Assalamualaikum terima kasih admin FS kerana sudi menyiarkan kisah2 aku.. dan maaf kira sambungan aku lambat sebab ada hal yg perlu aku selesaikan.. kene minta izin keluarga utk menyiarkan kisah kami.. bukan lah utk membuka aib tetapi untuk di jadikan pengajaran kepada semua terutama umat islam….
Selepas 7 bulan kejadian buruk itu menghantui keluarga kami,papa meminta aku menjenguk Tura untuk bertanya khabar. Aku dan kakak aku pon pergi menjenguk Tura. Tapi Tura cakap jangan jumpa dia dalam rumah tapi jumpa dia di masjid sebab sebelah petang dia ada kelas mengaji. Aku dengan kakak aku pon akur. Sampai di masjid negara aku rasa sedih tengok keadaan Tura yang kurus kering sumpah aku sedih. Apa la dah jadi dengan dia sebenarnye. Aku ambil jari Tura dan cuba masukkan cincin tunang aku, hancur hati aku tengok cincin aku melurut ke bawah tanda terlalu longgar. Mana pergi Tura yang cantik, mana pergi Tura yang putih gebu, Mane pergi Tura yang selalu berdandan cantik kalau keluar?. Aku dengan kakak aku sayu tengok dia.
Kakak aku pon duduk di saf perempuan sebab taknak menganggu orang lain mengaji lagipon tujuan kami ingin berborak dan bertanya khabar tak sesuai kalau berborak dalam masjid. Sambil aku memilih bangku untuk kami duduk tibe-tibe Tura bersuara “Iecha jangan jauh sangat, biar lah dekat dengan orang-orang yang tengah mengaji ni”. Aku pon akur, sedikit sebanyak aku faham apa yang di lalui. Lantas kami duduk di perkarangan luar tempat solat. Kakak aku pon mulakan pertanyaan “ Maksu camane? Sihat?”. Tura hanya menggeleng lembut sambil tersenyum kelat. Aku asyik je tenung muka si Tura ni sebab macam tak percaya Tura jadi macamni lain benar muka dia. Dah macam aku tengok org lain bukan tengok sepupu aku.
“Kak ira, Tura minta maaf ye kalau Tura ada salah dekat kak Ira, Tura harap kita tak la bermasam muka”. Kakak aku hanya menggeleng lembut “ Apa ckp mcmtu, kita kan sepupu buat apa nak masam2 muka” kata kakak aku sambil menepuk2 bahu Tura. Aku? Masih lg terkedu tak tau nak bual apa dgn Tura, aku hanya diam dan biar kan kakak aku yg berborak dgn dia. Sambil menghela nafas panjang, Tura pon membuka mulut “ kak ira Tura sekarang cepat penat, doctor yang ubatkan Tura kata boleh sembuh tp amik masa”.”Lepas ni Tura cantik la balik, mcm Nora Danish tau jgn jeles sambil ketawa kecil”. Kakak aku mengusap lembut belakang Tura “Tura jgn patah semangat, ingt kita ada Allah kita berdoa mintak apa sahaja kat die bersungguh2 kita dalam doa kita in sha Allah dipermudahkan”. “Memang kak ira takde kt tempat Tura sekarang ni tapi Kak Ira fhm apa Tura lalui”. Aku ni umpama menyaksikan kisah sinetron je, berjurai2 air mata aku.
Kakak aku pon tanya “apa yg Tura kene buat utk Maksu? Macam mane boleh terjebak dgn semua ni cube cerita kat kak Ira”. Dengan suara yg tersekat2 Tura pon cerita dkat kakak aku. “Masa tu Tura nampak mama nangis, Tura tanya la kt Mama kenapa menangis?”. Mama ckp “ arwah atuk tak bagi sikit pon tanah dekat Mama sedangkan Mama yg usahakan tanah2 kebun atuk and jaga maintenance ternakan atuk guna pencen arwah papa”. Tura pon jd marah la masa tu yela sbb mama Tura kan, sape2 pon akan marah. Tura pon ckp “takpe nnti kita cakap dgn paklong mane tau paklong boleh ke tlg kita”. Bermati matian Mama taknak, Mama ckp paklong takan bg sbb da sulong mesti die yg pegang harta arwah atok tu. Tibe2 Mama ckp “Tura sudi ke tlg mama? Selesaikan masalah ni?”. “Of coz la Tura sudi, Tura kan anak mama apa je mama nak Tura tlg asal jgn rompak bank” jawab Tura sambil tergelak kecil sbb taknak mama nye bersedih. Mama Cuma ckp “ baik nya anak mama, okey la kalau mcmtu esok ikut mama boleh? Temankan mama jumpa kawan.” Tura angguk je la and senyum sbb happy dpt buat mama senyum balik. Sbb Tura ingt mama nak jumpa kawan Mama sebab nak pinjam duit ke nak bukak bisnes sama2 ke.
