Salam admin dan pembaca semua. Kali ini aku paparkan kisah pengalamanku yang tidak berapa seram ketika bekerja di sebuah kilang demi mencapai cita-citaku.
Kisah ini berlaku pada tahun 80an. Aku baru selesai tamat persekolahan menengah. Aku dan rakan-rakan telah berpakat yang masing-masing akan membeli raket badminton yang berjenama Yonex. Sebelum ini kami hanya mampu guna yang biasa iaitu beli di kedai runcit dengan harga belasan ringgit. Itupun dah mahal. Raket pula berat. Seorang dari rakan kami sudah bekerja dan telah membeli raket Yonex membuatkan air liur kami meleleh. Aku bertanya bapa saudara yang bertugas sebagai tukang kebun samada ada kerja kosong di kilang tempat dia bertugas.
Akhirnya aku telah di tawar sebagai operation operator di sebuah kilang radio kepunyaan syarikat Jerman. Gajinya tidaklah begitu mahal tapi asalkan tercapai target untuk membeli raket, aku bersabar juga. Aku amat gemar menyanyi ketika bertugas. Ramai gadis-gadis suka dan kadang-kadang mereka meminta aku menyanyi untuk mereka. Aku ni ibarat seorang artis lah di kilang tersebut. Aku masih ingat ketika itu lagu Rindu Bayangan mendapat tempat di hati remaja di malaysia. Ia di nyanyikan oleh Jay Jay dari kumpulan Carefree
Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Itulah lirik lagu Rindu Bayangan yang sering menjadi siulan anak-anak muda termasuk aku. Kadang-kadang ada permintaan agar aku menyanyikan lagu ni dan aku tunaikan. Mengalir airmata yang mendengar. Putus cintalah tu. Walaupun aku suka menyanyi, waktu solat memang aku jaga. Satu yang aku tak gemar ialah, aku dan rakan-rakan di halang mengerjakan solat Jumaat. Kata Line Leader itu atas arahan Personal Manager tapi personal manager seorang melayu muslim. Kenapa dia tak mengizinkan. Akhirnya aku beranikan diri bertanya kenapa kami di halang mengerjakan solat Jumaat. Akhirnya kami di beritahu itu atas arahan pihak atasan yang berbangsa Jerman.
Kami meminta jasa baik Personal Manager agar dapat berbincang dengan pihak atasan bagi membolehkan kami solat Jumaat dan kami bersedia gantinya bila-bila masa saja. Syukur kami mendapat persetujuan dari pihak atasan agar kami pulang lewat pada hari Jumaat. Selalunya habis kerja jam 5 petang dan kami kena kerja hingga jam 8 malam sebagai ganti solat Jumaat. Hari Jumaat pun tiba. Aku datang dengan memakai baju melayu. Aku terlalu gembira sebab inilah pertama kalinya kami dapat mengerjakan solat Jumaat. Itupun hanya 5 orang yang sanggup menerima cadangan agar kami kena bertugas hingga jam 8 malam.
Hati terasa tenang dan gembira bila dapat melakukan yang wajib. Bila aku selisih dengan rakan-rakan wanita, aku pasti akan menyanyi lagu Rindu Bayangan. Ada yang malu-malu dan ada yang gembira mendengarnya. Bila tiba jam 5 rakan-rakan yang lain semua keluar dan tinggal kami berlima membuat kerja pancking barang di dalam store. Kata line leader dia akan pastikan kesemua barang telah di pack bila dia masuk kerja keesokkannya. Kami pun terus melakukan kerja. Jam 7 petang aku ke tandas. Aku ON lampu tandas lalu membasuh muka. Tiba-tiba aku terdengar bunyi air di flush. Aku diamkan saja. Sangkaanku mungkin tandas itu rosak. Sedang aku basuh muka, aku terdengar…
Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Serta merta rasa seram menyerang aku. Aku dah pasti tiada orang lain selain aku sebab sebelum masuk tandas dalam keadaan gelap. Jadi siapa yang nyanyi lagu Rindu Bayangan.
“ Man…Man. Macam mana suara aku.” Tanya suara. Aku terus terdiam. Tangan aku dah menggigil. Kenapa dia panggil nama aku Man. Kalau di kilang aku di panggil dengan nama Ariff
“ Man..Man..Awat hang diam. Suara aku ok ka.” Tanya suara. Aku hampir longlai akibat ketakutan namun aku lawan perasaan takut aku.
Tersebut
“ NI sapa dalam toilet.” Tanya aku
“ Laa..Hang tak kenai aku ka Man. Aku kawan hang. Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu..” Terus dia menyanyi
“ Macam mana Man suara aku.” Tanya suara lagi
“ Boleh la.” Jawab aku terketar-ketar
“ Bukan macam suara hang ka Man.” Tanya suara tu lagi. Aku dah semakin gigil bila suara terus ketawa dan ketawanya amat menyeramkan.
