Rumah Lama Peninggalan British

Assalamualaikum. Pertama sekali saya ingin meminta maaf kerana ada yang tidak berpuas hati tentang kisah rumah simpang pulai yang bersambung. Saya seorang suri rumah, sudah tentulah banyak kerja yang perlu dilakukan.Tapi untuk berkongsi cerita, saya curi masa untuk menulis kisah saya. Maaf sekali lagi, kali ini saya tulis cerita panjang pula…

Korang masih ingat lagi kah lagi pada aku. Seperti yang telah aku janjikan pada korang, aku akan sambung kisah seram yang bertajuk rumah lama peninggalan British. Setelah aku berpindah masuk penempatan baru iaitu rumah bekas tentera british yang terletak di KL, pada pandangan mata aku setelah diperbaiki rumah itu dan dibersihkan halaman rumah itu boleh aku katakan yang rumah ini lebih cantik dari rumah sebelumnya dan halamannya pun memang luas dan sesuai untuk anak-anak aku bermain. Kalau aku nak buat kenduri pun memang boleh sangat lah pasang khemah pun tak ada hal la.

Hari pertama aku sampai memang senyum lebar lah. Tapi tak sangka la pulak yang hari tu juga suami aku kena pergi outstation ke Sabah. Adoooooi, mampuslah aku kena kemaskan barang-barang ni semua. Seminggu pulak tu suami aku pergi. Pertama kali ketika aku masuk ke dalam rumah itu aku dapat rasakan ada sesuatu yang memerhatikan kedatangan kami dalam rumah itu. Seolah-olah ramai yang ada dlm rumah tu tapi aku buat tak kisah pun dan pada sebelah malamnya pulak seperti biasa aku biarkan anak-anak aku tidur dan waktu itulah aku mula mengemas barang-barang yang baru aku keluarkan dari dalam kotak. Aku ni kalau bab mengemas memang suka sangat lah. Kemas punya kemas sampai aku terlupa nak tengok jam.

Sedar-sedar aku rasa suasana waktu tu amat sunyi sekali. Patutlah jam dinding dah hampir pukul 2:21 pagi. Tapi bila aku pergi ke arah dapur untuk cuci tangan dan kaki yang kotor kesan dari kotak barangan aku ni, aku ternampak dari luar tingkap dapur aku tu ada satu cahaya terang dan aku terus pergi ke arah pintu dapur dan buka pintu untuk nak pastikan cahaya apakah itu. Aku ni jenis yang tak suka kalau dengar atau nampak sesuatu terus syak yang bukan-bukan, yang pasti aku mesti siasat dulu baru boleh cakap. Masa tu nak jadi apa pun jadi lah, dan aku juga jenis yang tak serik. Ya lah aku ni suami selalu tak ada. Keselamatan anak-anak paling penting bagi aku. Bila saja aku buka pintu tu yang aku nampak hanya gelap gelita dan sunyi sepi saja. Lepas tu aku tak fikir apa-apa pun dan terus masuk bilik dan tidur. Sedar-sedar saja dah pukul 5 setengah pagi, aku pun bangun dan jalankan rutin harian aku.

Sebelum masuk waktu zohor rumah aku dah siap tersusun barang-barang yang aku buka dari dalam kotak tu. Aku memang cekap kerja-kerja macam ni, ya laah nama pun suri rumah kan. Berbalik pada cerita tadi selesai saja aku mengemas rumah dan bila tiba pukul 5 petang aku mula membersihkan halaman rumah. Lebih lebih lagi kawasan belakang dapur aku tu. Di balakang dapur aku tu ada pokok rambutan jenis gula batu. Waktu aku pindah kesitu adalah waktu pokok tu berbuah dan boleh dicapai dengan tangan saja kalau nak makan buahnya. Isinya punya la manis. Bila saja aku melangkah ke arah kiri kawasan pokok itu aku dapat rasakan yang aku telah menembusi satu haba dan waktu tu aku nampak di hadapan aku ada penempatan lain. Padahal rumah aku ni terletak di kawasan hujung sekali, di sebelah longkang besar yang semak dengan pokok-pokok dan kawasan tu juga agak lembab.

