Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca fs semua. Ini adalah kisah ketiga aku akan ceritakan selepas kisah Politeknik serta Rumah Sewa. Kisah kali ini aku adaptasi dari pengalaman kakak aku sendiri dimana aku akan ceritakan dalam bentuk yang lebih tersusun.
Kalau korang pernah menginap di Port Dickson korang memang akan tahu tentang sebuah resort yang angker disana iaitu Mayang Sari. Kisah ini terjadi pada kakak aku pada sekitar tahun 2010 dimana dia bersama kawan-kawan dia seramai 3 orang pergi bercuti di PD dan menginap di Resort Mayang Sari. Ramai yang tidak tahu Resort Mayang Sari dahulunya sangat terkenal dan sering mendapat sambutan sekitar tahun 2008 hingga 2011. Tapi sekarang sudah kurang dek kerana ada desas desus mangatakan resort itu berhantu dan tiada orang untuk menguruskan resort berkenaan. Baik, back to the story, kenapa pilih Mayang Sari? Bukan resort yang lain sebab kawan kakak aku yang recommed resort tu dan resort tu antara yang murah juga untuk menginap pada masa itu.
Selesai urusan check in, mereka pon masuk ke bilik untuk meletakkan barang-barang dan berehat untuk melepaskan penat selepas bertolak dari Putrajaya yang mengambil masa 2 jam perjalanan atau lebih. Bila petang menjelma, mereka keluar mencari makan malam dan pulang ke resort agak lewat juga. Jam pada masa itu mungkin pukul 11 lebih, sedang nak layan mata untuk lelap mereka dikejutkan dengan bunyi pintu yang diketuk dengan kuat sekali bagai nak pecah bunyinya. Mereka memandang satu sama lain dan mula rasa berdebar+ketakutan. Salah sorang daripada mereka bangun untuk melihat siapa yang mengetuk pintu bilik mereka. Of course la tak kakak aku yang pergi tengok siapa sebab dia yang paling takut sekali.
Aku simpulkan nama kawan dia tu ina la sebab dia tak cakap pon siapa nama kawan dia kat aku, so aku just panggil ina. Ina ni seorang yang berani sikit berbanding 3 orang rakannya yang lain. Selepas ina melihat melalui lubang pintu hotel, dia tidak nampak apa-apa pon melainkan pintu dihadapan bilik mereka. Baru nak melangkah pergi ke katil, sekali lagi bunyi ketukan pintu kedengaran. Kawan dia dah fed up, dia pergi balik ke pintu lalu membukanya dan berkata “oi sapa tu jangan main2 la” bentaknya dengan nada yang marah. Selepas melihat kiri kanan tiada orang, dia pon menutup kembali pintu biliknya dengan kuat dan marah. Dia pon melangkah ke katil untuk melelapkan mata dan berkata kepada rakannya agar tidak menghiraukan bunyi ketukan tu lagi dan menyuruh mereka semua tidur.
Pukul 2 pagi kalau tak salah aku kakak aku ni terjaga sebab nak terkencing. Dia cuba kejutkan rakannya yang lain tapi haram semua tidur m**i. Dia nekad pergi sorang je sebab dah tak tahan nak terkencing. Dibuka pintu bilik air perlahan-lahan lalu melepaskan hajatnya. Selesai melunaskan hajatnya, dia membuka pintu menuju ke katil alangkah terkejutnya dia melihat ada sekujur tubuh kecil duduk di birai katilnya membelakangi dia. Rambutnya pendek kulitnya pucat dan mukanya putih seperti tiada saluran d***h berjalan. Kakak aku tak cakap banyak, dia terus menjerit mengejutkan rakannya yang lain. Kakak aku memberitahu ada hhhhaaaaannnnntuuuu kat katil dia dengan nada terketar-ketar serta berpeluh-peluh. Rakannya melihat kearah katilnya tiada apa hanya lampu tidur sahaja yang menyala.
Mereka bertiga decide untuk overnight malam tu kerana kakak aku dah macam tak betul sebab terlampau ketakutan. Gangguan itu tidak berhenti disitu sahaja, selepas beberapa jam kemudian bunyi ketukan pintu sekali lagi mengegarkan kesunyian malam di Mayang Sari. Si Ina memang dah agak ada something wrong tak kena dengan resort ni. Dia pon dengan laju menuju kearah pintu dan membukanya seluas-luas alam. Tak dan nak cakap apa-apa, angin kuat menerjah masuk ke dalam bilik mereka. Ina terus menutup pintu dan cuba hubungi pihak resort berkenaan. Tapi sayang, panggilan yang dibuat tidak ada sebarang respon dari pihak pengurusan.
