku menjadi pembaca tegar FS bila mana secara tak sengaja aku terklik link dari rakan FB yg share page ni. Since tu aku akan selak FS acap kali online FB kot2 ada cerita baru yang belum aku baca. Dan hari ini aku teruja nak share pengalaman aku sendiri. Ye la asyik baca pengalaman orang lain terdetik juga kat share nak coretkan pengalaman sendiri kat sini. Ikutkan banyak cerita aku nak kongsi tapi biarlah aku share sikit-sikit dari pengalaman aku kenal dunia ni erk (itu yg nyata aku ingat la maksudnya dan dari zaman sekolah k). Ehehe sorry klu mukadimah terlalu panjang. Cuma baru masuk “rumah” orang kan? So kene lah intro takkan nak aci redah. Silap aribulan type pepanjang beriye admin tak post pun cerita aku. Sob sob sob **sedih**

Ok, berbalik cerita seram pertama aku (memang ingat tersemat lekat) masa aku duk asrama pusat di satu daerah ni. Tahun 1997. Kebetulan aku pelajar form 1 yang lambat masuk sebab aku dari pedalaman. Tahu je lah tahun 90-an surat tawaran nak masuk kampung kene meredah onak dan duri. telefon bimbit waktu orang kaya je ada. Family aku tak kaya jadi aku sedar diri. Erhh sorry melalut jauh.. Ehehe.

Ok, nak jadikan cerita aku masuk seminggu lewat dari yang lain. So paham je la kalau student lewat tentulah takde kawan kan sebab sesi orientasi aku da terlepas, bilik or katil pun mana yang ada. Dipendekkan cerita aku dapat Dorm 1 katil yang paling hujung. Siapa yg dok asrama mesti tau rupa dorm yang panjang dengan katil double decker yang disusun 4-4 and total satu dorm 20-24org camtu. Pintu masuk dorm pun satu je la nun kat depan. Kira aku katil paling belakang la ye..

Dalam seminggu pertama dok asrama aku tiap malam menangis sebelum tido **gembeng. Biasalah tak pernah berpisah dengan parent kan. So nanges la esak2 sambil tekup muka ngan bantal busuk sampai tertido. Kunun rindu la kan. ekeke. Oh ye, kat katil hujung tu aku duk katil bawah sebab masa hari pertama aku tido atas aku jatuh katil. Ganas kan aku? Hahaha mujur takde patah riuk or terseliuh apa2.

Jadi budaya yang aku ikut kat asrama untuk seminggu tu ialah sebelum tidur, dah sesiap pasang kelambu, dah siap berwudhu, azan setiap penjuru katil sebagai pendinding dan baca AlFatihah, 4 Qul, dengan ayatul kursi tiup kat tapak tangan usap dari muka, kepala dan seluruh badan. Korang bayangkan la sendiri erh. AlQuran letak kat tepi bantal. Baru la start nangis. (ala bebudak lagi kot..jgn kutuk erh..)

Malam tu, tetibe tatau sebab apa aku terjaga. Suasana sunyi sangat. Sampai nyamuk terbang luar kelambu pun aku leh dengar. Da sunyi tetibe bunyi meriah macam pesta. Bunyi tu jelas macam ada satu parti yang meriah dengan bunyi muzik, orang bersembang, bunyi pinggan mangkuk sudu berlaga bagai. Time tu aku mcm tak berapa nak seram sangat sebab aku cuba nak tangkap perbualan tu tapi sepatah haram aku tatau bahasa apa yang diorang gunakan. Perbualan perempuan dan lelaki berselang seli dengan kemeriahan majlis tu aku dengar jelas tetapi sukar difahami. Sedar-sedar ayam berkokok dan aku tak sedar bila aku tertido sehingga dikejutkan untuk mandi dan solat subuh berjemaah.

Keesokannya, aku “pagar” katil dan pastikan masih berwudhu supaya aku tidur lena tak berjaga lagi malamnya. Tapi sayang….. Malam kedua aku terjaga. Kali ini betul-betul menguji dan menakutkan. Manakan tidak, seelok mata aku celik terdengar bunyi orang berjalan di luar dorm. Dari remang2 cahaya lampu koridor seolah ada bayang2 orang diluar. Serentak itu jantung aku mcm terhenti. Serious waktu tu aku kaku. Mataku pejam erat. Tak berani langsung cuba untuk melihat. Nak gerakkan tangan niat nak kejutkan member sebelah rasa payah beno. Tak bergerak langsung. Macam kene hempap ngan batu beso. Aku cuba baca ayat kursi, segala apa yg aku ingat sambil mata terpejam rapat.

Tapi kali ni dia bergurau dengan mencakar tingkap nako di belakang katil aku. Betu-betul di atas kepala. Nafas aku semakin sesak. kalau aku semput confirm esoknya masuk paper ada pelajar asrama mati keras masa tidur. Hahaha. Usikan tu tak berakhir di situ, kali lebih hardcore aku rasa sebab dari tingkap dia beralih ke kelambu aku. Kali ni kelambu aku dicakar-cakar seolah dengan kuku panjang mencakar net kelambu aku. “Kreekkkk krek krek krekkkk” dari atas ke bawah ditarik panjang.
Dari hanya sepasang tangan (perasaan aku sebab elok dari cako setempat) dia cako keliling kelambu plak.

“Aikhh ko panggil geng ke setan jemaah cako beramai-ramai?”. Bunyi dia? Kalau boleh terjun ke menjerit dah lama aku buat masalahnya aku da keras tak mampu buat apa. Harapkan bibir je untuk baca ayat2 suci. Itu pun kalau la bibir bergerak hakikatnya cuma dalam hati je kot. Usikan tu berakhir bila ayam berkokok juga dan aku pun tak sedar bila aku tertido semula. Itu pun mujur katil da berpagar aku rasa. Kalau pagar da roboh mesti dia masuk dan usik aku directly kan? Isshh.. minta jauh lahaiii…

Esoknya? Alhamdulillah takde gangguan dan usikan manja lagi. Maybe itu salam perkenalan untuk si penakut macam aku supaya hidup berdikari dengan lebih berani seperti tika ini. Echewahh. Ok. sebelum tu sorry kalau tak seram dan bosan dengan cerita aku. And thanks to Admin cz sudi up cite seram aku. Next, insyaAllah cerita seram koleksi asrama dari form 1 sampai form 5. Memang banyak, lagi pulak aku antara pelajar nakal kat asrama. Ekeke

REENO

Loading...

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *