Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada readers fs.Hari ni,aku nak kongsikan beberapa kisah seram yang terjadi kepada penghuni rumah aku expecially aku sendiri.So,aku just direct to the point memandangkan tak nak lengahkan masa lagi.Btw,thanks bebanyak admin yang sudi publishkan cerita aku ni yang mungkin tak seram bagi readers tapi betul2 seram bagi kitaorang, sampai satu tahap rasa dah tak nak tinggal kat rumah ni.Dan aku nak minta maaf jika penulisan aku ni ayat dia berterabur dan kurang memahami..
Kitaorang menetap di Kelantan,lokasi tu dirahsiakan.Rumah yang kitaorang diami ni memang dah banyak berlaku gangguan.Semua gangguan yang berlaku ni boleh dikatakan disebabkan hasad dengki manusia, especially terhadap mak aku.Pasal apa tu biar aku rahsiakan.Puas kitaorang ikhtiar untuk buang entiti yang mengganggu kami tapi tetap ada dan yang paling kitaorang bengap, ustaz yang datang berubat bagitahu benda tu ‘undang’ kengkawan dia mai duduk sebumbung dengan kitaorang.Boleh pulak diorang buat ‘meeting’ kat rumah aku. Bukan seekor dua tapi berpuluh datang. Jiran aku pun ada nampak kelibat entiti duk merayau kat depan rumah aku.Dia bagitahu macam2 bentuk dan rupa yang dia nampak. Dia jugakk pernah nampak hantu pocong bawah pokok betik tepi rumah aku.Ha camtu la.Yang tak boleh bawa bincang, kenapa asyik aku je yang kena gangguan.Sebab apa aku pun tak tau tapi aku rasa sebab aku suka duduk bersendirian setiap masa.Kalau bukan aku yang kena,semua orang lelaki dalam rumah tu yang kena dan bukan ahli keluarga(mcm abang-abang ipar)
Kisah pertama
Masa ni aku tengah study dalam bilik sendirian dan memang rutin harian aku pun study sendirian dalam bilik.Aku jenis kalau study memang tak suka dalam keadaan bising dan ada orang sekeliling.Bilik aku tu memang gelap sikit so aku pun selak langsir nak bagi cahaya masuk tapi tingkap tu aku tak bukak.Meja aku study tu menghadap betul-betul kat tingkap tu.Time tu petang dalam pukul 3:30, aku study sampai la maghrib dan aku lupa nak tutup langsir.Lama kelamaan,aku rasa macam diperhatikan je kat tingkap tu.Mula-mula aku buat bodoh je sampai la aku betul2 rasa tak sedap hati aku pun tutup la tirai langsir tu.Then,sampai part habis study apa pack barang untuk school,aku terdengar bunyi cakaran kat dinding tepi tingkap tu belah luar.Aku dah cuak terus aku lari dapatkan family kat ruang tamu.
Kisah kedua
Hari tu hari raya yang pertama raya puasa.Masa ni dalam area pukul 1-2 petang camtu.Aku stay kat rumah sebab penat sakan beraya, so aku decided nak tidur kejap sambil-sambil tunggu family yang lain balik dari rumah sepupu. Masa ni hanya ada aku,adik lelaki,ayah,dua orang abang lelaki dan sepupu-sepupu lelaki.Dorang semua tu tengah lepak kat ruang tamu,aku duk mereput dalam bilik.Yelah,aku nak je tidur kat ruang tamu sebab aku takut gak nak tidur sensorang dalam bilik tapi takkan lah lagipun aku sorang je perempuan dalam rumah time tu semuanya lelaki.
Aku tak tau la aku bengap camne pergi tidur bilik angah aku yang jarang angah guna since angah aku dah kahwin,balik pun jarang-jarang then memang tak lah orang lain nak gunakan.Memang bilik tu keras, sbb abang ipar aku (suami angah) pernah nampak ‘benda’ tu kat dalam bilik tu.Menurut cerita abang ipar aku, dia pernah ternampak entiti tengah mencangkung membelakangi dia dan angah aku. Dia bagitahu entiti tu berupa perempuan rambut panjang, tengah main apa entah, nasib baik dia tak tegur (huhu).
