Rumah Sewa 2 Tingkat

Tajuk: rumah sewa dua tingkat
Karya : eqa zamrud

Assalamualaikum admin..terima kasih andai cerita ini tersiar.jom layan cerita ni..moga yang baik jadi teladan.Yang tidak baik datangnya dari diri saya sendiri.

Kisah bermula tahun 2010.Aku belajar di salah sebuah intitusi di selangor. Tiga tahun setengah tempoh study aku itu..sem 1 hingga sem 3 mesti mendiami didalam asrama.jadi apabila masuk sem 4 kami dikehendaki menyewa di luar asrama.

Maka,nak dijadikan cerita..Alhamdulillah aku dan kawan-kawan dapat rumah sewa yang hampir dengan institusi.Memang teruja dapat merasa duduk rumah sewah..rasa “free” je.Kami dapat rumah sewa hasil bantuan senior yang sudah tidak mahu mendiami rumah tersebut.Mereka berkata mahu mencari rumah yang lagi dekat dengan istitusi.

Kami tinggal berempat di dalam rumah sewa dua tingkat tersebut. Aku kenalkan nama kawan-kawan aku ikin,katy,nana,dan siti.

Rumah sewa tersebut mempunyai dua tingkat dan ada dua bilik tidur sahaja di bahagian tingkat atas.Bilik master bed room aku duduk dengan siti dan katy.manakala bilik satu lagi nana dan ikin.

Kami menggunakan satu hari memunggah dan mengemas barang-barang.Penat lelah semua ada,kami gagahkan juga mengemas supaya kami selesa tinggal di situ.kami semua keletihan dan kepenatan.Apabila waktu malam menjelma,kami semua masuk bilik tidur lebih awal untuk merehatkan diri.

Sambil aku ,siti dan katy berbaring,tiba-tiba telefon bimbit katy berbunyi.katy terus mengangkat dan menjawab panggilan tersebut.katanya panggilan daripada kakak angkatnya .Kira-kira dalam sepuluh minit katy berbual dengan kakak angkatnya,katy lalu memutuskan panggilan dan katy memandang aku dengan siti tanpa berkedip matanya dan terus bersuara.

“Weh korang,tadi masa aku syok menyembang ngan kak angkat aku..tetiba dia tanya kenapa rumah kita bunyi bising sangat,aku ckp la mana ada bising,semua dah nak tidur ni.dia cakap bising sangat dengar macam ada budak main lari-lari.dia tanya ada budak ke kat dalam rumah.”

Aku dengan siti hanya melopong mulut bila katy berkata sedemikian.kami semua jadi senyap dan terus buat-buat tidur..tidak sampai seminit dengan tiba-tiba telinga kami Menangkap bunyi seakan-akan ada orang yang menekan punat Kelajuan pada batang kipas.

“Tik…tok….tik…tok…”
Kipas berdiri dalam bilik tidur kami sekejap pada kelajuan no 1,lepas itu beralih pada no 3,lepas itu no 2 pula.

Kami semua senyap,tidak berani hendak berkata apa-apa.Kemudian kami terdengar pula bunyi dari arah tangga.

“Pap…pap…pap…pap…pap…”
Seperti orang naik turun tangga,meremang bulu roma kami seketika.
Aku terus memejamkan mata dengan rapat sekali.kami bertiga menarik selimut sampai menutup aras kepala.Sambil dalam hati sebut Allah sahaja berulang kali.Tiba-tiba jantung aku bagai direntap seketika.

“Srrreeetttt….srrrreeeetttt….sreeetttttt..” Allahu bunyi orang tarik plastik sampah..menitik peluh aku..aku membuka mata sedikit sambil mengintai disebalik selimut,tiada apa-apa dan tiba-tiba…

“DAMMMM!!!!!!”

Bunyi macam orang jatuh dari bumbung atap rumah,terkejut aku.Aku memandang katy dan siti,mereka memejamkan mata sambil badan mereka tersentak -sentak menahan ketakutan yang teramat sangat.

