Rumah Berpenunggu (sambungan)

Maaf semua andai cerita rumah berpenunggu buat pembaca marah sebab tergantung.. . Ini cerita penuh dari ateh sendiri. Dan memang cerita ni betul betul terjadi dekat family sufi. Doakan agar ahli keluarga ateh kembali pulih.. Dah beberaa tahun mereka menderita akibat gangguan ni. Alhamdulillah ada seorang dua anaknya yang sudah beransur pulih tapi along masih sama..Ibarat orang lumpuh.

Pada mulanya hanya Huda, (kakak kepada Hadi yang makan kaca), anak Ateh yang ke empat sahaja yang sakit. Ateh mempunyai anak yang ramai. Aku tak ingat berapa orang. Tapi tak silap lebih dari tujuh orang.

Yang teruk sakit ada tiga orang, Along, Hadi dan Huda.

Ini cerita yang diceritakan oleh keluarga ateh.

Aku dalam cerita ini ialah ateh. Aku cuba menyelami sebaik mungkin perasaan ateh.

Ketika aku dapat tahu suamiku membeli rumah dan tanah di kampungnya, aku gembira. Anak-anak lagi suka. Dah terbayang suasana kampung.

Istilaj kampung pada mereka, mesti kena ada sungai.. Rumah kampung yang ada halaman yang luas dan dikelilingi pokok buah buahan.

Ketika suamiku bertanya tentang hal rumah dan tanah itu, aku serah bulat bulat padanya. Bagiku, baik pada suamiku, baik lah pada kami anak beranak.

Pertama kali menjejakkan kaki ke rumah itu, perasaanku bercampur baur. Suka tapi ada sesuatu perasaan asing yang buat aku rasa tidak senang untuk tinggal lama di situ.

Tapi aku abaikan. Rumah ini pada asalnya rumah kayu lama..Selepas suamiku membelinya, rumah asal diangkat menjadi dua tingkat. Buat masa ini, aku belum naik ke tingkat atas.

Suara Along melayan keletah adik bongsunya, Haikal, menarik perhatianku.

Haikal: Along, kita nak duduk rumah ni ke?

Along: Yelaaa..ayah beli rumah ni untuk kita. Haikal tak suka ke?

Haikal memerhati sekeliling rumah itu. dahinya berkerut seribu

“amboi berkerut sakan dahi tu, kenapa?

“Haikal tak suka la duduk sini.,” Katanya perlahan.

“Laaa.. kenapa cakap macam tu, kita baru je sampai. Kesiann ayah susah susah beli rumah ni,”

“Haikal takde kawan kat sini, Nanti haikal kena pindah sekolah, kena cari kawan baru. Kesian la haikal,”

Along tergelak..itu rupanya sebabnya.

Aku segera mencelah.

“Adikk..kita balik sini time cuti sekolah je. Bukan terus pindah sini..”
Ku usap kepalanya. Tahun depan haikal dah nak masuk darjah enam, tapi manjanya macam budak darjah satu.

Haikal memandangku.
“iye ke bu..kalau macam tu haikal setuju!,”

Along memandangku lantas tertawa. Dan itu lah tawanya yang terakhir.

Malam itu..

“Haikal nak tido mana bu?” Haikal datang kepadaku dengan muka monyok.

“Laaa.. tido bilik haikal la. Kan kita dah kemas tadi,”

“Taknaklaaa..
Along, haikal tido dengan along boleh?,”

“Boleh..jom tido”
Along terus menggamit Haikal. Sememangnya haikal manja dengan along.

Kali ini Kami hanya datang berempat. Anakku yang lain ada yang sibuk dengan kuliah..

Aku terus terlena kerana terlalu letih mengemas rumah pada siang tadi. Malam ini kami semua tidur di tingkat bawah.
Lagipun aku takut hendak naik ke tingkat atas.

Kami tidur lena malam itu.

Keesokannya Kakak iparku, Kak Tipah membawa makanan dari rumahnya untuk kami bersarapan memandangkan pekakas dapur belum lengkap. Dapur memasak sudah ada, ditinggalkan oleh tuan rumah, tetapi aku ragu-ragu untuk menggunakannya.. Lagipun barang-barang itu sudah lama..

Pagi itu Haikal ceria seperti biasa. Tapi Along sedikit berlainan..muka sedikit pucat seperti tidak cukup tidur.

“Kenapa Long? Pucat je muka.. boleh tidur tak malam tadi?,” Tanya Kak Tipah sambil mengunyah karipap. Dihulurnya bekas karipap kepada along.

Along mengambil karipap yang dihulur kak Tipah.

