Roh Syiling

Salam sejahtera pada pembaca FS. Saya adalah seorang peminat FS yang hendak berkongsi sedikit pegalaman saya sewaktu muda dulu, di samping ingin mengingatkan para pembaca agar jangan bermain main dengan benda yang tidak dapat kita nampak dengan mata kasar.

Saya adalah seorang warga Malaysia yang berbangsa cina, jadi maafkan saya jika saya ada tersilap dari segi tatabahasa ataupun penggunaan ayat. Kisah yang saya ingin kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tanpa membuang masa, izinkan saya memulakan cerita dan saya tidak pasti jika ia adalah seseram cerita cerita lain disini.

Tahun kejadian adalah 1998, pada waktu itu saya baru sahaja habis peperiksaan PMR. Biasalah, p*****l sekolah masih belum berakhir, tetapi kami harus pergi ke sekolah walaupun tiada kelas lagi. Masing masing akan membawa barang aktiviti sendiri untuk mengisi masa lapang. Masa itu, salah satu aktiviti yang agak popular di kalangan budak budak mentah seperti kami adalah ‘Spirit Coin’. Sudah tentu ia cuma popular di kalangan pelajar non-muslim seperti kami kerana benda ni syirik bak kata kawan-kawan muslim kami.

Izinkan saya terangkan serba sedikit mengenai permainan ini. Permainan ini adalah seperti permainan menyeru roh mat salleh yang popular, Ouija board, tetapi versi asia ni, semuanya DIY dan tidak dapat dibeli di kedai :). Biasanya kami akan mengambil sekeping kertas putih (kami sering menggunakan kertas lukisan seni) dan melukis bulatan bulatan kecil menggunakan syiling 20sen atau 50sen dengan pen dakwat merah. Bulatan-bulatan itu akan dilukiskan secara ‘scattered’ atau tersusun mengikut citarasa pemain, tetapi yang paling penting betul betul di tengah harus dilukiskan bulatan yang akan dilabelkan sebagai ‘HOME’. Bulatan lain akan dilabelkan dengan huruf-huruf A-Z dan nombor 0-9. Kami juga akan melabelkan bulatan lain dengan perkataan YES, NO, GIRL, BOY dan lain lain.

Saya merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan, maka saya biasa menggunakan bahasa inggeris untuk bermain ‘Spirit Coin’ ini kerana saya tidak pandai menulis bahasa cina. Kalau yang pandai berbahasa cina versi nya agak lain di mana mereka akan menulis perkataan instead of huruf yang seperti saya main, tetapi saya tidak tahu apa yang ditulis kerana kawan kawan saya kebanyakan seangkatan dengan saya, tidak pandai bahasa ibunda kami.

Berbalik kepada kisah saya, salah seorang kawan saya mencadangkan agar kita cuba bermain ‘Spirit Coin’ ini. Waktu itu adalah lebih kurang pukul 11 atau 12 tengah hari. Kami ni semua jenis yang tak takut m**i, daredevil la katakan. So terus kami menyediakan props yang diperlukan. Lokasi yang dipilih adalah meja saya, kerana sebab ketinggian saya, meja saya adalah paling hujung di belakang dan jauh dari geng geng budak baik di depan (yang sedang membaca buku untuk mengisi masa lapang). Pemain pemain yang terpilih, sekali lagi adalah saya kerana saya adalah yang paling tak takut m**i dikalangan rakan rakan saya dan si pencadang tadi.

Para pemain akan meletakkan jari tengah (atau jari telunjuk, saya dah lupa) di atas syiling yang di tempatkan di bulatan HOME tadi dan kami akan menyeru ‘Spirit’ atau roh di sekitar kami untuk turun bersama kami bermain permainan ini. Secara jujurnya saya sudah lupa apa yang harus kami katakan untuk menyeru roh itu, tetapi ia seolah kami menjemput ‘dia’ untuk mari duduk bersama kami. Setelah menyeru beberapa kali, akhirnya syiling itu bergerak sendiri. Once syiling itu bergerak, salah satu peraturan yang paling penting ialah kami tidak boleh mengangkat jari kami dan meninggalkan syiling itu.

