#robotNaz UNEXPECTED BATTLE.

Assalamu’alaikum dan salam kedamaian hati.

Hey korang, apa khabar?. Bagi yang telah mengenali diri ini selamat bertemu kembali dan bagi yang baru kenal, salam perkenalan daripada robotnaz.

Rasanya, dah terlalu lama aku tidak berkongsi kisah atau pengalaman di sini. Hari ini, aku terpanggil untuk berkongsi kisah atau pengalaman yang masih segar kerana pengalaman tersebut baru saja berlaku sekitar dua minggu yang lalu.

Sekitar dua minggu yang lalu, aku kembali membuka slot jom sembang di fb robotnaz. Slot ini aku wujudkan bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada follower fb robotnaz untuk bertanya secara terus kepada aku tentang apa saja berkaitan gangguan jin dan sihir.

Memenerusi slot ini juga, aku akan kongsikan amalan-amalan, petua atau ilmu-ilmu tetentu bagi membantu sesiapa saja yang memerlukan. Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut dibuat secara terhad dan banyak proses yang mesti dilalui sebelum seseorang itu aku putuskan untuk membantunya ataupun tidak.

Dipendekkan cerita, pada malam tersebut, slot jom sembang tidaklah mendapat sambutan seperti selalu. Cuma ada dua tiga kes saja yang agak berat yang mesti aku bantu. Kes pertama berkaitan ilmu pengasih atau guna-guna. Kes kedua berkaitan gangguan saka dan kes ketika berkaitan gangguan jin di tempat kerja.

Jika aku hendak ceritakan tentang ketiga-tiga kes ini, memang terlalu panjang. Jadi, aku ringkaskan saja, kesemua mereka aku bantu dengan penuh teliti. Ada yang aku beri beberapa potong ayat alquran untuk dijadikan amalan dan ada yang aku bantu dengan cara melakukan imbasan (dilakukan oleh diri sendiri), memberi minum air penawar (diajar cara buat dan cara minum) dan akhir sekali aku akan ajarkan kepada mereka yang terlibat tentang cara pagar diri.

Sebelum aku terus menaip dengan lebih panjang lagi, suka aku ingatkan kepada semua bahawa aku bukanlah seorang perawat mahupun ustaz yang menyediakan perkhidmatan rawatan/ perubatan islam yang berpengkalan di mana-mana negeri. Aku cuma orang biasa tetapi aku punya sedikit ilmu dan kebolehan yang dikurniakan oleh allah untuk dikongsi kepada yang memerlukan bedasarkan terma dan syarat.

Satu lagi, aku berkongsi ilmu dan membantu sesiapa saja secara sukarela mengikut kelapangan masa yang aku ada. Tiada sebarang cas dikenakan dan tiada perlu serahkan kepada aku apa-apa barang temasuk gambar dan seumpamanya. Kaedah yang aku gunakan kebiasannya adalah kongsi dan rawat. Aku taknak cerita panjang tentang ini dan kita berbalik kepada kisah yang ingin dikongsikan.

Uasai aku membantu ketiga-tiga orang yang terkena gangguan tersebut, aku seperti selalu akan melakukan aktiviti rutin. Memang ketika itu tiada langsung tanda-tanda aku akan dilawati, diziarahi atau diganggu oleh mana-mana makhluk pada malam kejadian. Jam melewati angka satu pagi, mata aku mula terasa berat. Memang waktu itu terasa sangat mengantok tetapi aku takboleh lena. Aku rasa taksedap badan dan puas jugalah aku pusing kiri dan kanan mencari posisi paling selesa tetapi tetap juga takboleh lena.

Waktu terus berlalu, tanpa sedar sudah tiga jam aku berkeadaan begitu, jam menunjukkan tepat pukul empat pagi. ‘ah, aku mesti tidur juga. Pagi besok masih banyak urusan yang mesti diselesaikan. Tidurlah wahai mata. Tidurlah…’ aku bermonolog kecil.

Sedang aku masih bergelut dengan rasa gelisah yang tidak tahu apa puncanya, tiba-tiba seluruh badan aku menjadi kaku. Sungguh, aku takboleh begerak walau sedikitpun pun ketika itu. Mata aku menjadi gelap serta merta dan telinga aku dapat menangkap satu bunyi bising, bunyi tersebut seakan bunyi perempuan yang memakai gelang kaki dan berjalan menuju kea rah aku. Semakin lama bunyi itu semakin hamper dan aku dapat dengar dengan jelas bukan sepasang kaki yang cuba menghampiri tetapi terlalu banyak kerana bunyinya sangat membingitkan telinga.

