Terima kasih pihak admin Fiksyen Shasha sebab sudi paparkan cerita aku dalam laman web FS. Jadi, selain cerita aku di “KAMPUNG”, aku juga ada cerita yang agak seram bagi aku, mungkinlah tak seram kepada pembaca FS, mengenai “RUMAH ABAH” pula.
Buat makluman semua, abah ni bukannya bapa sebenar aku. Beliau merupakan bapa saudara aku yang selalu manjakan aku sehingga akhir hayat beliau. Al-Fatihah buat beliau.
Bermulanya kisah ini di sebuah rumah di PJ. Rumah di kawasan itu memang kawasan orang berada. Mungkin kerana itu jiran-jiran tak berapa nak ramah sangat melainkan pasangan Cina dan Melayu yang berada betu-betul bersebelahan rumah Abah dan Ibu.
Ketika baru melahirkan aku, Mama dan Ayah tinggal berama Abah dan Ibu kerana nenek tinggal bersama mereka dan memandangkan Mama juga tiada pengalaman menjaga anak kecil. Haha. Kantoi aku anak sulung.
Nak dijadikan kisah, menurut ibu saudara, Mak Usu yang sering menjaga aku kerana mama yang sibuk dengan kerja. Sepanjang berada di rumah Abah, aku tidur di bilik kakak saudara yang berada di tingkat atas sebelah master bedroom. Hari-hari tepat pukul 12 malam, aku akan menangis di bilik itu walaupun buat masa yang sekejap.
Yang lagi pelik, takkan menangis kalau Mak Usu aku yang menemani aku pada waktu malam. Mungkinkan itu klu awal yang akan menunjukkan lagi banyak perkara pelik yang akan berlaku bermula daripada bilik itu?
Setelah kami berpindah, tidak lagi kedengaran cerita pelik-pelik dari bilik itu. Sehinggalah pada suatu tahun di mana kakak saudara yang merupakan anak tunggal kepada Abah dan Ibu perlu menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Menurut kata orang, ‘benda’ ni suka dengan orang yang senang stress. Kakak saudara aku yang sememangnya tertekan memikirkan peperiksaan besar yang bakal dihadapinya bertambah stres dengan kehadiran ‘benda’ yang kerap mengganggunya.
Antara hal yang berlaku termasuklah satu peristiwa yang mengejutkan kami semua kerana peristiwa ini peristiwa yang pertama kali berlaku setelah sekian lama tiada apa-apa hal pelik yang berlaku di rumah itu.
Sewaktu kejadian itu berlaku, aku dan Mak Ngah yang turut tinggal bersama Abah membawa Aku dan adik-adik bercuti di Cameron Highland kerana tengah cuti sekolah dan pada masa yang sama tidak mahu mengganggu kakak saudara yang perlu mengulang kaji pelajaran.
Pada waktu petang semasa kami berada di Cameron, Mak ngah terima satu panggilan telefon daripada Ibu yang bertanyakan lokasi Mak Ngah kerana kami ke Cameron Highland sebenarnya tanpa sebarang rancangan awal.
Pada keesokan harinya, Mak Ngah sekali lagi mendapat panggilan telefon daripada Ibu. Kali ini, muka Mak Ngah bertukar pucat dan kami semua terus pulang secepat mungkin ke rumah Ibu. Sesampainya kami di sana, aku melihat kakak saudara yang sedang ketakutan berada di dalam bilik Ibu. Aku dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Mak Usu apa yang terjadi kepada kakak saudara. ‘Kak Nur nampak Mak Ngah duduk di tangga, tapi berubah muka menjadi hodoh bila ditegur oleh Kak Nur’ jawab Mak Usu bersahaja cukup meggerunkan aku yang masih lagi bersekolah rendah.
Kami ingatkan peristiwa itu akan berhenti selepas Ibu dan Abah menghantar Kak Nur berjumpa dengan seorang ustaz ini. Rupa-rupanya keadaan bertambah teruk apabila Kak Nur sering digannggu di biliknya dengan kehadiran seekor makhluk yang duduk di sudut bilik berhampiran tingkapnya. Aku dan Mak Usu juga pernah nampak kelibat seperti manusia yang berada di luar tingkap bilik Kak Nur yang tidak mempunyai balkoni ataupun jaring.
