RUMAH SEWA BERPUAKA ATAU ADA GANGGUAN LAIN”
Saya nak share pengalaman rumah sewa yang kami suami isteri duduk dari 2018-2019
Yang taknak percaya terpulanglah, Ni pengalaman saya sendiri
Rumah sewa dekat Taman desa Jaya, Johor.
Rumah teres 2 tingkat, 2 bilik air dean bilik Ada 2. Rm650
.Bagi korang murah Tak?
First duduk dia dah bagi pengenalan dulu, suami dekat tingkat atas, saya pulak
dekat dapur, konon nak masak lah, tengah basuh2 beras…tetiba saya dengar bunyi yang buat bulu roma saya naik, bunyi dia sebiji macam bunyi ayam belanda. Kalau korang nak tahu dengar lah sendiri..
Selepas tu baru lah dia mula kacau dengan lagi dasyat, setiap pagi pukul 8, akan ada bunyi orang ketuk2 dekat dinding, bersebelahan dengan tempat sembahyang cina yang diaorg suka letak kat dinding tu. Sebelum kitaorg duduk, orang cina yang duduk dari apa yang agent cakap dulu, cina Singapore yang duduk. Jadi jarang lah kot balik, saya letak cermin dekat atas tu, tengok-tengok ada yang turunkan, siap terbalikkan cermin tu. Dari situ saya dah mula Tak sedap hati
Saya masak nasi dalam tengahhari, petang saya nak makan, kira nak repeat balik nak makan, lapar 😂. Nasi tu dah tinggal separuh..tapi ada orang tuang air dalam tu, antara permukaan nasi, airnya separuh dari nasi tu. Saya siap panggil suami turun tengok sendiri..suami pun macam pelik. Siapa yang masuk rumah tuang air dalam nasi. Sedangkan rumah dah kunci. Benda ni jadi 2,3 kali dah.
Bawang baru beli, lepas 3hari jadi busuk, berair dan hitam. Sekarang ni duduk dekat rumah sekarang bawang elok je walaupun dah 3hari. Saya sakit hati sebab dia usik makanan kita, bila dah jadi camtu kena beli lagi.
Bilik pulak Kat atas 1 buat lepak-lepak , 1bilik pula buat bilik pakaian. almari yang saya guna, almari kain Ada 3…
2,3 bulan saya letak elok je. Sampai satu malam tu, nak naik atas nak amek baju..3 almari Kain tu 3-3 jatuh roboh habis..
Panggil suami aik atas tengok..dia cakap siapa yang buat ni, mana lah tau, dia roboh camni pun. Kita tak ada dengar bunyi besi-besidia jatuhkan
Banyak lagi yang kami kena sebenarnya. Sampai suami saya, yang tak percaya benda2 hantu ni., pun naik takut, terus ajak pindah, suruh tanya agent nak pindah boleh tak. Agent pun macam pelik kenapa nak pindah.
Sebab baru sign agreement tambah lagi setahun duduk umah tu. Saya bagi alasan saya sendiri. Dia cakap boleh pindah. Tapi sampai hujung bulan, deposit 2 bulan burn. kami bincangkan balik. burn2 lah depo, janji kami suami isteri selamat..
Lagi kami suami isteri kuat hati nak pindah. Bila sya dapat tau dari jiran..
“RUMAH SEWA BERPUAKA: PART 2″
Disebabkan saya tak boleh tido lagi….saya share sambungan dia, apa yang kami lalui bukan cerita yang saya reka, memang cerita betul. Kawan-kawan baik saya, suami dan family suami semua tau. Sebab diaorg pelik kenapa kami nak pindah dari rumah tu tiba-tiba dan suami sendiri yang cerita dekat diaorang.
Pengalaman yang kami lalui bukan tu je.
1. malam tu malam jumaat, ; kitaorang dekat bilik atas duduk2 santai malam, kitaorg memang tak tido Kat atas kitaorg tido kat tingkat bawah. Nak dijadikan cerita, tengah duduk-duduk . Saya terpandang dekat depan pintu bilik.
Saya nampak benda dari lantai terperlantun keatas.. Saya nih dahlah rabun, sebab tu tak boleh nampak . Masa tu tak pikir apa dalam hati cakap lipas kot dan saya pun buat bodoh. Saya main handphone tak sampai dalam berapa minit tetiba suami cakap dengan kuat..siapa pulak tu baling benda dari tangga,pastu saya cakap benda apa, tu ha bendanya..suami tunjuk dekat arah benda yang saya nampk tadi. Saya pun pakai cermin mata (kalau nak tau power saya mencecah 550, silau 100 kanan kiri 50 sebab tu lah tak nmpk) dah pakai cermin mata saya tengok dekat benda tu. sambil berderau darah, getah rambut.???
