Hai dan salam sejahtera kepada semua rakyat Malaysia (ceh wah gurau je) harap Korang stay safe lah kat rumah sementara PKPB ni.
Okay pada sapa yang baca cerita aku yang Lewat Pulang ke Rumah tu aku ada cakap yang aku ada kawan nama dia Jane. Sebelum kitorang pindah rumah sewa tu aku tumpang jap tidur rumah dia, saja stay up rumah dia. Aku dengan kawan aku lagi dua orang tu decide nak study rumah dia.
Ceh study lah sangat bukan study sangat pon biasalah perempuan kalau dah jumpa banyaklah cerita nak kongsi kan, tapi macam yang aku cakap dia ni agama Kristian. Boleh dikatakan keluarga dia ni kuat agamalah sebab dekat rumah dia ni macam banyak patung-patung, seakan patung sembahan.
Masa nak masuk rumah dia pon rasa aura dia lain macam mungkin sebab rumah dia banyak jin dan syaitan . Depan rumah dia pun dah ada satu patung dekat pintu masuk ada dua kiri kanan, dekat ruang tamu ada satu, tapi nak buat macam mana kepercayaan diorang kita tak boleh nak pertikaikan.
Okay kitorang pon start cerita-cerita macam-macam benda dan lepastu sampai tak sedar hampir lewat petang. Tapi petang tu hujan turun, lebat jugak lah. Kawan aku tiga orang tu nak balik diorang tanyalah aku nak balik sekali tak tapi aku pergi kereta asing-asing . Aku cakap lah tak pelah . Sebenarnya aku tak berani nak drive waktu hujan, entahlah tak tau kenapa.
Jadi aku decide nak tumpang tidur je rumah si Jane ni lagipun mak dengan ayah dia tak ada pergi mana entah. Malam tu aku dah siap mandi solat nak tidur lah tapi aku tidur dekat bilik dia. Bilik dia ni pulak macam panas tau….panas yang lain macam.
Mungkin ‘benda’ dalam rumah ni tak suka aku kot. Bilik dia ni pulak betul-betul sebelah pintu masuk macam yang aku cakap dekat pintu masuk rumah dia ada dua patung.
Entah kenapa malam tu aku macam tak boleh tidur, rasa macam di perhatikan. Tapi nak buat macam mana terpaksa jugalah aku tidur rumah dia sebab aku tak berani nak drive…..berhuhu jelah aku kat situ…
Makin lama rasa makin seram aku decide nak buka surah al-Baqarah dekat phone…..aku bangun nak baca Al-Quran, al-quran memang aku selalu bawak nak pergi mana mana pon.
Masa aku tengah baca quran tu tetiba macam ada orang ketuk pintu bilik. Aku berhenti sekejap. Aku pon bukak pintu. tapi tak ada orang, aku pelik lah.,,,,aku jenguk ke luar pintu tapi gelap gelita. Aku panggilan nama Jane,
“Jane,oh Jane.Kau panggil aku ke?”
Tapi tak ada orang menyahut, tiba-tiba lampu bilik aku terpadam macam blackout tapi dalam masa yang sama surah dekat phone aku tu terberhenti…faham tak BERHENTI. Padahal aku tak usik apa pon kat phone aku….lagi pon phone aku tu battery penuh lagi baru charge.
Aku dah rasa tak sedap hati….tetiba aku dengar bunyi pintu bilik macam terbuka, tapi aku diam je….tak taulah kenapa aku automatik terus menyorok belakang pintu bilik.
Lepastu aku terdengar macam suara garau, benda ni memang aku tak tipu…..suara garau tu cakap,
“Kenapa kau bawak dia masuk sini?!”
Tapi nada suara garau tu macam marah. Lepastu yang lagi terkejutnya suara yang balas tu suara JANE!
Dia cakap,
“Kenapa?dia kawan aku.”
“Kau tau tak budak tu buat hal dalam rumah ni?!”
“Jadi kau lah yang buat lampu ni terpadam? kenapa, dia buat apa sampai kau marah?”
“Dia dah pasang ayat yang mengarut ayat yang aku tak boleh terima! aku panas kau tau tak? sekarang ni aku nak kau halau budak tu keluar!”