Melihat kepada keadaan mereka,Aku cuba memberanikan diri,jadi aku mencabar diri aku sendiri dan membuka mata seluasnya terus bangun memasang lampu bilik.

Perlahan-lahan aku membuka tombol pintu dan aku menjenguk bilik yang bersebelahan dengan bilik aku.Aku memandang nana dan ikin sedang nyenyak diulit mimpi.

selepas selesai aku menjenguk bilik Ikin dan nana.Aku terus berjalan dengan berhati-hati menuju ke arah tangga rumah.sedang aku meraba suis lampu tangga.cuping telinga aku menangkap suara yang halus mendayu-dayu seakan suara budak perempuan menegur aku dan menyuruh aku memandang kearahnya.

“Hhhhhaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiii…joooommmmm”

Dari samar-samar aku ternampak budak perempuan dalam lingkungan 5tahun berambut tocang dua , berbaju skirt warna merah hati paras lutut sambil memeluk tedy bear dan hanya berdiri tegak di hujung tangga tepat berhadapan dengan aku dalam jarak hanya beberapa meter sahaja.

Kaki aku terus terpaku seakan terpasak di bumi,aku cuba menggerakkan kaki aku tetapi tidak boleh,didalam hati hanya Allah sahaja yang mengetahui macam mana perasaan aku kala ini. Aku mahu melarikan diri,tetapi aku jadi tidak mampu,badan aku seolah-olah terus lemah,peluh menitik-nitik menandakan ketakuatan yang amat sangat yang sudah merajai hati dan minda aku. Aku hanya memandang tanpa berkedip mata.

Dari ekor mata aku,aku melihat budak perempuan tersebut menundukkan kepalanya sambil selangkah demi selangkah menaiki tangga rumah dengan berkata kearahku dan menangis serentak.mendayu-dayu meresap di pendengaran cuping telingaku.

“Jommmm laaa..huuuu…huuuu…jommmm…huuuu..huuuuu,jom la main dengan adik,adik sunyi ni..teman adik yee…huuu…heeeee..huuuuu”

Budak perempuan tersebut perlahan-lahan mengangkat wajahnya dan kelihatan seluruh wajahnya yang tiada mata, tiada hidung, tiada mulut..licin.Manakala kepala anak patung teddy bear yang dipeluknya berpusing-pusing sambil turut ketawa.
“heeeeeee….heeeee..ha…ha…..ha…”

“aaaaaarrrrrgggffghhhhhhhh!!!!!!”
aku menjerit dengan sekuat hati..aku sudah tidak ingat mahu membaca ayat Al-quran apa dan surah apa. Semua doa habis terabur aku baca.Hanya doa tidur yang tiba-tiba terkeluar daripada mulut aku .Aku terus membaca dengan sekuat hati .

“BismikaAllah huma ahya wa amut!!!!!!!!!!!”

Dengan izin Allah,walaupun hanya membaca doa tidur,kaki aku dapat bergerak.Aku terus berpusing dan berlari menuju kebilik tidur aku semula tetapi perjalanan kebilik ku rasakan begitu jauh.Sedangkan dari tangga hanya beberapa langkah sahaja untuk sampai ke bilik tidur aku.Sambil aku berlari,aku sempat menoleh ke belakang.Budak perempuan dan anak patung teddy bear yang di peluknya menyeringai dan ingin menerpa kearah aku.Lagi laju aku lari,lagi dekat makhluk Allah itu menghampiri aku.Dalam hati aku hanya menyebut nama “Allah” sahaja.Dan akhirnya aku sampai juga di pintu bilikku.Aku buka pintu dan terus meloloskan diri masuk kedalam bilik dan terus menghempas pintu bilik dengan sekuat hati lalu aku mengunci pintu bilik tersebut.