Berbalik kepada cerita aku. Kat rumah aku ni ada 4 bilik,satu bilik kat ruang tamu(bilik abang),then ada lorong untuk ke dapur.Sepanjang lorong tu ada dua bilik.Bilik aku dan bilik angah saling bertentangan.
Bilik aku ni menghalang cahaya untuk ke bilik angah so memang gelap bilik angah ni mcm gua pun ada even di waktu siang.Masa tu aku takde pikir apa,just nak lelapkan mata je.Aku pun tidur la sampai tetiba aku tersedar sebab terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan kat tepi aku baring.
Lantai rumah aku bukan mozek bukan kayu tapi simen yang dilapik tikar getah.So, kalau pijak memang akan berbunyi.Aku time tu tidur kat katil part hujung sekali dekat pintu dan pintu tu aku biarkan terbukak sikit sebab nak cahaya masuk.Aku terdengar bunyi orang berjalan kat tepi aku sebab terdengar pasir sikit yelah bawah tikar getah tu kat tepi dinding ada habuk an apa.
Aku bukak mata tengok takde orang even barang sekalipun then tidur balik.Bunyi pulak bukak pulak mata tengok takde pape pun smpai 4-5 kali.Aku tak pikir apa pun time tu sebab terlalu penat tapi aku pasti tu bunyi orang berjalan sampai la kakak aku (no.4) ni balik then tidur tepi aku.
Kisah Ketiga
Kami sekeluarga ni jenis akan tidur setempat sebab terlalu takut untuk tidur dalam bilik masing-masing.So,kitaorang tidur kat ruang tamu ramai-ramai.Satu hari tu aku tidur lewat tengah stream kpop kat youtube,semua orang dah tidur dah jam pun pukul 12 lebih.
Aku tidur kt hujung sekali then belah hujung tu takde apa-apa pun kosong je.Sorang abang aku ni(no.5),dia pun tak tidur jugakk time tu,dia tengah makan kat kerusi.Masa tu dia baru je balik dari tempat kerja.Aku tidur menghadap kerusi yang dia duduk tu tapi kedudukan aku dengan kerusi tu jauh.Kiranya abang aku kalau berpaling kat kiri terus je nampak aku,depan dia tu pintu utama rumah aku(sliding door).
Abang aku ni ada sixthsense,memang boleh nampak kat rumah tu.Dia ni aku salute memang berani orangnya even mata dia tak berhijab.Tengah aku syok tengok mv tetiba aku dengar abang aku jerit “allahuakhbar!allahuakhbar!!ya allah!”.Time tu terkejut betul la semua orang yang tengah tidur ni,aku orang pertama yang bangun terus aku tengok dia at the same time dia tengok aku.Aku tengok dia macam tak tentu hala gelisah je,aku dah syak mesti dia nampak sesuatu kat sliding door tu sebab time tu langsir diikat tak tutup sepenuhnya pun sliding door tu then dia pandang kat aku sebab tak nak tengok benda tu.
Rupa-rupanya tanggapan aku salah,mak dan ayah aku terus dapatkan abang aku yang dah cuak tu.Bila ditanya dia cakap dia nampak benda tu duk kat tepi aku tapi membelakangi dia(kiranya benda tu menghadap dinding) tapi tersarung kain kat seluruh badan benda tu.Mula2 time dia nampak,dia buat bodoh je pastu dia pandang depan terus makan je.Selang beberapa minit dia tengok kat benda tu balik time ni makin ekstrem,benda tu duk hayun badan dia kiri kanan terus je abang aku tengok depan balik.Abang aku dah start cuak tak sedap hati dah pastu dia toleh je kat benda tu,benda tu tayang muka dia macam nak jengah abang aku(nampak muka je,selebihnya tersarung).Tu yg abang aku jerit tu sebab terlalu terkejut,dia nak panggil mak aku cakap kakak aku(no.4)kena rasuk sebab dia ingat benda tu kakak aku tapi kakak aku tengah lena tidur time tu.Dia bukak je lampu dia cakap benda tu hilang dah so lepas tu baru dia tau tu bukan orang.Lepas pada semua tu,family aku tak boleh tidur,aku lagi la sebab benda tu betul-betul kat tepi aku sampai aku menggigil kemain sejuk je tangan aku.Aku pun pelik gak kenapa aku tak nampak apa apa pun kat tepi aku tu.Aku ada sangka jugak dia nampak kaki aku(aku lipat kaki ke atas mcm posisi peluk lutut tapi ni tengah baring,dapat imagine tak?) sebab kaki aku pun hayun kiri kanan jugak time tu tapi dia nampak benda lain
Kisah keempat
Ni pasal adik aku yang paling kecik,umur dia 1 tahun.Memang budak ni dia boleh nampak benda-benda ni.Satu hari tu selepas maghrib,kitaorang semua solat kat ruang tamu berjemaah.Time tu ada perempuan je kat rumah,yang lain semua pergi masjid(lelaki).Time tu aku tengah baca al-quran,adik aku tengah main kat belakang aku,tak sure dia main apa time tu.Tetiba dia cakap “takut nana..takut nana..””emmm takut”smbil tengok dan lari daripada bilik abang aku kat ruang tamu tu.