Tapi rupenye Mama ada agenda sendiri Kak Ira, yg Tura ingat Tura pergi satu pendalaman dekat Pahang tp tmpat tak ingat sgt. Mama bg Tura mkn ubat katanya supplement ape ntah sebab nampak muka Tura letih jadi Mama mintak Tura mkn ubat tu, tp tak tau la pulak ubat tu buat Tura mengantuk sgt. Sedar2 je dah malam, Tura dah dalam kereta and perjalanan nak balik KL dah. Tura tanya mama “td kita pergi mane? Kenapa tak kejut? Lama nya Tura tidur takan Mama tak kejut langsung?”. Mama senyum je kak Ira kata Mama “tak sampai hati nak kejut anak mama sbb lena sgt Tura tidur”. Tapi bdan Tura sakit2 sgt kak Ira, Tura tak puas hati Tura pura2 minta phone Mama sbb Tura na tgok dgn siapa Mama jumpa kt Pahang ni, mesti la diorang msg or call ke apa ke.”.”Tapi tak sempat sbb abg lang call mama utk tanya bila nak balik die sbb esok abg lang nak kerja”. Mama pinjam kereta abg lang and minta abg lang tlg tgokkan rumah sekali.
Sampai je rumah, tgok abg lang dah tunggu depan gate sbb nak balik rumah dia (abg yg tiri semua duduk asing). Naik je bilik atas, Tura sengaja ckp kt Mama nak tidur dgn Mama sbb rasa badan ta sihat. Mama angguk tp mama ckp hari khamis kene tidur bilik sndri. Tura mcm pelik, nak tidur dgn mama pon tak boleh ke? bkn ada org lain pon. Papa dah lama meninggal sebab accident dah bertahun dah, Mama mmg tidur sorang. Slalu okey je kalau Tura nak tidur dgn mama tp skang ni tak boleh pula pelik btol. Lepas Tura mandi bersihkan bdan Tura terkejut tgok bdan Tura penuh dgn lebam2 setiap sendi ada lebam. Tura pon keluar bilik mandi na beritahu Mama, tgok mama dah tidur. Tura kejut2 mama tp mama mmg keletihan and tanak bgn. Lepas dah salin baju, Tura teringat nak cari phone Mama. Cari punye cari sekali jumpa dekat bawah katil, sumpah Tura pelik sbb Mama tak pernah lg na sorok2 phone kalau mama ada boyfriend sekali pon tak pernah kami adik beradik kisah sbb Mama pon dah lama menjanda. Tura amik and amik jari mama utk unlock phone, first sekali Tura nampak nama ‘abg berahim’ Tura pon scroll2 la whatsapp mama dgn mamat nama berahim tu.
Perbualan malam sebelum:
Mama: bang, hantar location tau esok Nani bawak anak Nani pg.
Berahim: Anak kau setuju ke? Benda tak boleh buat kalau die tak setuju.
Mama: Die yg ckp nak tolong Nani, tu sbb Nani minta location.
Berahim: Kau ni takde org lain ke nak mintak tlg? Tu anak tu.. ko ta kesian ke kat anak kau?
Mama: dgn sape lg saya nak harapkan bang? Yang lain tu semua anak tiri saya. Dia ni je anak kandung saya. Kalau die taknak tlg saya sape lg? sekarang ni abg nak tlg saya ke tak???
