Hai pembaca setia FS and thank you admin FS sebab meluluskan cerita saya. Kisah ini adalah cerita benar and bukan ditokoh tambah bagi menyedapkan cerita. So if boring mintak maaf sangat sekadar ingin berkongsi pengalaman and iktibar kepada pembaca. Nama watak dicerita ini bukan nama sebenar hanya rekaan and nama tempat dirahsiakan tapi perkara ini berlaku di negeri JOHOR.
Perkara pelik and ‘seram’ ni berlaku kepada kami iaitu aku Rina, Rin, Bie adik kami and ibu selama 9 tahun apabila ibu setuju ikut baba pindah ke bandar selepas atuk meninggal dunia. Baba of couse ayah kami, dia keturunan baba nyonya and mempunyai masalah ‘setia kawan yang terlampau kuat’ sehingga percaya kawan dia bulat-bulat untk beli rumah puaka di lot antarabangsa ni. Baba jarang ada kat rumah eh bukan jarang kadang-kadang sahaja ada kat rumah sebab dia sibuk dengan kerjaya dia and terlalu sibuk dengan kawan-kawan dia.
Minggu pertama pindah
Rumah peach pink dikelilingi pokok kemboja berbunga pink yang tersegam indah dengan suasana taman perumahan yang tenang and harmoni menambah rase excited kami kanak2 yang berumur 10 and 8 tahun ni. Sebaris rumah kami semuanya berbangsa cina and india hanya kami serta jiran depan rumah uncle A and uncle Sam sahaja berbangsa melayu so memang tak ade istilah bawang membawang la kat sini. Menurut ejen rumah ni dulu yang duduk 3 orang perempuan cina tapi tak perlu risau sebab mereka tak bela anjing, diaorang jarang balik and agak lama juga rumah ni kosong sebelum baba beli.
Rumah puaka mempunyai parking lot yang bole memuatkan 3 biji kereta (tempat kiteorg bertiga main lumba basikal & badminton), masuk sahaja pintu rumah terus ruang makan, sebelah kiri ruang makan master bedroom, turun 2 anak tangga ke ruang tamu, sebelah kiri ruang tamu bilik tengah, jalan 3 tapak ade 3 lorong ke bilik air, bilik belkang and dapur. Master bedroom bilik ibu and baba, bilik tengah bilik kami bertiga and bilik belakang jadi bilik baju and tempat ampai baju.
So dijadikan cerita malam pertama pindah dia terus bagi salam perkenalan geng. Baba tak ada malam tu dia ade urusan maka kami 4 beranak tidur di master bedroom. Ibu rse panas bahang semcam wlaupon tido ‘berekon’ tibe2 ibu rse mcm badan ibu berat and sesak nafas. Ibu cube kuatkan semangat wlpon da takut sngt and ibu bace ayat kursi pelan2 badan ibu bole gerak. Guess what ibu nampak lembaga hitam besar mata merah duk tenung ibu kat penjuru bilik air, ibu istifar pegi buka lampu terus kejut kiteorg tido kat ruang tamu. Ibu call baba sruh balik and cerita apa yg jadi so baba balik tpi lmbat around 3 pgi mcm tu.
Malam tu tak habis mcam tu je, lepas baba balik kami 5 beranak tidur la kat ruang tamu tu. Turn baba pula kne salam perkenalan, baba tidur paling hujung dekat dgn tangga and selari dengan pintu masuk. Mata baba di main2 kan, dibuka and ditutup oleh lembaga kecik hitam yang hodoh. Cube bayangkan lembaga tu duduk atas kepla tempat baba berbaring then buka katup kelopak mata baba dengan jari and bile baba nampk muke dia bole dia ketawe sambil buat bende tu berulang kali. Baba kata dia tak bole bergerak and macam terpaku sampai azan subuh. Esoknya and setiap kali mahgrib, baba akan azan di setiap penjuru rumah and alhmdullah kami start tidur di bilik masing2 dan bermula rutin harian seperti biase.
Kejadian sepanjang 9 tahun
Ibu and baba bekerja so klu cuti sekola tinggal kami 3 beradik jela kat rumah. If salah sorang daripada kiteorg sakit memang dudk rumah sorang la jawabnye. Eh tpi kami tak tinggl sorang kami berteman. Jangan ingat malam je dia mengacau, silap besar sebab siang hari pon si DIA ni berani buat onar.
