Rin Nyctophillia #flashback

#shizu Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca-pembaca FS. Kali ni aku terpanggil untuk menulis kisah kelima. Tapi sebelum tu, aku nak berterima kasih kepada admin Fiksyen Shasha sebab sudi ‘publish’ cerita aku dan tak lupa juga kepada pembaca yang sudi baca cerita aku dari kisah yang pertama. Kepada yang belum baca boleh la search di blog FS dengan kata kunci SHIZU. Untuk pengetahuan pembaca baru, aku seorang lelaki. Jadi jangan la keliru pula dengan nama yang aku gunakan tu ya. Aku nak minta maaf juga kepada pembaca yang tak boleh terima cara penyampaian aku ataupun terdapat kecacatan dalam penulisan aku. Suka juga untuk aku ingatkan, cerita daripada aku terdapat pengolahan dari segi watak agar cerita dapat disampaikan dengan sempurna.

31 Disember 2016, Sabtu
“kring, kringgg !” Alarm telefon aku membingitkan suasana pagi yang nyaman. Aku matikan. Cuba untuk membuka kelopak mata yang sedia berat. Aku tengok jam di skrin telefon baru menunjukkan pukul 7 pagi. Ahh aku tersilap set alarm “everyday”. Patut lah hari minggu pun berbunyi. Bingkas aku bangun dan menuju ke tandas. Pagi pagi dah memulas perut.

“Wan, hang bangun belum?” jerit aku dari dalam tandas.
“udah yob, ngape?”
“Tolong bancuh kopi. Deme cakap kamu buat kopi sedap. Terima kasih. Kamu la sahabat dunia akhirat aku Wan.” Aku ketawa kecil.

Sedang asyik menghirup kopi di meja makan sambil menonton Didi And Friends di kaca televisyen, aku mendapat satu panggilan telefon. Tertera di skrin nama ‘Nadia’. Aku slide ke kanan menjawab panggilan.
“ Haa kenapa pagi pagi buta call aku ni? ” belum sempat bagi salam aku dah sampuk dulu.
“ Wei Ju, mai rumah aku besok. Mak dengan ayah aku nak jumpa hangpa. Aku pun banyak benda nak sembang dengan hang ni. Pasal Rin. Maklum lah lama tak jumpa. Makan tengah hari sini. Aku pun tengah cuti sem ni. ”

Nadia, kawan aku sejak tadika lagi. Samalah dengan Wan ni. Mak dan ayah dia dah anggap kami berdua macam anak sendiri. Tapi sejak kebelakangan ni kami jarang berjumpa sebab mereka dah pun berpindah ke Batang Kali. Dan yang paling menarik, Nadia ni belajar satu tempat dengan Nurin dan pernah tinggal sebumbung. Aku bagitahu Wan, dia mesti nak ikut sekali sebab tak nak tinggal sorang dekat rumah. Mungkin masih trauma dengan kejadian di rumah Pakcik Man tempoh hari. Tambahan lagi bila aku bagitahu dia kebelakangan ni ada benda kembali perhatikan aku.

1 Januari 2017, Ahad
“Woi Wan bangun ! Dah pagi oi.” Terjerit jerit aku dalam bilik Wan. Selalu dia yang bangun awal. Mungkin penangan tengok bola hingga lewat malam semalam. Wan menggosok gosok mata dia. Aku menggesa dia bersiap cepat sambil cuba menarik dia turun dari katil. Berat dia bukan kepalang.
Lebih kurang pukul 8.30 pagi kami keluar dari rumah. Tempat pertama yang kami tuju ialah kedai makan. Nak berjalan perut mesti kena isi. Macam biasa aku order minuman berkafein. Sehari tak hirup kopi atau nescafe rasa tak lengkap rutin seharian.

“Aku nak kita balik awal harini, taknak sampai lewat malam. Keluar dengan hang ni bukan boleh kira, tup tup sampai malam pun takmau balik lagi” Kata Wan.

“ Haha hang pasaipa? Tak habis lagi trauma? Jadi jadi la tu. Benda dah lepas. Tapi kan. Kejap lagi aku nak tanya Nad macam mana dia boleh pindah dari duduk sebumbung dengan Rin.” Nurin, seorang gadis aku kenal melalui laman sosial.

Profile dia tak ada langsung gambar dia. Di awal perkenalan sekitar dua tahun lepas, aku tegur dia sebab dia selalu mengupload gambar lukisan-lukisan unik yang menarik perhatian aku. Dan lebih menarik bila aku tahu dia merupakan kawan Nadia. Maksudnya kawan atas kawan. Lama kelamaan aku jadi rapat dengan dia sampai la sekarang.