Tetiba suara garau tu pandang aku. Benda tu lembaga besar warna hitam. Kan kalau pintu kan macam ada celah celah tu yang kita boleh intai…..aku ternampak dia…..terus ‘benda’tu tersenyum.
Aku dah menggigil satu badan, janganlah kau datang sini!tetiba lampu bilik aku terbuka balik….aku tengok benda tu dah hilang. Jane pon dah tak ada kat situ. Aku bertambah pelik sebab benda ni betul ke atau sebenarnya aku mimpi….aku tengok jam dekat phone dah pukul 3:30 pagi.
Aku pon abaikan lepastu aku terus tertidur.sedar sedar dah azan subuh. Lepastu aku bangun mandi solat subuh aku pergi dekat bilik Jane. Masatu aku dah pikir nak gerak balik rumah lah……seram aku duduk lama-lama dalam rumah ni…..masatu Jane bukak pintu,
“Kau nak pergi mana ni?”
“Ermmm, aku nak gerak balik ni Jane….terima kasih ya tumpangkan aku. Aku balik dulu ya Jane.”
Jane tak cakap apa cuma dia bukakan pintu pagar rumah dia. Aku tak cakap banyak terus start enjin kereta keluar dari rumah dia. Masa keluar rumah dia memang tetiba rasa lega. Entah lah tak tau kenapa rasa macam lapang tak terbeban langsung. Pelik jugak kan…..keluar je dari rumah dia terus aku tak pusing belakang dah.
Lepastu terus aku call kawan aku…..nama dia Aireen.
“Hello, assalamualaikum reen.,,,,kau kat mana tu?”
“Aku dekat rumah… Terus saja Aireen bertanya “kau okay ke tidur rumah si Jane tu….kau tau tak si Sha semalam masa dalam kereta nak balik tu dia kata rumah tu lain macam rasa….rasa macam berhantu je.”
“Weyh,seriuslah. Aku memang tak boleh tidur doh duduk rumah dia…..panas je rasa”.
Aireen pon ceritalah jugak apa yang dia rasa masa duduk rumah si Jane tu. Aku, Sha dengan Aireen Islam dia seorang je Kristian. Aku rasa dia tak melekat duduk rumah yang aku cerita Lewat Pulang ke Rumah tu mungkin dia tak selesa kot dengan kitorang….mungkin…
Okay akhir sekali aku nak cakap terima kasih kepada yang sudi baca cerita ringkas aku ni yang penting cerita ni benar dan telah menghantui aku sampai sekarang. Sekarang ni aku dah tak kawan dah dengan si Jane…..mungkin sebab kitorang berlainan agama jadi ada salah faham sikit….hmmm… Minta maaf sekiranya cerita aku kali ini menyinggung perasaan pembaca yang lain. Aku harap admin post cerita ni….thanks admin ❤️.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Terbaik..
mengarut dan menghina agama lain..mesti belajar dr penunggang agama…admin tolong pantau
Tapi untuk pengetahuan korang juga agama Kristen ni tak lh sembah patung macam keluarga Kami mana ada letak patung kat rumh cukup lh hanya berdoa dan menyembah tuhan sahaja Kami pun takut tengok patung tu macam ada benda yang menumpang bukan nak menghina agama sendiri tapi tulah kenyataan dan aku tak tahu kenapa mesti letak patung yang sebesar alam Tu kat rumh lagi satu letak patung macam tu macam karut je and aku nak mintak maaf seandainya apa yang aku tulis ni menyakitkan hati umat Kristen yang lain aku tahu aku tak ada hak untuk mempertikaikan apa yang korang buat aku cuma beritahu je apa yang tersirat dalam hati aku ni
Tapi para pembaca harus tahu juga tak semua umat Kristen yang menyembah patung macam keluarga kami mana ada letak patung kat dpan rumh ataupun kat dlm rumh sebab kami pun takut kalau ada bnda yang menumpang dekat patung cukup lh hanya bersembayang dan berdoa Minta pelindungan daripada tuhan dan aku juga tak tahu kenapa mesti letak patung yang sebesar alam kat rumh karut je bukan nak menghina agama sendiri tapi tulah kenyataan bukan dan aku juga nak minta maaf seandainya apa Yang aku tulis ni menyakitkan hati umat Kristen yang lain aku tahu aku tak ada hak untuk mempertikaikan apa Yang korang nak buat aku cuma nak menyampaikan apa yang tersirat dalam hati aku 😊😊😊😊
Seronok betul mainkan agama orang.
