‘Rindu’

Assalamualaikum. Kisah yang bakal diceritakan ini merupakan pengalaman aku sendiri. Aku bukanlah seorang yang mempunyai kebolehan sixth sense. Tak nampak rupa cuma rasa kehadirannya. Terlupa pula ingin mempekenalkan diri. Panggil aku Chik. Seorang perempuan dan seorang penakut.

Kisah ini berlaku semasa aku di tingkatan 4. Aku dapat bersekolah asrama di sebuah sekolah teknik. Teknik yang mana satu itu tak perlulah kita sebutkan. Asrama memang sinonim lah dengan kisah-kisah yang disampaikan dari tahun ke tahun. Aku tak pernah berenggang dengan mak aku pun sebelum nie. Nak kata anak mak tidak. Kerja nak gaduh je dengan mak aku. Bila tak jumpa rindu. Jangan kecam aku. Tu memang perangai kami anak beranak. Gaduh tapi still berpeluk. Nak dijadikan cerita, adik aku pun dapat panggilan ke sebuah sekolah berasrama penuh. Adik pandai lebih sikit dari kakak. Kiranya sejak aku dan adik keluar rumah tu mak aku duduk dengan abang dan kakak dia. Sebab kami duduk sekali sejak bapak aku meninggal.

Sebelah rumah aku terdapat sebuah rumah tinggal. Banyaklah kejadian kejadian dari rumah nie. Biasalah kalau dah rumah tinggal tu memang akan ada penghuni lain. Tapi dia tak kacau kami satu keluarga. Hah. Kat situ je lah. Aku kat rumah memang boleh dikatakan riuh. Suara aku je yang bising kat rumah tu. Adik aku nie jenis pendiam dan manja. Aku kasar dan bising. Berbeza kat situ. Mulanya mak aku macam tak bagi aku nak ke sekolah teknik tu. Tapi setelah dipujuk rayu dan makcik aku pun tolong aku pujuk, mak aku benarkan. Dengan bersyarat. Apa sekalipun yang jadi, tak boleh keluar dari sekolah tu. Bukan apa, ramai kawan kawan aku sekolah seminggu je lepas tu lari balik. Mak aku tak nak lah anak dia membuat onar yang sama. Aku pun bersetujulah. Acah kental.

Minggu pertama berada di asrama pelbagai cerita hantu disogok oleh senior-senior. Antaranya makcik karipap, hantu locker, hantu toilet dan hantu segala hantu. Sebagai seorang yang pertama kali berjauhan dari keluarga, dari berani terus jadi penakut. Dorm aku menempatkan seramai 28 orang pelajar. Ni dah kategori overlimit. Tapi disebabkan intake kali tu banyak, terpaksalah bersesak dalam dorm. Aku pilih katil bawah double decker berhadapan dengan pintu. Kononnya senang lari kalau ada apa apa yang berlaku.

Kejadian bermula di minggu ketiga di mana setiap malam aku akan terjaga. Tidur tak jerap. Macam sekejap sekejap terjaga. Mula tu aku tak ambil port sangat. Mungkin beralih tempat. Tapi kalau dah setiap malam berlaku tak ke pelik. Bila terjaga tu dalam keadaan berpeluh-peluh panas. Aku kalau dah terjaga memang takkan bukak mata walaupun hakikatnya dah celik. Jenis tidur bantal atas muka. Tiba-tiba bunyi derapan kaki dalam dorm. Ada lagi yang belum tidur ke. Tak mungkinlah. Tapi bunyi tapak kaki tu hanya tiga langkah. Senyap. Tiga langkah lagi kemudian senyap. Jantung aku jangan cakaplah kemain laju berdegup.

Time nie jahil lagi. Ayat Qursi tak hafal. Yang taw baca 3 Qul. Nasib hafal. Kalau tak hafal jugak tataw lah jahil petala keberapa. Tapak kaki tu makin lama makin dekat dengan katil aku. Lepas tu senyap. Panas membahang setiap malam. Tiap-tiap hari benda yang sama berlaku. Sampai satu tahap, jiran sebelah katil aku, Zue tegur, “Kau malam malam ada rasa apa-apa yang pelik tak?”. Aku tenung dia. Sebab aku tak pernah cerita kat sesiapa pun pengalaman setiap malam aku tu. “Kenapa cakap macam tu?”. Zue sambung, “aku bukan nak takutkan kau. Cuma setiap malam ada orang tidur dengan kau. Rambut panjang sampai ke lantai”. Asdghjkl, apakah. Patutlah panas. Ada orang semak katil aku rupanya.

Acah ganas. Padahal aku time tu dah rasa nak nangis lari balik rumah semua ada. Nasib baik hujung minggu tu aku memang balik rumah. Asrama kan setiap dua minggu akan balik. Malam tu ada budak dorm aku berkumpul kan sebelah katil. Tempat aku best siap ada tikar seronok lah nak lepak. Aku jenis tidur awal. Aku tak join lah dorang. Walaupun sebelah aku je. Bunyi bising gelak tawa kuat kat telinga aku. Nak mengamuk rasa. Benganglah. Dah la datang tempat orang lepas tu memekak. Aku terus bangun duduk. Muka bengis dah. Cuba teka. Apa yang berlaku. Hurmm. Sekor pun tak da. Dorm dah gelap. Semua dah tidur. Jilake. Main kasar pulak. Apa lagi. Tarik selimut sampai kepala. Jantung kemain laju berdegup. Berpeluh-peluh. Tiba tiba bunyi seretan kaki. Makin lama makin dekat ke katil aku. Nak apa pulak natang nie. Dalam hati aku dah baca segala doa. Terabur mungkin sebab gelabah. Mujur tak baca doa makan. K tak lawak. Aku tahu dia dah sampai kat katil aku. Sebab terasa bahang gila dan ada orang tengah perhatikan aku. Aku tak tau bila aku terlena. Sedar-sedar dah subuh. Aku nekad tak nak duduk asrama dah. Kalau boleh berguling depan mak aku memang aku guling-guling.