Wan tak bagi respon. Mungkin tengah fokus menjamah. Kami meneruskan perjalanan ke Batang Kali. Setibanya kami disitu, kami disambut gembira oleh Pak Mizi iaitu ayah Nadia. Mereka tinggal berempat bersama mak dan adik perempuan dia.

“Kamu sembang la dulu ye, ayah nak keluar pegi bengkel kereta kejap.” Pak Mizi berlalu pergi.
Kelihatan di ruangan dapur, mak dengan adik dia. Memasak barangkali. Wan tersandar di sofa ruang tamu. Nampak penat walaupun aku yang memandu. Supaya keadaan tak jadi sunyi aku pun mula bersuara.
“Wei Nad, macam mana hang boleh blah dari rumah tu?”
“Hang nak dengar aku cerita? Sabaq sat aku ambik air kat dapur ” Cerita dari Nadia ni berlaku sebelum kejadian dengan Pak Cik Man yakni apa yang aku ceritakan dalam siri “Nurin Kau Yang Terakhir”.

Cerita Nadia :
Dulu masa sem 1 aku tak kenal pun dengan dia. Rupa dia pun tak pernah nampak. Tapi lepas dah masuk sem 2 aku start duduk luar aku mula lah kenal dengan dia. Aku ingat lagi hari pertama dia masuk rumah sewa tu. Aku tengok dia macam sombong tapi bila ditegur dia okay je. Dia lebih suka berdiam diri. Kami semua duduk bertiga. Rumah teres setingkat ada 3 bilik. Jadi setiap bilik seorang.

Aku lebih suka panggil dia Rin. Rin ni pelik sikit. Dia hiaskan bilik dia dengan aksesori dan hiasan yang ‘creepy’. Dia gantung lukisan yang aku tengok, aku akan fikir dua tiga kali nak masuk bilik dia. Semua benda warna hitam. Paling cerah pun kelabu. Baju dia pun tak ada warna lain selain hitam dan kelabu. Kalau malam, dia hanya akan pasang lampu meja saja dekat bilik dia. Ada satu malam tu, kawan serumah kena kacau. Nama dia Ida. Ida ni selalu menangis masa tengah tidur. Kadang kadang macam meracau. Satu hari tu dia menangis kuat dengar sampai bilik aku dengan Rin.

Aku dengan Rin terus pegi bilik Ida tu. Yang buatkan aku terkejut bila Rin pegang je tangan Ida, terus Ida senyap. Tak meracau. Seolah olah ada sesuatu yang Rin sampaikan tapi tanpa berbicara. Mula dari hari tu perasaan ingin tahu aku terhadap Rin semakin menebal. Aku dah mula syak dia ada sesuatu.

Lepas beberapa bulan kami tinggal sebumbung, aku dah biasa dengan dia. Setakat tu aku masih tak rasakan Rin ni menyeramkan sehingga ada satu malam ni. Kami bertiga baru balik dari kedai makan. Kedai tu berhampiran dengan rumah. Lebih kurang 500 meter macam tu. Jadi, pada kebiasaannya kami akan pergi makan kat situ jalan kaki saja.

Sampai saja di muka pintu rumah, aku masuk ke rumah dan diikuti oleh Ida. Aku perasan yang Rin tak ikut masuk. Aku pun pusing pandang belakang. Masa tu memang aku terkejut sebab tengok Rin berdiri kaku pandang kami berdua dekat taman permainan depan rumah sewa kami tu.
“Wei Rin, kau buat apa situ? Cepat la masuk. Aku nak kunci pintu ni.” Jerit aku dari muka pintu.
Dia senyum. “Masuk la dulu. Aku nak ambil angin”
“Ok” balas aku pendek.

Disebabkan bilik aku di depan, maka terdapat tingkap yang menghadap taman permainan tu. Aku bersandar dekat atas katil sambil scroll facebook. Terpandang jam dah pukul 11.35 malam. Ahh aku rasa aku dah buat benda bodoh bila biarkan rakan serumah aku duduk berseorangan dekat luar pada waktu macam ni.