Kalau korang nak tau di kawasan tu ada 8 batang pokok pisang yang begitu besar sebesar 2 pemeluk aku. Punya la subur agaknya. Pendekkan cerita, tahun pertama aku tinggal di rumah tu aku rasa aman saja. Sehinggalah suatu hari aku didataggi seorang perempuan tua yang tiba-tiba saja di hadapan pintu rumah aku. Aku tergamam seketika dalam pada itu aku dan perempuan tua tu saling bertentang mata. Apa yang aku ingat wajah perempuan tu kedut seribu dan kulitnya berwarna hitam dan membawa raga, berpakaian kebaya pendek dan berkain lipat batik. Warna pakaian agak lusuh. Apa yang aku ingat sampai sekarang ini perempuan tua tu tanya aku, ”nak tengok barang tak, yang ada dalam bakul ni….”. Masa tu aku terdengar suara anak aku menangis kuat. Sampai aku rasa gelisah dan ketika itu aku terus jawab pada perempuan tua tu dengan nada lembut dan sopan, “maaf nenek saya tak boleh beli” sebab masa tu aku fikir perempuan tua tu macam nak menjual sesuatu pada aku.

Dan ketika tu aku toleh ke arah anak aku tak sampai sesaat pun bila aku toleh semula ke arah perempuan tua tu, tiba2-tiba perempuan tua tadi hilang. Hairan juga aku logik ka usia setua macam tu jalan punya laju sampai aku tak nampak ke mana arah dia pergi. Tiba-tiba baru aku perasan cuaca ketika itu punya lah gelap gelita dan angin punya la kuat. Aku pun tutup pintu dan kebetulan azan maghrib pun berkumandang. Selesai saja solat maghrib aku terus baca surah yassin dan aku tanya anak aku sebab apa adik nangis tadi… jawab anak aku, ”adik takut tengok orang tadi, muka dia tu adik takut”. Bila aku fikir ada logiknya jugak cakap anak aku tu. Memandangkan sekelip mata saja perempuan tua tu hilang dan pada selang beberapa bulan saja jiran-jiran kecoh tentang kehilangan seorang budak di halaman rumah mereka sendiri. Dan dari berita sahih yang aku dengar tentang kanak-kanak yang hilang tu telah dijumpai di sebelah semak belakang rumahnya sendiri. Itu pun setelah mendapat bantuan seorang ustaz dan dengan izin Allah. Bila ditanya pada kanak-kanak tu apa yg terjadi padanya, kanak-kanak tu menjawab ada nenek tua ambil dia dan bawa ke rumah nenek tu.

Pada masa tu dia nampak ayah dan jiran-jirannya sedang memanggil namanya tapi dia tak boleh cakap apa-apa. Kata jiran aku yang memang tinggal lama disitu, keseluruhan kawasan ini memang kena berhati-hati selalu. Bila dengar cerita tu aku rasa bersyukur pada Allah yang telah melindungi aku dan anak aku. Dan masuk tahun ketiga aku tinggal dalam rumah itu nak jadikan cerita kebetulan pada malam tu aku rasa rajin sangat dan aku ambil baju-baju kotor semua, aku basuh, malam tu juga aku sidai. Dan kalau korang nak tau ampaian aku tu di luar kawasan rumah aku saja. Masa tu jam tepat pukul 1 suku pagi. Aku ingat juga pesan orang lama-lama jangan sidai kain malam. Tapi aku rasa zaman dah berubah tak mungkin lah hal semua tu. Bila saja aku buka pintu aku tengok semua rumah jiran dah gelap. Halaman rumah aku pun gelap. Kerana sikap rajin aku yang tak kena masa ni, aku tak peduli apa pun janji kerja siap. Tiba-tiba waktu aku sangkut baju di ampai tu aku nampak pokok, di atas tanah yang berbukit tu di bawah pokok tu ada sesuatu berdiri warna putih dan jarak objek tu dengan aku adalah dalam 5 meter je.

