Gangguan kem 2

Assalammualaikum pembaca FS.Terima kasih admin sebab publish kisah gangguan kem. Sekarang saya nak buat bahagian 2. Owh ye saya nani berasal dari pantai timur dan berumur dalam lingkungan 20an. Saya bekerja sebagai engineer di kilang yang terkemuka di selangor. Ok kalau ada rezeki saya akan share pengalaman operator histeria di kilang yang pernah masuk paper 3 bukan lepas.

Sebelum tu saya nak minta maaf kepada pembaca yang tak faham dan ada yang cakap penulisan macam budak2 wicet dan tak ada noktah dan koma. He sori saya bukan budak wicet. Saya akan pastikan kali ni tak ada “ha3” dan “he3” dengan kuantiti yang banyak. Ok maaf panjang sikit intro sebab saya nak jawab komen pembaca pasal kes durian tu, raja buah ni memang dilarang bawa di kem sebab aromanya boleh mengundang makhluk2 halus. Saya pun tak tau detail sangat tapi lepas jurulatih dan komanden cakap macam tu memang syahdu la sebab ada yang bawak tempoyak masuk dalam kem. Tempat yang sedia keras makin keras bila makanan yang dilarang dibawa masuk. Seolah2 kita menjamu benda tu.

Kisah pertama

Ada satu malam tu saya tak tahan nak buang air. Nak kejutkan kawan tak sampai hati sebab masing2 penat baru balik dari berkhemah di dalam hutan. Saya pun beranikan diri la keluar dari dorm ke bilik air yang tak jauh dari situ. Tapi sekerat jalan je berjalan ada sorang kawan alin(bukan nama sebenar) “tegur weh mu nak gi mana?”

Dan saya tunjuk la arah tandas sebab bila bangun tidur saya tak gemar bercakap. Lepas gosok gigi nak bercakap sampai esok pun x apa. Dirty yerk walaupun mulut sendiri! Dan masa tengah berjalan kawan saya ni senyap je sampai la masuk ke tandas. Lepas buang apa yang patut saya pergi kat sinki basuh muka gosok gigi (bila nak pergi tandas saya akan bawak benda alah ni pakej dengan listerine) memang tabiat dari kecik sampaikan kawan2 jeles gigi lawa boleh buat iklan gigi bila senyum..hee ok sori iklan jap.

Sementara tunggu “kawan” yang lama bebenor dalam tandas. Saya cakap dalam hati asal lama sangat ni.

Dan kawan saya yang kat dalam cakap “mu lau nk kelik(balik) dulu, kelik la xpayah tunggu aku ok”

Saya pun cakap la “X molek la gitu datang sekali kena la kelik sekali” dia cakap ok.

Masa kami berjalan beriringan masuk dorm saya ternampak ada benda bertenggek atas ampaian. Saya buat tak tau sebab dah biasa nampak. Owh ye ayah saya adalah seorang bomoh. Dari kecik saya dah biasa nampak apa2 yang tak boleh nampak dengan mata kasar manusia..ecehh ayat.

Ok berbalik semula masa saya buat tak tau,kawan saya tegur “nampak ke”? Tapi gaya dia bercakap macam perli saya pun ada jugak. Saya buat tak tau terus masuk dorm, baca doa dan tidur. Esoknya saya sembang dengan kawan2 dan kawan saya alin ni cakap” Weh puas gila aku tidur semalam, tak terjaga langsung! Terkedu kejap bila dengar.

