Kisah Seram Di Resort
Kali ini kita bertukar arah sikit. In fact, sudah agak lama saya ingin menukilkan pengalaman saya bersama makhluk Allah yang tidak kelihatan ini. Walaupun sejak aku mampu mengingat, terlalu banyak pengalaman aku tapi kisah yang bakal terpampang di skrin anda adalah yang terseram.
Kisahnya bermula apabila aku menerima tawaran pekerjaan sebagai Night Auditor di sebuah resort yang baru beroperasi di Kuantan. Bekas pengurus di resort berdekatan menawarkan aku perkerjaan tersebut selepas menilai prestasi aku bekerja bersama beliau.
Hari pertama aku lalui dengan sessi mengenalkan aku dengan proses kerja di situ. Sebagai sebuah resort yang baru beroperasi, banyak yang perlu aku pelajari seperti setup system PABX, setup merchant credit card dan lain-lain.
Seminggu pertama keadaan sangat tenang. Dengan desiran angin laut di lobi terbuka membuatkan aku mula jatuh cinta pada pekerjaan aku. Dan berkesempatan melihat matahari naik setiap subuh membuatkan aku lebih menghargai keindahan alam.
Malam kelapan aku bekerja, segalanya bermula. Seperti biasa aku memulakan tugas jam 11.00 malam. Ya, itulah kehidupan aku sebagai night audit. Mula bekerja jam 11.00 malam dan berakhir jam 7.00 pagi keesokkan harinya. Cuma sedikit kelebihan bekerja waktu ini, tiada kerenah pengurusan yang harus aku hadapai dan aku boleh tidur sebentar selepas selesai segala tugasanku.
Malam itu setelah selesai tugas menutup akaun operasi resort untuk hari itu, kira-kira jam 2.00 pagi aku berkeputusan untuk melelapkan mata di atas sofa berhadapan dengan kaunter. Aku berbaring di situ dan perlahan-lahan aku hanyut ke alam mimpi ditemani deruan angin laut yang menenangkan.
Beberapa jam selepas itu, aku merasakan ibu jari kakiku ditarik dengan kuat. Aku tersentak. Aku lihat jam menunjukkan jam 5.00 pagi dan itu adalah masa aku meneruskan tugasan aku sebelum menyerahkan tugas pada teman sekerja untuk shif seterusnya. Tanpa berfikir panjang, aku bangun dan kembali ke meja tugasanku. Kutekan butang untuk cetak untuk menyiapkan laporan harianku.
Aku merasakan suasana sedikit berbeza subuh itu. Desiran angin sedikit sejuk berbanding hari-hari lain. Suasana di lobi juga kelihatan agak kelam walaupun semua lampu dinyalakan. Tidak mahu berfikiran tidak baik, aku terus menunggu semua laporan aku siap dicetak. Dalam keriuhan mesin pencetak itu, aku tiba-tiba merasa satu deruan angin yang sangat pantas dan dingin menyentuh kulit wajahku. Dalam masa yang sama semua bulu romaku berdiri tegak seolah-olah menghormati lagu kebangsaan, Negaraku.
Aku mula tidak senang duduk apabila merasakan seolah-olah ada seseorang memerhatikan aku menyelesaikan tugasan aku. Semakin lama semakin kuat aura yang dipancarkan. Aku dapat merasakan seperti ada orang sedang berdiri di belakangku dan memerhatikan apa yang aku lakukan. Kemudian ada sedikit sentuhan di bahu kiriku dan terasa seperti hembusan nafas lembut meniup cuping telingaku.
Aku masih bertahan walaupun ketakutan menyerangku dengan dengan amat sangat. Semakin aku bertahan, semakin rancak ia mengangguku. Kerusiku terasa ditarik-tarik. Bunyi lif yang terletak kira-kira 50 meter dari kaunter berterusan turun dan naik serta berhenti di setiap tingkat tanpa ada yang turun atau naik. Kemuncak aku diganggu apabila aku merasakan bisikan lembut dengan bahasa yang tak aku fahami singgah di cuping telingku sekali lagi.
Aku kemaskan mejaku, kuncikan laci berisi wang dan memecut naik ke asrama penginapan aku di tingkat 3. Aku memilih untuk tidak menggunakan lif sebaliknya mengerah sepenuh tenaga aku untuk menaiki tangga.
Sesampai aku di asrama penginapan, aku melihat rakan-rakan sekerja semua sedang berkampung di luar unit asrama kami. Ada yang merokok, berbuial sesame sendiri malah ada juga yang tidur di kaki lima balkoni apartment itu.
Sampai aku ke situ, aku tanyakan mengapa mereka semua berkumpul di luar sedangkan masing-masing perlu bekerja dalam tempoh sejam lagi. Dan mereka mula membuka mulut bercerita.