Dalam hati aku dah syak sah-sah apa yang aku nampak ni bukan igauan. Tapi aku nak habiskan kerja aku juga. Aku fikir benda yang aku nampak tu jauh lagi. Rupanya sangkaan aku silap, tak sempat habis kerja aku tiba-tiba aku bau macm bau kapur barus menyusuk hidung aku kuat sangat macam depan aku betul-betul! Bila aku nak pusingkan badan aku untuk ambil baldi dengan niat nak masuklah dalam rumah tiba-tiba sebelah ampai aku tu ada pocong. Aku pasti yang aku nampak tu pocong sebab macam jenazah berdiri di sebelah ampaian aku. Aku nampak bahagian peha kebawah je sebab bahagian atas lindung dengan baju yg aku sidai tadi. Sumpah aku cakap dalam-dalam semua benda yang pernah aku jumpa benda nilah (pocong) yang paling aku rasa takut. Bukanya apa, cara benda tu bergerak yang buat aku takut. Apa yang mampu aku sebut ketika itu adalah …. Allahhuakbaaar. Entah banyak mana yang aku laungkan pun aku tak tau yang aku tau aku nak capai baldi aku tu dan aku lari masuk dalam rumah dan aku nak tutup pintu.

Semasa aku nak tutup pintu bau tu dah ada depan aku, iaitu depan pintu aku. Tapi benda tu aku tak nampak. Aku rasa selamat sikit biarpun kali ni aku rasa macam kejang seluruh badan aku. Lepas tu, apa lagi tonggang langgang la aku punya lari. Rumah british ni luas tapi belok sana belok sini ada siap dengan lorong yang tengahnya ada pintu kayu yang tebal pulak tu. Sampaikan aku rasa lambat nak sampai ke bilik aku. Tiba saja dalam bilik aku tarik selimut sampai tutup kepala aku. Tapi dalam pada itu hati aku masih tak tenteram sampaikan nak ke bilik anak aku pun aku takut. Macamana nii…….aku menggelabah sorang-sorang. Tak pernah aku takut macamni.. gila betul. Sampaikan aku tak mampu nak pegang handphone ..punya la gigil badan aku sbb memang aku paling takut jenis hantu ni. Kalau dalam tv pun aku takkan tengok punya. Walau macam mana pun aku kena ingat yang apa yang aku lihat tadi tu adalah makhluk Allah juga.

Sikit demi sikit semangat aku pulih. Fikiran aku pun dah tenang dan tak gelabah lagi dan perlahan lahan aku tarik nafas turun nafas dan aku beranikan diri untuk membuka pintu bilik aku. Alhamdulillah aku tak nampak apa pun. Dan ketika itu lah baru aku rasa dahaga air. Rasa macam nak kejutkan anak aku teman kan aku tapi malas la pulak sebab esok pagi dah nak bangun ke sekolah. Mau tak mau aku pergi je sorang. Dan semasa aku nak masuk lorong dapur aku terdengar suara mengekek- ngekek gelak dan suara tu cukup seram. Gelak tak putus pulak tu. Suara mengekek yang perlahan yang aku tak pernah dengar. Memang gerun. Masa tu aku fikir nak cabut lari ke, atau nak minum air…Tapi aku pilih nak minum air sebab aku dahaga sangat. Masa aku melangkah ke dapur suara tu hilang. Apa lagi aku pun minum la air. Hilang dahaga …dan aku terus menuju ke lorong untuk ke bilik. Semasa aku baring di atas katil tiba-tiba aku dengar bunyi cakaran bawah katil aku. Adooooooi apa pulak kali ini.

