Rumah Sewa 2 Tingkat di Perak

Hye Assalamualaikum kepada semua yang membaca . Terima kasih kepada admin FS seandainya cerita ini terpilih untuk disiarkan.

Aku kenalkan nama aku Sya . Umur aku sekarang menginjak usia 25 tahun . Kebelakangan ini (sejak 4 tahun yang lepas) entah kenapa aku antara yang terpilih untuk mengalami beberapa peristiwa mistik dalam hidup aku .

Kisah bermula pada tahun 2015 . Ketika itu aku masih belajar di Politeknik Perak . Pada semester ketiga masa tu aku dan housemate yang lain plan nak pindah rumah sebab tuan rumah sewa kitaorang masa semester kedua tu cerewet sangat . Alhamdulillah salah sorang housemate aku ni jumpa rumah yang berdekatan dengan poli . Rumah pulak besar 2 tingkat . Tuan rumah siap cakap ikut suka lah nak duduk berapa orang . Sebab rumah yang dulu tu wajib kena cukup 10 orang baru boleh menyewa . So untuk rumah baru ni kitaorang tak perlu la susah-susah nak cari penyewa lain sebab kitaorang berlima je semua .

Hari pertama masuk rumah tu aku masih ingat masa tu malam dalam pukul 9 lebih . Aku sampai paling lewat sebab aku dari Selangor . Housemate aku lagi 4 orang Ika,Wana,Zila dan Mira semua orang Perak . Mula2 masuk rumah tu aku berjalan keliling rumah . Sebelum tamat semester dua aku dah pergi tengok dah rumah tu dengan diorang tapi masa tu rumah kosong lg . Kalau korang tengok keadaan luar rumah tu memang macam dalam movie . Daun kering bersepah . Pagar rumah senget sikit . Kiri kanan rumah kosong dan tak pernah ada student sewa pun . Belah kanan rumah tu selang satu rumah baru ada orang tu pun family cina and aku agak diorang just buat rumah persinggahan sebab diorang tak selalu ada . Belah kiri pulak selang dua buah rumah ada senior lelaki .

Mula-mula masuk rumah tu memang terkejut sebab tuan rumah siap masukkan sofa,tv,mesin basuh,katil . Dalam hati aku ‘ wahh furnished house nih’ . Semua okay termasuklah bilik tidur aku yang aku kongsi dengan roommate aku Wana di tingkat atas . Wana ni orang nya warak sangat . Selalu kejut aku subuh dan ingatkan aku untuk sentiasa solat awal waktu .

Malam pertama tidur dalam rumah tu aku dah rasa panas semacam . Aku tengok si Wana elok je tidur berselimut bagai . So aku just fikir ‘hmm orang warak ni memang selalu sejuk je kot’ hihihi . Sebabkan panas sangat rasa dahaga tu macam mencucuk cucuk je . Aku teringat yang aku ada bawa botol air sebab Ika dah pesan awal2 rumah ni takda makanan/minuman lagi . So semua bawa makanan/minuman masing2 .

Aku cari botol air aku keliling bilik tapi takda weh . ‘Mana pergi botol air aku ? Takkan tinggal kat bawah kot .’ Nak tak nak terpaksa la turun bawah . Rumah tu kalau sampai je anak tangga pertama kat bawah tu terus belok ke kiri untuk ke dapur . Belah kanan ruang tamu . Masa aku sampai kat bawah tu aku just pandang sipi je kat ruang tamu . Korang tau kan kalau kita just pandang dengan mata putih je . Ha macam tu lah aku pandang kearah ruang tamu tu . Mata aku terpandang satu sosok tengah berdiri terpacak kat ruang tamu tu . Masa ni memang otak dah fikir bukan-bukan sebab serious talk aku seorang yang sangat penakut like penakut yang amat sangat2 . Aku dah tak fikir pasal dahaga dan aku dah tak fikir pasal botol air walaupun masa tu aku dah kat dapur . Aku terus lari naik atas tanpa pandang langsung ruang tamu tu . Time ni kalau boleh aku nak lari sambil tutup mata tapi fikirkan tangga tu hmm hadap jelah apa yang bakal menyusul huhu . And Alhamdulillah aku terus masuk bilik but tak sambung tidur sebab mata macam dah segar sangat . Aku pakai earfon and pasang lagu kuat2 . Entah pukul berapa aku tertidur .