“Takde la Mak Pah..Along period pain,” Jawab along.
Aku sedia maklum, kalau along senggugut memang teruk, lagi lagi kalau minum air berais memanjang. Sebab tu petua orang tua tua dulu, minum air suam or panas sahaja.

Hari itu segalanya baik.. Cuma Along..
Tiada gelak tawanya menyakat Haikal.
Aku fikir mungkin mood datang bulannya membuatkan dia jadi pendiam.

Malam itu.. selepas makan malam,Along datang kepadaku.

“bu.. Along nak balik KL boleh? “Dia menunduk.

“Kenapa ni along?Kan along cuti lama..”Kataku hairan. Along seorang guru sambilan di sekolah. Tapi sekarang tengah cuti.

“Along tak suka duduk sini. Semalam along kena kacau. “Katanya sedikit takut.

“Kena kacau macam mana? Perasaan along je kot..Adik okay je tidur , takde cerita apa pun dekat ibu,”Aku bukannya tidak percaya..tapi aku tidak mahu along terlalu nenikirkan hal itu. Nanti lain jadinya.

Along cuma diam dan terus berlalu.

Hari berganti hari..

Along ku lihat semakin malas.

Masanya banyak dihabiskan di bilik. Keluar hanya apabila dipanggil.

Tingkat atas juga masih belum ku jenguk.

Pagi itu aku mengajak along ke tingkat atas. Untuk melihat jika ada barang yang masih boleh digunakan.

Along hanya diam. Mengikutku dari belakang.

Ketika itu hanya tinggal kami berdua. Haikal mengikut ayahnya keliling kampung. Suka sangat dia bila diajak keluar.

Aku membaca bismillah lalu menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas.

Sampai di atas, bulu romaku meremang. Aku berpaling melihat along di belakang ku. Dia hanya menunduk . Aku membaca ayat kursi berulang kali seraya melihat sekeliling.

Di tingkat atas ada dua buah bilik, dan keduanya tertutup rapat. Di ruang tamu pula ada televisyen lama dan set kerusi rotan. Cermin klasikyang digantung di dinding menarik perhatianku..

Mulutku masih membaca ayat ayat kursi ketika ingin mendekati cermin itu.

Niatku hanya ingin melihat ukiran di sekeliling cermin berkenaan.

“Along.. Cuba tengok ni. Cantikkan? “

Aku menyentuh ukiran pada bingkai cermin itu.

Tiba- tibaa.. cermin yang memantulkan wajah ku menjadi kelabu.. seperti cermin yang terkena wap air.

Aku memanggil along. Tapi tiada jawapan. Mata ku masih menatap cermin itu. Wap apa sampai berair cermin ni? Aku mencari cari kain untuk mengelap wap air yang menutupi ruang cermin.
Mujur ada tuala kecil yang terlipat elok di atas kerusi rotan tadi.Aku baru sahaja ingin mengelap cermin itu, ku dengar suara seseorang memberi salam.

“Assalamualaikumm.. Sitiii..”

Eh kak Tipah tu..

Aku meletakkan kembali kain berkenaan, dan ketika itu aku mendengar seperti sesuatu mendengus kasar.

Aku bergegas turun mendapatkan Kak Tipah.

“Nahh.. pisang. Boleh la hang buat jemput pisang petang karang,”

“Terima kasih kak.Haikal dengan along suka jemput pisang ni..” Kak Tipah menang tak pernah lokek dengan kami. Ada sahaja benda yang hendak diberi.

“Along mana? “ Tanya nya hairan .

“Ada dalam bilik kot..Tadi saya ke tingkat atas dengan dia, tengok tengok dia dah takde,”

“Alonggg.. Mak Pah datang ni..” Laungku .

Senyapp..

Baru sahaja Kak Tipah ingin membuka mulut..

DUMMMMM!

Bunyi seperti sesuatu tergolek jatuh di tingkat atas. Aku dan kak Tipah berpandangan.

“Alongggg..” panggilku lagi. Namun tidak bersahut.

Aku mengajak kak Tipah temankan ku untuk naik ke tingkat atas. Risau juga takut apa apa terjadi dekat along.

Aku berlari menaiki tangga diikuti kak tipah.

Hampir gugur jantung ku apabila melihat along pengsan di hadapan pintu salah sebuah bilik di situ.

“Along..Along…Macam mana boleh pengsan ni??”

Kudrat ku dan Kak Tipah tidak kuat untuk mengangkat along turun ke bawah.

Aku menyuruh kak Tipah menunggu di situ sementara aku ke bawah untuk menelefon suamiku.