Si Dia ni suke buat air and masak air gune electric kettles (cerek elektrik), basuh baju and flush air toilet. First kiteorg ingat electric kettles tu rosak so sebab tulah dia berbunyi sndiri then ibu beli baru and terbukti bukan kettles tu masalh mmg si Dia yg masak air. Kiteorg dengar orang bancuh air kuat2 ala bunyi kau buat air tak ikhlas lagakan sudu dgn cawan tu. Mengadu dengan baba dia kata jiran kot, sekali kene kat batang hidung sendiri baru rse darah bermaraton kemuke and keple dia. Baba pergi tegur buat air apa tu terus senyap.
Mesin basuh pula, tetibe berbunyi and berpusing sendri. Budak2 kan so curious tu lebih kuat dari perasaan takut pergi la check bertiga. Bayangkan la plug tak pasang mcm mane bole pusing sndiri so dengan bendulnye pegi buka mesin tu and terus stop dari berpusing. Budakkan dengan excitednye bercerita apa yang jdi kat ibu bile ibu balik kje. Lagi sekali cerita kat baba dia tak percaya, dia kata jiran ade mesin basuh yg sma bunyinye kot. Bile baba terkena sendiri, baba ajar kiteorg tegur je jgn takut cakap baba dengan ibu yg bayar duit air and electric so jgn gune lama2. Budakkan bendul ikut la ckp baba so bile dia buat bunyi kite tegur then dia diam. Bende ni tak makan saman okay dia still buat perangai mcam tu and menunjukkan protes kepada kami dengan membaling batu and mengetuk cermin tingkap rumah. Kami da tak heran da time tu klu dengar bunyi apape.
Masa umur aku 12 tahun, aku kena demam panas and start dari situ aku bole nampak 3 orang kakak rock kat rumah tu berpusing pusing dalm bulatan cantik mcam cahaya keliling rumah and luar rumah and aku start berinteraksi dengan bende2 ni dalam mimpi. Aku mimpi 3 kakak rock ni tengah kemas beg baju kiteorg smbil campak2 baju masuk dlam tu. Aku takut aku baca alfatihah and 3 qul klu tak silap then dia stop, dia ketawe dia kata “aku pon bole bace”. Dia sruh aku berambus dari rumah tu dengan muke dia sebelah cantik sebelah berkedut seribu pucat tak berdarah. Berkali juga aku mimpi then aku bagitahu ibu and baba, baba mcam biasa dia tak selalu kat ruma so dia tak percya. Baba kata mimpi mainan tidur and maybe effect aku demam panas haritu. Kuasa Allah, baba and ibu pula nampak diaorg. Time tu ibu masak kat dapur and baba tengah berkarok kat ruang tamu, ibu nampak kain putih melintas ke ruang tamu so ibu ingt tu baba. Baba pula nmpk mcm ibu pergi masuk bilik so baba tegur “bu da siap msak ke” then ibu nyaut dari dapur “blom kenpa da lapar sangt ke ?”. Baba kata sumpah dia dah cuak gile time ni sebab ruang tamu dengan dapur dipisahkan dengan dinding yang kalau kau jengah dinding tu terus nampak dapur so tdi sapa yg dia nampak? Sejak dari itu dah jadi kebiasaan bagi kami tengah mkan kat meja makan, si DIA bole terbang lalu lalang atas meja makan and sebelah kiteorg ke bilik baju and dapur.
Semuanya berubah and menjadi semakin menakutkan apabila aku & Rin akan menduduki STPM dan Bie akan menduduki SPM. Satu malam Rin tngah menghadap laptop dia and Bie tngah baring dilantai ruang tamu sambil tngok tv sedap2 layan lagu jay park cantik je akak rock landing dekt tangga sebelah meja, kau rase ? Kejung jap Rin bila perasan dia dekat situ, Rin try panggil Bie then Bie nyaut Rin tanya “kau nampak tak dia ?”. Bie cakap tak nampak pape, Rin toleh je akak rock lesap (shitty betul sampai sekarang tak berani dengar lagu jay park husnuzzon maybe dia tertarik dengar jay park nyanyi or peminat K-Pop maybe la). Tak lama lepas tu Bie pula kne kacau, Bie memng suka beljar pepagi buta ni. Tengah dia sedap bace buku fizik dia sambil baring kat lantai tetibe dia terpandang kerusi bawah meja makan, hah kau sedap je budak kecik baring kat kerusi tu tengah perhati dia apa lagi dengan pelahan Bie bangun ttup buku lari masuk bilik tidur.