Berahim: Eh jgn lah marah aku tanya je. Kalau kau hati kering ikut kau lah. Tp ko kene ingt ni perjanjian darah ni. Sampai ke mati ingt tu. Aku dah pesan awal2. Kalau nak tanah and harta ni takde cara lembut alang2 nak semua kene buat cara kasar terus.
Mama: Tak payah la nak ingt kan saya bang saya tau la!. Bg je la location esok pagi saya call abg!
Berahim : Location Send.
Perbualan harini (pagi):
Berahim: Ko jgn lupa bg ubat tidur kat anak kau, susah nnti kalau die terjaga. Kang die tgok umah bomoh ni kang mampos die taknak masuk. Barang2 yg aku pesan kau jgn lupa pulak.
Mama: Ok bang beres.
Perbualan ptg:
Berahim: Ingat apa pesan bomoh. Jgn main2 jgn langar pantang. Benda ni tak boleh undur2 dah.
Mama: bang kalau jd apa2 macamane?
Berahim: Ko doa je la bomoh ni tak mati. Dia je boleh buat and boleh Tarik balik. Dah kenapa nak Tarik balik ke?
Mama: eh tak la melainkan kalau apa Nani nak Nani dpt, baru saya jumpa bomoh tu balik.
Berahim: mcm aku ckp td kalau bomoh tu hidup lg ko sdnri tgok kan die tu dah tua .
Tura baca semua whatsapp Mama dgn lelaki nama Abg berahim tu Kak Ira, berjurai air mata Tura sampai hati mama gunakan Tura untuk semua ni kak Ira. Tp nasi dah jadi bubur akad persetujuan pon Tura sndri yg buat tapi niat Tura bkn utk benda ni kak Ira niat Tura utk berbincang dgn paklong.Tura fwd location tu kt phone Tura pastu Tura screen shot semua conversation and lepas tu Tura delete, semua bukti Tura da baca whatsapp Mama.
Tibe2 ada whatsapp masuk lg”
Berahim : eh kau tak tidur lg malam2 pon online. Lg satu anak kau kene tau apa kita buat sbb nnti khadam kau akn dtg minta makanan dgn dia. Kalau anak kau tak izinkan kau yg nahas.
Mengigil Tura baca kak ira, Tura terus letak balik phone Mama kat bawah katil. Tura cuba tidur untuk lupakan semua ni. Esok Tura nak jumpa abg Tura nak ceritakan semua. Tp malam tu Tura dah pon di datangi oleh khadam2 mama. Tura nampak ada makhluk hodoh atas almari tapi Cuma kepala je lidah nye terjelir2. Lepas tu bawah katil ada org main guli. Langsir di tiup2. Dekat sofa sebelah mama ada seorang nenek tua yg sgt tua kak ira tgah duduk pandang tepat kat Tura die ckp dgn keadaan berbisik tp cukup jelas “ kau milik aku……..” Tura takut tura amik selimut and selubung. Tura dapat rasa ada nafas hembus2 di sebelah Tura “ wanginyaa bau kau anak kuuu…..” nak terkencing di buatnya. Esok pg tu Tura tgok badan Tura lebam lg teruk dr smlam. Tura cuba tenangkan diri and berlagak biasa, dgn harapan Mama tak dapat hidu apa yg Tura dah tau.
Sampai je dapur, Tura taknak pon sentuh breakfast yg mama buat. Entah apa agaknye nnti yg mama letak. Tura ckp kat Mama “ Ma, Tura arini nak kua dgn kawan balik lewat sikit kot” Mama pon sambil makan roti pandang tepat kat Tura yg tgah tuang susu dlm cawan sambil tgn mengigil2. Mama tanya “nanti jgn tak balik pulak, kang ada yang mencari”. Tersedak Tura dibuatnya. “ Sape yg nak cari Tura??” mama pon tibe2 senyum “Mesti lah mama yang cari, nak tau anak dara mama pg mane, takan tu pon salah?”. Tura hanya tersenyum kelat. Sambil amik kunci kereta dan keluar. Mama pelik sbb Tura tak salam mama. Lepas je Tura kua, mama pon pergi kt depan gate die tanya “ kenapa taknak salam mama?”. Tura pon buat2 la perangai bodoh Tura “eh belum ehh rasa mcm dah, tape la ma org nak keluar ni dah lambat” masa nak tekan lock gate Tura nampak mama berlari ke bilik atas, Tura pon apa lg pecut laju keluar kereta nak menuju ke rumah bang lang (rumah abg tiri Tura yg no 3).