Saya perasan jari dan tangan kawan saya menggeletar, dan dia terus tanya saya samada saya ada bermain-main dan menggerakkan syiling tu, dan semestinya saya menjawab tidak dan bertanya soalan yang sama kepada dia, dan dia menggelengkan kepala dia. Saya lihat rakan rakan saya yang lain terus senyap dan melihat sesama mereka. Syiling di bawah jari kami berpusing pusing di atas kertas itu seperti ia tiada hala tujuan. Saya melihat pada kawan saya tadi dan memberi isyarat untuk dia bertanya soalan kerana dia yang mencadangkan untuk bermain. Dengan suara terketar ketar dia bertanya “Are you a girl or a boy?” syiling itu berputar beberapa kali dan berhenti di bulatan GIRL (nota sampingan: sekolah saya adalah sekolah perempuan).

Sekali lagi, kami saling berpandangan. Saya terus bertanya soalan seterusnya, “where are you now?” syiling itu berlegar-legar dan tiba-tiba ia berhenti di hujung kanan kertas, menandakan dia berada di, sebelah saya. Saya mula berasa tidak selesa dan rakan yang duduk di sebelah kanan saya terus berlari anak bertukar tempat duduknya didepan saya. Rakan-rakan lain mula bertanya soalan, kebanyakkan personal seperti bila mereka akan berkahwin, dengan siapa, berapa anak dan soalan soalan yang agak membosankan (biasalah, perempuan). Roh itu kadang kadang akan menjawab dan kadang kadang dia hanya berpusing pusing tanda dia tidak mahu menjawab soalan yang ditujukan. setelah waktu hampir lewat, kami menyeru roh itu balik ke ‘rumah’nya iaitu HOME tadi.

And guess what, dia tak mahu balik. Dia cuma berpusing pusing di atas kertas tadi. Kami mula cuak dan asyik menyeru dia agar balik kerana kami pun sudah mahu balik rumah. Salah seorang kawan saya berjanji padanya yang kami akan bermain semula esok, dan dia terus balik ke HOME. Saya dan kawan saya tadi terus melepaskan jari kami, dan saya perasan jari saya agak kebas, mungkin kerana di posisi sama pada waktu yang panjang. Saya bertanya mereka, esok nak main lagi ke? Dan dengan muka excitednyer mereka berkata of course! Aduh…

Esoknya, dan hari hari seterusnya kami meneruskan aktiviti tidak berfaedah kami. Yang peliknya, setiap kali rakan rakan lain cuba untuk bermain, roh syiling itu tidak mahu keluar. Akan tetapi jika saya yang bermain, dia terus muncul! Kawan saya berjenaka yang mungkin roh itu suka dengan saya, saya cuma diam sahaja. Sebenarnya saya sudah tidak mahu bermain kerana saya rasa tidak sedap hati, tetapi rakan rakan saya masih belum bosan.

Ada sekali seorang kawan saya bertanya soalan yang agak ‘taboo’, dia bertanya bagaimana roh itu m**i. Syiling tu terus berpusing pusing dengan sangat laju sekali sehingga kami meminta maaf baru dia berhenti berpusing. Sejak itu saya memang rasa tidak selesa sekali. Finally kami mambuat keputusan untuk berhenti bermain ‘spirit coin’ ni. Untuk penutupan, kita harus bakar kertas itu dan guna syiling itu untuk membeli sesuatu, kira seperti jangan simpan props props tu la. Duit syiling tu kami gunakan untuk beli makanan di kantin. Kemudian kami ke bangunan makmal kerana di situ ada mancis dan bangunan makmal sekolah kami agak terpencil dan jauh dari kelas kelas dan bilik guru.