Aku mengenjakkan sedikit posisi tubuh aku ke arah tingkap dan menyelak langsir. Alangkah terkejut nya aku bila kelihatan dia terpacak depan tingkap bilik aku tu.
“ahaha terkejut ke? Buka pintu aku nak masuk la Nad” Dia berlalu ke arah pintu sambil senyum pandang aku. Aku tak rasa benda macam ni kelakar pada masa tu. Aku perasan lagi yang dia suka sangat duduk dalam gelap.

Dia masuk saja rumah dia tak berhenti ketawa, tapi hanya ketawa kecil. Dia terus masuk bilik. Katanya ruang tamu tu cerah sangat. Aku pandang Ida, Ida pandang aku. Cerah apa dengan bersuluhkan cahaya dari tv saja. Itu pun aku dah rasa seriau. Dia nak gelap macam mana lagi.

Tengah asyik menonton drama di kaca tv, aku dengar lagi seakan Rin bercakap dari dalam bilik. Pada mulanya aku hanya anggap dia bercakap menerusi telefon. Aku tak endahkan. Tapi lama kelamaan aku dapat tangkap apa yang dia cakap. Bukan bahasa melayu, bukan juga bahasa inggeris. Petah nya seakan berbual dengan seseorang. Aku cuit Ida yang mengelamun dek plot drama yang bertemakan cinta tu.

“Ida, kau dengar tak? Jom tengok dia” aku berbisik.
Aku tarik tangan Ida. Bingkas kami bangun menjengkek ke arah pintu bilik Rin yang menghadap dapur. Kali ni boleh dengar dengan jelas.

“Aku taktahu pun yang Rin pandai berbahasa Russia, ke Jawa?” soal Ida.
“pamm !!” Satu tamparan hinggap di dahi Ida.
“Tu bukan bahasa Rusia atau Jawa. Aku pun tak tahu tu bahasa apa.”
“Sreeeeettttttttt !” bunyi seakan sesuatu diheret. Bunyi tu datang dari bilik Rin. Tiba tiba perbualan yang tadi rancak senyap. Seakan dia menyedari kami mengintai dan curi curi dengar perbualan dia. Alang alang dah disedari aku pun tolak pintu bilik dia. Aku on kan lampu bilik Rin. Tak ada siapa pun dalam bilik tu.

“Rin? Kau kat mana?” Soal aku. Suara pun sedikit menggigil. Ida pegang erat pergelangan tangan aku.
“Bawah ni.” Suara Rin datang dari bawah katil. Apa benda dia buat bawah tu aku pun tak tahu. Aku bongkokkan badan aku untuk jenguk ke bawah. Belum lagi sempat aku tunduk sepenuhnya aku nampak dia pandang aku dari sudut gelap bawah katil dia.

Muka yang pucat dan putih lesu, keseluruhan mata dia hitam dan juga keliling mata yang juga hitam ibarat diconteng celak dan berurat sudah cukup untuk buat menjerit sekuat hati. Dia cuba merangkak keluar dari bawah katil dan kepalanya berpusing melawan arah yang sepatutnya. Kedudukan mulutnya dia atas dan mata dibawah.

“Aaaaaaaaa!!!!” berjurai air mata yang tak mampu aku tahan lagi. Ida dah pun lari ke ruang tamu mendapatkan telefon. Menggeletar tangan dia sambil cuba mendapatkan bantuan.Tapi sorang pun tak jawab panggilan. Aku masih terduduk di muka pintu bilik Rin. Aku hanya mampu mengenjakkan badan aku kebelakang sikit demi sedikit. Lampu bilik Rin tiba tiba terpadam. Aku on kan flash telefon bimbit yang sedia di tangan. Halakan ke arah katil tadi. Dia dah tak ada kat situ.

“Tuk tuk tuk!” bunyi pintu rumah diketuk. Ida berlari ke arah aku. Dan pada masa yang sama telefon aku berdering. Rin call aku! Aku jawab. Tangan aku sedia menggigil.
“Hello” Aku beranikan diri.
“Haa Nad. Aku kat luar ni. Buka la pintu dari tadi aku ketuk kau tak dengar ke?”
“Okay” Aku ringkaskan perbualan dan menuju ke pintu. Ida di belakang aku. Buka sahaja pintu kelihatan Rin terpacak depan pintu.

Tepat aku halakan lampu suluh yang sempat aku capai ke muka dia. Rin angkatkan tangan bagi menghalang cahaya lampu suluh menerangi muka. Aku nampak riak muka dia, senyum ringkas dan terus menapak ke dalam rumah.