Air mata masa drive takyah ckp dah mcm air terjun lata kijang. Mengalir tak berhenti Kak ira, tergamak mama gunakan Tura sbgai umpan perjanjian die dgn bomoh tu. Sampai umah Abg lang, Tura nak cerita semua tp tersekat mcm tak boleh nak mula mcm terbisu Kak Ira. Sampai abg lang bosan tunggu apa Tura nak cerita. Mukadimah pon Tura tak boleh ceritakan seolah2 mulut ni terkunci. Tak smpai setengah jam sampai rumah abg lang Mama dah call. Tura tak angkat. Nak dekat 45 kali dia call tak berhenti2 wasap bertalu2 masuk Tura tak baca. Tura sakit hati, marah dan takut semua perasaan lahir serentak. Smpai tibe2 ada satu wasap masuk.
“Turaaaa kalau tura tak tlg Mama hidup mama takkan tenteram, mama tau Tura dah tau apa mama buat semalam.. tolong mama syg, tak kesian kat mama ke.. kalau Tura tak balik diorang akn carik mama ganggu mama smpai mama mati… Kesian kan la mama syg… Mama janji mama akn Tarik balik semua perjanjian tu tp bg mama seminggu….Mama janji syg”. Itu la yg mama whatsapp kat Tura.
Tura jadi kesian tp Tura masih lg marah kenapa tergamak mama buat Tura mcmni kak Ira. Tapi jujur tura tak sampai hati sbb apa lg yg tinggal utk Tura kat dunia ni, Mama je la tura ada. Yang lain semua abg2 tiri, mmg kami rapat walaumacamane pon takan sama dgn kandung. Selepas maghrib, Tura balik rumah, Masuk je rumah Tura nampak mama kusut masai dekat sofa ruang tamu. Rambut mama menggerbang2 Ya Allah sayu hati Tura. Mama menangis dia kata “Tura tlg mama diorang dah lapar”. Entah apa kuasa Tura dpt mungkin sbb kasih syg Tura utk Mama lebih dr segalanya. Tura pon ckp “ amik la darah aku, ,makan la byk mane korang nak”. Tibe2 Tura dgr mcm ada segerombolan suara turun dr atas ke bawah, macam kalau kita panggil binatang ternakan kita mkn semua akn dtg menerpa makanan mcmtu la seolah2nya “ ada suara merengus mcm lembu, ada bunyi kucing ada bunyik mengaum mcm harimau dan mcm2 lg lah bunyi tapi ape benda pon Tura tak nampak tau2 Tura dah tertidur. Itu la yg jadi smpai Tura dah lali. Nak kata takut pon dah lali. Nak kata seram pon dah lali. Di sebabkan Tura sntiasa bg makanan kt ‘diorang’, ‘diorang’ tak pernah menjelma. Cuma ada perbezaan sikit dekat dalam rumah. Rumah mcm ada org jaga, pokok2 bersiram. Bilik air sentiasa bersih. Tp benda tu sikit pon tak buat Tura teruja atau senang lg Tura benci ada.
Semua Tura buat demi Mama, tibe2 perniagaan mama jadi maju duit mama beranak pinak dlm bank. Sebab tu Mama beria uruskan rumah atuk. Bg mama tu harta dia sebab dia dah belanjakan duit kat rumah pusaka tu. Org yg die suka, kalau tumpang tidur rumah arwah atuk mmg takan kene ganggu. Tp kalau org tibe2 masuk rumah atuk tanpa pengetahuan mama mmg dia akn hantar khadam dia pg uruskan. Kereta BMW tu mama yg beli tp Tura lg rela pakai kereta arwah Papa. Walauponn kereta Honda lama, tp ckup selesa. Setiap Jumaat Tura akan pg kubur arwah Papa utk meluahkan apa yg Tura rasa. Tura solat pon kt masjid sbb kalau kt uma khadam mama akan ganggu Tura. Die akan menjelmakan diri la apa la. Mcm2 dah Tura usaha utk buang, pernah sekali Tura pg Indonesia utk berubat sekali bila dah balik rumah kt KL Tura nampak mama mkn bangkai ayam yg dah busuk kt dapur dia mcm org tak sedar apa dia buat. Lepas tu dia menangis dia ckp kat Tura “ Kalau Tura pergi berubat ni lah yang akan jadi kat mama” apa lg Tura boleh buat kak Ira, Tura buntu.
