Rumah Jiran (part akhir)

Hai dan Assalammualaikum, nama aku Manis (bukan nama sebenar).Aku asal orang Sarawak sebelum ni aku ada cerita tentang “Rumah Jiran” dan ini adalah part akhir cerita tu. Aku decide untuk cerita kisah ni dengan bermulanya pasangan suami isteri (Kak Sal dan Abg Meon bukan nama sebenar) tinggal dirumah tu sebab dorang penyewa atau penduduk pertama yang tinggal di rumah tu. Rumah tu sebenarnya dimiliki oleh saudara Kak Sal memandangkan Kak Sal memang mencari rumah sewa jadi saudara nya izinkan mereka berdua menyewa disitu memandangkan mereka memang tengah membina rumah di kampung tanah pemberian keluarga kak Sal sendiri jadi sementara menunggu rumah mereka betul-betul dah siap mereka tinggal dulu di tempat lain.

Cerita ini bukan cerita rekaan sebab cerita ni memang Kak Sal dan Abg Meon sendiri yang melaluinya dan bercerita dengan mak ayah aku seminggu sebelum dorang pindah balik ke kampung.

Pada bulan pertama menurut Kak Sal takda apa-apa yang aneh pun dengan rumah tu sehinggalah mereka berdua buat Keputusan nak tengok bilik ditingkat atas sebelum decide nak guna bilik atas tu sebagai master bedroom. Bilik diatas tidaklah berkunci tapi bertutup dan menurut saudara kak Sal sendiri semasa diorang beli rumah tu dulu memang rumah tu baru siap dan dorang tak pernah jejak kaki kat Tingkat atas tu. Masa dorang dah terima kunci rumah tu dorang masuk letak perabot sikit pastu tinggalkan begitu Sahaja sebab niat asal owner rumah tu memang bukan untuk didiami ahli keluarga tapi memang untuk disewa sebagai side income owner tersebut lah.

Di singkatkan cerita, selepas je Kak Sal dan Abg Meon bukak bilik atas tu nak tengok Kawasan bilik untuk tujuan decoration dan seangkatan dengannya pada malam tersebut la bermula kisah seram yang mereka dua lalui sepanjang 2 tahun tinggal disitu. Pada malam hari yang sama bilik atas tu dah dibukak, Kak Sal bermimpi ada satu ahli keluarga terdiri daripada Suami, Isteri, Kakak dan adik lelaki yang duduk kat bilik atas tu. Tu okay lagi sekadar bermimpi penampakan Lembaga ahli keluarga duduk di bilik atas kemudian dia pun terbangun dan tengok jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dalam keadaan hati tengah berdegup kencang disebabkan mimpi tu tadi, tiba-tiba Kak Sal terlihat satu sosok Lembaga hitam berambut Panjang berdiri disebalik pintu bilik.

Kalau yang sudah baca part satu ada jugak scene begini sebab memang habit kakak ni suka tak tutup pintu bilik rapat (benci aku bab tu la ada jek yang menilik haha gurau2) okay let’s get back to the story. Kak Sal tergamam sebab sosok itu serupa dengan sosok yang dia lihat dalam mimpinya tadi cuma yang dilihat Cuma satu sosok iaitu si “kakak”. Beberapa saat selepas itu sosok tu berlalu pergi lalu kak Sal cuba husnuzon mengatakan itu mainan tidur sampai dia boleh berhalusinasi yang bukan-bukan.

Keesokan harinya Kak Sal cerita mimpi tu dan apa yang dia tengok dengan Abg Meon tapi Abg Meon tak percaya dan mengatakan yang Kak Sal mungkin terlalu penat menjahit pesanan customer yang semakin banyak yang dia pun terpaksa limitkan order pada ketika itu.

Kak Sal pun mengiyakan apa yang dikatakan Abg Meon sebab ada benarnya jugak keletihan boleh menyebabkan dia boleh berhalusinasi dan bermimpi yang bukan-bukan. Jadi Kak sal pun menjalankan rutin harian seperti biasa di rumah sementara Abg Meon pergi bekerja. Tapi dia tiba-tiba berasa tidak selesa pada hari itu bagai ada orang yang memerhatikan setiap gerak gerinya dirumah itu. Kak Sal pun cuba untuk menepis pikirannya dan sambung buat apa yang patut iaitu menyiapkan pesanan customer sehinggalah malam menjelma kak Sal tidur semula dan bermimpi lagi sosok-sosok ini tapi kali ini sosok ini berada di hujung kakinya memerhatikan dia tidur (dalam mimpi) dengan tidak semena-mena dia terbangun dan betul memang sosok itu berdiri disitu persis dalam mimpi nya tadi lalu dia pun menjerit terkejut dan Abg Meon pun terbangun dek jeritan Kak Sal lalu bertanya “Kenapa ni, ada sakit kat mana-mana ke?” melihat kak Sal tercungap-cungap. Sosok itu pun dah hilang dan kak Sal pun bagitau “Abg, ada hantu la kat kaki Sal tengok Sal tidur, dia berdiri kat sini kat hujung katil kita ni. Abg, sal takut la bilik atas tu berhantu” lalu Abg Meon menjawab “abg tak tengok pun hantu tu, Sal penat sangat ni apa kata berhenti dulu menjahit rest 2-3 hari baru sambung. Sal berhalusinasi je tu takda apa-apa la. Abg okay je duduk rumah ni takda mimpi takda tengok hantu pun. Sah sal ni penat ni. Dah jum la sambung tidur Abg penat ni esok nak kerja jgn layankan sangat perasaan tu.”lalu mereka pun sambung tidur.

