Assalamualaikum, hai semua nama aku F dan aku ada kisah misteri nak diceritakan. Semoga terhibur dengan cerita ini OK. Aku ni jenis yang mudah nak berkawan. Lebih-lebih lagi kalau orang tu perempuan. Nak dijadikan cerita masa tahun 2013 kalau tak silap la, saya ada kawan dengan seorang perempuan ni. Saya bagi nama dia Ika ( bukan nama sebenar ). Dia ni 5 tahun lebih muda dari aku.
Orangnya comel, bertubuh kurus dan berkulit cerah. Dia ni asal orang Kedah dan pandai cakap sabah sebab Emak dia orang sana. Berkawan dengan dia tak adalah lama baru je sebulan dia dah ajak balik kampung dia kat Kedah sebab nak ambil kereta katanya. Jadi, aku ni ikut jelah dia.
Kami pergi naik bas ke sana, kalau tak silap malam kami gerak ke sana tu. Sampai sana dah pagilah. Apabila dah sampai tu, kami terus sewa hotel murah je sebab nak rehatkan badan yang letih ni. Ketika nak masuk bilik hotel tu tetiba rasa seram sejuk je.” Mak aih, hotel ni kenapa rasa seram je ni padahal siang ni. Jangan la ada hantu sudahlah” bermonolog sendirian.
Aku ni kira penakut jugak la kan hahah. Si Ika ni tetiba pula nak keluar. Katanya nak jumpa orang sekejap. Terpaksalah tinggal sorang saja ni. Memang tidur-tidur ayam je sebab rasa tak sedap hati je. Lama juga la Ika tinggalkan aku ni sendirian. Berharap sangat dia balik cepat.
Tak lama lepastu dia balik la. Ika ajak keluar makan. Selepas makan, Ika ajak balik rumah suami dia. Kami pun pergilah. Kami sampai sana petang nak dekat maghrib. Sampai sahaja kami di sana, aku tengok la rumah tu sebelum turun dari kereta. ” fuh, besar juga rumah dia ni. Mesti orang kaya ni! “.Hati aku berkata.
Apabila aku turun dari kereta dan masuk sahaja ke dalam kawasan rumah tu, tetiba rasa macam ada angin lalu. Rasa seram sejuk, memang nampak kawasan pagar tu suram dan menyeramkan. Aku apa lagi, lajukan langkah akulah.
Rumah tu suasananya cukup suram. Sudahlah sunyi orang pun ada berapa kerat je. Emak suami Ika, suami Ika dan adik kepada suami Ika sahaja yang ada. Kami terus masuk ke bilik untuk berehat. Selepas rehatkan badan, mandi, dan borak-borak kami pun pergi ke ruang tamu menonton TV. Boleh pula tengok cerita hantu malam tu. Seram jugak cerita hantu penanggal. Seramnyalah..
Cerita tu tak tengok sampai habis pun sebab seram sangat haha. Tidak lama lepastu, kami masuk bilik nak tidur. Masa dalam bilik tu, Ika masuk la dalam tandas dan tinggal aku sesorang atas katil baring sambil belek handphone.
Tengah aku sibuk dengan handphone tu, tetiba pintu bilik diketuk dari luar. Tuk tuk tuk.. Adalah dalam 2 ke 3 kali macamtu. Rasa macam nak roboh pintu tu dia ketuk. Memang aku tak bersuara pun masa tu sebab rasa lain macam je.
Aku pun panggillah Ika. ” Dik, cepat sikit keluar tu “.Dia pun keluarlah dari tandas tu dan bertanya.” Ada apa kak? “. Aku pun jawaplah ” ada orang ketuk pintu macam nak roboh dibuatnya, ada orang ke kat luar tu dik? Ika pun dengan berkerut dahi menjawap ” eh, mana ada orang kak sebab semua dah keluar tadi. Habistu siapa yang main ketuk-ketuk pintu tadi tu ye. Terus meremang bulu roma masa tu.
Ika cakap dia nak ke bilik sebelah sekejap, aku masa tu dah cuak takutkan. Masa tunggu dia tu jantung aku berdegup laju sangat dan berharap Ika akan balik ke bilik aku tu cepat. Lebih kurang 5 minit Ika balik ke bilik dan terus ajak keluar. Dia cakap ambil apa-apa yang patut je. Aku cuma sempat capai handbag sahaja.
Apabila kami dah ambil apa yang sempat tu, kami terus gerak ke pintu utama. Sewaktu kami nak ke pintu utama tu, terdengar bunyi hentakan kaki yang kuat berlari ke arah kami. Masa tu memang berlari laju sangat la sebab ketakutan yang amat sangat. Bayangkanlah, hentakkan kaki tu seakan-akan mengejar kami. Memang cuak gila masa tu. Dalam kepala dah fikir aku ni mimpi ke real ni?