Tura pg jumpa bomoh yg mama pg dlu, tp bomoh tu dah pindah kata org kampung. Bukan Tura taknak berubat dah puas usaha, mesti berbalik kene kt mama. Sebagai anak apa lg Tura boleh buat kak Ira. Tura bingung dibuatnya. Tura rasa Tura da tempah tiket pergi Neraka. Setiap kali solat kat masjid Tura doa kat Allah cabut je la nyawa Tura dari buat benda syirik2 ni. Bukan tak pernah lari duduk jauh dari mama, khadam mama akn jumpa juga benda yg sama juga akan jadi. Tura bkn taknak cerita kat org, depan org Tura berlagak mcm Tura okey hakikatnya Allah je tau Kak Ira.
Setiap khamis malam mesti akan kedengaran MASTURA!!!!!!!!!!!! MANA BAHAGIAN AKU!!!!!!!!!! Itu la suara yg selalu menghantui Tura, apa yg Tura tau bgn2 je mesti lebam2 biru2 badan Tura. Mama setiap hari beli kerang la bayam laa hati ayam la utk tambah darah, die tak rasa bersalah sikit pon kat Tura. Sebab dia dah alpa dgn kekayaan yg dia ada. Walaupon die tau tu semua bukan dari sumber yg di redhai Allah.Dia tau kdg2 dia bercakap sendiri and sorang2 dalam bilik. Kejap gelak kejap sedih seolah2 ada kawan dia dalam bilik tu.
Masa kat kg dlu, ingat tak masa kita bersihkan rumah arwah atok? Tura tak ckup darah Tura pergi punggah tong sampah cari darah2 haid org lain utk bg diorang makan. Tapi disebabkan kita mengaji and solat kat rumah tu khadam mama jadi marah. Tu dia ganggu semua. Tura tak ikut balik kg esoknye bkn sbb Tura ada hal penting tp mama yg tak bg. Die kurung Tura dalam bilik. Tp mama lupa Tura ada kunci spare elok je Tura bukak pintu tgok pintu depan dah terbukak luas. Panggil2 mama dah takde. Call phone mama, tp phone mama ada kt rumah. Lepas 3 jam tau2 abg lang call kata mama ada kt kg. Pelik Tura, padahal kereta ada semua ada kt uma. Baru Tura tau Allah dengar doa Tura, Tura bersyukur lepas abg lang cerita yg khadam2 mama semua dah di buang kt tmpat sepatutnya.
Selepas kejadian tu, Mama berkurung dlm bilik. Kadang waras kadang2 tak waras. Semua duit yg die ada mmg Tura keluarkan dan bakar sbb bukan dari hasil yg elok. Tura jual semua kereta2 mama. Duit jual kereta mama pon Tura bakar, nak sedekah rasa tak patut sbb Tura tau tu bukan duit dr sumber yg boleh di makan. Tura rasa lega dan puas sekurang2 nya kalau Allah nak Tarik nyawa Tura biarlah dalam keadaan Tura bertaubat dan boleh bawak bekalan di alam sana. Setiap hari mama akan menjerit2 dalam bilik, bila Tura ajak mama solat, kdg2 mama maki Tura siap pekej pelempang pon ada kak ira.