“Eh jangan tinggal aku! “ Kak tipah berlari membuntuti ku.

“Aku takut Siti oi…Hang jangan buat main. Ni rumah lama. “Kak Tipah meluahkan rasa gelisah.

Aku kurang faham dengan apa yang dimaksudkan kak Tipah. Rumah ni ada benda ke? Nanti lah tanya..yang penting sekarang ialah along.

Selang 5 minit , suamiku sampai bersama suami kak Tipah dan dua orang lagi penduduk.

Selepas mengangkat along ke biliknya, suami Kak Tipah meminta segelas air dan membaca beberapa surah lalu dihembuskan ke dalam gelas berkenaan.

Muka along disapu berkali kali dengan air itu.. dan akhirnya dia sedar.

Matanya memandang kosong ke arah pintu bilik.

“Along kenapa pengsan ni? Ada sakit dekat mana mana ke?” Aku mengusap lembut rambut along.

Senyap..

“Biar la dia rehat dulu. Terkejut agaknya tu,” Kak Tipah mengajak ku ke ruang tamu.

“Kamu takdak kena apa apa ke? “ Tanya kak tipah separuh berbisik.

“Maksud Kak Tipah? “

“Alaaa.. Kena ganggu ke. Tapak rumah ni rumah lama..Kamu pun masuk takdak buat doa selamat ke apa..Faham maksud aku?”

“ohh.. Takde kak. InsyaAllah Abg kata nak buat bacaan yasin sikit esok. ,”

“Elok laaa..aku bukan apa siti, Setiap kali aku mai rumah kamu, rasa tak sedap. Maaf kata la naa..”

“Ehh takpe kak..biasa la rumah lama..” Aku berbasi basi.
Bukan apa.. taknak dilayan sangat. Takut nanti aku yang takut.

Along pula..sudah semakin menjadi jadi. Seharian dia tidak bangun dari katil. Berbaring sepanjang hari. Pada mulanya aku ingatkan dia hanya keletihan. Tapi dia langsung tidak mahu makan dan minum. Malah satu patah kata tidak terkeluar dari mulutnya.

Sehingga lah suatu hari, aku bermimpi.

Dalam mimpiku.. ada dua lembaga hitam sedang berdiri di kiri dan kanan melihat along yang sedang tidur.

Aku cuba menjerit ke arah kedua makhluk itu tapi suara ku tidak keluar.

Aku ingin mwndekati Along tapi kaki ku seperti di gam..melekat di lantai tempatku berpijak.

YaAllah.. apa semua ni.

“Keluar..keluar dari rumah ni. “ kedengaran suara garau entah dari mana.

“Keluar! Kalau tak aku ganggu anau satu persatu!!!”

Bingit telinga ku..suara itu bagaikan bergema memantulkan setiap kata berulang ulang.Membuatku terus terjaga..

Aku segera mendapatkan Along. Keadaannya masih sama.. sehingga kini. Along sudah tidak mampu berbuat apa apa. Mandi, makan , minum semuanya terpaksa dibantu. Bukannya dia tidak boleh bangun, tapi bila disuruh bangun, baru dia bangun, disuruh duduk, dia akan duduk. Kini hampir setahun along berkeadaan begitu.

Bermacam macam usaha sudah kami sekeluarga buat.. Jumpa pakar perubatan islam, ustaz..berapa banyak duit sudah habis. Tapi Along masih begitu..

Selepas along, Hadi pula terjangkit sama.. Ketika itu Hadi cuti semester. Niatnya pulang ke kampung untuk menemani ayahnya dan membantu menguruskab Along. Aku ketika itu pulang ke Kuala Lumpur sekejap.

Nakun Hadi lebih teruk. Secara senyap benda itu masuk ke dalam badan Hadi… Dia jadi lemah. Nak bangun pun tidak boleh..

Aku perasan akan perubahan Hadi apabila dia ambil masa yang lama untuk cuci tangan . Bayangkan basuh tangan dah 5 minit. Dah basuh, basuh lagi sekali. Sabun tu berapa kali dia picit..masih rasa tak bersih.

Pada awalnya aku biarkan kerana menyangka mungkin dia was was akan kebersihan dirinya. Tapi aku lupa..penyakit was- was itu sebenarnya bisikan dari syaitan.

*Jika ada pembaca yang mempunyai perasaan was-was, jangan layan sangat. Lama lama akan hilang sendiri. Kalau rasa tiba tiba basuh tangan acap kali, ambik wuduk pun was- was, rasa diri tak bersih.. dapatkan nasihat pakar. Penyakit was-was sangat bahaya.