Keluar je dari pintu utama, terdengar pula tingkap bilik bersebelahan dengan pintu utama tu diketuk. Memang seram sangat. Sempatlah tengok kat cermin tu ada apa. Nak tahu tak ada apa? Nampak macam tangan besar sangat yang tengah ketuk tingkap tu. Huih, memang tak dapat nak gambar dah perasaan tu macamana. Nak baca apa-apa ayat Al-Quran pun dah tak ingat masa tu fikir nak lari jelah.
Memang kami lari lintang-pukanglah nak menuju ke kereta. Kami punya nafas tercungap-cungap. Masa dalam kereta kami diam je sebab masih terkejut dan takut lagi. Ika berhentilah kat satu warung ni area bandar. Kami turun dari kereta dan lepak kat kedai sampai pagi.
Aku pun tanyalah Ika, kenapa rumah tu camtukan. Pada mulanya dia taknak cerita, akhirnya dia bagitahu juga selepas dipaksa beberapa kali. Dia cakap rumah tu pernah kena pagar dengan bomoh dan terpagar sekali dengan hantu-hantu dalam rumah tu. Ya Allah, masa aku dengar pengakuan dia tu memang rasa nak marah juga sebab tak bagitahu aku awal-awal.
Bila difikirkan balik memang aku takkan datang kesini kalau dia bagitahu semua ni awal-awalkan hummm. Aku memang taknak balik semula ke rumahnya sebab dah lalui perkara yang menakutkan tadi. Tapi, Ika ajak juga aku balik semula ke sana. Katanya kena balik juga sebab ada barang nak ambil. Jadi, terpaksalah balik ke sana semula.
Masa dalam perjalanan ke rumahnya, aku berdoa supaya tak jadilah kejadian macam tadi lagi. Memang tak sanggup nak hadap, seram gila. Masih teringat-ingat lagi apa yang jadi tadi. Lembik lutut dan kaki ni bila ingat semula.
Apabila kami sampai di rumahnya, kami tak berani keluar dari kereta sebab takut. Tak lama lepastu, suami Ika keluar dari rumah tu dan barulah kami keluar dari kereta. Entah camne pula suami Ika ni tiba-tiba kena rasuk. Mula-mula dia banyak cakap nampak OK je, tak lama lepastu dia diam je dan tunduk ke bawah.
Ika panggil nama dia banyak kali tapi tak ada respon. Lepastu tiba-tiba je suami Ika pandang aku dengan mata merah dan mukanya bengis marahkan aku. Huh, cuak betul aku masatu. Ika tarik tangan aku ajak masuk dalam rumah, lepastu dia call kawan suami dia ajak datang rumah. Aku memang tak tahu nak buat apa masa tu.
Bila kawan suami Ika datang, dia rawatlah suami Ika ni. Kawan dia kata, ada benda tak suka aku datang rumah tu. Aku jadi seram sejuk mendengarnya. Aku sangat berharap tak jadi apa-apa kat aku masatu. Tak lama lepastu suami Ika macam OK sikit dah lepastu Ika ajak aku tidur.
Kami tidur kat ruang tamu je sebab tak berani nak masuk bilik. Masa baring tu aku selimut sampai habis sebab takut. Yelah kat tingkat atas rumah tu boleh dengar dengan jelas bunyi tapak kaki berlari, suara mengilai, bunyi ketuk-ketuk dinding dan macam-macam lagi bunyi. Macamana nak tidur, sangat-sangat menyeramkan.
Puas juga nak bagi mata terlelap. Dalam hati ni berharap sangat cepatlah siang supaya ganguan tu akan berhenti. Memang mengigil aku dalam selimut tu ketakutan dan peluh tak payah cakaplah berjurai macam mandi peluh dah aku.
Akhirnya dalam ketakutan yang amat sangat tu aku terlelap jua. Pagi tu, aku cepat-cepat ajak Ika balik ke Pahang. Dia akur. Kami pun baliklah ke Pahang. Masa dalam kereta tu aku tak banyak cakap dengan Ika sebab aku bengang dengan dia bawa aku pergi rumah berhantu macamtu.
Akhir kata, minta maaflah jika ceritaku tidak berapa seram atau penulisan ini tidak memuaskan. Memang cerita ‘Rumah Berhantu’ ini panjang sikit. Maaf ye. Terima kasih admin sudi siarkan cerita saya ni.
