Runner Food Delivery

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca FS.Aku Aariq,cerita ni baru minggu lepas terjadi.Khamis malam jumaat yang lepas.Kawan aku ni namanya Lan.Lan ni berkerja sebagai runner di restoran.Restoran ni ada menyediakan khidmat COD (cash on delivery)..Kisah ni terjadi kepada lan.Aku ceritakan watak lan sebagai “aku” ye..

Khamis , 11pm

Owner restoran dapat pesanan dari aplikasi whatsapp.Owner ni namanya kak fie.Lepas dah siapkan order, kak fie minta aku untuk hantarkan pada pelanggan.Masa tu dalam 11.30pm..

Sebelum hidupkan enjin motorsikal,aku mengamati lokasi yang dikongsikan pelanggan melalui whatsapp.Setelah mendapat arah lokasi,aku memulakan tugas seperti biasa.Sebelum tu,aku menghantar pesanan pelanggan lain yang kebetulan melalui jalan yang sama.

Dalam 500meter aku teruskan perjalanan,fon dipoketku memberi isyarat(melalui earphone)..”dalam 200meter belok ke kiri”.. “dalam 100meter belok ke kiri”… sampai di satu lorong kecil..”belok ke kiri”… Maka aku pon terus membelokkan motorsikal ke arah laluan yang diberitahu.. Lorong itu kecil dan gelap. Hanya diterangi biasan cahaya dari 2 biji rumah berhampiran jalan..

Selepas melalui sebuah rumah batu terakhir,aku tidak nampak mana-mana rumah lagi.Aku pon berhentikan motorsikal.. Sekali lagi aku memeriksa telefon pintarku,kalau-kalau aku tersalah jalan.Tapi,arah di skrin menunjukkan jalan yang sama,dan rumah itu jauh kedalam..

Sambil menyanyi kecil,aku mengikut arah yang ditunjukkan sampailah aku ternampak cahaya suram dari sebuah rumah kayu.Rumah usang.. Disini rumah usang tu perkara biasa.Tanpa berlengah aku memberi salam..

Aku : Assalammualaikum..
Senyap….
Aku : Assalammualaikum.. r*** corner delivery….
Senyap…..

“Sekali lagi bagi salam kalau tak berjawab,aku balik”..Bisikku didalam hati..

Aku : Assalammualaikum.. (jerit lebih kuat)
Masih senyap…

Aku kembali ke motorsikalku.. sempat aku mengambil gambar rumah itu menggunakan telefon pintarku untuk membuktikan kepada majikanku yang pelanggan tidak membuka pintu.Sudah tidur mungkin..Usai mengambil beberapa keping gambar rumah pelanggan itu,aku meneruskan perjalanan kembali ke restoran.

Dalam perjalanan pulang ke restoran,aku rasa tidak sedap hati..Seperti ada yang memerhati disebalik pokok-pokok dikiri dan kanan jalan..Bau wangi singgah dirongga hidungku.Semakin lama bau wangi itu berubah menjadi busuk..Bau-bauan tu menghilang bila aku sampai ke jalan besar semula..

Memandangkan sudah lewat malam,tak banyak kenderaan yang melalui jalan itu.. Dikejauhan aku ternampak susuk tubuh seorang wanita sedang melambai ditepi jalan..

“Siapa pulak malam-malam tahan motor ni”..Bisikku didalam hati.Bulu romaku meremang.. Terus aku menambah kelajuan motorsikal..Ketika melintasi “wanita” tadi,aku sempat menoleh utk melihat wanita itu..

“Allah…tak ada muka”..Aku bermonolog sendiri..Ya,seorang wanita berambut panjang dan tiada muka.Lopong..Kelajuan motorsikal ditambah..Dalam hati berdoa moga ada la kenderaan lain yang melalui jalan sama.Ketika ini,kalau abam Trafik atau JPJ hendak buat sekatan jalan pun seribu rahmat untukku..Dalam menggigil,akhirnya aku sampai ke restoran tempat aku bekerja..Kelihatan rakan-rakan sekerja sedang mengemas untuk menutup restoran. Aku terus mencapai kerusi dan duduk menunduk pada sebuah meja.Sambil otak masih ligat menafsir apa yang baru saja terjadi.Aku membatu sampailah kak fie menegur..

kak fie : Dah kenapa kau lan..ni makanan customer,kenapa tak hantar?.. nanti akak yang kena maki ni….
Aku : Rumah takda orang kak..Terjerit-jerit saya bagi salam..
kak fie : Macam-macamlah kau ni.Sekejap,akak call dia..Dah tidur kot tunggu kau lama sangat..(sambil kak fie mendail nombor telefon pelanggan)

tutt..tutt..
tutt..tutt..
tutt..tutt….”klik”..Talian bersambung…

kak fie : Hello R*** corner sini..Tadi sis ada order makanan kan..Seekor ayam panggang..Betul?

Senyap…

kak fie : Helloo…Hello…

Huuuu…Huuuu..Huuu…(suara orang menangis dihujung talian)..

Kak fie mula rasa meremang, tangisan itu sangat sayu..Terus kak fie memutuskan talian..”klik”

Aku : Betul kak..memang tiada orang sahut salam saya.Rumah pon bertutup.Nah gambar..(sambil aku menyerahkan telefon pintarku kepada kak fie).. Telefon ditanganku disambut oleh majikanku..

kak fie : Allahuakbar!!..
Aku : Kenapa kak?..

Aku pun menyambut telefonku dari tangan kak fie..Mataku dihidangkan dengan gambaran rumah yang sangat usang,lebih usang daripada yang aku tengok tadi..Penuh daun kering..Terbuntang mataku bila ternampak susuk wanita berdiri ditingkap rumah itu.Wanita itu adalah wanita yang sama menahan motorsikalku ditepi jalan tadi..Ya,wanita tanpa muka…Tiba-tiba bergema hilaian dari atas bumbung restoran..

Selepas kejadian itu,R*** corner hanya menyediakan khidmat COD (cash on delivery) sebelum jam 9 malam dan lokasi penghantaran dihadkan..

sekian.

AkuAariq
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

33 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.