Rumah Sewa Besar Tapi Murah Di Cheras

Kisah ini betul betul jadi dalam hidup aku dan keluarga aku. kisah ini mengenai rumah sewa yang mewah tetapi murah, ada kisah sebaliknya.

Masa kakak aku mula-mula nak masuk ke alam berumah tangga dulu, dia ada lah ushar satu rumah dekat area Cheras Perdana sebab kawasan tu dekat dengan tempat kerja suami dia. Kakak aku pulak kerja sebagai jururawat di sebuah hospital di Petaling Jaya. jadi dia tak kesah lah jauh sebab memang dia takkan hadap jem memandangkan dia kerja ikut shift.

Satu hari ni, dia happy sangat sebab dapat rumah sewa dekat kawasan yang dia nak and rumah sewa tu agak murah la. Masa dia hantar gambar rumah tu dalam whatapps group keluarga kami, aku agak terkejut la sebab rumah tu agak besar and sewa dia murah. rumah teres 2 tingkat dengan 4 bilik dan 3 bilik air dengan harga rm800/sebulan. Aku agak memang ada benda yang tak kena, tp aku positif je lah yang mungkin rezeki dia nak kawin.

Masa masuk rumah tu, aku tak rasa apa-apa yang pelik pon sebab aku memang jenis tak suka overthinking ke ape. Masa nak bersihkan rumah tu, kakak aku ajak lagi seorang sepupu perempuan aku untuk kemas rumah tu and stay one night dekat rumah tu. tapi sepupu aku macam ada bad intict pasal rumah tu, tapi dia layankan je permintaan kakak aku tu. Selama kakak aku dah kawin ni, sekali pon dia tak pernah datang dah rumah tu. Tapi aku tak syak apa-apa sebab kakak aku selalu jumpa dia luar waktu kerja.

Beberapa bulan lepas kakak aku kawin, dia dikhabarkan dengan berita gembira iaitu dia telah hamil. dia dan suaminya amat menitik beratkan kesihatan kandungan dan sudah membuat persediaan awal untuk menyambut kehadiran anak. Dan kisah seram bermula apabila, kakak aku sering bermimpi bahawa ada seorang kanak-kanak perempuan yang berbangsa india mengganggu dia.

Hampir setiap malam kakak aku diganggu dengan mimpi yang sama. sehinggalah dia tak sedap hati, dia pergi check up kandungan dia dekat doktor, and disahkan anak dia sudah tiada pada usia kandungan 12 minggu. Doktor sendiri tidak dapat mengenal pasti punca kejadian tersebut.

Kakak aku mengalami kemurungan kerana dia nak sangat ada zuriat. Sampailah beberapa bulan selepas dia keguguran itu, alhamdulillah dia dikhabarkan hamil lagi. kali ini, dia harap benar benar kandungannya sihat. Tetapi, dia masih dapat mimpi yang sama macam mana dia mengandung dulu. dia berasa tidak sedap hati dan memberi tahu suaminya, tapi suaminya hanya mengatakan itu mainan perasaannya saja. Kakak aku mula syak mungkin mimpi itu datang daripada gelang arwah nenek aku yang berasal bugis, dia terus bagi aku gelang emas tu, tapi bila aku pakai takde ape pula jadi dekat aku.

Disebabkan kakak aku tak rasa sedap hati dengan rumah tu, dia merancang untuk pindah dari rumah itu secepat mungkin selepas membeli rumah sendiri di kajang. sepanjang cuti semester pula aku memang akan tinggal dengan kakak aku. selepas pindah dari rumah tu, kami dapat tahu banyak kebenaran.