Perlahan-lahan aku cuba buka mata, aku berjaya tetapi cuma cahaya terang saja yang kelihatan. Tiada pula nampak kelibat atau bayangan di segenap sudut bilik. Bunyi tadi seakan hilang serta merta tetapi tubuh aku masih kaku dan lidah aku juga kelu tanpa sebab.

Aku cuba mengerah segala kudrat yang ada, aku cuba angkat tangan ke atas dengan harapan dapatlah menadah tangan dan memohon perlindungan dan bantuan daripada allah. Aku dapat rasakan ketika itu aku telah diserang oleh jin. Tapi, aku takdapat kesan dari mana datangnya jin itu dan apakah tujuannya dia membuat serangan balas.

Sekali, dua kali dan tiga kali aku mencuba, tangan aku berjaya diangkat, baru saja aku menadah tangan dan ingin memohon doa di dalam hati. Tiba-tiba telapak tangan aku terasa geli. Aku cuba amati, mula-mula aku fikir mungkin ada ulat yang jatuh di telapak tangan aku tetapi aku silap.

Rupa-rupanya itu beberapa helai rambut, aku cuba membuka gumpalan rambut tersebut dan secara tiba-tiba tangan aku dibelit oleh rambut itu. Belitannya sangat kuat sehingga tangan aku terasa pedih. Ironinya, rambut itu sangat ampuh, tidak pula putus bila aku cuba merentap kedua-dua belah tangan aku yang dibelit itu.

Aku semakin lemah, aku cuba gerakkan kakki tetapi kaki aku juga tiba-tiba seperti diikat dan dibelit dengan rambut juga. Di dalam hati, mula terbit rasa menyesal kerana tidak mengambil wudhu’ sebelum tidur dan tidak membaca surah-surah amalan yang kebiasannya aku akan baca sebelum tidur. Lebih-lebih lagi apabila setelah selesai membantu orang yang terkena gangguan jin dan sebagainya.

Ketika itu juga, aku dapat rasakan, kemungkinan serangan itu tamat dalam masa yang singkat amatlah tipis, mahu ataupun tidak aku terpaksa sekali lagi mengerah kudrat yang masih bersisa untuk terus pertahankan diri dan melawan serangan makhluk jin tersebut.

Aku cuba gerakkan badan pula, puas aku mencuba tetapi sedikitpun badan aku tidak begerak. Lidah masih kelu, takmampu nak baca apa-apa ayat. Bukan itu saja, nak sebut allahu akbar pun aku takmampu.

Aku terus cuba gerakkan badan, akhirnya aku berjaya. Aku mengerengkan badan ke sebelah kanan, kaki dan tangan masih lagi terbelit dengan rambut yang entah datang dari mana pun aku taktahu. Aku cuba tenangkan diri dan perlahan-lahan aku membaca surah alfatehah di dalam hati.

Badan terasa ringan sedikit tetapi belitan tadi masih lagi utuh. Memang terasa sangat pedih dan perit apabila tangan dan kaki diikat sekuat itu. Bayangkan rambut yang halus itu membelit di pegelangan tangan dan kaki, memang sakit sangat yang akan terasa. Aku terus membaca tiga qul pula, masih membaca di dalam hati.

Badan aku pada waktu itu sudahpun bermandi peluh. Sampai basahlah tilam seakan ada hujan turun pula di dalam bilik aku.

Alhamdulillah… belitan kaki terlerai, diikuti pula belitan di tangan juga telerai. Hati terasa lega, fikir aku mungkin serangan sudahpun berakhir. Belumpun sempat aku mengerak-gerakkan kaki dan tangan, b beberapa hentakan yang sangat kuat singgah tepat di pinggang sebelah kiri. Yelah, aku kan masih mengereng ke kanan, maka pinggang aku jadi sasaran. Aku tersentak dan senak. Kesan dari hentakkan yang sangat padu itu membuatkan air mata aku mengalir tanpa sengaja.

“naz! Selagi kau masih hidup, selagi kau masih bernyawa, kau mesti berjuang. Kau kena lawan, lawan naz! Lawan!.” Pujuk hatiku. Memang badan terasa lemah sangat, sendi-sendi mula terasa lenguh dan sesekali seperti rasa ada tusukan jarum halus di celah-celah tulang di setiap sendi.