Saya Macam pelik, getah rambut mustahil boleh terpelatun keatas, cuba korang yang ada getah rambut, try letak kat bawah kipas. Bergerak tak getah rambut tu, yang ni saya diamkan je..sebab saya tak nak 2 2 nnti takut.. Saya nampak getah tu terpelatun, tapi kenapa suami cakap ada org baling dari tangga.
Sampai sekarang saya musykil.
2. Asal pukul 8pagi kan saya cakap akan bunyi org ketuk2 kan. Saya masa tu tengah tido..terbangun saya dengar ketuk-ketuk tu lagi. Tengok ada suami kat sebelah saya tengah duduk, saya bangun dengan mamai, saya bukak surah ruqyah sebab saya takut bunyi benda tu. Rumah kami kalau tak bukak langsir memang gelap walaupun dah pagi.
saya bukak surah dan tido balik. Tetiba suami cakap tutuplah surah tu..saya cakap biarlah, dia marah, dia cakap. Aku suruh tutup, tutuplah…….tetiba dia slowkan surah tu sampai habis..ntah kenapa time tu..saya jadi taku, rasa macam tu bukan suami saya..sebab dia tak akan suruh saya tutup.. Saya rasa masa tu macam nak bangun lari keluar rumah nak minta tolong orang. Tapi saya tak berani, saya pejam mata kuat-kuat sampai tertido.. Masa tu saya dah tak toleh pun Kat suami balik. Yang ni Saya tak pernah tanya suami, sama ada dia ke tu atau tanya kenapa tutup surah tu.
3. Lepas dari kena macam tu, saya tak boleh tido malam. Saya rasa kaki saya sentiasa kebas, sejuk walaupun dah pakai selimut dan saya akan dapat tido lepas azan zuhur. Lepastu dekat umah tu ada sediakan kerusi yang pakai kusyen..kusyen tu akan terhakis dengan sendiri..jadi Macam serpihan pasir.
4. Saya tengah tido tetiba terjaga ..tersentak dengar bunyi cicak mengilai macam hantu pontianak. Saya bangun tengok suami takde, saya terus lari dekat atas.
5. Kitaorg baru nak tido tetiba ada orang jatuhkan periuk dari dapur. Suami cakap bukak lampu sekarang, dia cakap pergi tengok benda apa tu. Saya cakap jomlah teman tengok2 periuk jatuh bersepah.
6. Yang ni yang buat suami dan saya buat keputusan untuk pindah..Lepas dia pelik kenapa dekat dalam rumah boleh ada daun kering. Lagi benda yang jadi dia nampk depan mata, nasi kena tuang air.dan bawang membusuk……
ada satu malam tu saya pergi beli satay, satay yang orang bawak naik motor.
Tengah saya tunggu pakcik satay bakar satay depan umah saya, makcik jiran depan umah pun keluar nak beli satay juga, makcik tu tanya sewa berapa dan saya pun ceritalah, tetiba makcik tu cakap tahan ek awak suami isteri duduk umah ni. Setahun juga Ada kn?.”ye makcik dah setahun lebih”makcik tu sambung lagi, dia cakap,”awak penyewa paling lama”.sebab sebelum ni asyik tukar2 penyewa je..saya rasa macam.eiiiii geram nya aku dengan agent ni. Kau cakap orang yang sebelum kitaorg duduk, duduk sampai 2 tahun. Rupanya kau tipu kitaorg eh.
Saya pun cerita dengan suami, suami pun cakap jomlah kita pindah.. sebelum apa2.
7. Masa kitaorg dah siap pindah semua barang kerumah baru malam tu kitaorg datang rumah berpuaka untuk kali terakhir, tunggu agent amek kunci, agent pun ngada2 lahai nak jumpa malam2.
Kat umah tu pulak tu..hahhaha, sementara tunggu, kitaorg basuh rumah tu, suami kat atas. Saya dekat dapur..tetiba suami dari atas berlari kat saya
“Dia tanya kau ada naik atas ke tadi yang?”.dah kenapa kan orang dekat bawah je dari tadi ni cuci dapur” suami pun cakap..”sumpah tadi orang dari bilik depan nampak kau keluar dari bilik baju tu..lari turun bawah, Eleh tu kau Kan…saja je kan nak main-main?”saya cakap ah suka hatilah nk percaya ke tak ”
.Lepas tu masing-masing diam. Tunggu agent dan pulangkan kunci rumah tanpa tengok lagi rumah berpuaka tu.
Ok Kalau nak tahu sepanjang duduk situ application azan tak pernah berfungsi.. Bila dekat luar elok je setiap waktu azan akan berbunyi…ok tu saja cerita saya..
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit