Restoran Mewah

RESTORAN MEWAH.

Assalamualaikum pembaca FS. Nama aku Firdaus Muzammil. Aku salah seorang silent reader FS. Kali ini aku nak share pengalaman seram ketika aku belajar disebuah Uitm. Masa tu aku merupakan pelajar intake bulan Jun 2017. Untuk batch aku….

Masa tu tak ramai sangat yang nak sambung belajar. Dimana kebanyakkan mereka decide untuk bekerja selepas SPM. Tapi aku sambung belajar atas kehendak family aku. Yalah semua adik beradik aku semua belajar tinggi. Cuma aku seorang je yang pelik . so selesai bab latar belakang.

Pada hari pertama aku berada dekat hostel tu aku dapati suasana aura yang agak tidak menyenangkan. Adalah beberapa orang student kat situ dari sekolah yang sama belajar dekat situ. Mereka tu juga merupakan kawan aku. Tapi pada hari pertama tu mereka tak bercadang untunk stay dekat situ. Jadi, tinggalah aku seorang yang stay dekat situ dengan beberapa orang student dari sekolah yang lain. Selepas selesai sesi pendaftaran, kami semua di bawa ke sebuat apartment yang boleh di katakan high – end juga.

Setelah 30 minit perjalanan akhirnya sampai ke tempat yang di tuju. Macam biasalah semua sedang sibuk untuk mencari almari dan juga tempat tidur masa tengah kemas tu aku ternampak ada lembaga yang bertenggek di atas sebuah almari. Badan dia pelik sangat. Berbulu dan berbadan besar dan mempunyai mata yang merah saga. Aku agak terkejut bila dia pandang aku seolah – olah dia sedar yang aku boleh nampak dia. Aku pun baca Ayatul kursi. Dan memjamkan mata dengan harapan yang dia akan hilang dari pandangan.

Masa aku buka mata tu, dia dah tak ada depan mata. Aku berasa lega sangat. Maka aku pun teruskan misi mencari almari dan katil. Aku memilih untuk tidir bilik yang paling hujung. Dalam bilik tu muat untuk empat katil. Memang aku sediakan untuk member aku bila dia stay dekat situ nanti. So aku akan tidur sendiri la malam tu.

Selepas penat mengemas apa semua aku pun terlelap seketika . Aku bermimpi ada satu lembaga yang datang dekat aku dengan rupa yang sangat bengis seperti marah dengan aku. Bila dia datang tu aku pun terkejut dari tidur. Rupanya ada student yang kejutkan aku untuk ajak makan bersama. Masa dia kejut tu jam telah pun menunjukkan 7:45 minit malam. So aku bagi tahu dorang yang aku nak pergi mandi dan kemas kan diri. So diaorang pun tunggu aku, sambil tu mereka menyempat nak main mobile legends.

Selepas selesai mandi kami pun turun ke bawah. Dan minta izin dengan sekuriti yang kami nak keluar makan so dia pun bagi kami keluar Cuma dia tak suruh kami balik lewat sangat sebab kena ikut jadual yang telah ditetapkan. Dalam perjalanan tu, kami ternampak sebuah restoran yang sangat cantik. Jarak dari tempat kami kira – kira 15 minit akan sampai ke lokasi. So kami decide untuk jalan kaki. Tak jadi nak order grab lagipun tengah penat kan malas nak pergi jauh- jauh.

Tak lama lepas tu kami pun sampai. Aku dan member aku order lah makanan seperti biasa. Yang aku pelik kenapa dekat kawasan hutan ada restoran yang begitu mewah. Boleh dikatakan kawasan hutan juga lah kan sebab jauh dari kawasan bandar, so aku pun fikir je positif mungkin owner kedai tu nak tarik pelangan kat area situ memandangkan tempat beli makanan pun jauh. So itu lah peluang dia untuk jana pendapatan.

Selepas selesai makan, kami pun plan nak gerak. Dah settle bayar apa semua. Dalam perjalanan tu kami borak lah sambil kenalkan diri yalah student baru. Mesti banyak tanya apa semua. Salah seorang daripada kami pun tegur “ wei cepat gila sampai, kita pergi sana tadi punya lah lama “ dia merungut seorang diri so kami pun gelak kan dia.

Masa sampai tu, sekuriti tegur cepat betul korang gi makan. “ korang makn kat mana ? tanya sekuriti tu. Kami pun jawab lah. “ kami makan kat restoran depan tu je. Kata aku. Sekuriti pun mengangguk. Tak sampai 30 minit korang dah balik semula sambung sekuriti lagi. So kami pun hanya balas dengan senyuman. Dalam beberapa langkah nak menuju ke lift, dia pun panggil kami semula. “ ehh dik kejap, dekat depan tu mana ada restoran. Tempat ni baru beberapa bulan dibuka. So kami pun pelik lah. Aku tanya lah member yang ambil gambar masa kami makan tadi.

”Dia ni memang kaki selfie kalau korang nak tau”. Kata member dia tadi. So dorang pun gelak. Aku dah rasa lain macam. Aku kata cepatlah tunjuk mana gambar tu. Alangkah terkejutnya kami semua bila tengok dalam gambar tu hanya ada sebuah pondok usang dan hidangan ulat dan daun yang buruk. Aku pun mencelah “ dah lah gais jom kita pergi tidur aku mengantuk ni. So kami pun terdiam dan berjalan menuju ke pintu lift.

Itu saja untuk kisah kali ini jumpa lagi di next story. Assalamualaikum Wbt.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 18 Average: 3.8]
Firdaus Muzammil

2 thoughts on “Restoran Mewah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.