Aku beranikan diri intai di bawah katil tapi tak nampak apa-apa pun. Tiba-tiba aku dengar di sebelah aku ada suara yang semacam menyeramkan susah aku nak jelaskan. Cuma aku boleh katakan pada korang cuba korang keluarkan lidah sehabis yang boleh dan hembuskan angin dari dalam mulut dan cuba bercakap ..macam tu lah bunyinya , tak ada satu ayat pun yang aku faham dan ketika tu juga lah aku nampak benda tu memang dah ada dalam bilik aku. Kali ni aku memang tak tau apa yang jadi pada aku sedar-sedar hari dah cerah. Aku rasa lemah sangat badan aku. Subuh pun terlepas. Jam dah hampir pukul 8 pagi. Terus aku kejutkan anak aku untuk bersiap kesekolah. Aku terfikir sekejap apa yang terjadi pada aku semalam ..mungkinkah aku pengsan? kali ni aku benar-benar rasa ada perubahan pada diri aku iaitu dari segi emosi dan perwatakan aku. Aku asyik mengantuk sampaikan nak buka mata pun malas dan ketika aku nak ambil wuduk ..setiap kali masuk waktu ketika tu lah aku jadi terlupa cara nak ambil wuduk dan aku jadi bengong sampaikan lama juga aku berfikir macamana nak mula. Sungguh memalukan.

Tapi benda wajib kena buat dan bila tiba waktu aku atas sejadah untk solat aku tak tau nak baca apa yang aku tau badan aku panas. Aku rasa nak habiskan empat rakaat tu amat menyeksakan macam ada sesuatu yang membantah apa yang aku nak buat, aku jadi meronta-ronta. Keadaan aku dah tak terurus yang aku tau nak pejam je bila dengar azan. Aku mula nak mengamuk tapi aku cuba control sebab aku rasa ini bukan sifat aku. Ada masa aku boleh berfikir dan ada masa aku jadi bengis. Tapi masak untuk anak-anak aku tetap gagahkan juga walau pun kekadang sambil pejam mata. Aku boleh ingat tapi apa yang aku rasa paling ganjil makanan dalam sinki aku rasa amat beminat nak makan dan sesekali aku cuba ambil dan saat itu jugalah aku tersedar dan aku cepat-cepat istighfar walaupun dalam keadaan lemah dan asyik ngantuk saja. Sendi-sendi aku pun habis jadi lemah. Dan nak jadikan cerita pada hari berikutnya aku dapat jemputan kenduri tahlil dari ustazah dan suaminya ustaz yang sememangnya aku kenal. Kalau korang nak tau bila tiba tarikh aku nak ke rumah ustazah, kaki aku badan aku mata aku jadi berat. Kebetulan masa tu suami aku ada dirumah. Terpaksa lah aku pergi kalau tak memang tak lah..dalam keadaan macam ni.

Suami aku ada tanya kenapa aku ni pelik je asyik nak marah dan macam dia tak pernah kenal. Sekarang bila aku ingat semula hal ni mcam nak marah je suami aku. Bukan apa, kalau dah nampak pelik kenapa tak bawa aku berubat. Kalau tak, tak melarat lama macam tu. Biarlah benda pun dah berlalu kan. Berbalik pada cerita tadi bila aku sampai je ke majlis tu badan aku menggigil habis dalam perut pun rasa macam tu. Tambah tambah pula bila aku nampak ustaz tu lintas depan aku. Aku sendiri hairan selama ni aku tak pernah pun rasa macam ni bila nampak ustaz. Seolah2-olah aku nak sembunyikan diri dari pandangan ustaz tu. Habis je majlis ustazah datang jumpa aku tanpa ada orang lain. Terus ustazah bagitau, “esok ustaz nak jumpa Lela.. .(bukan nama sebenar) ..datang tau.”
Masa tu aku rasa nak mengamuk tapi aku control perasaan tu sebab aku tau itu bukan sikap aku. Dan aku pun terus balik ke rumah. Bila sampai saja ke rumah perasaan aku mula rasa bebas.. apa yang bebas entahlah. Tiba saja waktu maghrib aku mula rasa panas badan dan mula la nak mandi. Dan semasa aku mandi aku berbau wangi dalam fikiran aku mungkin bau syampoo baru aku ni tapi terlintas juga bau ni macam pernah aku bau ..baru nak mula berfikir ,dah aku jadi lupa.