Tidak beberapa lama selepas itu, abah dan Ibu mengambil keputusan untuk menebang satu-satunya pokok betik yang tumbuk di depan bilik Kak Nur, kerana ‘benda’ itu sebenarnya tinggal di atas pokok itu.
Memandangkan keluarga aku dan Abah sangat rapat, hampir setiap hujung minggu aku bermalam di rumahnya. Aku bukanlah orang yang ada sixth sense. Kebanyakannya aku cuma jumpa melalui mimpi shaja. Mimpi yang sama berulang walaupun bertahun-tahun. Setiap kali tidur di ruang tamu rumah abah, aku pasti akan mimpikan pocong yang memerhatikan kami tidur. Aku langsung tidak boleh keluar dari mimpi sehinggalah Subuh.
Bukan sahaja di situ, aku juga takkan dapat tidur nyenyak jika perlu tidur di bilik Kak Nur, dan satu bilik yang berada di tingkat bawah rumah Abah kerana terdapat ramai ‘kanak-kanak’ yang suka bermain di luar tingkap bilik itu yang berada di bahagian belakang rumah Abah.
Aku hanya berasa selamat jika tidur di bilik Mak Ngah ataupun tidur dengan Mak Usu. Memandangkan bilik Mak Ngah itu merupakan bilik kegemaran adik-adik juga, aku sering beralah sahaja kerana tidak mahu bergaduh dengan mereka. Jadi terpaksalah aku berhadap dengan pocong dan ‘kanak-kanak’ masa tidur. Bagi aku, asalkan kehidupan aku tidak mudarat diganggu mereka tidak apa.
Peristiwa yang berlaku pada aku yang tidak dapat dilupakan adalah smasa aku berusia tujuh atau lapan tahun. Semasa sepupu-sepupu perempuan mandi bersama di bilik air yang terdapat di master bedroom, aku pelik kerana semua orang berlari keluar dari bilik air dan menjerit turun ke bawah. Aku yang masih tidak mengesyaki apa-apa mendongakkan kepalaku ke atas. Tandas itu mempunyai siling tinggi jadi ada kayu kayu yang dipasang untuk menampung tangki air besar.
Ketika memandang atas, aku terlihat satu lembaga berambut panjang yang terapung antara kayu yang menampung tangki air dan siling tinggi itu.
Aku yang masih lagi terpinga-pinga tidak dapat menghadam apakah makhluk yang aku nampak ketika itu. Sehinggalah pergelangan tangan aku direntap kuat oleh salah satu sepupu yang mungkin sedar aku tidak berlari turun dengan sepupu lain ke bawah. Selepas turun ke tingkat bawah baru aku sedar apa yang aku lihat itu bukan manusia. Sejak hari itu, kami hanya mandi di kamar mandi bahagian bawah sahaja.
Aku rasa itu sahaja cerita yang dapat aku sampaikan berkenaan Rumah Abah kali ini. Kalau pembaca Fiksyen Shasha berminat nak tahu mengenai cerita aku di asrama bolehlah beritahu ya. Takut kalau cerita aku ni tak beberapa nak menarik tak seronok pula kan. Terima kasih banyak.
Seram dik cerita ko
Citerle lagi
First
X buat kenduri doa selamat ke umah tu kalau dh thu benda2 tu ada dlm umah??
Seram dan seronok mmbaca..cerita lagi pngalaman yg lain ok..:-D
Tp apa yang jd pada rumah tu.. or abah membela ke. Sampai umah tu jd mcm tu..
taklah, ada orang jauh hantar sebab suka dengan kakak sepupu saya
Klu kawasan mewah rumah2 banglo lama, masih wujud dn berpenghuni, itu terletak di Seksyen 12. Bnyk juga rumah2 banglo lama xk de penghuni dn nampak seram. Rumah bersebelahan Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, selalu kosong. Klu ada org baru pindah, xk sampai seminggu dia duduk pastu kluar. Kosong semula kemudian masuk org baru. Xk sampai sebulan duduk, dia keluar. Kemudian jd tempat pameran perabot. Skrg dh 16 tahun bersara, apa jd dgn rumah itu?
Apa jd pada rumah tu skrg? Abah tu ada membela ke sampai jd mcm tu kat umah dia..
Rumah kalau ada gangguan ni amalkan mengaji setiap hari di semua ruang rumah kecuali ruang dapur dan tandas..jgn terlalu berharap pd ustad2 utk halau benda halus ni..pasang surah rukyah setiap masa..
mana datang nya gangguan tue??