Dan saya rerus tanya “mu ada tak pergi tandas semalam “Dia menggeleng.weh meremang bila ingat balik bersembang dengan dia dan jalan sama2 tapi yang tak boleh lupa dia tanya “nampak ke? Tapi saya tak cerita dekat kawan2 pasal ni. Takut mandi dan ke tandas. Maybe dia nak berteman kot

Kisah kedua

Petang tu penat dari berkawad,kami pulang ke dorm. Ada yang tengah berehat dan bersiap2 nak mandi dan bergegas ke surau sementara tunggu waktu maghrib. Waktu tu saya tengah mandi masa saya tengah mandi tu saya terdengar bunyi riuh di luar dorm dan dalam dorm. Masa saya keluar dari bilik mandi saya tanya kawan kenapa bising sangat tu.dia cakap tak tau dan saya pun bergegas keluar. Terdengar la suara kawan marah2 dari dalam dorm suruh buka pintu. Walhal pintu kat luar tak berkunci, saya bukak pintu sambil tanya kenapa tak bukak dari tadi. Kawan2 dah tercenggang dan ada yang menggigil sebenarnya budak2 yang dekat luar tu nampak pintu diselak dan dikunci dengan mangga. Diorang menggigil sebab saya dengan mudahnya tolak je pintu padahal diorang nampak mangga tu ada lagi terkunci elok. Kawan2 yang dalam dorm tu berpeluh dia cakap elektrik dalam dorm tu terpadam. Persoalannya kenapa dan siapa yang mengunci pintu.

Kisah ketiga

Ok semasa disana kami memang diberi amaran atau pantang larang semasa berada di kem. Mana2 tempat yang tak biasa dan biasa kita pergi kita kena beringat jangan cakap besar, buat hal pelik2 dan banyak lagi. Masa disana JL (singkatan untuk jurulatih) melarang kami meludah atas padang kawad dan atas batu hampar yang berdekatan dengan surau. Sebab?

Batu hampar tersebut adalah batu yang menindih mayat, dan itu kubur mereka. Rompin memang dikenali perkampungan orang asli. Dan mayat2 tersebut tergantung di atas pokok. Saya tau sebab saya pernah ternampak mayat bergantungan.

Ok nak dijadikan cerita ada kawan kami dia x percaya. Dia cakap alah x logik ada mayat bawah batu tu dan x boleh meludah atas padang kawad. Dia pun dengan selamba meludah atas padang dan batu tersebut.dia dengan bangga cakap aku nak tengok betul ke tak.

Malam tu masa kami nyenyak tidur, kami dikejutkan dengan ketukan pintu yang kuat dan diikuti dengan ketukan pintu dorm2 company bravo, charlie dan delta dan saya company alpha. Kami bangun tapi ada sorang dari group kami larang jangan buka pintu dan menyuruh kami baca ayat2 3 qul dan ayat qursi. Serentak dengan tu kami terdengar jeritan kawan kami yang meludah atas batu dan padang kawad. Malam tu jugak pelatih laki azan padahal waktu tu pukul 3 pagi sebab ketukan pintu dan suara kawan kami yang menjerit tu dengar hingga ke dorm pelatih lelaki. Yang menjerit tu dibawa ke surau untuk berubat.

Masa waktu solat subuh kami dikejutkan lagi sekali, waktu tengah solat kebanyakan yang perempuan tumbang dan menjerit pada rakaat yang terakhir. Hanya 3 orang je yang x mengalami histeria. Diorang menjerit dan meracau benda yang sama “Siapa suruh kau cabar aku” mesti korang tertanya2 kan kenapa dalam surau pun boleh jadi macam tu. Sebab tapak surau tersebut adalah sebahagian dari kubur orang asli. Pada tahun 2011 tak silap bangunan dan tapak kem tu diruntuhkan atas sebab yang tak diketahui..

Kisah keempat

Dua hari sebelum kawan saya kena sampuk iaitu makan gelojoh tu. Asmah (bukan nama sebenar) telah mencabar benda tu dengan menyelakkan rambut panjang hingga ke paras punggung. Dia bawa rambut dia tu ke muka dan mengusik orang2 yang berada dalam tandas sambil mengilai. Saya masa tu tengah cuci baju terkejut sebab asmah ni tiba2 menerpa dan mengilai kawan yang dalam tandas dan tengah mandi. Saya dan kawan2 marah la jangan buat main benda macam ni, kita kat tempat dia kot sedar sikit. Dia cakap dia tak percaya langsung benda tu wujud dan terus masuk bilik air sambil menyanyi lagu cindai. Kiteorang menggeleng je la susah betul bercakap dengan orang yang degil dan tak boleh terima pandangan orang. Esoknya dia demam dan berlarutan hingga lah dia join kami makan di tepi dorm pada hujung minggu, makan dengan rakus dan gelojoh.