Setelah mendapatkan mancis, kami ke longkang belakang makmal untuk membakar kertas itu. Kawasan tu agak tertutup, jadi tidaklah berangin sangat, tetapi bila kita start membakar kertas tu, tiba tiba jer ada angin yang kuat meniup kertas yang masih tidak habis terbakar pergi. Saya terus rasa tak sedap hati apabila melihat kertas tu tak habis terbakar lagi dan cepat cepat cuba mengejar kertas itu. Akan tetapi ia telah terbang jauh dan api pun dah malap. Kawan saya cuba menyedapkan hati saya dan berkata tidak apa, tapi saya tidak berfikir begitu.

Sejak hari tu, saya mula mendapat gangguan. Saya mempunyai bilik sendiri di tingkat dua di bahagian belakang rumah. Saya hanya tidur di tilam queen size yang diletakkan di lantai kerana saya lebih selesa begitu dan sebelah tilam saya adalah pintu bilik. Pada satu malam beberapa hari selepas kejadian di sekolah, saya yang sedang nyenyak tidur tiba tiba terbangun di tengah malam. Waktu itu saya masih mamai dan ternampak seperti ada satu gugusan asap di depan saya. Saya cuba fokus dan lihat gugusan asap putih itu berbentuk seperti wanita.

Wanita itu terapung dan melihat ke arah saya. Saya terus takut dan cuba berdiri tetapi badan saya tidak dapat bergerak. Wanita itu mula menunding jari kearah saya dan memarahi saya dalam bahasa yang saya tidak faham. Saya berasa takut dan mula membaca doa saya (saya buddhist) sambil tutup mata. Saya masih boleh mendengar suara wanita itu yang penuh kemarahan dan bila saya rasa badan saya ringan sikit saya terus bangun dan terpa ke arah pintu.

Once saya keluar dari bilik saya terus ke bilik ibu saya dan ketuk pintunya. Saya takut benda tu ikut belakang saya dan mula menangis. Setelah ibu buka pintu bilik dia, saya terus peluk dia dan menangis sambil menceritakan apa yang berlaku. Saya tahu ibu saya tidak faham apa yang saya cuba sampaikan tapi dia suruh saya tidur di bilik dia malam tu. Esoknya saya ceritakan apa yang berlaku tapi saya tidak berani beritahu dia pasal ‘spirit coin’ tu. Ibu saya menenangkan saya mengatakan saya cuma bermimpi buruk kerana tak basuh kaki sebelum tidur. Malam malam selepas itu saya tidur dengan lampu terpasang.

Tiada apa yang berlaku hingga beberapa minggu kemudian. Nenek saya kadang kadang akan datang tinggal di rumah saya dan biasanya dia akan tidur dengan saya. Malam itu saya bagi nenek tidur di bahagian dalam katil sebelah dinding dan saya tidur di bahagian luar . Since nenek tidur dengan saya so saya berani lah tutup lampu. Saya suka tidur mengiring, so malam tu saya tidur mengiring menghala ke bahagian luar. Sekali lagi, tengah malam saya terbangun dengan sendirinya. Setelah saya buka mata saya nampak ada dua wanita duduk bersila di tepi tilam saya dan mata mereka merenung tajam ke arah saya.

Seorang wanita itu tua dan agak gempal dan seorang lagi kelihatan muda dan kurus. Mereka berpakaian seperti orang orang dulu di kampung melayu, baju labuh di atas dan mengikat sarong di bawah. Sekali lagi, mereka memarahi saya dengan bahasa yang saya tidak faham dan menunding jari ke arah saya. Saya terus pusing ke arah nenek saya dan berdoa dalam hati, dan kemudian tertidur. Malam malam seterusnya saya sering dilawati oleh dua wanita ini sehinggalah saya tak tahan lagi dan menceritakan perkara ini ke ibu saya, terutamanya mengenai ‘spirit coin’ tu. Setelah dileteri oleh ibu saya, dia membawa saya untuk mencari sami perempuan di persatuan buddhist yang selalu kami pergi.