Aku terus melangkah keluar. Belum sempat buka pintu lagi suara itu terus memanggil aku..
“ Man..Hang nak pi mana. Hang tolong buka pintu sat.” Kata suara. Aku semakin takut
“ Merepek. Takkan aku nak buka pintu. Hang buka la sendiri.” Kataku dengan suara terketar-ketar
“ Man..hang tolong buka sat. Aku tak nampak ni.” Kata suara
“ Kan lampu cerah. Takkan hang tak nampak.” Kataku
“ Ala Man. Tolong la buka. Betoi aku tak nampak ni.” Kata suara. Akhirnya aku mengalah dan patah kembali untuk membuka pintu tanpa aku terfikir dalam keadaan lampu menyala terang dan dia pula tidak nampak. Terketar-ketar aku membuka pintu tandas. Bila terbuka saja pintu aku terus longlai. Seorang lelaki memakai baju tapi tiada kepala sedang duduk di atas jamban.
“ Macam mana suara aku Man.” Katanya. Terus aku kumpul tenaga lalu buka pintu dan terus berlari ke arah rakan-rakan aku.
Terkejut rakan-rakan bila melihat aku yang begitu pucat dan tangan terketar-ketar. Bila mendengar cerita aku, masing-masing tidak berani ke tandas. Tepat jam 8 malam kami punch kad dan terus pulang ke rumah. Keesokkan harinya aku ke tempat kerja. Rakan-rakan bila berjumpa lalu bergurau
“ Itu dia Ariff Rindu Bayangan dah sampai. Man…ooo Man.” Gurau mereka di ikuti ketawa dari rakan-rakan yang lain. Bila berada di line ada yang meminta aku menyanyi lagi Rindu bayangan tapi aku menolak. Masing-masing dah kehairanan mengapa aku menolak dari menyanyi. Akhirnya kisah hantu menyanyi lagu Rindu Bayangan telah tersebar. Ada yang takut dan ada yang ketawa perli bila melihat aku. Kata mereka bagaimana hantu tiada kepala tetapi boleh menyanyi. Mereka berkata kemungkinan aku sedang berkhayal. Aku hanya mendiamkan diri. Biar mereka sendiri yang rasa akan pengalaman tersebut.
Ketika sibuk membuat kerja, tiba-tiba terdengar wanita menjerit dan di ikuti yang lain. Keadaan menjadi kelam kabut bila ramai pekerja wanita telah histeria. Ada yang menjerit dan ada mata yang terbeliak melihat di atas syiling sambil berkata tak ada kepala…tak ada kepala. Aku dan rakan-rakan saling berpandangan. Mungkin inilah yang aku jumpa dan mengganggu wanita pula. Akhirnya personal manager bertanya kami samada ada sesiapa yang dapat membantu pulih rakan kami yang histeria. Aku terus hubungi sepupuku dan akhirnya dia datang. Di pegangnya seorang wanita yang meracau-racau
“ Hang siapa.” Tanya sepupuku
“ Aku Rindu Bayangan hehe. Bila ku kenang ku renung gambar wajahmu.” Kami berpandangan sesama sendiri.
“ Rip..Lain kali kamu jangan nyanyi dah lagu Rindu Bayangan. Berhantu lagu ni.” Kata Line leader. Aku hanya diam saja. Betul katanya. Lagu ni hantu cukup suka. Akhirnya kesemua pekerja wanita yang terkena histeria dapat di pulihkan. Menurut kata mereka, mereka melihat lelaki tanpa kepala sedang berjalan-jalan di dalam tandas sambil menyanyi lagu Rindu Bayangan.
Menurut kata sepupuku, banyak makhluk berada di dalam kilang tempat kami bekerja. Masing-masing melihat ke arah aku sebab aku yang selalu menyanyi lagu tersebut. Bermula saat itu aku tidak lagi menjadi penghibur dan rakan-rakan tidak lagi meminta aku menyanyikan lagu untuk mereka. Mungkin mereka juga takut makhluk mendengar dan melihat dan tak mustahil ia akan meniru lagu tersebut dan mengganggu pekerja. Kadang-kadang bila terdengar lagu Rindu Bayangan di radio, pekerja akan cepat-cepat menutup radio. Lagu Rindu Bayangan memang lagu maut bagi kami. Akhirnya bila aku dapat memiliki raket Yonex terus aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan meninggalkan memori rinduku di situ.
###Ariff Budiman
Hntar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Sangat bagus penceritaannya
mcm penah post je cite ni..
Ko mmg berani g bukak pintu tu
Mcm pernah ulang je cerita ni….
eh, dah pernah baca cerita ni kat page ni
cite ni kan dah penah ada.. kau copy paste cerita org ke?
stupid
Admin repost lah kut. Apalah korang ni🤦