Kisah kelima

Saya dengan kawan2 hadiri majlis kahwin kawan kami. Saya jadi bridesmaid. Masa aritu saya jumpa dengan ramai orang, yela kenduri kan tentu la ramai orang. Malam akad nikah tu keluarga kawan saya ni buat majlis tahlil dan jemput orang2 kampung sekali untuk majlis akad nikah. Ramai sangat yang datang masa tu. Tapi ada la sorang kakak kepada anis (bukan nama sebenar) mengasingkan lauk sebelum dijamu kepada tetamu yang hadir.

Abang ipar kepada anis ni suruh kakak anis ni asingkan lauk dengan alasan dia tak boleh makan makanan yang dah dibaca dengan ayat2 suci semasa tahlil serta yassin dibacakan. Dia suruh letak di satu sudut yang jauh dari dapur dan ruang tamu yang menempatkan tetamu yang ramai. Saya pun pelik dan tanya anis kenapa macam tu kan lebih elok kalau makan makanan yang dah dibacakan. Anis ni angkat bahu dan berkata memang selalu macam tu. Anis masa tu tunggu masa untuk di ijabkabul.

Saya dengan rasa x bersalah follow kakak anis ke dapur, dan melihat kakak anis meletakkan bermacam lauk ke dalam tupperware untuk diasingkan. Lepas kakak anis ke depan sebab baby dia menangis nak menyusu, saya tertanya2 dan sifat nak ambik tau tu kuat sangat. Firasat saya mengatakan ada sesuatu tak kena. Saya angkat 3 tupperware tu bawa ke depan sekali dengan lauk2 yang bakal menjadi santapan untuk tetamu.

Selesai saja bacaan yassin dan tahlil untuk arwah mak dan ayah anis, saya letakkan semula tupperware tadi ke tempat yang kakak anis asingkan (Letak atas almari yang berada di hujung dapur). Selepas selesai je ijab kabul dan tetamu dah balik, abang ipar anis yang tadinya keluar masa bacaan tahlil dan ijab kabul berlangsung.

Dia masuk ke rumah dan bertanya ke wife dekat mana lauk sebab dia lapar. Dia makan dengan gelojoh sangat rasanya doa makan pun tak sempat dibaca. Selang beberapa suap dia muntah. Masa tu saya tengok dia lain sangat dengan matanya merah dan terus masuk bilik. Tak lama lepas tu handphone kakak anis berbunyi dan terus kakak anis berlari ke bilik dia. Dari luar kedengaran abang tu menjerit “panas, panas, panas nak air aku panas”.

Malam tu saya nak ke dapur untuk minum air, masa saya nak ke dapur saya akan lalu depan bilik kakak anis tu. Abang ipar dia yang saya tak tau dari mana datang, dia tegur saya masa kat sink dia tanya saya.

“Owh kau nak tau sangat aku siapa kan ,kau pandang la belakang tengok sendiri” sambil mendengus.

Saya masa tu terkejut sampai gelas yang berada di tangan terlurut tapi mujur jatuh dalam sink. Saya basuh gelas tersebut dan berkata “Aku dah tau sapa kau, jadi sila berambus dari sini sebab sini bukan tempat kau, malah dunia kau dan aku berbeza”.