Sekali lagi, saya ingin tekankan yang saya adalah penganut buddha, bukan Taoist, dan jika ada kesempatan saya akan terangkan perbezaan antara dua ikutan ini. Saya cuma boleh explain yang Buddhist ini bukan agama, tetapi satu ikutan yang percaya tentang karma dan kesan hayat lepas pada hayat ini. Sudah tentu saya dimarahi oleh sami perempuan itu kerana bermain dengan ‘spirit coin’ itu.

Beliau berkata kemungkinan roh itu datangya dari hayat lepas saya dan ingin mendekati saya untuk ‘settlekan’ sesuatu yang berlaku dulu. Beliau juga berkata mujur roh ini bukan roh yang penuh dendam yang mungkin boleh meragut nyawa saya. Saya cuma dinasihatkan untuk berdoa setiap hari supaya roh itu boleh dapat keamanan dan tidak mengganggu saya lagi.

So, setiap hari selepas makan malam, ibu saya akan menemani saya untuk berdoa untuk memberi keamanan kepada roh itu. Sami itu juga ada menghadiahkan saya beberapa ranting kecil yang beliau dapat masa lawatannya ke kampung orang asli Sabah. Orang situ berkata ranting itu adalah dari pokok yang dikenali mereka sebagai pokok hujan panas. Pokok ini biasanya berdiri sendiri tanpa ada pokok disekelilingya dan dipercayai mereka mempunyai kuasa menghalau roh roh jahat. Saya tidak pasti kesahihan cerita ini, tetapi beliau menyuruh saya mengikat ranting ini di atas pintu rumah atau bilik saya untuk mengelakkan roh jahat dari melawati saya.

Mungkin beliau hanya ingin menenangkan hati saya tetapi mungkin beliau juga percaya akan kuasa ranting itu. Sejak hari itu, saya tidak dapat gangguan dari roh syiling itu, tetapi semestinya saya tidak terlepas diganggu oleh roh roh lain. Jika ada peluang, saya akan cuba mengarang sebaik mungkin untuk menceritakan kisah gangguan lain. Maaf sekali lagi jika karangan saya sukar dibaca atau berserabut. Sehingga lain kali, terima kasih kerana sudi membaca.

Lin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

11 thoughts on “Roh Syiling”

  1. Teringat masa dulu, junior saya sendiri suka main spirit of coin ni… tapi diorang pakai d***h titik atas duit syiling… extreme betul la… lepas tu ada kejadian pelik berlaku pada mereka sebab masa main tu, ada salah seorang angkat jari dia, dan lari sebab takut. Saya pun tak tahu lepas tu apa berlaku sebab junior saya cuma kata dia asyik rasa takut sepanjang waktu dan lepas tu saya dah tak jumpa dia.

    Reply
  2. spirit of the coin ni mmg pemes dulu2 ….den pun nyaris terjebak dengan permainan SOTC ni ….tgk kawan2 main je mcm seronok tapi den takut lah

    Reply
  3. Bangsa cina sdri ad mainan mcmni..anak sy skola di sjkc…start dr mgu lps 2 org bdk class dia main bende ni bezenye dorang pki pencil..abis main pencil kn patahkan…da 6 batang pencil anak sy dpatahkan..ngatkan nak pjm buat tulis..bl anak bgtau cikgu tau lak bdk2 tu nangis

    Reply
  4. Pernah gak main benda ni.. Serius,jangan sampai tertangguh.. Bila tertangguh,roh yang m**i tu akan datang semula pada kita.. So,hati-hati.

    Reply
  5. woww . aku pernah juga terlibat main spirit of the coin ni . tapi sekadar menyemak je time tuh . maklum lh budak bawah umur lg . jadi abg2 sepupu aku yg dokk main sama pakcik aku . tapi memang serius weh jgn main benda ni kalau x hati kering . lg satu satu benda ni dlm islam memang syirik pun , jadi takyah nak gatal sgt main benda ni . huhuhu .

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.