Keesokan harinya Abg meon pergi bekerja dan kak Sal berehat seperti apa yang dicadangkan oleh Abg Meon. Abg Meon ni suami yang baik walaupun dia tak percaya apa yang dicakapkan kak Sal tapi dia memang betul-betul maksudkan apa yang dia cakap iaitu Kak sal kene berehat jangan buat kerja. Sebelum Abg Meon turun kerja dia dah pun kemas rumah, masak, dan basuh pakaian sebab dia nak kak Sal betul-betul berehat.

Pada haritu kak Sal baring di hadapan tv. Sambil tengok tv, tiba-tiba ada semacam benda hitam duduk di belakang tv. Kak Sal gosok mata dan melihat semula sosok tu hilang. Kak sal jadi takut kemudian keluar rumah pergi melepak di rumah jiran sebelah sampailah Abg Meon pulang dari kerja. Dia cerita lagi benda ni kat Abg Meon seperti biasa dialog yang sama Abg Meon ucapkan.

Keesokkan harinya lagi kejadian yang sama kak sal sering melihat sosok hitam ni di setiap tempat di seluruh Kawasan rumah sekejap di dapur sekejap di tangga sekejap di dalam bilik mereka sampaikan kak Sal sering tidak dapat menyiapkan pesanan customer pada masa yang ditetapkan. Sosok itu sering menampakkan dirinya bersilih ganti sekejap si “kakak” sekejap si “adik”, sekejap si “ayah” dan si “ibu”. Kak Sal dah tak tahan dengan gangguan demi gangguan kadang pinggan mangkuk beterbangan dan sebagainya di siang hari pulak tu bila Abg Meon tiada di rumah. Akhirnya kak Sal buat Keputusan untuk bawak segala peralatan menjahit ke rumah kakaknya di kampung yang tidak jauh dari perumahan kami sebab dia nak siapkan pesanan customer yang banyak sudah mendekati Tarikh yang ditetapkan.

Sampailah suatu hari Abg Meon mengambil cuti tahunannya sebab terlalu penat hampir kesakitan seluruh badan. Macam biasa haritu habis sahaja kak sal kemas rumah, masak dan mencuci pakaian, kak sal terus bergerak ke rumah kakaknya untuk sambung menjahit lalu tinggallah Abg Meon seorang diri yang masih tidur disebabkan tidak berasa sihat pada pagi itu. Dalam jam 12 tengah hari macam tu Abg Meon pun bangun dari tidurnya nak pergi makan sebab lapar katanya. Alangkah terkejut beruknya dia apabila mendapati ada satu sosok Perempuan berambut Panjang Tengah bertenggek di hujung kakinya Tengah memerhati Abg Meon yang baru bangun tidur.

“Astaghfirullah al-azim! ya Allah! Aúzubillahhiminasshaitonirrojim!” lalu bingkas Abg Meon bangun berlari keluar bilik sebaik saja kelibat itu hilang setelah beberapa saat abg Meon bangun dari tidurnya tadi. Terus hilang rasa laparnya dan segera menelefon kak Sal untuk jangan berlama-lama di rumah kakak iparnya kalau boleh segeralah pulang. Pada masa itu aku baru balik dari sekolah kehairanan kenapa Abg Meon berlegar-legar di muka pintu habis semua meja kerusi di angkutnya ke muka pintu rumahnya dan pintu pun dibukanya seluas-luas alam sambil menunggu kak Sal pulang kerumah.Pada masa ni aku tak tahu cerita, kehairanan seorang diri dan ayahku pun tidak ada dirumah kalau tidak pasti sudah tahu cerita pada masa tu.