cerita nie best. aku terhibur. tapi part yg kau cakap tu “Masa nak masuk rumah dia pon rasa aura dia lain macam mungkin sebab rumah dia banyak jin dan syaitan.” agak2 la wei, agama lain yg xda patung2 tu pn ada bnda tu jg tau. kalau yer pn nak bercerita tu tolong la belajar untuk RESPECT agama orang lain. hantu tu ada bukan sebab agama, tapi dah terbukti yg kau tu tak kuat iman dan penakut. penulis lain okey jer bercerita, xde plak sentuh2 part agama nie. minta maaf la yer, tp tu la hakikat dia. terima kasih.
Minta maaf ye semua saya tiada niat nak mainkan agama tapi ini cuma sebahagian pengalaman saya berkawan dengan beliau.saya minta maaf andai saya menyinggung mana mana pihak sebab saya cuma berkongsi pengalaman sahaja.maafkan saya semua❤️
Minta maaf ye semua saya tiada niat untuk memain mainkan agama.maaf andai saya menyinggung perasaan mana mana pihak saya cuma berkongsi pengalaman semasa saya berkawan dengan beliau.maafkan saya semua❤️
Maaf lepas ini saya akan berhati hati semasa ingin berkongsi cerita😥
Maafkan saya ye semua saya tiada niat untuk memain mainkan agama.saya cuma ingin berkongsi pengalaman semasa saya berkawan dengan beliau.maafkan saya semua selepas ini saya akan berhati hati ketika ingin berkongsi cerita .tolong maafkan saya😥❤️
Menyesalnya baca. Tak tahu macamana boleh approve cerita macam ni. Rasanya kawan awak tu menyembah berhala, dia hanya beragama kristian tapi terpesong. Setiap agama dekat dunia ni suci. Yang menjadikan dia kotor adalah umat manusia itu sendiri. Fikirkan2 lah wahai penulis yang bijaksana.
Best eh mainkan agama lain..yang lagi best admin bole approve cerita ni..
Jalan cerita menarik tapi cara penulisan mungkin kena perbaiki lagi untuk elakkan sentimen perkauman dan agama
Adik , saya rasa beberapa ayat yang adik gunakan berbentuk penghinaan. Minta boleh dihindari.
Contohnya : mungkin sebab rumah dia banyak jin dan syaitan
Nasihat saya jangan gunakan ayat sebegini kerana semua agama perlu dihormati.
Terima kasih
hmmm…bila masa penulis menghina ugama orang lain? pada pandangan saya, cara dia bercerita tu, macam sama jikalau kita cakap rumah orang islam kita macam banyak jin dan syaitan so they all taruk lah apa apa ayat kat dinding. sama jugak macam ni kan? maybe, empunya rumah tu rasa rumah mereka ada sesuatu dan idol idol tu seme mereka anggap boleh menjauhkan dari terjadi sesuatu yang tidak diingini. positive thinking.
nak bercerita tak salah tapi cara bercerita macam menghina agama orang lain. saya ni beragama islam bukan kristian. bukan memihak pada agama lain tapi cara bercerita tu saya rasa penulis perlu tukar cara bercerita. jin ni ada kat mana-mana. kita pun tak di galakkan simpan patung yang lengkap sempurna sbb jin suka duduk kat dalam tu. penulis perlu tahu agama kristian bukan memuja patung. mereka ada kepercayaan mereka sendiri tapi bukan patung ye. cara penulis bercerita mcm nak sampai kan agama orang tu puja patung yang ada penunggu. dan mcm di buat-buat pun ada jalan cerita. di buat-buat tak salah tapi jangan sampai menyinggung perasaan orang lain. kalau tahu jalan cerita tu mcm akan buat orang lain sakit hati, sebelum minta maaf tu betul kan dulu cara bercerita. ending yang kata tak kawan dgn jane tu mmg la jane terasa wahai si penulis sebab di tuduh mcm tu. mungkin dia sendiri pun tak tahu jin ada dalam patung. benda kebetulan jadi. jin memang wujud tetapi kdg2 bila kita terlalu takut overthinking pun boleh terjadi. Sebagaimana mereka hormat agama kita, kita pun kena hormat agama mereka lagipun dalam islam, memang dinasihatkan untuk tidak mempersenda dan menghina agama orang lain. saya pun ada kawan yang berlainan agama. elok je. sebab tu bila masuk rumah orang kena hormat cara orang. dah elok orang bagi tumpang duduk rumah semalam dua, keluar je terus bercerita yang x elok. tengok cara penulis cerita dalam ni pun boleh agak kenapa jane tu terasa. macam menuduh . maaf ye ini cuma pendapat. terima kasih.