Tiba-tiba bau wangi tadi yang menusuk hidung aku ni dah bertukar jadi bau yang amat meloyakan seperti nanah dan d***h yang dah lama saat itu lah baru aku nampak rupanya aku mandi di hadapan makhluk yang aku jumpa di ampaian pada malam tu, apa lagi capai tuala lap badan bagi kering. Bukannya apa takut jatuh licin. Dah aku masuk dalam bilik pakai baju secepat mungkin dan bila saja aku dah siap ,rambut pun aku tak bersikat terus aku bertekad menuju lari ke ruang tamu tak sempat nak keluar dari bilik pun makhluk tu keluar dari bilik air dengan cara dia bergerak seperti yang korang tahu ,dan ketika itu aku tergamam dan kaku tapi sempat juga mata aku perhatikan makhluk itu keluar dari bilik mandi terus menuju ke lorong ke ruang tamu dan aku tak nampak apa-apa lagi. Kemudian baru aku tersedar dari keadaan itu. Saat itu aku rasa macam ada sesuatu yang nak menguasai aku. Sebab tiap kali dengar suara azan aku pasti rasa nak menjerit dan macam-macam lagi perubahan pada diri aku. Pernah suatu hari ada kawan aku sorang ni ajak aku ke gym dan aku pun pergi lah …dalam perjalanan, kawan aku terima panggilan dari aku.

Dia pun terkejut padahal aku di sebelah dia sambil pegang beg kasut aku. Mustahil aku boleh call dia. Sekali lagi kawan aku terima panggilan dari aku kali ni dia cuba tekan butang untuk nak pastikan kebenaran. Tiba-tiba kawan aku terkejut dan bagi tau aku suara yang dia dengar dari nombor telefon aku tu bukannya suara aku atau sapa-sapa tapi suara tu amat menyeramkan dan dia tak faham sepatah ayat pun. Aku pun mula panik. Tak berapa minit je aku pulak terima panggilan kali ni dari kawan aku yang tadi la. Aku pun tunjuk pada dia yang panggilan tu dari nombor telefonnya. Dah kawan aku pun mengaku memang nombor dia tapi macamana boleh jadi macamni sedangkan kami letakkan telefon tu dalam beg. Sekiranya kawan aku terbaca ruangan ni pasti dia ingat kejadian ini. Balik saja dari gym aku tak sedar yang aku tertidur di ruang tamu sampai ke malam dan pada esok paginya anak aku menjerit katanya, “mak kenapa tapak kaki mak ada d***h banyak”. Apa lagi aku terus bangun dan tengok tapak kaki aku. Kali ini memang dahsyat.

Rupanya ada sesuatu yang telah ambil d***h aku. Memang kesan lebam kemerahan dan ada bekas lubang halus banyak. Patutlah selama ini kaki aku sakit macam di sentap urat dalamnya. Takutnya aku masa tu. Tiba-tiba suami aku call dari pejabat …dia tanya aku, “tadi ada orang guna telefon awak ka sebab abang terima panggilan dari nombor awak dan suara tu pelik sampai abang tak faham sepatah pun” (“awak” bukan panggilan sebenar tau). Apa lagi aku pun bagitau lah suami aku pasal tapak kaki aku ni dan petang tu bila suami aku balik dan tengok tapak kaki aku tu dia cakap, “alah tak ada apa lah mungkin awak terpijak paku kot”. Aku jawab, “paku apa banyak camni sampai biru macam ni kesan d***h je”. Kali ni aku perlu bertindak segera. Tapi aku terpaksa tunggu selepas waktu isyak juga sebab masa tu baru ustaz ada. Tiba waktu tu aku terus keluar rumah berlari menuju ke rumah ustaz. Tapi selepas aku bagi salam ustaz pun jawab dan keluar dari pintu dan bila dia tengok aku, ustaz tu kata….”datang jugak ya ingatkan tak nak datang”.