Hadi juga begitu. Sehinggakan suatu hari, aku melihat dia memakai sarung plastik di tangan, untuk membuka tombol pintu bilik. Bila aku tanya kenapa, dia cakap.. takut kotor. Tombol pintu tu ramai yang pegang, jadi takut terjangkit dirinya.

Lama lama Hadi jadi paranoid, nak makan pun sibuk tanya makanan masak macam mana, bekas bersih ke tak. Tak percaya masakan ibu dia sendiri. Sampai kadang kadang rela tak makan.

Suatu hari, Hadi termenung di dapur. Kulihat ada sebiji gelas di tangan.. Dia termenung melihat gelas itu.

PANGGGGG!!

Aku langsung tak percaya apa yang aku lihat!

Hadi memukul kepalanya dengan gelas yang dipegang. Lepas satu satu gelas diambil dan di hempas ke kepala. Gelas pecah berkecai.. D***h mengalir membasahi mukanya.

Aku panikkk! Sumpah aku tidak pernah mengalami perkara ini.

Aku segera berlari mendapatkan Hadi.

Ku tahan tangan yang memegang sebiji gelas lain..

“Hadii anak ibu..kenapa jadi macam ni? Ya Allah.. anak akuuu. “ Aku menangis. Sungguh aku tak kuat. Cukup lah Along seorang..sudah tak tertanggung rasanya dugaan ini.

“Kenapa tak kacau akuuu je?!! Kenapa kacau anak anak akuu??! Hahh setannn?!! Manaa kauuuu!!! “ Aku meraung seperti orang gila..

Kali ini aku tak peduli..apa nak jadi, jadi lah.

Senyapp.. tiada respond.

Aku segera membersihkan luka Hadi. Kaca yang bersepah aku biar kan.. Nanti lah aku kemas.

Aku teringat akan seorang ustaz yang mengubati Along, sia pernah memberitahu, punca gangguan pada along adalah disebabkan ada penunggu di rumah yang kami duduki.

Bukan 1, Tapi dua.. Satu milik tuan rumah, satu lagi milik isterinya.. Pada asalnya untuk menjaga ladang getah mereka..

Selepas tuan mereka meninggal, anak-anak terus menjual rumah berkenaan dan tidak ambil tahu akan saka ibubapa mereka.

Sehingga kini, Saka itu menetap di rumah ini.

Aku pernah mengajak suamiku berpindah dan jual semula rumah dan ladang getah tersebut tapi suamiku bertegas bahawa tidak perlu mengalah pada makhluk itu. Kita sebagai Khalifah di muka bumi Allah ini kena kuat .

Itu aku tahu.. Tapi sampai bila hendak begini. Kesian anak-anakku..

Baru baru ini, Hadi mengamuk..

Aku yang ketika itu baru pulang dari rumah Kak tipah melihat suamiku berada di luar rumah.

“Abang…kenapa ni?!”

“Hadi pegang parang..nak tetak abang. Nasib baik abang cepat lari keluar,” Kata suami ku. Suaranya sedikit bergetar.

“Allahuakbar!!! Macam mana Hadi tu bang.. saya takut dia cederakan diri dia!”Aku ingin masuk namun dihalang oleh suamiku.

“Awak sabar..saya dah panggil ustaz, polis pun saya dah call,” Suamiku duduk menyandar di dinding luar rumah. Aku segera mengusap lembut bahunya.. Berat sungguh dugaan kami kali ini. Aku tahu dia juga sudah tidak tahu hendak berbuat apa apa.

JANGAN MASUKKKKK!! KALAU MASUKK, AKU PARANGG!

“Astaghfirullahalazim! Hadiii… Ibu niii. Mengucap Hadiii. “ Aku hanya mampu menangis.

Pintu utama rumah dikunci dari dalam. Hanya suara Hadi kedengaran menjerit sehingga serak suaranya.

Ustaz Kamil tiba bersama KakTipah dan suaminya.

Beberapa penduduk juga turut serta.

Melihat parang ditangan Hadi, Ustaz tidak berani mendekatinya tapi hanya mampu membaca ayat suci alquran dari luar sahaja.

“Kita tunggu polis saja lah kamal.. Aku takut nanti tersilap langkah, ada nyawa yang melayang,”
Suamiku hanya mengangguk.

Selang beberapa minit, polis tiba bersama ambulans.

Skeejap sahaja, Polis berjaya mengambil parang dari tangan Hadi ketika dia sedang leka. Hadi terpaksa di berikan ubat penenang.

Ku ingatkan suasana sudah tenang, Tapi malam itu..

ARGHHHHHH!!