“tok!!! Tokkkk!! Tokkkkk!”
Pintu bilikku di ketuk kuat dari luar.Berpeluh aku menahan ketakutan yang teramat sangat.Terus aku menoleh melihat kawan aku katy dan siti.Masing- masing terhenjut-henjut bahu menahan ketakutan.Aku memanggil mereka dan menghampiri mereka.Aku biarkan ketukan pintu yang bertalu-talu.Baru aku ingin melelahkan penat dengan tiba-tiba katy dan siti memandangku serentak.

“Allah!!” aku terkaku.
Muka mereka pun tiada mata,tiada hidung,hanya ada mulut yang ternganga luas mengeluarkan bau busuk hanyir darah yang membuak-buak keluar dari mulut mereka.Dunia seakan gelap,aku mencari nafas ku yang terhenti seketika.Aku terus melangkah dan ingin keluar dari bilik,tetapi pada masa yang sama ketukkan pada pintu bilik semakin kuat dan agresif.Aku sudah tiada pilihan lain aku mesti rempuh juga apa yang ada di depan mata aku.Katy dan siti mengesot menghampiri aku,semakin hampir dan dekat dengan ku,aku terus buka tombol pintu tetapi pintu tidak boleh dibuka.Aku tarik tombol pintu sekuat hati,tetap tidak boleh dibuka.Aku mula menangis dalam ketakutan.Aku mula meraung macam orang hilang akal.Aku menangis semahu-mahunya.Tiba-tiba telinga aku terdengar alunan surah yasin yang bergema dalam rumah.

Aku berasa sekelilingku panas,katy dan siti turut meraung kepanasan dan dengan tiba-tiba pintu terbuka dengan sendirinya.Aku terus berlari menuju kearah tangga.Aku melompat hanya tiga lompatan sahaja dan aku sudah berada di penghujung tangga.Bertapa tingginya lompatan aku.Ini kalau masuk lompat tinggi mesti menang ni.

Elok sahaja aku sampai di tingkat bawah rumah,aku melihat beberapa orang berpakaian jubah putih dan berkopiah putih mengelilingiku sambil mengalunkan surah Yasin.Aku melihat semua kawan aku ada dibawah,jadi siapa yang diatas bersama denganku.Aku jadi semakin panik,aku tidak dapat berfikir secara rasional.Mata aku tajam melihat katy,siti,ikin,nana bersama-sama membaca surah yasin.

Aku meronta-ronta kepanasan,mataku meliar kekiri dan kekanan,lalu salah seorang lelaki yang berjubah dan berkopiah putih hampir dekat denganku dan meletak besen dihadapanku lalu dia terus rukyah aku.Aku merasa sangat sakit yang teramat sangat,kepala aku seperti di pulas-pulas,aku berpeluh-peluh lalu perut aku memulas-mulas,rasa mual dan isi perut aku memuntahkan lendir hitam yang sangat busuk.Membuak-buak keluar dari mulutku.Aku terus pengsan tidak sedarkan diri.Perlahan-lahan mataku terkatup dan dihujung-hujung telinga sayup-sayup aku mendengar surah yasin lenyap perlahan-lahan dari pendengaranku. Dunia menjadi kosong.
………………..
Sejam selepas..

Aku terjaga dari pengsan yang agak lama,Aku melihat masih ramai disekelilingku.Katy,siti,ikin dan nana juga masih setia di sisiku.Aku di hulurkan secawan air mineral yang telah di ruqyah dan aku di suruh minum sampai habis untuk memulihkan semangat aku kembali.Alhamdulillah dengan bantuan ustazd ariff dan dengan izin Allah S.W.T,aku kembali sedar sepenuhnya dan Aku di bawa pulang oleh keluargaku dengan kebenaran tempat belajarku untuk aku merehatkan diri.

Selepas dua bulan kejadian tersebut aku dan Kawan-kawanku mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah sewa dua tingkat tersebut dan mencari rumah sewa baru.Kisah aku ini cepat tersebar di institusi belajar aku hingga sampai kepada pengetahuan senior aku yang pernah menyewa di rumah dua tingkat tersebut suatu ketika dahulu.

