Rumah Mentua

Assalamualaikum pembaca2 Fiksyen Shasha. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada team admin sebab sudi publish kan kisah saya yang tak berapa seram tu. Bagi yang belum membacanya boleh la scroll2 balik untuk baca kisah gangguan mengandung…

Jadi seperti biasa saya akan menggunakan kata ganti diri aku. Rumah mentua tajuk diberi. Cerita kedua ni seolah2 seperti kesinambungan pada cerita kedua saya. Harap hampa enjoy.

Setelah melahirkan anak sulung secara pembedahan, aku ditakdirkan untuk merasai pengalaman berbadan dua untuk kali kedua pada bulan 7 tahun 2019 (sekarang anak sulung dah 6 tahun, anak kedua dah setahun) dan nak dijadikan cerita aku terpaksa berhenti kerja kerana mengalami alahan yang sangat teruk. Aku hanya beransur sihat setelah kandungan mencecah 4 bulan.

Pada awal2 kehamilan aku telah diberi “sapaan perkenalan” oleh yang memerhati. Nak dijadikan cerita, pada satu malam lebih kurang pukul 1pagi, aku sakit perut. Masa tu suami dengan anak sulung belum tidur jadi aku ke tandas tak berteman la sebab depa dok bising2 lagi. Tengah dok layan sakit perut tiba2 aku terdengar satu suara yang dok panggil nama aku, ayraaaaaaaaa .. Ayraaaaaaaa.. Suara tu panggil secara berbisik tapi jelas (macam dalam cerita hantu tu). Keadaan sunyi kat luar rumah lagi menambah kejelasan suara tu.

Aku pun masa tu terus menjerit2 panggil suami tapi malang sikit masa tu sebab suami langsung tak dengar. Jadi nya aku settle apa yang patut terus masuk bilik sambil teriak2 cerita kat suami.

Cerita no2
Masa ni mengandung dah lebih kurang 6 bulan macam tu. Masa ni aku baru siap mandi. Elok aku langkah je kaki dari bilik air nak masuk rumah secara tiba2 aku ternampak dengan jelas suami aku dari bilik berlari ke peti ais dengan berseluar pendek. Tapi masa tu aku tak cakap apa2 sebab ingat memang dia, jadi nya aku terus masuk ke bilik untuk siapkan diri.

Tapi bila aku masuk bilik, aku nampak suami aku dok elok terbaring atas katil sambil main game dalam handphone. Jadi yang aku nampak berlari tadi tu siapa ? Sebab rupa nya memang sebiji dengan suami aku.

Cerita no3
Suami aku tukang masak. Masa jadi ni aku dah sarat dan secara kebetulan pulak suami aku “middle shift” masa tu jadi nya kena balik malam la. Malam tu suami aku balik lewat jugak sebab lepas habis kerja dia terus pi lepak makan dengan geng kerja. Yang aku kat rumah ni naik mandi (aku memang suka mandi malam)  lepas siap semua aku masuk bilik. Elok aku tutup je pintu, secara tiba2 aku dengar satu suara lelaki menjerit dalam rumah. Aaarrrghhhhh!! Suara lelaki menjerit marah tu sangat2 kuat siap mendengus lagi. Aku sampai tersentak masa suara menjerit tu, sebab suara lelaki, lelaki dalam rumah cuma ada suami aku je itu pun kerja. Jadi siapa yang menjerit tu sebab dia menjerit tu macam marah sangat.

Esok tu aku tanya pada mentua aku kot dia dengar apa yang aku dengar tu. Tapi malang nya dia langsung tak dengar apa2. Yang dengar cuma aku sorang.

Sekian sampai kat sini dulu. Maaf dipinta pada kalian jika cerita2 aku tidak memenuhi tahap keseraman hampa. Selamat menyambut Ramadhan al Mubarak.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Leave a Comment