Rumah Kapar

Assalamualaikum, terima kasih kepada Fiksyen Syasya kerana menyiarkan kisah aku ni. Buat pembaca semua, harap korang sihat-sihat saja.

Aku sebenarnya nak citerla kisah seram yang terjadi di rumah aku sendiri. Aku ni tinggal dekat area Kapar, Sementa. Kisah ni terjadi pada kami sekeluarga sendiri dan cerita-cerita daripada jiran tetangga kami. Bukak aib rumah sendiri nampak! Haha sebenarnya dia bukan pasal rumah tu pun, tapak rumah tu je sebenarnya yang buat rumah aku ni creepy sikit.

Okayla kita mula dengan cerita pertama, benda ni dialami sendiri oleh ayah aku. Masa ni adik nombor tiga aku baru lahir, umur dia maybe dalam 1-2 bulan macamtu. Adik aku ni boleh dikatakan tiap-tiap malam dia akan menangis. So dalam pukul 2 pagi, dia dah start menangis. Ayah aku keluar bilik nak pergi dapur ambik air panas. Bilik sebelah ayah aku tu kosong and pintu terbukak, ayah aku menonong la ke dapur ambik apa yang patut. So masa nak menuju ke bilik adik aku yang menangis tu, ayah aku kena lalu bilik kosong tu dulu. Ayah aku terkejut pintu bilik tu tertutup rapat, masa pergi tadi bukan main luas pintu tu terbukak. Ayah aku tanya ibu aku, dia ada tutup pintu bilik sebelah ke. Ibu aku geleng je, dari tadi dia kat dalam bilik. Aku?! Aku dah terbongkang tido kat bawah haha. Aku darjah 3 time tu, still tido dengan parent. Bilik kosong tu patutnya bilik aku haha.

Tiba-tiba kan, ayah dengan ibu aku terdengar bunyi pinggan pecah kat dapur. Ayah aku tak syak apa-apa keluar check kat dapur, kot-kot tikus. Tapi tengok kat lantai kosong pulak. Tapi kan, ayah aku cakap dia memang rasa meremang kat belakang taw, macam ada benda tengah berdiri kat belakang dia. ayah aku cepat-cepat masuk bilik and dia ada perasan pintu bilik kosong tu terbukak sedikit, sebelum benda-benda tak sepatutnya keluar sergah ayah aku, better ayah aku chaw haha. Bilik kosong tu dah jadi bilik aku dengan adik aku nombor 3 tu haha, hari-hari kami pasang ayat Kursi kat bilik tu.

Cerita kedua pulak, ni pengalaman adik no 3 aku sendiri haha. Nama dia Lya, masatu aku duduk asrama so Lya kena tidur sorang-sorangla kat bilik tu. Masatu dia form 2, dia tengah siap-siap nak tidur dalam pukul 12 pagi camtu. Dia tidur menghadap pintu tapi jarak dia dengan pintu tu taklah dekat sangat. Adik aku ni tidur mengiring ke kanan, dia cuba nak pejamkan mata suruh tidur tapi dia tak dapat tidur jugak. Jadi, dia mengiring ke kiri. Lepastu kan, mata adik aku terbeliak sebab pintu bilik dah terkangkang luas, dahlah gelap kat ruang tamu rumah tu. Dia hairan la, kalau pintu terbukak mesti dia dengar bunyi krekk ke apa ke, tapi ni tak. Tiba-tiba je dah ternganga pintu, nasib baik takde benda-benda yang menunggu kat depan pintu tu haha, dia pun ambik bantal ngan selimut terus cabut pergi bilik mak aku haha. Benda ni suka main pintu kot.