Ini adalah antara pengalaman yang paling menyeramkan dalam hidup aku. Sebenarnya ada banyak lagi cerita seram nak kongsi, tapi lain kalilah cerita OK.
Sekian, terima kasih.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
emmmmmmmmmmmm……..mcm cite fantasi…xbpe nk memahami situasi…
Aku pun panggillah Ika. ” Dik, cepat sikit keluar tu “.Dia pun keluarlah dari tandas tu dan bertanya.” Ada apa kak? “. Aku pun jawaplah ” ada orang ketuk pintu macam nak roboh dibuatnya, ada orang ke kat luar tu dik? Ika pun dengan berkerut dahi menjawap ” eh, mana ada orang kak sebab semua dah keluar tadi. Habistu siapa yang main ketuk-ketuk pintu tadi tu ye. Terus meremang bulu roma masa tu.
*time ni asenya dh mlm,tp suma owg kuar p mna..?? pastu lari p warong smpai pg..
*pg blk umh,laki kna rasuk,pggl kwn ubatkan,pastu tdo plak….
adoiiii…………konfius nihh….
Jangan risau.. bukan kau sorang yang konfius
pempuan rupanya..ingatkan lelaki sebab “Aku ni jenis yang mudah nak berkawan. Lebih-lebih lagi kalau orang tu perempuan.” hehe..
ika dah ade suami tapi nape pulak tido ngn kamu mase balik rumah laki dia..kompius ii
kn…??? dh ada laki,y tdo ngn membe..?? byk btoi yg xbtoinya cite nih….hahahaha
ntah..aku dah bersalah sangka dgn si penulis..apa jadah kau mudah berkawan dgn perempuan, ikut dia balik kampung,siap g hotel bagai..dan perempuan tu ada suami dh kot..
rupanya penulis ni pun perempuan..lenkali takyah la tulis jenis mudah berkawan dgn perempuan…normal la kau mudah berkawan dgn perempuan..lain la klo ko ni pengkid..
komen pasal cerita kau, aku kasi 1/2 daripada 5..tak berapa seram dan berselirat serabut cerita ni
mybe pengkid kotttttt…….. logik gk tuh.. ???
haaaaa..baru nak komen..awat x tidoq gan laki hampa wehhh
tak faham satu hapa pun .. hmm
Sat aku.sat saya.kepala bana dia.
hawau betoi aku pun pening siap terpikir lagi kemain cerita kat sini tido hotel.. lahnat
Ingatkan aku sorang je yg konpius..awal2 dh la x bgtau nk blk umah laki sndri..pastu mlm tdo sebilik, ckp suma xde kt umah lak (laki, mak laki, adik laki)..pastu dok kt kedai smpi pagi..blk umah xberani masuk, pastu laki buka pintu (ada lak laki dia time tu, yg mlm sblm tu awat x blk umah?)
#akakgivapnakfahamdik
Mula2 ingatkn penulis ni lelaki..rupanya pmpuan..mmg xphm crita ni..yg si ika 2 awat dok pahang…awat xdok dgn laki dia..lps 2 buleh plak dia xtdoq sbilik dgn laki dia..eh xphmlaa..tah2 ika dgn family2 dia ni sejenis hntu gak kot..
?sume konpius ! gengla…. bek dr awal truih blik uma laki nya… bazir wet je tido hotel…. blh lk dak ika kuo jumpa org jp… nk wt gimik tkt tinggl sorg kot… bek tmpng tdo je klo ade yg knl kt ctu. ??…oh lupe.. org kayaaa… maaf2! ?
Bab confuse tu tolak tepi sekejap, tahun 2013 rasanya handphone dah wujud dan 3310 pun dah murah rasanya.
Bukan apa.. Sebab rumah besor katanya. Ehehe
Kalau tak silap lagilah, public phone pun dah tak berapa nak wujud (susah nak jumpa yg elok, banyak tinggal pondok je, phone nya jahannam) tahun 2013 ni.
Btw, sebenarnya kami tak kisah lansung cerita kat FS ni panjang.. Asalkan difahami dan tak tergantung.
Mahap kalau terkasar bahasa.
Hmmmmmm… Teruskan usaha…
tak paham langsung cerita kaw nie … adoiii
Hahsha..x paham jugak…
Sampai part check in hotel aku cam pergh agak kurang wajar disitu bila laki pompuan amik satu bilik,pastu skrol bawah dapat tau ika ada suami baru terdetik sipenulis ni perempuan. Tapi nak kabo sikit ni cik penulis, perenggan kamu yang atas2 tu buat aku konfius banyak la hoho
aku baca sampai ika keluar bilik air tu je.. bosan gila.. dah la sekejap guna saya, sekejap guna aku..