“Kenapa korang dua muka cuak? Lepas aku ambik angin dekat taman tu aku pegi kedai kejap. Beli lilin. Lampu meja tu cerah sangat. Sebab tu lambat sikit. Itu pun nak buat muka macam tu.”dia tersengih sambil pusingkan muka kearah aku dan Ida. Aku hanya mampu berdiam diri. Sampai pagi aku tak boleh tidur dan aku tidur di ruang tamu dengan Ida.

Keesokan harinya, kebetulan kelas aku cancel. Memandangkan aliran kami berbeza, tinggal aku sorang saja dekat rumah. Aku tengok telefon ada pesanan dari Ida melalui aplikasi whatsapp.
“Kau cuba lah tengok bilik dia sementara hari siang ni. Aku risau kita tinggal sebumbung dengan orang yang membela weh. Kalau betul dia membela aku nak cari rumah lain” pesanan dari Ida terus buat aku resah. Masa tu perasaan risau dan takut bercampur baur.

Aku masuk bilik Rin. Keadaan bilik kemas tapi memang menyeramkan. Aku masuk siang hari pun rasa gelap dan agak lemas. Yelah tingkap tak pernah buka. Masa tu aku tengok ada lilin yang tak menyala dan ada sedikit debu seakan kertas dibakar dikeliling lilin tu. Aku tengok dekat meja kecil dalam bilik dia ada satu bekas yang penuh dengan gumpalan rambut. Tepi bekas tu ada dua gelang seakan perak yang kelihatan agak berusia. Bertentangan dengan meja tu ada cermin panjang sama tinggi dengan aku.

Jadi bila aku cuba nak ambil gelang tu aku nampak tangan aku sendiri. Tapi tangan aku nampak buruk dalam cermin. Hitam ! Berkedut macam orang tua. Kuku pun panjang kehitaman.
Aku lari keluar dan cepat cepat bagitahu Ida. Berpeluh satu badan. Lepas dari kejadian tu aku dan Ida buat keputusan untuk pindah rumah. Tapi ambil masa seminggu jugak kami cari alasan nak bagitau Rin supaya dia tak syak apa apa.

Kemudian aku dengan Ida pindah rumah area kampung yang berdekatan tempat belajar. Lebih kurang 3 kilometer dari kolej. Masa tu aku dah rasa senang hati sikit. Tapi tak tahan lama. Beberapa hari lepas aku pindah rumah baru, waktu maghrib aku masuk bilik air nak mandi. Rumah kampung biasa lah kolah besar. Selesai saja aku mandi dan belum sempat untuk keluar, aku tengok Rin ada dalam kolah tu. Tapi hanya nampak bahagian atas hidung dia saja. Yang selebihnya dalam air. Mata dia sebelah putih berurat dan sebelah hitam.

Aku bau hanyir yang kuat seakan d***h. Air dalam kolah tu warna merah macam d***h. Lepas tu dia bangun dari situ dan cuba capai aku. Menjerit lah aku sampai satu rumah dengar. Tak semena mena aku pengsan dan diusung keluar Ida dan kawan serumah aku yang lain. Hari tu aku mimpi dia tarik dan lemaskan aku dalam kolah tu. Seminggu jugak aku meracau tengah tidur. Itu lah kali terakhir aku kena kacau sebab lepas tu lecturer aku yang pandai berubat datang rumah dan lakukan sedikit ritual memagar rumah. Alhamdulillah dah tak ada gangguan.

“Haa tercengang apa? Minum lah” Nadia menghentikan bicara dia perihal Nurin semasa mereka tinggal sebumbung dahulu. Dan aku hanya terfikir bila Nadia cakap dia nampak dua gelang dalam bilik Nurin. Seingat aku, Nurin hanya bagi dekat aku satu sahaja untuk diserahkan kepada Pakcik Man.
Kepulangan ayah Nadia memecahkan segala kemurungan aku tengahhari tu tatkala perut sudah meronta ronta meminta diisi.

Gulai tempoyak ikan patin yang dijanjikan Nadia yang juga “all time favourite” aku dijadikan santapan kami tengahari tu.

Hari tu aku dan Wan pulang ke Kuala Lumpur sekitar pukul 6 petang dan aku cuba menjalankan aktiviti harian aku macam biasa tanpa menghiraukan apa yang sedang aku fikir ketika tu. Sehingga jumpa lagi. Assalamualaikum. #shizu

.

Shizu
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 comments

  1. Mcm mna gelong satu lagi tu… Mcm dah kje detektif pula ada penceritaan saksi yg menyatakan bhwa gelong tu dua bukan satu…hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.