“weh korang,tahan gak ye korang duk situ sampai dua bulan,kitaorang tahan dua minggu je”

Kami hanya senyap dan senyum.Tidak mampu berkata apa-apa kerana peristiwa itu amat menyeramkan pada kami semua dan sekarang kami banyak dekatkan diri kami dengan Allah.Semua yang terjadi ada hikmahnya.Allah menegur dengan cara begitu supaya kami tidak lalai dan lara.Apa yang kami tahu daripada ustazd Ariff.Penunggu rumah sewa dua tingkat tersebut ada yang menjaganya dan ada motif tersendiri oleh penjaganya.Dan ustazd Ariff tidak menceritakaan siapa penjaganya kerana menjaga aib si pelaku dan meminta kami mendoakan si pelaku semoga diberi hidayah dan insaf atas semua kelakuannya.

Adakah tuan rumah punya angkara untuk mengaut keuntungan dengan cara begini,atau ada orang yang berdendam dengan tuan rumah.Wallahua’lam.Kami pun tidak ada jawapan.

Aku dalam cerita ini adalah aku.

-Tamat-

Nota kaki:-psssssttt jgn beli rumah dua tingkat ye..👻

 

15 thoughts on “Rumah Sewa 2 Tingkat”

  1. scarynyaa . kena hati2 lain kali siapa2 pun . kalau rumah tu murah sgt sampai tak masuk akal, selalunya ada yg tak kena . semoga kita dijauhkan dari segala musibah . aaminn

    Reply
  2. Pesanan jika masuk rumah baru terutama rumah sewa.. Jgn terus tido je dimalam pertama lepas pindah dan terlalu bersangka baik konon rumah tu takde penghuni alam ghaib.. Sebaiknya sebelum tido hari pertama baca yassin beramai2..baca ayat kursi di tiap penjuru rumah sebelum tido.. Then sepanjang mlm tu pasang rukyah diradio atau phone atau laptop sampai pagi dlm masa sebulan..selain rajin mengaji tiap hari.. Petua org tua2 pula tabur garam kasar/lada hitam/cili kering/bwg merah keliling dlm rumah dan renjis air yassin dlm rumah… Saya pernah alami diganggu jin krn sewa rumah yg dah berbulan2 kosong..gara2 masa pindah takde wat usaha apa2.. Hikmahnya kita lebih dkt diri dgn Allah..

    Reply
  3. Cis memang tak guna statment akhir tu. Dahlah rumah 2 tingkat. Btw cerita padu meletop seram dan membuat saya meremang dan mula benci rumah sendiri.😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂😂 goodjob

    Reply
  4. Seram sungguh, terutama bahagian hantu yang disangka kawan-kawan. Tapi kenapa lah senior buat macam tu ya. Patutnya bagitahu lah keadaan sebenar.

    Reply
  5. tinggal berlima ke berempat? ayat awal awal kata tinggal berempat, tapi kawan kawan ada nana, ikin, katy dan siti kemudian termasuk awak (penulis). eh pening la kita.

    Reply
  6. tp aku perasan kes2 rumah sewa mcm ni, bnyk juga yg dpt dari senior yg menyewa sebelumnya.. so aku rasa agak selfish dan tak patut lah bila senior2 tu keluar rumah atas sbb tu, tp taknak bagitau.. mcm menganiaya org je.. kau kena, dah tu nak bagi org kena.. at least terus terang je la.. kalau bdk tu still decide utk try stay situ, then biarkan.. tak baik lah buat org mcm tu

    Reply
  7. Kerap dgr cerita student kene ganggu kat umah sewa ni….senior pun laa knp laa suka sgt aniaya org…dh taw umah tu x elok…di rekomen kan jgk tu dh knp..aduiiiii…saje je nk aniaya org…

    Reply

Leave a Comment