Terkejut jugak aku kenapa kasar pulak bahasanya selalunya tak macamni dan ustaz tu tak pelawa pun aku masuk pada hal isteri dia ada dalam rumah aku nampak … dan kali ini keadaan tak macam selalu. Terlintas juga apa salah aku. Dalam 20 minit juga aku tunggu di luar baru aku di pelawa masuk, aku pun bagi tahu lah masalah aku. Baru aku tau kenapa ustaz tak pelawa aku masuk sebab aku tak nampak apa yang ada di belakang aku, yang sentiasa ikut aku ..dan kali ini aku jalani sesi rawatan dan akhirnya aku sembuh. Korang nak tau semasa aku minum air penawar yang ustaz telah bagi tu ketika tu baru aku rasa seperti bebola dari dalam perut aku tu bergerak ke arah kerongkong aku dan keluar ke mulut aku dengan lembut seperti gelembung air yang sebesar bola tenis. Dengan izin Allah serta merta keadaan aku pulih seperti sedia kala.

Dah masuk tahun ke 6 tinggal di kawasan tu aku dah rasa sunyi disebabkan pada setiap waktu pagi anak-anak aku semua ke sekolah jadi aku ambil masa tu untuk berjoging. Sudah sekian lama aku menjalankan aktiviti tu tiba suatu hari ada sorang kawan ni dia nak jogging sama. Dan aku pun bagitau lah kawan aku tu yang aku sendiri akan pergi ke rumah dia dan dari situ kami gerak, asalkan kawan aku tu kena tunggu siap di luar rumah. Aku ni jenis tepat pada janji tapi aku juga ada kelemahannya. Kalau korang nak tahu aku ni kalau buat janji berkait dengan waktu ni, memang jadi tak senang hati sebab aku tak nak aku yang lambat. Biar aku tunggu orang tak apa jangan orang tunggu aku sebab aku rasa bersalah. Nak jadikan cerita, pada malam tu sebelum ke esok paginya, pada malam tu aku asyik tidur pastu terjaga. Bukan apa, cuma aku takut terlepas jam. Kejap tidur… kejap bangun ,tengok jam .macamtu lah jadi pada aku. Sampaikan aku rasa letih dan bila kali ke 4 aku terjaga aku dapati jam menunjukkan pukul 6 45 pagi.

Apa lagi aku pun bersiap lah dan terus pergi ke rumah kawan aku tu. Aku tak nampak pun dia di luar dan rasa malas pulak nak panggil. Sebab dari awal dah janji, takkan tak ingat. Keadaan waktu tu amat sunyi dari biasa. Tak ada siapa pun tegur aku macam sebelumnya sebab tiap kali aku jogging pagi tu mesti kawan-kawan aku tegur aku melalui tingkap dapur mereka dan tak ada pun sebiji kenderaan pun yang lalu. Cuma aku terdengar sayup-sayup suara anjing menyalak. Malas nak tunggu lama sebab nanti anak aku bangun aku kena siapkan sarapan pagi lagi. Suami aku pun tak ada di rumah. Aku pun terus berjogging. Kawasannya luas tau. Naik bukit turun bukit dengan pokok-pokok besar merimbun. Tapi yang aku hairankan tu sepanjang larian aku tu tak sorang pun yang aku jumpa dan rumah-rumah di situ semuanya gelap. Kawasan yang aku lari ni pun memang sunyi. Cuma aku dengar suara anjing je. Seronok juga kali ini aku rasa jogging macamni. Bukannya apa kalau dengan kawan aku tak boleh pecut tapi kalau sorang memang boleh pecut habis la. Nak jimat masa, tak mau sambil jalan sambil sembang …penat macam tu,aku suka berlari atau kalau jalan pun jalan laju.