Sambung… sejurus kepulangan kak Sal dari rumah kakaknya terdengar suara bebelan Kak Sal dari rumahku sebab kak Sal memang mempunyai suara yang kuat tetapi tidak aku ketahui apa yang diperkatakannya pada masa tu dan mak aku pun cakap buat taik telinga saja biasala orang suami isteri. Pada masa ni rupanya Kak sal membebel melihat habis kerusi meja dapur di angkut suaminya ke depan pintu rumah “dah kenapa orang tua ni buang tabiat ke” katanya. Lalu abg meon pun bercerita apa yang terjadi tadi kemudian kak sal mentertawakannya dengan berkata “tu lah selalu cakap sal ni halusinasi abg pun berhalusinasi gamaknya abg penat kot tu jangan difikirkan sangat hahahahah” abg meon pun menjawab “ya abg tau la abg salah maafkan abg tak percaya sal tpi ni bukan halusinasi sal mmg betul dia bertenggek kat kaki abg tadi” lalu kak sal menjawab “apa macam? Sudah terkena. Ada banyak percaya sudah ka? Sudah kena kan? Padan muka siapa suruh mulut celupar cakap hantu tak wujud la rekaan minda la”kak sal menyindir. Lalu abg meon diam tak terkata dan terus memberi cadangan untuk mencari orang yang pandai berubat rumah dengan izin tuan rumah itu.

Hari berganti hari bulan berganti bulan tukang berubat berganti-ganti sampai mencecah bilangan 15 orang secara total dalam masa 2 bulan pun rumah itu masih berhantu dan hantu tu makin galak mengganggu sampailah mereka berjumpa dengan seorang ustaz. Ustaz ni memberitahu sebenarnya yang tinggal di rumah itu Adalah penghuni asal sebelum rumah tu wujud lagi mereka ni satu keluarga terdiri daripada suami isteri berumur pertengahan tahun, seorang anak Perempuan berumur belasan tahun dan anak lelaki yang berumu 8,9 ke 10 tahun. Mereka jauh lebih dahulu tinggal disitu dan Kawasan rumah kami ni sebenarnya sebuah perkampungan. Rumah sewa kak Sal ini merupakan salah satu rumah yang dibina betul-betul di atas rumah “keluarga ini”yang sering memunculkan diri menganggu kak sal dan abg meon. Mereka memberitahu yang mereka nak kak sal dan abg meon untuk keluar dari rumah tu mereka tak suka berkongsi rumah dengan manusia. Memandangkan rumah kak sal di kampung itu belum siap dan mereka kalau boleh taknak berpindah randah sebab susah nak mencari rumah sewa yang harganya serendah rumah yang mereka duduki sekarang lagipun mereka hanya duduk buat sementara waktu menunggu rumah mereka siap dibina. Jadi, ustaz ini pun cuba untuk membantu kak sal dan abg meon menghalau keluar mereka sekeluarga dengan menyuruh mereka berpindah ke tempat lain.

Maka berlakulah proses menghalau keluarga jin ini pada malam tersebut dan kak sal langsung tidak memberitahu perihal ini kepada sesiapa pada masa itu dan pada malam itu jugak aku dan mak aku bermimpi dimana aku bermimpi si “kakak”nak masuk rumah tetapi aku melarangnya lalu dia nak mencekik aku tetapi aku terus tersedar pada jam 3 setengah pagi manakala mak aku pulak bermimpi si “adik”merayu mintak dibukakkan pintu tetapi mak aku pun tak membuka pintu dan tersedar jugak dari tidur dalam jam lebih kurang sama. Macam mana kami tahu mimpi kami relate dengan situasi menghalau tu tadi? Sebab keesokkan hari ayah aku bertanya siapa yang datang ramai-ramai berjubah dan berserban semalam di rumah mereka dan abg meon terus cerita yang dia tengah ubat rumah nak halau hantu katanya setakat itu ceritanya kat ayah aku. Dari situlah aku dan mak aku terus sedar yang mimpi semalam tu mungkin ada kaitan dengan rumah mereka.

Tetapi ketenangan rumah itu hanya sementara waktu setelah beberapa minggu “mereka”Kembali masuk ke dalam rumah tu mengganggu seperti sebelumnya. Kak sal dan abg meon sudah berputus asa untuk mengubati rumah tu lalu dibiarkan sahaja. Jadi setiap kali abg meon kerja malam memang kak sal terpaksa mintak teman jiran sebelah rumahnya dimana jiran dia tu tak dapat nak bertahan bermalam dirumah tu dan malam tu jugak angkat kaki balik rumah dan kak sal pun terpaksa bermalam dirumah jirannya tu malam tu. Jiran sebelah rumah tu diganggu dengan penampakan serupa tikus tapi bersaiz manusia duduk di depan bilik tidur kak Sal sewaktu dia nak keluar pergi ke tandas.