Dia gelak dan saya berpusing ke belakang mengadap dia. Dan memang betul sangkaan saya, ada satu makhluk yang menyerupai abang ipar anis sedang bertenggek di atas kerusi. Muka dia memang nampak marah dengan mata merah dia tersembul keluar dan bersedia nak melompat ke arah saya. Saya teriak Allahuakhbar dan baca ayat2 lazim untuk menghalau hantu. Saya belajar sikit dengan ayah saya sebab mata saya kadang2 hijab terbuka dan hantu raya tu hilang. Esoknya abang ipar anis x keluar2 bilik sehingga la beberapa bulan lepas tu anis beritahu yang kakak dia dah diceraikan dengan talak tiga disebabkan ada faktor2 yang tak boleh diterima dek akal.

Kisah di kampung

Malam tu kawasan rumah kami terputus bekalan elektrik dan malam tu jugak kami diberitahu oleh pakcik di kampung nenek saya belah ayah meninggal. Oleh kerana malam tu hujan lebat ayah saya tak dapat balik ke kampung di kelantan. Nak tunggu hujan reda sikit baru nak gerak. Sebelum tu ayah dah pesan kat kami adik beradik kalau dengar dan nampak apa2 jangan sesekali tegur.

Nak dijadikan cerita masa tu adik lelaki saya nak ke tandas. Saya pun teman la adik saya. Bilik air kami paling hujung di antara dapur dan ruang tamu. Masa tengah teman adik saya tu saya terpandangkan sebelah kiri saya seorang perempuan berbaju kurung dengan sanggul yang tinggi tengah merenung saya.dan saya buat bodoh je hakikatnya dalam hati asa cam nak pecah. Dia tegur saya “cu nak tak nenek” kawan2 sekalian itu adalah pedamping nenek. Nenek saya dulu sorang bidan kampung.

Biasa la orang zaman dahulu banyak pemakai dan pedamping diri. Sebab tu ayah saya pesan jangan tegur apa2 dan anak yang mendengar kata saya ikut apa yang ayah saya larang tu hee. Lepas adik saya keluar saya terus tarik dia. Masa nak naik ke ruang atas iaitu ruang tamu yang menempatkan mak ayah adik kakak dan abang yang lain. Saya dapat rasa benda tu still ikut saya. Saya pun berjalan setenang yang mungkin. Saya tengok adik saya pun biasa je. Saya pergi slow2 dekat mak. Peluk dia sambil menangis sebab terpandangkan benda tu yang tengah merangkak naik tangga.

Korang bayangkan hantu Ju on merangkak nak keluar dari tv. Ha macam tu la tapi tv tu korang bayangkan hendak naik tangga. Sambil naik tangga sambil berkata “cu, tolong la ambik nenek”.

Mak saya cakap kenapa ni saya tunjuk kat tangga. Sekental2 semangat ada jugak turun naik jugak. Saya masa tu umur 12 tahun. Ayah saya tengok dan terus datang dekat saya bacakan ayat2 suci dan sapu air ke muka, saya terus terlelap. Waktu saya terlelap saya mimpi ada orang nak bagi saya baby. Saya lari tapi still dia ikut. Ada yang nak bagi saya berupa kain tapi saya tak ambik dan akhirnya saya tersedar. Lama tu ayah saya bagitahu mak cik saya yang ambik saka nenek. Ayah saya berkeras suruh buang dia cakap tak boleh sampai sekarang saya tak tau macam mana keadaan makcik saya tu sebab lepas ayah saya paksa untuk buang dia melarikan diri ke sabah.tapi ada jugak ayah saya tolong dari jauh.

Ok sampai sini je la saya dapat kongsikan.satu je yang saya nak pesan, jika berada di satu tempat jangan terlampau berani dan jangan takut sangat. Yang sedang2 saja, atau erti lain kena seimbang. Apa2 pun kena meletakkan Allah sebagai pelindung dari syaitanirojim. Terima kasih admin kalau cerita ni di publish 🙂

 .

nani

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

8 comments

  1. Kisah Kelima tuh… Haha awak punya sifat ingin tahu tuh… aku kagum betul! Mmg aku pon kalau dah curious tahap dewa akan buat gitu jugak gamaknya. Tapi mmg dah ketara sangat abang ipar dia punya helah.
    Kisah saka nenek tu memang scary wo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.