Satu haritu aku kena marah dengan ibu sebab asyik tngok tv je so aku tak bole tidur kat bilik ibu kena tidur kat ruang tamu depan tv (aku teman ibu tidur klu baba tak balik ruma). Ibu pon masuk tidur and kunci pintu konon tak bagi aku masuk bilik dia, dlam pukul 1 lebih ibu rse ade orang dudk kt sebelh dia so ibu bangun tngok ‘aku’ tengah dudk peluk lutut tunduk rambut tutp muke duk kt sebalh ibu. Ibu pelik dia rse dia da kunci pintu then ibu bangun pegi buka pintu tngok aku tengah sedap tidur depan tv so sape yang kt bilik ibu tdi. Bende ni pon jadi kat baba, baba mrah aku sebab ape enth then malam tu baba minum air kat dapur nampak aku dudk kt depn peti sejuk dengan peluk lutut and baba siap marh knpe tak tidur lagi and terus masuk bilik dia. Baba tekejut sebab dia lalu bilik kiteorng nak matikan lampu bilik nampak 3 orang anak dara dia tngah sedap membuta and ‘aku’ kat dapur tu da tak ade. Sampai harini setiap kali lepas gaduh ngn adik2, diaorg mesti tarik rmbut aku untk pastikan itu aku yg real (kwang hasam).
Cuti sekola kami bertiga kemas rumah, Bie kne mop lantai so lepas mop dia pegi la cuci mop kat bilik air master bedroom sambil memcuci mop tu dia berbual dengan Rin bergelak ketawe then aku rse mcm lame betul budk Bie ni cuci mop. Aku pon masuk bilik master bedroom tnye dia asl dia lambat sangt and kne cuci mop pon bole jadi gile ke cakap sorang2 then dia toleh pandang aku then dia kata dikdik cakap dengn kak Rin la. Ngam2 dia ckap mcm tu Rin masuk cakp dia da siap buang smpah so siapa yang berbual dengan Bie tdi ? Malam tu Bie & Rin tak bole tidur sebab diaorg dengar bunyi orng cakar dinding betul2 kat sebelah katil diaorng, pintu bilik diaorg terbuka dengan sendirinya mcm orang mengamuk bukak tutp main pulas2 tombol apa lagi belari diaorg join aku tidur kat bilik ibu. Sejak haritu kiterog pindah tidur bilik ibu and selalu nmpk kelibat mcam baba tidur kat bilik kiteorg, kelibat macm aku pergi bilik baju.
Best part Rin selalu kena bila dia dari dapur nak ke ruang tamu lalu bilik tengah mesti ada kepala jengah tengok. Awal2 Rin ingat imaginasi je dia silap pandang ke apa dengan beraninya masuk bilik p check takde pape, but then one day nasib bertuah bila perasan mcm ada orang tengh tengok dia dari bilik tengah, dia toleh nahh kau kepala hitam je beb takde muka hitam je jengah pastu sorok balik dalam bilik. Rin masa tu muka blur biar jela sebab dia cakap masa tu siang lagipun tengah tengok citer best memang tak fikir apa la lantak kau la.
Dah jadi mcm tu baba panggil ustaz, guees what apa yang diberitahu oleh ustaz and sami yg jiran sebelah ruma kami iaitu uncle Tan (uncle Tan cina and isteri dia warga Thailand) panggil adalah perkara yg sama. Mereka kata punca gangguan and laluan utama adalah rumah kami and mereka tak boleh buat pape. Ustaz pagarkan rumah kiteorang tapi ustaz bagitahu dia pagarkan rumah ni mcam jalan raya tengah ade jpj roadblock sekejap je bertahan sebab ini laluan utama ‘mereka’. Ibu tak tahan so kiteorang pergi jumpe sorang akak ni yang pandai mengubat. Akak R di perkenalkan oleh kawan baik ibu.
So dari sesi berubat dengan akak R lah kami dapat tahu yg Bie berbual tu adalah jelmaan Rin iaitu kanak2 yang meninggl waktu kecik dan kuburnye ade dibawah salh satu tiang dirumah kiterog walaupon dia meninggl waktu kecik, dia still membesar sebenarnya. Dia orang lama bahasanya pon bukan bahasa baku zaman P.Ramlee lagi susah bahasa dia, sebenarnye klu kite tengok betul2 dia bogel tak berbaju, dia suke kat kiteorang bertiga sebab masih anak dara and dia menyerupai kami dengan mengutip rmbut kami yang bersepah kt lantai.
Kak R pon lukis rumah kami, dia kata kawasan perumahan kami dulu adalah kawasan kubur lama2 and guest what kat rumah kami ade 5 ekor yang dudk tak berbayar. Satu kat tingkap, satu kat dapur dekt sinki, satu kat mesin basuh, satu kat bilik belakang and ketua dia dekat tangga. Ketua dia la yang menyerupai baba and besar dia 2 kali lelaki dewasa, berbau busuk, berbaju lusur, kain berleret panjang and berhoodie. Rupanya baba yang ambik dia bawa balik rumah, kononnye untuk menjaga rumah tpi baba tak tahu perjanjian bende tu dengan kawan baba maka bende tu tidak diberi mkanan and dia akan menjilat makanan kami sebelum kami sempat menjamu makanan tu. Bende tu menyorokkan rumah kami dengan membuat kepulan asap hitam diatas bumbung, rumah menjdi busuk and bahang. Akak R menyarankan kami untuk pindah keluar dari rumah tu sebb dia tak mampu nak buang semua. Sumpah sedih rase mase tu and rse takut jangan ckap la mmg tak berani nak masuk rumah malam tu tpi gagahkan juga.