Hadi mengamuk lagi.. Tetapi hanya meracau di biliknya.

Aku ketika itu berada di bilik Along, memang rutinku kini tidur di bilik Along untuk menemaninya sepanjang malam.

ARGHHHHH!

Pap! Lampu rumah terpadam. Aku tersentak.. Suamiku ketika itu tiada di rumah. Katanya ingin ke rumah kak tipah.

“Ya Allah!!”

Hampir tercabut jantungku apabila Along, yang sudah setahun terbaring kaku, Tiba Tiba bangun.

Meremang seluruh bulu romaku..

“Alongg..duduk meh. Duduk dekat ibu,” Aku cuba memujuk lembut. Aku tidak tahu samaada itu along atau makhluk lain yang tinggal dalam badannya.

Suruh dia diamm!! Jangan kacau aku berehat!! Kalau tak, aku bunuhh!

Mengucap panjang aku setelah mendengar suara itu. Kasar dan garau. Hilang terus suara along yang lembut dan sopan apabila bercakap denganku.

Rumah ini hak aku! Suruh dia berambus! Kalau tak, aku b***h!!
Menggigil seluruh tubuh Along menunjukkan dia sedang marah.

“Nanti ibu suruh Hadi diam ye.. Along baring sini. Ibu pergi jenguk Hadi.” Aku takut andai dua beradik ini menyakiti sesama sendiri. Aku tidak tahu punca yang menyebabkan along boleh bangun secara tiba-tiba.

Aku terus keluar selepas mendengar enjin kereta suamiku. Apabila aku masuk semula ke bilik Along, dia sudah terbaring seperti biasa.

Sejak dari itu, Hadi dan Along tidak boleh bertembung. Dengar suara pun tak boleh. Pernah sekali Along mengamuk kerana Hadi lalu di hadapan biliknya.

Kini Along tinggal bersama ku di Kuala Lumpur, manakala Hadi tinggal di Kedah , masih tinggal di rumah tersebut sehingga kini bersama suamiku.

Apabila tinggal di Kuala Lumpur, along sudah mula menunjukkan perubahan positif, boleh menggerakkan tangan, tapi masih terbaring kaku sehingga kini.

Suamiku tetap tidak mahu menjual rumah tersebut kerana dia yakin penunggu rumah berkenaan dapat di buang.

Tapi rata-rata penduduk di situ berkata, kalau penunggu sudah bertanah lama (bertapak/ tinggal), agak sukar untuk membuangnya dalam masa yang singkat kerana sudah sebati.

2/1/2018- Hadi dan Along masih sakit. Cuma aku tidak tahu sejauh mana sakit mereka.
Cerita di atas di ceritakn ateh beberapa bulan lepas. Sama sama kita doakan agar keluarga ateh kembali sihat. Ateh juga maish dihantui mimpi mimpi aneh dan berulang ulang. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada Along dan Hadi. Maaf andai penulisan agak panjang dan tidak menepati citarasa pembaca. Ada orang komen cerita bodoh dekat cerita rumah berpenunggu tu.. Takpela aku redhaaa je.. Tq to Fiskyen Shasha juga sebab bagi peluang dekat penulis baru macam aku untuk penulis.
SUFI

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

sufi1990

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

15 thoughts on “Rumah Berpenunggu (sambungan)”

  1. Aduhai..kalau sayalah..jual je la umah mcm tu..duduk dgn saka ni nak tenang mcm mana..silap hb saka tu masuk dlm badan..lagi haru..kesian ank2 jadi mangsa..

    Reply
  2. semoga semua selamat n dpermudahkan.

    ala, wat bodo je kt yg komen bodoh tu..lantak die la…chill2..

    cuma lain kali, awk tulis la kt title tu siap2…tu part 1 ke ape..senang..sbb ade org jenis syok2 bce, pastu bengang cerita trgantung..pstu ckp bodo ke ape…

    nti update la lgi psl fmly dorg ni…cara cerita bez je..

    Reply
  3. sy fhm knpe si suami xnk jual rumah/tanah tu…zaman skrg,hrga tanah mahal…tu tanah shja,xtmasuk umh…ap2 pn,moga2 along dgn hadi pulih secepatnya…ssh klu adik bradik xbtegur sapa ni…

    Reply
  4. mmg xley buang ke saka kt umah tu?lagi satu kiranya tingkat atas tu memang xde penghuni kah?and family ateh tu dah buat ke kenduri doa selamat?semoga tabah mhadapi ujian ini..mmg penat bila berhadapan dgn makhluk y kita xnampak,lebih2 agi bila makhluk tu dah rasuk family kita..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.