Akhirnya semasa dalam pusinggan balik ke rumah dalam suasana gelap yang sunyi lagi suram tu semasa aku menuruni bukit aku terserempak dengan seseorang seperti sedang tunduk membongkok membetulkan tali kasut susuk tubuh seperti seorang lelaki. Dalam hati aku kata…lega jumpa juga orang. Tak pulak aku menegur lelaki tu sebab memang sikap aku berat mulut kalau nak tegur lelaki yang aku tak pernah kenal. Dari muda-muda dah macam tu. Berbalik ke cerita tadi, aku pun melintasi lelaki tadi dan terus berlari menuju jalan balik ke rumah. Sepanjang aku menuju jalan ke rumah aku dapat rasa ada sesuatu berlari ikut aku dari belakang. Aku toleh tapi tak dak siapa pun dan bila sampai depan pintu rumah dan aku buka kasut ketika itu lah aku rasa badan aku seram sejuk dan bila aku masuk ke dalam rumah untuk kunci pintu masa itulah aku rasa leher aku macam di cekik sehinggakan air liur berbuih yang agak berhaba panas keluar dari mulut aku dan ketika itu aku bergelut seorang diri untuk melepaskan sesuatu yang aku rasa di leher aku tu.

Sampaikan aku tersandar di atas sofa ,dan pada ketika itulah mata aku terpandang jam di dinding rumah aku. Alangkah terkejutnya aku bila aku dapati jam menunjukkan pukul 3.40 pagi. Habis yang aku keluar rumah tadi tu pukul berapa? Ketika itu juga aku sedang bergelut nak lepaskan diri hinggakan terlupa nak baca sepotong ayat pun. Mungkin panic kot. Badan aku makin berat leher makin mencengkam. Ketika tu aku baru tersedar yang aku dalam bahaya dan hanya mampu baca ayat 4 qul sahaja dengan izin Allah aku rasa badan aku ringan dan leher aku tak rasa di cengkam lagi. Basah dagu aku terkena air liur aku sendiri. Untuk nak pastikan lagi jam aku ni tak rosak aku pergi tengok jam pada handphone aku pulak. Ternyata memang betul aku yang tersalah pandangan waktu tengok jam sebelum keluar rumah tadi. Tapi aku bersyukur Allah selamatkan aku dan semenjak hari itu aku berkurung dalam rumah selama hampir lebih dari seminggu sampaikan kawan-kawan aku datang ke rumah mencari aku. Mana taknya aku demam dalam tempoh itu. Aku ceritakan pada kawan aku apa yang terjadi pada aku dan kalau kawan-kawan aku terbaca ruangan ni pasti mereka ingat kisah ini….

Terima kasih kepada saudara dan saudari kerana meluangkan masa untuk membaca kisah ini dan percayalah, semua kisah ini adalah perkara yg betul2 berlaku pada saya dan ianya benar.

MISTERI WAN PEAH (bukan nama sebenar)
Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 4]

31 comments

    1. kan3.. dahlah selalu xde.. so, sekali sekala ada 2 cblah amik th ckit.. jgn amik mudah jek.. ni dah is3 lak mcm suami ha…

  1. Dlm banyak² cerita, rasa nya akak wanita paling berani. And kita sama. Paling xsuka and takut dgn pocong. Hantu lain ok lagi, tp klu pocong uishh. Jgn buat main. Tobat lahum..

  2. ni betol2 pengalaman ASLI ke? mcm rekaan pun ada gak… tp kalau la betol nk menokok tambah make sure logik la kak.. haha

      1. Betul jugak kata Silent Reader. Sini bukan patutnya kisah benar je ke? Kalau nak buat fiksyen, bagitau la buat cerita fiksyen/rekaan. Ada jugak yg nak baca. Tapi golongan yg suka buat cerita sensasi utk tarik pembaca pastu kelentong pembaca kaw-kaw ni yg buat spoil.