Esoknya plan nk cerita dekat budak rumah tapi segan pulak takut diorang fikir aku ni ‘over’ dan dalam masa yang sama aku taknak takutkan diorang . Dah la rumah baru pindah masuk .

2,3 hari lepas kejadian malam tu aku lepak dekat koridor sambil otp dengan member aku . Tengah syok sembang aku terpandang koridor rumah belah kiri . Ada satu ampaian dan aku masih ingat ada baju budak yang aku agak dalam lingkungan 5 tahun gitu tersangkut elok dekat ampaian tu . Pelik bin ajaib sebab baju tu nampak baru . ‘Hmmm cantik’ .

Sambil otp tu aku tak sedar yang lama jugak aku tenung ampaian tu . Sampai lah salah satu dari batang besi ampaian tu jatuh . ‘Tinggggggg’ berdesing weh bunyi dia sebab jatuh atas mozaik kan . Masa tu memang aku terkejut gila dan, tiba-tiba ada satu suara yang aku dengar jelas sangat sejurus lepas besii tu jatuh . ‘ehem2…’ Jelas sangat bunyi dia dan aku pandang kiri-kanan . Semua housemate aku kat bawah kecuali Mira yang aku kira dah tidur . Sedang aku pandang kiri-kanan tu mata aku tetibe terpandang di celah-celah koridor rumah sebelah . Jelas dipandangan mata aku . Raut wajah seorang kanak-kanak tengah tenung aku macam nak terkam . Bersih saja muka dia dan rambut dia basah macam baru lepas mandi . Aku tahu tu bukan budak ! Aku tahu tu bukan manusia ! Macam mana budak boleh ada di rumah tu sedangkan rumah tu memang completely abandoned !

Aku lupa yang aku tengah otp dengan member aku sebab aku terus lari turun bawah . Housemates aku macam ‘dah kenapa minah ni’ . Aku cerita dekat diorang sambil nangis2 and sorang pun taknak percaya.

Kejadian yang lain nya masa tu aku baru balik dari kelas petang . Dalam rumah tu cuma aku dengan Wana je yang sama kelas . Disebabkan kitaorang cuma ada satu kunci so siapa yang keluar last kena letak kunci dalam satu bekas yang kitaorang dah sediakan sebelah tingkap . So tingkap tu memang tak kunci lah main tutup macam tu je supaya senang nak ambik kunci tu dari luar . Macam bahaya kan tapi Alhamdulillah sampai habis sem takda kes pecah masuk .

Masa tu aku dengan Wana sampai depan rumah and kitaorang dah hafal jadual kelas masing2 . Jadi masa tu memang kitaorang tahu takda sapa pun dalam rumah . Wana tengah kunci pagar dan aku tolak sikit tingkap untuk ambil kunci . Sekali lagi sangat2 jelas di mata aku satu lembaga bersosok tinggi lampai tengah berdiri di ruang tamu menghadap ke dapur . Baju putih tapi penuh tompokan lumpur . Rambut hitam pekat paras pinggang tapi sangat2 kusut . Nasib ‘benda’ tu menghadap dapur . Kalau mengadap aku memang aku terus pengsan kat situ .

Aku tak tahu kenapa aku tak jerit . Aku cuma terkejut dan benda tu pulak terus hilang lepas aku pandang belakang untuk panggil si Wana . Macam yang aku agak si Wana langsung taknak percaya .

Itu sajalah kisah aku untuk kali ni ya .Dan kepada semua housemate aku . Kalau korang baca ni aku harap korang tahu lah yang aku tak pernah buat2 cerita . Si ika mandi dekat tingkap bawah and lampu bilik air tetiba terpadam . Masa tu tinggal aku sorang je kat bawah tapi aku langsung tak berganjak dari sofa . Sebabkan ada aku je so si ika salahkan aku sampaikan bermasam muka 2,3 hari . Heh tahu pulak takut .

Sekian terima kasih .

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Sya
FOLLOW FB KAMI.

12 comments

  1. Kenapa kau dpt housemate semuanya mcm tu ye? kena batang hidung sendiri baru tahu. kang perkara buruk jadi baru nk sedar. sudah terhantuk baru terngadah. btw, pindah² rumah tak buat kenduri n pagar rumah ke? bahaya dik non.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.