Restoran Adik Manja

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan follower fiksyen shasha. Terlebih dahulu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi untuk mengeluarkan pengalaman aku di page mereka. Dan terima kasih juga kerana mengeluarkan cerita aku sebelum ni “Kuala Terengganu ke Melaka“.

Cerita aku kali ni masih berkisar mengenai pengalaman aku sewaktu aku dan wan membuka kedai di mydin terengganu.

Waktu tu aku dengan wan bertolak dari Melaka lebih kurang jam 9.00 malam. perjalanan yang amat memenatkan kerana boleh dikata kan hampir setiap hari kami akan berulang alik dari melaka ke kuala terengganu, dan pulang semula dari kuala terengganu ke melaka.

Waktu bertolak dari melaka tu aku dan wan masih belum makan malam, jadi kami membuat keputusan untuk mencari kedai makan di area gambang atau pun kuantan.

Sepanjang perjalan pada hari tu semuanya berjalan dengan lancar dan alhamdulillah cuaca pada hari tu pun cerah.

Kami tiba di gambang lebih kurang jam 2.00 pagi, sampai saja di gambang kami terus berhenti di petronas gambang untuk membuang hajat masing masing. Selepas masing masing selesai membuang hajat, wan pun ajak aku turun ke arah kuantan untuk mencari kedai makan.

Tak berapa jauh dari petronas tu, aku nampak ada sebuah restoran. jadi aku dengan wan pun ambil keputusan untuk berhenti makan di restoran tersebut sebab dah dekat dengan pintu masuk tol gambang. Jadi tak perlulah kami nak pusing jauh jauh nanti.

Restoran tu terletak bersebelahan dengan sebuah rumah batu kecil(rumah tu tidak ber pluster), dan dihadapan restoran dan rumah tersebut terdapat sebatang pokok besar.

Aku dan wan parking kereta kami dibawah pokok tersebut. Kami berjalan masuk kedalam restoran tersebut. Pelanggan pada ketika tu tidak ramai, cuma kami dan ada sekumpulan lagi yang duduk bersebelahan dengan meja kami. Mungkin jam 2.00 pagi agak lewat dan disebabkan itu juga pelanggan di kedai tu tidak berapa ramai.

Aku dan wan order menu yang sama iaitu nasi kerabu ayam dan juga nescafe tarik. Boleh tahan le rasa makanan kat situ, aku boleh kelaskan gred A juga le rasa makanan yang aku makan tu. Cuma apa yang kami pelik, kedai tu agak suram. Pekerja yang bekerja direstoran itu pun hanya duduk di dapur sahaja. Dan yang lebih pelik lagi, orang yang duduk di sebelah meja kami kelihatan berborak sesama sendiri tetapi kami langsung tidak dapat mendengar perbualan mereka walaupun keadaan di seseliling kami sunyi sepi. Sewaktu kami sedang menjamu selera ada le beberapa buah kereta berhenti untuk masuk ke restoran tersebut tetapi mereka meneruskan perjalanan.

Mungkin juga disebabkan keadaan kedai yang agak suram menyebabkan mereka tidak jadi untuk berhenti makan di restoran tersebut. Selepas membuat pembayaran, aku dan wan pun berjalan ke kereta dan ketika itu lah aku terbaca papan tanda yang terletak dihadapan restoran berkenaan “Restoran Adik Manja”.

Sewaktu keluar dari kedai tu kami terpaksa membuat pusingan U untuk menuju ke arah tol gambang, sebelum membuat pusingan U tu, aku tertarik dengan satu papan tanda yang terletak di tepi jalan betul betul di tempat pusingan U tu.

Ikut Rasa Binasa, Ikut Hati Mati, Ikut Jiwa Merana

Aku cakap pada wan pandai orang yang membuat kata kata berkenaan, simple tapi berjaya menyampaikan mesej kepada pengguna jalan raya. Alhamdulillah perjalanan aku dan wan ke kuala terengganu berjalan dengan lancar dan kami pulang ke melaka pada keesokkan harinya.

2 hari selepas tu, aku dan wan ingin pergi semula ke kuala terengganu. Seperti kebiasaannya kami memulakan perjalanan dari melaka pada jam 9.00 malam dan kali ini kami sahaja tidak makan malam kerana aku dan wan rancang untuk singgah ke restoran adik manja untuk menjamu selera.

Kami sampai di gambang lebih kurang jam 2 pagi seperti kebiasaannya, singgah dulu di petronas untuk membuang hajat dan meneruskan perjalanan untuk ke restoran adik manja.

Tapi apa yang pelik kali ini, jauh perjalanan aku kali ni dari petronas tersebut, tapi satu restoran pun kami tak nampak. yang ada di kiri jalan yang sepatutnya terletaknya restoran adik manja tu hanya lah semak samun.