Suatu hari, suami kakak aku nak pergi rumah sewa tu untuk amik astro recorder yang tertinggal. masa abang ipar aku sampai depan rumah tu, dia dipanggil oleh jiran berhadapan dengan rumah sewa tu. akak tu ckp ” dik, kau sini kejap dik, aku ade mende nak cakap” abang ipar aku balas ” kejap kak, nak ambil barang kejap” lepas je abang ipar aku keluar dan tutup pagar, dia terus pergi dekat akak tu semula ” ye kak, ada apa?”. akak tu tanya ” kau dah ade anak ke? kau tinggal dalam rumah tu berapa orang?”. abang ipar aku senyum and balas ” eh, saya baru je kawin kak, bini sy baru mengandung, kami takde anak lg.. kenapa kak?” akak tu bls ” anak akak selalu nampak ade budak perempuan berdiri dekat balkoni bilik rumah kau, rambut panjang baju putih.. pandang bawah jee” terus berdiri bulu roma abang ipar aku.

Terus abang ipar aku bawak kakak aku pergi darul shifa’ and alhamdulillah semuanya okay sekarang.. dan sekarang baru aku sedar kenapa anjing jiran kakak aku dulu, suka menyalak tengah tengah malam sampai tuan dia sendiri marah, mungkin sebab anjing tu nampak apa yang kami tak nampak, dan aku baru sedar no wonder lah rumah tu penyewanya tak lama yang duduk situ kata jiran sebelah rumah sewa kakak aku dulu tu, tanpa mereka tahu puncanya.

19 thoughts on “Rumah Sewa Besar Tapi Murah Di Cheras”

  1. “selepas pindah dari rumah tu, kami dapat tahu banyak kebenaran.”….apa yg banyak nye?? stakat anak jiran nmpk ada budak berdiri..tu jer…celah mana ko banyak kebenaran……sampah

    Reply
  2. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya rasa di sini kita semua kawan-kawan yang berkongsi minat yang sama dan kita ada berbagai tahap kebolehan. Ada yang pandai tulis cerita hingga tidak jemu kita membacanya. Ada pula yang hanya ingin kongsi pengalaman mereka dengan kita. Kita raikan semuanya sesama kita ya. Saya rasa semua yang menulis di sini akan sangat gembira jika ada yang sudi baca dan komen. Lebih bahagia lagi jika komen-komen diberikan secara berhemah dan membina. Mari kita pasang niat bersilaturrahim secara sihat.

    Reply
    • Betul tu. Ubah budaya mencaci kutuk kepada teguran yg sopan. Sesiapa yg nak tulis nak share pengalaman cancel bila tgk byk keybord warrior sedia nak kecam. Kalau tak suka simpan dihati. Kalau nak cari cerita seram yg tatabahasa tinggi baik baca mastika ja

      Reply
  3. cargas nye org atas ni..teringat plak masa zmn sekolah dlu..org tgh riuh seronok sbb cikgu xde, tiba2 bgn sorunk student tulis sesuatu kat papan hitam..ingat kan apa rupanya ajak main soal jawab matematik…camtu la cargas nye org kat atas ni

    Reply
  4. well not bad.,cuma ada ‘cacat cela’ sikit dalam penceritaan anyway no prob bagi sebab aku anggap ko just nak kongsikan pengalaman bukannya ko nak berkarya utk sebuah buku btw try better nxt time..all the best,keep sharing!

    Reply
  5. cerita ok dah tapi cerita pasal rumah sewa tu sebenarnya ada ape? ape yang pernah terjadi dalam rumah tu? macam tak lengkap je ceritanya? bukan nak kondem tapi setakat bertanya

    Reply
  6. Cerita tergantug @ ayat yang tergantung ni.cerita yang tak.jelas.cuba cerita lebih terperinci bagi org tahu apa.sebenar nyer nak.di ceritakan .kan senang.emm

    Reply
  7. Best cita ni.. Nasib baik hantu budak tu x kacau dgn sadis.. Lama jugak duduk situ.. Patutnya awal2 lagi la suruh ustad tgk umah tu.. Ni dibiar kan aje.. Seronok la hantu tu..

    Reply

Leave a Comment