Aku kembali menggagahkan diri, mengutip sisa-sisa semangat perjuangan yang masih ada. Dengan sekuat dan sepenuh hati aku memaksa lidah aku untuk melafazkan kalimah allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar! Aku berjaya.

Seluruh badan terasa kembali bertenaga, dengan pantas aku membaca ayat qursi beberapa kali. Lidah aku lancar saja menyebut satu persatu kalimah yang terkandung dalam ayat tersebut. Aku semakin berkeyakinan dan aku mula membaca beberapa lagi ayat azab. Harapan aku, serangan jin tersebut semakin lemah dan jin itu akan pergi dari situ.

Sedang aku membaca ayat-ayat azab, telinga aku dapat menangkap suatu bunyi pelik. Bunyi seperti bunyi angin rebut yang sangat kuat. Bunyinya semakin mendekat dan seakan angin rebut itu ingin menerpa kea rah aku. Aku teruskan pembacaan. Segala ayat yang terlintas di diingatan aku baca secara berulang-ulang.

“jangan ganggu urusan aku… jangan ganggu urusan aku… jangan ganggu urusan aku…”

Satu suara kasar dan garau kedengaran, bunyi suara itu seperti berada di dalam bunyi angin rebut yang sedang berlegar-legar di sekeliling aku. Angin itu tidak dapat menerpa kea rah aku. Aku percaya, jika aku terlewat bertindak tadi, pasti nyawa aku akan melayang atau setidak-tidaknya aku tidak lagi mampu menulis pada hari ini.

Tiba-tiba tengkuk aku terasa pedih yang amat sangat, aku percaya itu mesti kesan cakaran yang dilakukan oleh jin yang sedang menyerang. Tidak dapat dia serang dari arah depan, dia main belakang pula. Setiap serangan yang dilancarkan oleh jin tersebut jika tepat pasti memberikan suatu rasa sakit yang amat sangat. Malah, kesan sakit ini kekal untuk beberapa hari ataupun minggu. Tergantung kepada kekuatan serangan yang dilancarkan.

Aku tidak berdiam diri. Jika dibiarkan saja jin itu terus menyerang, lama-kelamaan aku sendiri akan tewas. Lantas, aku bacakan ayat 21-24 dari surah alhashar dan serentak dengan itu serangan dari jin tersebut pun tamat.

Aku termengah-mengah sendiri, peluh yang masih berjurai tidak cukup menceritakan segalanya. Begitulah kisah atau pengalaman yang baru saja aku alami. Di kesempatan ini, tekadang bukan aku dan sesiapa saja yang mempunyai ilmu dan kebolehan merawat tidak mahu membantu tetapi kesan yang bakal aku dan mereka terima tersangatlah sukar dijangka. Bagi yang tidak dibantu, jangan berkecil hati, mungkin belum masanya untuk aku dan mereka bantu kalian.

Kesan dari serangan jin tersebut, tengkuk aku bedarah. Terdapat dua tiga kesan cakaran yang agak panjang di sekitar tengkuk. Pegelangan tangan dan kaki pula cuma terasa sakit untuk beberapa hari tetapi tidak menampakkan apa-apa kesan. Paling terasa, pinggang yang dihentak dengan kuat beberapa kali. Rasa macam nak patah tulang pinggang aku pun ada juga. Tapi, hari ini aku dah pulih sepenuhnya.

Sesungguhnya aku dan mereka yang berkebolehan ini sedar, jika bukan kami yang membantu, siapa lagi. Tetapi, berilah kami ruang untuk persiapkan diri dengan lebih baik lagi bagi membantu kalian dan mendepani setiap risiko dan serangan yang bakal dilancarkan oleh para jin dan dukun sebagai tanda protes di atas kesudian kami membantu kalian.

Aku dan mereka yang berkebolehan ini juga akan dahulukan kes-kes yang berat terlebih dahulu, sebelum membantu kes-kes ringan. Kebenaran atau izin daripada ahli keluarga diperlukan juga bagi sesetengah kes kerana serangan balas jin tidak tertumpu kepada kami yang membantu semata-mata. Lebih malang, seluruh keturunan menjadi sasaran.

Sekian dulu daripada aku, maaf jika ada typo. Maaf jika kisah ini takmenarik dan maaf jika ada menguris hati sesiapa sepanjang aku berkongsi kerya di sini. Panjang umur kita jumpa lagi..

 

2 thoughts on “#robotNaz UNEXPECTED BATTLE.”

Leave a Comment