  3. Berani betul akak ni. Tapi saya rasa macam tak patut je. Pukul 1 pagi pon keluar sidai kain lagi. Dah tengah malam buta kak, esok-2 jelah sidai kainnya. Kan dah tak pasal-2 kena. Duhh

  4. Terbaik lah kak.. Mmg seram sgt nih.. Saya macam tahu2 je tmpat tu di mana dan tmpat itu mmg ada gangguan.. Keep it up kak !

  5. akk ni mmg hebat. kalau aku dengar bunyik memang takdela nak intai-intai lagi, cabut je.. pasal sidah kain tengah malam tu aku pon ada buat. kekadang kul 1 pagi tu normal la.. nanti citer lain ye.

  6. bab sidai kain pukul 1 pg tu ape yg x logiknya. kalau dah jadi bini, x kisah la fulltime housewife ke, bekerja ke, dlm kepala org pempuan ni pk nk setel kerja rumah cpt je..mmg betul, dtg angin rajin tu, tgh mlm pn rase nk berkemas..i feel u akak..aku penah je lipat baju sensorang pkul 2 pg..laki ngn ank aku sume dah tido..dah rajinnye dtg time tu..kalau time mls, jgn tanye nape baju bertimbun..haha

    1. Saya setuju dgn ape yg awk kata tu, mmg normal lah kalau suri rumah sepenuh masa nk buat macam tu, lain lah kalau yg malas kat luar sana tu..

      1. yup betul….ak bkan housewife tp ak working mum…ble lg nk basuh n sidai baju…malam la jawabnya, dh siang keje….tp ak xjemur luar rumah, ak jemur dlam rumah, esk pagi nk g keje, tarik ampaian ltak bwah porch.

  7. Saya pun takut ngan cikcong tu kak… Kalau dalam tv memang tak akan pandang screen tu.. Seram dia lain macam naunau.. :/ :/

  8. laptop sy pernah kena virus encik pocong..kawan share kt fb, pasal apa tah..galak p tekan link..sekali encik pocong penuh skrin..hudoh gila..takleh nk buat apa, terpaksa cabut plug terus..siap encik pocong tu sengih, suara pn perli..kuang ajo.. rasanya, kawan tu pun kna hack tu

    1. Tak minta percaya? ayat ni apa maksud dia?

      “Terima kasih kepada saudara dan saudari kerana meluangkan masa untuk membaca kisah ini dan percayalah, semua kisah ini adalah perkara yg betul2 berlaku pada saya dan ianya benar.”

    2. Logik cerita ni agak berterabur. Pastu banyak giler hantu yg minat kat penulis. Jgn harap benda buruk yg tak berlaku pastu kaitkan dgn diri sendiri. Silap2 jd doa. Cerita Tamar Jalis yg rekaan pun tak direcly deal banyak hantu macam penulis ni. Semua ‘atuk’ dia yg buat.

      1. Selalunya,kalau kita kena kacau dengan makhluk ni sekali,lepas pergi berubat,kita akan jadi macam magnet.Di mana makhluk-makhluk lain berminat untuk mengacau kita.

  9. “Di balakang dapur aku tu ada pokok rambutan jenis gula batu. Waktu aku pindah kesitu adalah waktu pokok tu berbuah dan boleh dicapai dengan tangan saja kalau nak makan buahnya. Isinya punya la manis…”

    Ini part paling seraaammmm…
    Menangis mengenceesss weeiii membygkan rambutan sedap camtu…
    Huwaaaa nak jugaaakkk…
    Ade lg x rambutan tu skrg???
    Nnt musim buah sudikanlah mengundang den ni yer kak…
    Nnt den bwkkan nasi impit+ghondang, heheheheheh…

    Citer psl pindah umah, mmg semput mikir nk pindah ni…
    Setahun sekali den pindah umah kak…
    Dr rajen udah jadi maleh…
    Huhuhuhuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.