Aku dan wan mulai berasa pelik, seingat kami waktu kami keluar dari petronas tempoh hari, restoran adik manja hanya terletak lebih kurang 500 – 800 meter sahaja dari petronas tu. tapi kali ni, memang tak ada. Kami membuat pusingan U, untuk mencari semula restoran adik manja. Yang membuatkan kami bertambah pelik, pusingan U tu adalah pusingan U yang kami pusing sewaktu kami keluar dari restoran adik manja tempoh hari. Kami yakin kerana di pusingan U tu ada terletak papan tanda ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut jiwa merana.

Aku dan wan memang berasa amat pelik pada ketika tu, namun kami tetap tidak berputus asa untuk mencari restoran berkenaan, kami pusing semula menuju ke arah kuantan dan sampai semula ke pusingan U yang sama tetapi langsung kelibat restoran pun kami tidak nampak.

Selepas 3-4 kali kami berpusing disitu akhirnya aku dan wan bersetuju untuk menuju ke kuantan untuk mencari restoran lain untuk kami mengisi perut kami pada malam tu. Setelah hampir 15minit kami menuju kearah kuantan, kami nampak restoran di sebelah kiri jalan dan yang paling menerujakan kami ialah restoran itu adalah restoran adik manja.

Aku dan wan membuat keputusan untuk berhenti di restoran tersebut dan memang pasti restoran tu juga adalah restoran yang sama kami berhenti untuk makan tempoh hari. Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa kali ni kami berasa jauh untuk sampai kerestoran tersebut, padahal tempoh hari selepas keluar dari petronas hanya beberapa ratus meter sahaja kami dah sampai ke restoran tersebut. Keadaan direstoran masih sama, sebuah rumah yang terletak di sebelah restoran tu(oppsss lupa nak bagi tau tadi, dekat rumah tu ada beberapa orang lelaki duduk dekat luar rumah seperti sedang main dam haji. mereka memandang kami dengan pandangan yang tajam). Aku dan wan pun masuk dan makan menu kegemaran kami, nasi kerabu ayam dan nescafee tarik.

Keadaan dalam restoran tu masih sama seperti tempoh hari, pekerja duduk di dapur, tidak kedengaran orang bercakap cuma bezanya pada kali ni hanya aku dan wan sahaja yang makan dekat restoran tu. Orang lain tak ada, mungkin kerana lama kami berpusing untuk mencari restoran tersebut dan hari sudah semakin lewat, kerana itu lah tiada orang lain didalam restoran tersebut. seperti tempoh hari, ada 2 -3 biji kereta yang berhenti untuk makan di restoran tersebut tetapi tak jadi dan mereka meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah tiada kejadian pelik yang berlaku, selepas makan kami meneruskan perjalanan ke kuala terengganu. Semuanya berjalan seperti yang kami rancang.

Cuma kalau semua pembaca ingat, untuk kisah sebelum ni. Kereta aku rosak dan kami mendapatkan bantuan dari anggota bomba dari balai bomba dan peyelamat indera mahkota iaitu syed.

Selepas syed membetulkan kereta aku, kami pun bergerak menuju ke persimpangan jabor untuk mengambil semula semua penumpang perempuan yang kami tinggalkan disana sewaktu kereta aku rosak(bagi yang tidak faham, boleh baca kisah sebelum ni “Kuala Terengganu ke Melaka”).

Syed beritahu kepada kami, tidak perlu masuk semula ke LPT2 kerana dari jabor kami boleh terus ke gambang menggunakan jalan dalam. Sewaktu kami ingin berpisah, syed ada sampaikan 1 pesanan.

Syed: bang kalau ikut jalan dalam ni, jangan berhenti di restoran adik manja

aku: kenapa pula syed

Syed: restoran tu sebenarnya dah lama tutup, cuma kalau orang luar lalu kawasan tu pasti akan nampak restoran tu buka seperti masih beroperasi.

Sewaktu tu aku dan wan dah tercengang, sebab sebelum syed sampai kan pesan ni kepada kami dah 2 kali kami berhenti makan disitu. Persoalanya kalau betul apa yang syed katakan ni, apa sebenarnya yang aku dan wan makan semasa kami berhenti disitu. Patut lah keadaan restoran tu suram sangat dan banyak kereta yang berhenti tetapi tidak jadi untuk makan di situ.

Sewaktu pulang sahaja ke Melaka, aku terus google berkenaan restoran adik manja tersebut dan dari situ pelbagai cerita seram dan mistik yang aku baca berkenaan restoran adik manja ni.