Time tu pintu bilik terbukak dan bilik tu gelap.Adik aku cakap dia takut aku,dia cakap macam aku ada kat bilik abang aku tu.Tak tau la dia nampak menyerupai aku ke apa dalam bilik tu sebab aku tengah baca al-quran kat ruang tamu.
Tapi aku syak dia nampak yang rambut panjang tu then ingatkan tu aku sebab aku sorang je dalam rumah tu yang berambut panjang.Lagipun benda tu menurut ustaz ,benda tu jenis berambut panjang sampai paras buku lali,badan dua kali ganda lebih besar dari manusia dan ada satu lagi yang jenis kecik2 tu pun rambut panjang.Aku tak tau la jenglot ke apa tapi dua entiti ni la yang selalu ekstrem kacau family aku.Bukan kat dalam bilik tu je,kat sliding door tu,kat lorong tu,then kat bilik aku pun camtu gak lagi-lagi time maghrib(tempat ketiadaan aku).
Adik aku pernah masuk bilik abang aku,waktu tu kakak aku yang sulung ni nampak dia masuk pastu rasa tak sedap hati macam ada sesuatu.Tetiba adik aku lari keluar daripada bilik macam takut kat sesuatu padahal takde benda pun.Bukan bilik angah je bahkan semua bilik dalam rumah aku tu berhantu.
Kisah kelima
Ni abang aku yang sorang lagi tu (no.3) kena kacau.Dia tidur sorang-sorang dalam bilik dia sebab time tu abang aku(no.5)kerja.Time ni malam,semua orang dah tidur dan memang gelap la.Dia tengah tidur tu,tetiba dia kena tindih dan dihimpit sesuatu.Dia memang tak boleh bergerak la,masa tu dia nak bangun keluar dah daripada bilik dia kat ruang tamu tu sebab sebelum kena tindih ni dia dah rasa macam tak sedap/selesa nak tidur.Tetiba tengah tak boleh bergerak tu dia nampak almari pakaian dia ni terbukak sendiri.
Almari tu baru je beli,posisi almari tu tepi pintu that means kalau dia tidur ke nak keluar ke memang akan nampak almari tu.Dia nampak semua laci almari tu terbukak sendiri then masa salah satu laci yang dia simpan baju tu terbukak dia nampak satu tangan keluar,dia cakap warna putih je.Dia nampak hujung jari hingga pergelangan tangan je tengah tolak laci nak keluar.Lepas pada tu,bila dia dah boleh gerak terus dia keluar tidur kat ruang tamu dengan yang lain.
Dan smpai sini la kisah yg aku nak kongsikan.Sebenarnya banyak lagi nak type tapi nampak macam panjang sangat so terbantut la.Tapi insyallah kalau ada masa aku sambung balik.
Kisah ni memang kisah betul la.Setiap hari,lepas je maghrib terus jadi takut nak pergi mana-mana,hidup dalam ketakutan je sebab kalau berseorangan kat mana2 memang akan kena kacau la.Nak percaya tu terpulang kerana aku hanya kongsikan pengalaman yang memang aku lalui pasal makhluk halus ni.Assalamualaikum
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bengap ke bengang?
#hambar
So sram gle