boleh kongsi cerita dan nak cakap pasal agama orang lain pun boleh tapi ayat digunakan tu xbersesuai dan sgt sensitif setengah pihak, saya pun agama kristian dan patung yang diletakkan didepan rmh tu bukan la patung sembahan, tapi memperingati mereka yang telah pergi mendahului kita, semua agama xdapat melihat Tuhan tapi apa yang kami lakukan adalah untuk memperingati sahaja dan tak menyembah. Didalam kristian juga tidak ada perkataan menyembah patung kerana itu dianggap berdosa dan dianggap menyembah benda lain. Disekeliling kita memang ada roh jahat ya, Itu bergantung kepada pegangan iman masing-masing. Untuk pengetahuan sesetengah pihak agama Kristian banyak cabang ya bukan satu sahaja dan masing2 percaya mengikut ajaran sendiri. Maafkan saya kalau terasa dgn comment saya ini. tq
Cerita awak memang bagus, tapi ayat yang digunakan tu tidak bersesuaian dan sangat sensitif, saya pun agama kristian, untuk maklumat semua patung yang kami simpan di depan rumah dan didalam adalah sebagai memperingati yang telah pergi mendahului kami, dan sebagai perlindungan bahawa Tuhan ada disitu utk bersama dan lindungi kami daripada roh jahat ini kerana kami tidak pernah tau muka Tuhan kami jadi itu sebagai gambaran sahaja xda maksud sembah sana sini. Tak semua kristian ya mengamalkan perbuatan terkutuk begitu, agama kami juga melarang menyembah patung2 kerana itu dianggap menyembah Tuhan lain(benda lain). dan roh jahat takkan masuk rumah kalau kita xbenarkan, sama seperti agama lain juga ya. Pernah ke tgk rumah yang memang agama dia kuat takda gangguan langsung, sekeliling kita ni sentiasa ada je syaitan dan iblis cuba dekat. kuatkan iman dan banyakkan berdoa sahaja, lagi satu makin kita dekat dgn Tuhan, makin tula roh jahat makin mencobai kita. Tak salah pun awak nak kongsi cerita ni, memang sesetengah pihak masih membela tapi jgn melibatkan ajaran agama sbb xsemestinya ok. Saya bukan nak mengata sesiapa tapi masih ada juga umat yg beragama islam yg memang tak tinggalkan solat tapi msh mengamalkan perbuatan syirik. sorry ya ini berdasarkan research saya, mcm yg sya kata benda tu xkan masuk klau kita xbenarkan ok. Itu sahaja dari saya, jangan gaduh2 benda bleh settle.
Jangan menghina agama orang lain . kalau x faham… tanya, supaya kaua dapat kefahaman itu dan tak buat spekulasi sendiri
Saya rasa ni bukan sebab letak patung.
Macam orang agama lain,ada jugak yang pelihara benda kan. Mungkin ITU yang penulis nampak,lagipun kita mana dapat bercakap dengan apa apa makhluk macam tu sebagai penganut kristian😂
Elleh korang..
aku baca ok je.. takde pon menghina agama..
dah camtu citernye..
pedende lah..
KEPALA BAPAK KAU MIMI BILA MASA PENULIS NI MAINKAN AGAMA KAU TU MEMBACA MACAM BUDAK 5 TAHUN DO 🖕🖕🖕🖕👹👹
AKU SETUJU DENGAN SOLOZ CERITA NI BEST
penulis ni mesti keluarga dia taksub dgn PAS…sbb tu smpi tahap suka ckp mcm tu…aku paling menyampah bila dia ckp “kita islam” , “dia kristian”..pastu sampai x bkawan psl beza agama…sgt low mentaliti ko ni dik..