Pada hari kemudianya pulak kak sal mintak teman jiran lain pulak dimana gangguan yang dilaluinya sosok tu berada dalam posisi macam baring tetapi terapung di atas badan jirannya itu. Sekali lagi jirannya lari pada malam tu jugak dan serik untuk bermalam dirumah tu dan barulah kemudiannya kak sal meminta aku untuk menemaninya dimana cerita ni aku dah story dalam “Rumah Jiran” yang pertama. Disebabkan semua orang sudah menolak untuk teman kak sal tidur dirumah nya, abg meon buat keputusan untuk tidak mengambil kerja syif malam selagi mereka belum berpindah keluar dari rumah itu.

Tak lama setelah itu, kak sal dan abg meon buat Keputusan untuk mengambil anak angkat memandangkan rumah mereka sudah 90% siap dan mereka nak memulai kehidupan Baharu dengan kehadiran si kecik mereka tu. Rumah mereka pada masa tu cuma makan2 minggu sahaja lagi untuk siap sepenuhnya. Kehadiran si kecik itu membuatkan keluarga ini semakin kacau sebab hari-hari anak mereka ni melalak asal lepas asar je mulalah melalak. Tapi bila disiang hari anak mereka ni akan sering ketawa tanpa sebab macam tengah bermain dengan sesuatu. Disebabkan mereka takut “keluarga” ni membawa mudarat ke atas anak mereka, mereka decide untuk keluar awal dari rumah tu dan menetap 2 minggu di rumah mak ayah kak sal. Sebelum mereka berpindah pun mereka menjemput kembali ustaz yang dahulu tu untuk tolong tengokkan anak mereka takut “keluarga” ini cuba mengikuti mereka ke rumah baharu. Syukur alhamdulillah ustaz tersebut dapat buat “keluarga”ini untuk tidak mengikut kak sal sekeluarga sebab memang betul firasat kak sal tu yang mereka memang cukup suka dengan anak mereka.

Mereka pun sudah berpindah dengan keadaan tenang tetapi rumah itu Kembali kosong dan setiap kali adik aku bermain di hadapan rumah pada waktu petang mesti malamnya adik aku akn mengingau seperti kena rasuk. Ye, dia mengingau bukan kerasukan. Setiap kali tidur pasti dia akan bangun berlari kedepan dan kebelakang sambil meloncat-loncat dan menggoyangkan pergelangan tangan macam dukun drama korea yang selalu menari loncat-loncat tu. Tapi adik aku dia akan meloncat sambil menjerit meminta tolong dan menangis-nangis. Ayah aku terpaksa pasungkan dia dan lumurkan minyak wangi yang selalu ayah-ayah pakai pegi masjid tu baru dia tenang dan Kembali tidur seperti tak ada apa-apa yang terjadi dan kejadian ni hampir setiap hari selama 3 minggu terjadi dimana akhirnya nenek aku bawak adik aku berubat tapi maaf aku tak ikut masa tu aku tak tau macam mana proses mereka ubat adik aku. Tapi nenek aku cakap orang yang ubat tu bagitau si “adik” di rumah tu yang suka menyakat adik aku sebab adik aku sebaya dia. Dia cuma nak bermain dengan adik aku. Rupanya adik aku kena “sakat” jin sebab dia selalu balik betul-betul before maghrib. Lepas kejadian tu takda lagi dah adik aku main petang-petang.

Sampailah umur aku 23 tahun selepas 8 tahun kak sal pindah. Rumah itu kembali disewakan dengan penyewa kedua. Penyewa ni pun tak bertahan lama di rumah tu. Penyewa ni tak bercakap sangat dengan kami sebab dia selalu keluar bekerja tetapi dari jauh kita dah boleh nampak betapa banyak Yassin dan Al-Quran disangkutnya disetiap tingkap rumah atas dan bawah. 6 bulan selepas tu mereka pun berpindah keluar dari rumah tu dan sampai sekarang lah rumah itu kembali kosong.

Kalau korang tengok rumah tu memang nampak vibes seram dan vibes dark sebab rumah tu satu-satu rumah yang nampak sangat suramnya ibarat rumah itu rumah lama ratusan tahun. Baru-baru ni owner rumah tu buat renovation sebab nak kasi anaknya duduk disitu. Proses renovation makan masa 3 tahun pun masih belum siap. Rumah tu pun sekarang masih dalam proses renovation yang tak berkesudahan tetapi hari-hari aku dengar surah rukyah dipasang 24 jam di rumah tu tanpa henti walaupun takda sapa kat rumah tu. Punya hardcore rumah tu sampai macam tu sekali owner tu terpaksa buat. Sampai sini je cerita aku kali ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Manis

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.