Semasa Tura ceritakan semua tu aku jd sedih, mane la hati sebagai seorang ibu tergamak gunakan anak utk benda2 syirik mcmni. Aku menangis dan peluk Tura. Aku minta maaf sbb slalu bergaduh mulut dgn dia rupenye dia tengah mengalami satu perkara yang kita sebagai manusia tak tertampung dek akal. Kau anak yg baik Tura, kau masih mengharapkan maksu utk berubah. Kau tak pernah penat ajak Maksu utk bertaubat. Tp tu la nak kata apa, maksu pon dah tak berapa sihat. Kakak aku hanya kata,” itu dah bahagian masing2 Tura da usaha selebihnya serah kat Allah”. Aku tertunduk, sebak dan pilu. Jauh di sudut hati aku mengharapkan Maksu sembuh mcm dlu.
Kini Tura pon dah meninggal dunia, setahun berlalu selepas kejadian rumah arwah atok dlu. Aku lega sebab die dah rehat di syurga Allah aku yakin die berada di kalangan org2 yg beriman.. Allah maha pengampun dan maha mengasihani. Maksu, sekarang di jaga oleh abg2 tiri arwah Tura. Tapi maksu tidak la seperti maksu yg dlu, slalu abg2 Tura dgr rintihan maksu “aku syg anak aku… aku syg anak aku….”. Semua ni kejadian yg benar2 terjadi di kalangan kita. Aku minta semua pembaca jadikan lah cerita ini iktibar. Allah yg beri rezeki, rezeki Allah seluas langit dan bumi. Kita hambanya Cuma boleh usaha, doa dan tawakkal.
Sekian dari aku Chempaka.. byk lg kisah seram yg jadi tp aku nak berehat dlu.. in Sha Allah dgn izin Allah aku akn sambung..
Hantar kisah anda : fiksyensahsha.com/submit
kesian Tura. Moga Allah membalas kebaikannya dan diampuni dosa dosanya..
Terima kasih berkongsi pengalaman hidup.
Al-Fatihah buat Mastura. Semoga Arwah bersama orang yang solehah. Aamiin.
Sedih weii 🌹
Alhamdulillah…semoga semuanya berakhir dgn pengakhiran yg baik… Terima kasih iecha sudi berkongsi cerita Ni walaupun sy yakin hati iecha still sedih dgn apa yg berlaku… Syukur sbb iecha sekeluarga semuanya berpegang teguh dgn agama. Cemburu plak sy… Alhamdulillah rezeki masing2 Kan.. in Sha Allah akan d gunakan sbagai teladan Dan tauladan utk Masa yg akan dtg… In Sha Allah… Klu berlaku Kat sy… X tahulah camner pengakhiran nya… Huhuhu.. Al Fatihah utk Tura, semoga menjadi penghuni syurga yg Manis…
Semoga Mastura ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Saya harap penulis boleh keluarkan lagi cerita yang best..😄
Bole buat filem ni
Bole buat movie ni
Sedihnya…
Sedihnyaa.. Kerana harta seorg ibu sanggup korbankan anak.huhuhu. bila baca yang ni mmg rasa tak masuk dik akal ibu buat mcm tu pd anak dia. Itulah kata awak, ini kisah sebagai pengajaran hidup. Part cerita mastura ni mmg terkesan betul saya.
cerita la lagi yer
terbaik cerita ni, sedih pun rasa juga
Kesian tura, semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosa dan di kalangan para solihin.
Siapa yg jaga & duduk rumah pusaka tu skrg? Ceritalah lagi…
Brengset nyer emak…sanggup ko korbankan anak sendiri demi nk kaut kekayaan…bkn cara elok tp dok bersekongkol ngan setan…elok pon kn baham ngan setan tu sumer…
Kennape dia tak dapat tanah. Memang semua adik beradik dia tak dapat jugak ke
G baca balik la dari no 1,jgn jd pemalas
Sedihnya kisah ni. Kerana harta, aqidah & darah daging jadi galang ganti. Semoga arwah Mastura ditempatkan di kalangan org2 yg beriman. Kita yg hidup ni jadikan pengajaran.
Waaa…cerita dr mula sampai akhir memang best sgt..semoga arwah atok dan arwah mastura ditempatkan dikalangan orang² yang beriman..Insyaallah,amin.Kalau buat filem ni..mesti best..hehe!!agak² sapa laa yg sesuai pegang watak maksu ni kan..erkkkk!
Semoga Tura ditempatkan di kalangan orang beriman
Sebak dengar ceritanya 😢😢