Menurut mereka, sejak tengah malam lagi mereka sudah diganggu. Pintu kamar diketuk berselang seli. Bunyi periuk belanga berlaga seolah-olah ada yang memasak menggangu masa rehat mereka. Bagi yang tidur di rumag tamu asrama, mereka diganggu dengan maha hebat. Selimut ditarik tanpa ada sesiapa. Set televisyen bernyala sendiri. Telefon bordering tanpa henti. Apabila diangkat gagang hanya hembusan nafas kedengaran. Bagi kamar yang mempenuyai kamar mandi, bunyi seseorang mandi dan bermain air di dalam tab mandi pula menggangu. Ada juga yang terdengar seolah-olah sebuah keluarga sedang bersiap-sedia untuk menghadapi hari seterusnya.
Langkah kaki anak-anak berlari dari ruang dapur ke ruang rehat kedengaran bersama dengan suara ketawa yang menyeramkan. Pintu sliding diketuk dari luar sedangkan asrama kami di tingkat 3. Setiap tingkap diketuk dan terbuka sendiri.
Dan menurut salah seorang temanku, bilikku yang ternyata kosong kerana aku bekerja seolah-olah ada orang mendiami. Suara dari set televisyen kedengaran jelas namun siaran bukanlah dalam bahasa yang kami dengar. Pintu bilikku seperti siketuk dari dalam bertubi-tubi. Bunyi seseorang mandi berterusan hingga jam 5.00 pagi.
Kemuncak mereka diganggu apabila semua pintu, tingkap dan pintu sliding ternbuka serentak! Deruan angin kuat menseru masuk diringi dengan suara hilaian ketawa wanita dan kanak-kanak.
Itulah sebabnya mereka semua berkampung di luar rumah rupanya.
Selepas berbual beberapa ketika barulah salah seorang teman aku bertanya apa yang aku buat di atas sedangkan shif aku belum berakhir. Dan aku mula membuka bicara tentang apa yang terjadi kepadaku di bawah. Semua mendengar dengan tekun dan dapat aku lihat wajah mereka pucat seperti tiada lansung darah dalam tubuh mereka.
Selepas berbincang beberapa ketika, kami membuat keputusan untuk masuk ke rumah dan melihat keadaannnya. Kami sedikit terkejut kerana keadaan dalam rumah kami berselerak seolah-olah ada yang tidak menyukai kehadiran kami. Pakaian kami bertaburan di dalam rumah. Set televisyen seolah ditendang dan berada di atas lantai. Akhirnya kami bersetuju untuk tidak masuk ke dalam rumah hinggalah suasana menjadi terang.
Pagi itu kami bercerita tentang apa yang terjadi pada kami malam sebelumnya. Pakcik ini mendengar kisah kami dengan senyuman lebar. Dan pakcik memberitahu yang sebenarnya tanah tapak resort ini di bina adalah tapak perkuburan lama yang ditebusguna. Beliau sudah bekerja di sini sejak kerja pembinaan bermula dan itu sudah menjadi perkara biasa buatnya.
Pernah menurut pakcik, waktu pembinaan siap tetapi masih menunggu perabot sampai pakcik sedang tidur di pos pengawal yang dikhaskan. Tidak semena-mena pintu pos diketuk. Pakcik bagun dan membuka pintu tetapi apa yang pakcik lihat adalah seorang tua yang tidak kelihatan wajah sedang menarik bungkusan berwarna putih melalui pos itu. Bungkusan itu kelihatan seakan-akan bergerak-gerak. Lama pakcik perhatikan dan akhirnya barulah jelas yang bungkusan tersebut adalah kain kafan!
Sejak malam itu, “mereka”lah menjadi peneman setiaku bekerja saban malam. Dan ketiadaan “mereka” membuatkan malam aku menjadi sangat sunyi dan membosankan.
Itu Cuma permulaan pada kehidupan yang “indah” buat aku sepanjang setahun berkhidmat di situ. Gangguan begitu sudah menjadi teman rapatku dalam mengharung kesunyian malam setiap hari. Pernah juga ada satu malam itu aku rasakan tiada gangguan langsung. Sebagai manusia terdetik di hatiku kenapa keadaan amat sunyi malam itu. Sebaik habis pertanyaanku kepada diriku, lif secara tiba-tiba bergerak tanpa ada yang menaikinya. Bunyi bola bergesel sesama sendiri di meja pool di games room. Dan deruan angin pantas melalui di hadapan aku dan berakhir dengan bunyi sesuatu terjun ke dalam swimming pool.
Itulah pengalaman aku yang mampu aku kongsikan bersama kalian sepanjang aku bekerja di biodang perhotelan. Banyak lagi kisah yang aku alami. Biarlah itu semua menjadi sebahagian dari pengalaman indah hidup aku.
Maaf kalau kurang seram. Aku tak berapa pandai bercerita soal mistik dalam bentuk susunan aksara.
Enjoy!
Wei best sia. Resort kat cherating ke?
nak thu sgt kt mne tmpat tuu…
Hu, sy pun xtau😂
aku rindu bando kuantan…its seem been a long time..klu de rezeki nk pindah duk sana..not bad actually kuantan..salman khan pun da pindah sana..
Aku tahu kat mana. Berdekatan pantai tembeling betul?