Kami gaduh besar dengan baba. 3 bulan sebelum STPM and SPM, kami keluar dari rumah tu tpi baba dengan ibu berpisah. Alhmdulillah 2 tahun da, kami happy and tenang sekrng but still fobia. Tak bole dengar bunyi pelik2 mesti da gelabah. Jiran kami ade telefon and bagitahu baba jarang balik rumah tu dan rumah tu pon baba dah sewakan kepada budak2 bujang. Apalah nasib budak2 tu ye ? Rindu pulak dengan rumah puaka tu.
Sekian hehehe sorry kalau tak seram.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Yahoo aku first komen lagi, ase mcm dapat anugerah oscar haha. eh citer ni keseraman nye 5 suku setengah /10..,K shift keje aku dah tamat, k bye
Susah jugak ek klu rumah mmg kt laluan utama mende2 tu. Tp tu lah…. Ending mcm sedih jek. Huhu…
Cerita ni seram tapi hujung sedih pula.. Boleh letak tajuk ‘Seram-seram Sedih’..
Harap baba & ibu awak masih ada jodoh hingga akhir hayat..
kalu aku..awal2 lg aku nangis golek2 kat lantai ajak parent aku pindah…seram ehhhhh
Cane bwk balik kwn, tp xtau perjanjian kwn tu. Aduhhhhh
baba black sheep betoi laa..
adudududuuu..
byk betol gangguan..tapi y part mak ayah ko berpisah tue sedeh jer.
Sedih
Dugaan. Best bak hang. Tapi part last tu cam sedih ja. Huhu
“Sampai harini setiap kali lepas gaduh ngn adik2, diaorg mesti tarik rmbut aku untk pastikan itu aku yg real (kwang hasam)…”
Hahaha.. bleh plk mcm tu yer.. kalau gduh ngn suami jgn ko kata suami ko dera ko plk sbb tarik rmbut ko.. hahaha…
By the way, apa yg dh jd between ibu dgn baba ko, jdknlh iktibar utk hdup ko masa dpn.. aku doakn mdh2an ibu ngn baba ko masih ada jodoh lg.. Insyaallah..
Tabik kt ko 1 fmly sb brani tgl umh tu 9taon..syabas bete syabas.-inspektor sahab bombay😆
Kannn…kalau saya…memang x lah…ca alip bot cabut lahhh…memang x lah ku jejak dah…lalu depan umah pun x nak…
Huhuhu..yg last tu sedih…benda2 mcm ni pun boleh jd asbab suami isteri keluarga jd haru…kalau aku,aku g jumpa kawan baba tu,aku tepuk dahi die..sesuka hati nenek die je bg benda mengarut ngarut…nak jaga umah rajin2 lah mengaji al-quran…yg gatal2 ambik menatang tu kenapa..haishhh baba awak pun lah…babab kang tau lah…
X taw nk komen cane sbb cite bkn je seram tapi lawak n sediy tu ade.Tahniah untuk penulis
Korang semua single ke ,kalau ya bolehlah saya adjustkan hehehe…
sedihnya baba n ibu berpisah…
la…sampai berpisah terus…tabah jugak la korg erk…lama tu duduk
Kalau laluan bnde2 tu,mmg xley buang ek?sy dulu pernah tgk cte hantu jepun psl laluan utama benda2 ni,that’s why rumah dlm cte tu berhantu tp sy x percaya..rupanya betul ada laluan dorg..
Best jgk cte awk ni..santai,mcm duk borak depan mata gitu haa..
Aku duduk kt johor aku tak pernah jumpa rumah puaka pun mesti reka cerita😐😐😐😐😐😐😐😐😐😑😑😑😑😑😑
Kau ingat johor tu besor lubang idung kau je ke??
Seram! Best baca entry awak ni. Cuma kalau boleh, ayat perlu disertai tanda koma dan noktah di tempat-tempat yg sesuai supaya tak ‘confuse’kan pembaca yg mcm saya ni. Hanya sekadar pendapat. Hehehe..
Guess what…
Guees what…
Guest what..
Ko kan tak duduk lagi umah tu…. bagi tau la… kat area mana…