Hari jumaat lepas sekolah mak aku ambil. Sepanjang perjalanan tu aku cerita lah point-point aku. Ingat tak mak aku dah bagi syarat kat aku. Aku bagi lah hujah panjang lebar dah macam lawyer. Mak aku tetap kata no. Terus aku diam sampailah ke rumah. Merajuk lah konon. Esoknya tu mak aku dengan makcik aku bawak pergi jumpa ustaz. Nak bagi pulih semangat kata makcik aku. Time tu aku sebolehnya tak nak pergi. Takut semua ada. Pelik dengan perasaan sendiri. Kenapa beria sangat nak takut. Ingat mak aku nak biar aku tak ikut? Dia heret jugak. Sampai di rumah ustaz tu. Dia senyum je tengok aku. Lagi lah kecut perasaan aku. “Mailah masuk. Tak da apa aih. Buya tak marah”, Ustaz gelarkan diri dia Buya. Singkatan abuya atau ayah. Gitulah. Mak aku tarik kerusi suruh aku duduk.

“Awatnya nie?”, buya tanya. Aku diam seribu bahasa. Macam jumpa doktor lah. Diam jugak. Mak aku yang bercerita. Padahal yang bermasalah aku. Habis je mak aku cerita. Buya cakap, “aik. Depa tak cerita apa apa pun kat buya. Tak pa tak pa. Kita tengok sat”. Depa tu ‘mereka’ dalam erti kata lain hantu. Sekejap ja buya baca ayat suci. Kemudian dia senyum, “tak da apa pun. Bukan yang di sana yang kacau. Yang di sini yang rindu”. Muka aku blurr. Tak paham. Siapa yang rindu. Tapi diam dulu. Nanti balik rumah aku tanya mak aku balik. Buya sambung, “dia rasa sunyi. Dulu rumah tu riuh. Sekarang senyap”.

“Bukan apa tu. Saja suruh balik. Buya marah dia dah. Dia tak kacau. Dia jaga ja. Lepas ni banyakkan berzikir. Bismillah pun takpa. Jangan tinggal solat”. Aku yang dari tadi diam je tanya buya, “kenapa dah lama baru nak kacau?”. Buya ni senyum ja. ‘Mulanya tu dia tak perasan hang tak dak. Lepas tu lama sangat sunyi. Dia cari kat rumah hang tak dak. Tu yang dia p sampai asrama”. Gigih travel natang nie. Rumah aku ke asrama makan masa 3 jam kut. Dia terbang kut. “Tapi tak pa. Buya bagi air ni minum. Bagi pulih semangat. Jangan lupa zikir. Kalau ada pa apa hal panggil buya. Nanti buya datang”. Aku cuma mengangguk. Pahamnya sikit sikit.

Sampai ja di rumah, aku terus soal mak aku. Siapa yang di sana siapa yang disini? ‘Hantu tu lah’ ? mak aku nie. Rasa nak gigit je. Rupanya yang sebelah rumah aku nie yang rindu. Dia bukan apa. Suruh aku balik je. Rindu. Hurm. Siap berindu rinduan bagai. Lepas jumpa buya tu aku okei sikit. Tak terjaga tengah malam setiap hari dah. Lagipun aku selalu tidur dengan member sebelah. Bukan dengan Zue. Zue sebelah kiri. Aku tidur dengan Yati sebelah kanan. Aman damai dan sejuk. Tapi aku taw dia memerhati. Pernah ada orang cerita. Dia nie jenis memang nampak dan boleh berubah sikit. Dia cerita yang ikut aku tu hitam berbulu besar. Sentiasa ikut ke mana saja aku. Kalau ada tempat dia tak boleh masuk dia tunggu luar. Aku bukan tuan dia pun. Kenapa nak ikut bagai. Dia cuma nak menjaga. Bukan nak kacau atau apa apa.

Sekarang nie aku tak tahu lah dia masih ikut aku atau tidak. Sejak aku tamat sekolah menengah tak dah gangguan pelik pelik. Dia tunjukkan muka pun tak pernah. Mungkin cerita aku nie tak seseram mana. Tapi bagi aku pengalaman yang aku rasa tu dah seram. Kalau cerita nie disiarkan in sha Allah aku akan ceritakan pengalaman-pengalaman lain dan kisah yang aku tahu. Dah pernah hantar sebelum nie ? tapi admin tak approved. Tak best lah kut. Tak pa. Sentap haritu je. Sekarang tak dah. Hahahaha. Sentiasa berzikir dan ingat padaNya. Salam sayang. Assalamualaikum.

Chik

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

6 thoughts on “‘Rindu’”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.