Kisah ketiga pulak, ni jiran-jiran aku yang bercerita. Dorang kata, dulu rumah aku ni bomoh yang duduk. Lepastu tak tahulah macammana bomoh tu boleh meninggal, dah ajal kan. Bomoh ni ada orang kata membela saka. Lepastu kalau dia ada buat apa-apa ritual and buang-buang botol berisi “benda”, dia mesti buang kat belakang rumah aku tu. Kat belakang rumah aku tu ada rumah taw, dari rumah dia boleh nampak la belakang rumah aku. Dia cerita, dia pernah nampak ada nenek tua berjalan kat belakang rumah aku, terbongkok-bongkok dia. Tiba-tiba dia boleh tembus dinding batu pergi kat rumah sebelah. Fuh fuh! Patutlah setiap kali aku nak ke dapur meremang je bulu roma. Baru-baru ni aku pernah bawak member aku datang rumah. Masa nak hantar dia balik asrama, aku bukaklah citer pasal rumah aku ni keras sikit, member aku memang suka citer-citer macamni haha. Lepastu dia start citer kat aku, masa dia basuh pinggan kat dapur, dia rasa macam sunyi gila. Walhal dapur ngan ruang tamu taklah jauh sangat tapi dia rasa sunyi dan meremang. Aku pun hmm normal la dapur rumah aku tu, agak panas haha

Ni kisah last lah. Depan rumah aku ni ada satu pokok, tapi bapak aku pergi tebang pokok tu, sebab apa? aku pun tak tahula. Masa tidur, bapak aku cerita dia ada mimpi benda tu cakap sambil marah “kenapa kau tebang pokok tu!” and dalam mimpi tu bapak aku tengok kami sekeluarga duduk kat ruang tamu macam kena pukau. Lepastu benda tu ugut bapak aku akan terus ganggu kami sebab bapak aku dah tebang rumah dia kan. Bapak aku terus azan sampai mak aku terbangun, terkejut tiba-tiba bapak aku azan dalam tidur. Esoknya terus bapak aku tanam pokok lain. Yang tak gemarnya pokok kemboja pulak bapak aku tanam depan rumah tu, adehh redha jelah.

Ni latest punya citerlah pasal pokok tu. Aku sebenarnya nak melawat boyfriend aku kat hospital. Tapi tiba-tiba dia kena discharge pulak, so nak tak nak aku kena hantar dia balik rumah dia, sebab dia patah pinggul takkan nak naik motor sepupu dia tu. Dia cadangkan suruh aku ambik adik aku kat rumah so at least lepas hantar boyfriend aku ni balik, aku ada kawan nak berborak, dahlah malam masatu, dia pun risau aku balik sorang-sorang. Rumah dia jauh choii kat sepang, aku ni rumah kat klang. So aku drive bawak dia gi rumah aku. Sampai kat satu simpang ni, kat sebelah dia banyak pokok pisang. Tiba-tiba dia tanya aku, “nak tengok something tak?” sambil matanya menghala ke pokok pisang. Aku pun ah sudah terus aku cakap taknak! dia gelak je. so aku drive la sampai ke rumah. aku park kereta aku betul-betul sebelah pokok kemboja tu. boyfriend aku pandang je pokok tu, aku malas nak fikir pape, terus blah masuk rumah panggil adik aku. Settle semuanya dan standby nak gerak pergi, tiba-tiba boyfriend aku bersuara lagi. “nak dengar cerita tak?” aku pun macam, apa lagi ni? Dia pergi gelakkan aku! Pastu dia kata takpelah dah masuk highway nanti baru dia cerita.

Aku pun drive jelah macam biasa. Bila dah masuk highway aku tanyalah dia, “nak citer apa?”. Dia pun bukak citer, masa stop kat sebelah pokok pisang tu kan. Setiap pokok tu dia nampak ada dua pocong kat situ. Semuanya berdiri atas daun pokok pisang. Aku macam tak boleh brain, kenapa berdiri atas daun? Boyfriend aku cakaplah, hantu ni kan dah terputus hubungan dengan dunia, so dorang tak boleh jejak tanah sebab tu berdiri atas daun jer. Kalau nampak pocong melompat atas tanah tu kau tendang je dia haha. Aku dengan adik aku gelak je. Pastu kat pokok kemboja pulak, dia nampak ada perempuan baju buruk tengah intai dia dari pokok tu, nasib baik muka pecah, kalau tak dia nak mintak nombor. Pergh! terus aku piat pinggang dia, padan muka! Boyfriend aku ni boleh nampak sikit-sikit, time kat kampung dia dulu dia pernah follow ustaz untuk kes-kes rasuk. Jadi sebab tu dia gelak je kalau nampak benda tu, haish payah dapat boyfriend perangai tingtong camni. Haha itu je kisah aku, terima kasih kerana membaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Rumah Kapar”

Leave a Comment