Bagaimanapun aku dan wan bersyukur kerana kami tidak mengalami sakit perut atau apa apa sakit walaupun dah 2 kali kami makan di restoran tersebut.

Cerita yang aku kongsikan ini adalah cerita sebenar dari pengalaman yang aku dan wan alami sepanjang travel kami dari melaka ke kuala terengganu.

Bagi pengusaha restoran adik manja, aku menyusun 10 jari memohon kemaafan, bukan niat untuk memburukkan reputasi perniagaan mereka, cuma aku berkongsi pengalaman yang aku lalui.

Aku sendiri pun tidak tau bangunan restoran adik manja ni masih wujud hingga sekarang atau pun tidak sebab dah lama tak lalu kat sana. Sekirannya ada orang baru yang mengambil alih restoran tersebut, aku harap pembaca semua jangan le boikot restoran tersebut, kesian pula pada peniaga tu nanti kerana cerita aku ni nanti, perniagaan mereka pula merosot.

Untuk kepastian sama ada restoran tu masih wujud lagi atau tidak, boleh lah bertanya kepada orang gambang atau kuantan.

sekian terima kasih

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 thoughts on “Restoran Adik Manja”

  1. Pnh dgr byk versi psl restoran ni. Tp bila part writer ckp mkn x kluar blk tu, mayb mmg betui la restoran tu bertuan.
    Nnti sambung lg kisah lain yer writer. Best² sume cerita writer ni👍

    Reply
    • ohh, mmg kedai ni ad buka jgk ke walaupun siang? maksd ye ad owner n masih beroperasi?

      sbb masa blaja kt UMP dlu, xprnah nmpak dia bkk especially malam. Ada sekali tu, keluar malam ke Kuantan, lepas tu nmpak la kedai ni meriah sangat, ramai org. Berhenti tepi jalan, usha2, tanye member, nak makan sini ke? tp xpernah nampak bkk pn sebelum ni. mmber cakap cam pelik je, xpernah bkk lepas tu tetiba meriah. So kitaorg sambung p kuantan, xsinggah makan pun.

      Xlama lepas tu, kitaorg lalu waktu siang, rasa lega la sbb kedai ni memang wujud kan (xde la pk bunian ke ape sbb mmg ada kt tepi jalan). tapi tgk keadaan mcm penuh daun2 n berselerak, habuk penuh, jd pelik sbb ari tu kan nampak meriah, xkan kejap je jdi mcm kedai tinggal.

      Reply
  2. Restoran adik manja memang dah lama wujud dari tahun 80an lagi… Tapi restoran tu dah lama tutup… sekarang mmg dah beroperasi semula tapi dah tukar nama lah restoran tu…

    Reply
  3. Gambar cover tu macam gambar betul restoran adik manja. Aku duduk di Bt 3 jalan gambang. Mmg pernah dengar kisah yg mcm ni mengenai restoran tu

    Reply
  4. Restoran ni mmg penuh kisah dia. Ada sekali tu sy singgah nk makan di restoran tu. Sy sorang jew time tu. Xde cust lain. Order megi goreng kambing. Dh makan setengah baru tersedar rupanya sy tgh makan mata dan tangan org di bangunan terbengkalai. Hisshhh. Pengsan gua kt situ

    Reply
  5. Ntah waktu jd student postgrad UMP dulu mmg x pernah pun singgah makan kat restoren tu.Malam rasanya gelap je.Tp awat makan jauh benor sampai ke situ?singgah petronas uturn berhenti makan kat casper depan ump tu.Konpem2 org yg makan kat situ.Sambil2 tu boleh usya dak2 junior ump hehe

    Reply
  6. Saya ni orang kuantan, dah banyak kali baca cerita pasal restoran ni. Hari ni rasa terpanggil untuk komen.
    Restoran ni lama dah ada, masa saya sekolah rendah lagi dlm hujung 80an atau awal 90an. Owner dia suami isteri, suami bawa teksi dan isteri tu ustazah. Berkawan baik dgn mak saya. Maaf rasanya tak patut nak sebut nama mereka.
    Kadang2 bila baca (bukan di FS) ada je org buat buat cerita yang tauke kedai mati kena bunuh la, ada guna ilmu hitam la. Nasihat saya kalau tak pasti jangan buat cerita. Owner tu ada berniaga dekat tempat lain awal tahun 2000 dulu, sihat je lagi masa tu. Sekarang dah tak pasti sebab malas nak tanya mak.
    Apa yg jadi pada penulis saya tak tau, tapi kalau korang terbaca pasal ‘sejarah’ restoran tu, abaikan je lah. Dia tutup sbb masalah dalaman, tak ada kaitan dgn benda2 mistik.

    Reply

Leave a Comment