Dalam keadaan ketakutan semua, mereka terdengar bunyi kanak2 kecil ketawa di bahagian dapur bilik mereka. Mereka berpelukan antara satu sama lain dan sekali lagi Ina menjadi mangsa untuk melihat apa yang berlaku di dapur mereka. Ina mengatur langkah perlahan-lahan dan cuba mengintai apa yang sedang berlaku. Alangkah terkejutnya matanya menangkap sesuatu tubuh anak kecil dua orang dengan mukanya pucat sedang leka berlari-lari di bahagian dapur biliknya. Kanak-kanak itu akan tahu kehadiran ina dan berkata sesuatu “kakak nak main sekali tak” sambil berhenti berlari dan memandang tepat kearah Ina.
Ina terus lari ke depan untuk mendapatkan rakannya yang lain. Dia menyuruh semua pack baju dan tinggalkan bilik tu malam ni juga. Dalam keadaan kelam kabut, lampu bilik mereka berkelip-kelip seperti hendak terpadam dan bunyi gelakkan kecil seperti mengherdek mereka semua. Tanpa menghiraukan gelak tawa kanak2 itu, mereka semua menuju ke pintu untuk keluar bilik dan menekan tombol lif berulang kali agar pintu lif terbuka dengan cepat. Dalam keadaan kelam kabut bercampur dengan takut pintu lif terbuka dan mereka masuk kedalam lif dan menekan tombol G untuk turun kebawah.
Tekan punya tekan pintu lif tidak tertutup seperti tersangkut dan sekali lagi gelak tawa kanak2 kecil itu kedengaran. Dalam keadaan kelam kabut, muncul dua orang kanak-kanak tadi dihadapan mereka sambil berkata ” kakak nak pergi mana? Main la dengan kami ” diikuti gelak tawa kanak-kanak itu. Mereka semua menggigil satu badan dan Ina melaungkan takbir allahuakhbar dan berkata kau jangan ganggu kami, kami tak kacau kau. Kanak-kanak itu diam seribu bahasa dan hilang dalam sekelip mata. Pintu lif pon tertutup dan menuju turun ke ground floor.
Sampainya mereka semua di lobby, mereka terus menuju ke kaunter untuk penyerahan kunci even tarikh check out mereka semua berbaki lagi dua hari. Akak kaunter tu akan tahu2 kejadian yang mereka alami sambil bertanya ada budak-budak nak berkenalan ke? Mereka semua diam je tanpa memberi sebarang jawapan. Selesai urusan check out mereka menuju ke kereta meletakkan barang dan meninggalkan kawasan perkarangan resort dan menuju pulang terus ke Putrajaya. Keesokannya, keempat-empat mereka semua demam dek kerana gangguan yang mereka alami di Resort Mayang Sari Port Dickson. Aku rasa aku stop sampai sini dahulu, jika ada kelapangan masa nanti aku akan ceritakan tentang kisah yang seterusnya.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
AKU PERNAH FOLLOW AKAK AKU PERGI FAMILY DAY KAT SITU . MEMANG SERAM AKU DENGAR BEBUDAK LARI DEPAN PINTU . LAGI SATU BAPE FLOOR JE GUNA YANG ATAS SEMUA GELAP WEH . NASIB TAK NAMPAK APE APE KALAU TAK MENGELUPO AKU KAT SITU . HAHAHA
Boleh pulak kak tu tnye cmtuh. hahaha patut kalo aq buatlah something refund ka. kalo aq rase cm nk marah ja dgn pihak pengurusan.
Kan.. Bole lak biarkn guess balik camtu je.. Pling tak pon, mntak maaf. Dah la org call, xbrjawab.igtkn xde org kat lobby/FO.memang sengaja xnk jwb call?kalau aku, sembur blik bdk FO tu.. Refund, aku cari hotel lain.. Huhu
dulu jiran aku penah kena rasuk. yg berubat dia kata benda rasuk dia ni nama mayang sari, berparut panjang kat muka dan suka menari atas api. masa dia kena rasuk tu pun dia suka menari…wallahualam
Nama mayang sari sendiri pun dah mistik.. Mcm Maya Apartment di PD dulu org ckp angker.. Skrg dah meriah.. Murah pulak tu.. Ramai wat family day situ.. Mgmt bagus org pun suka dtg
Saya pernah stay dkt hotel tu…dia ada 2 block tapi dia cuma buka 1 block je utk customer…masa tu kita org main kolam tetiba sy nmpk bayang hitam berdiri dkt tingkap bilik dari block yg tutup…then sy terus bgtau kat kwn2 yg lain then kita semua memerhati kat tingkap tu dan bayang tu lari lps tu dtng balik …seram betul …kita org terus keluar dr kolam tu….kat bilik pulak pintu main tutp buka sendiri…nasib baik kita tinggal 1 hari je kat sana.
hehehe. kitaorg pernah kene. tak tau kenapa separuh ahli keluarga kene cirit birit mlm tu. tengah memerut dia elok duduk bergantung dekat syiling tengok kita. haru betul.