Rumah Sewa Corner Lot Baru

Assalamualaikum semua. Nama aku Shah. Member-member panggil wak sebab kadang-kadang aku suka cakap jawa walaupun sebenarnya aku pun tak faham aku cakap apa. Okay, benda yang aku nak cerita ni ialah pengalaman aku masa aku study dekat satu kolej swasta di selatan tanah air.

Pengalaman ni yang aku nak cerita ni terjadi masa aku semester 4. Masa tu baru nak daftar masuk kolej. Oleh sebab aku dah sem 4, so aku terpaksa keluar dari rumah yang disediakan oleh pihak kolej and cari rumah sewa sendiri. So aku berpakat dengan member-member rapat untuk cari rumah berdekatan dengan kolej. Member-member aku ni ada dalam 8-9 orang jugak. Tak sama sem, tapi rapat sangat sebab perangai gila masing-masing. So, cari punya cari, dapatlah satu rumah ni. Rumah baru lagi belum ada orang pernah duduk sebab rumah tu dekat perumahan yang baru siap. Aku dengan member-member pun sapu jelah memandangkan sewanya berpatutan dan lokasi pun agak dekat dengan kolej.

Nak dijadikan cerita, hari pertama daftar masuk, yang datang hanya aku dengan 2 orang lagi member, Ash dan Am. Yang lain semua bajet-bajet senior nak datang daftar lambat-lambat. . So lepas settle daftar apa semua, aku bertiga dengan jayanya merasmikan rumah sewa baru kitorang. Rumah cantik, dapat pulak corner lot. Memang luas lah cerita dia. Rumah kitorang ni paling hujung, kiranya lepas rumah kitorang, dah kawasan hutan yang dibatasi dengan pagar. Perumahan ni kalau tak silap aku time tu, baru ada 4-5 buah rumah je yang ada orang duduk. Yang lain still kosong. Maklum la, rumah baru kan. So dalam baris rumah aku memang kosong lah sebab yang ada orang pun belah depan nun.Tapi takdelah rasa seram ke apa mula-mula tu. So lepas settle kemas-kemas barang masuk rumah, Yap keluar nak pergi rumah sedara dia. Dia cakap mungkin malam ni dia tak balik rumah. So tinggallah aku dengan Am malam tu dekat rumah berdua macam beruk makyeh.

Malam tu lepas makan apa semua, aku dengan Am layan movie kat laptop masing-masing dekat ruang tamu. Aku dengan Am masing-masing pakai headphone. Tengah syok-syok layan, tiba-tiba aku dengar bunyi orang terajang pintu grill rumah aku. Korang bayangkan, aku dengan pakai headphone, volume sikit lagi nak max, boleh dengar suara grill kena terajang, kuat pulak tu. Mungkin sebab aku lepak paling dekat dengan pintu depan. Aku macam terkejut ah, siape pulak dok terajang grill malam-malam buta ni. Aku ingat aku sorang je dengar, Am pun perasan sekali sebab lepas aku tengok pintu, aku tengok Am. Rupanya Am pun tengah tengok pintu dengan muka pelik. Time tu dah around pukul 1 pagi gitu. Aku ni memang jenis penakut sikit, memang taklah aku nak pegi usha. Tapi Am ni memang jenis gila punya orang, lepas dia dengar tu terus dia bangun bukak pintu siap dengan pintu grill sekali dia bukak. Habis dia round dari depan rumah sampai belakang. Nothing. Aku dah start rasa seram sejuk.

Aku ingat sampai situ je. Eh dia sambung lagi, baru je Am nak kunci pintu grill, sekali bunyi macam air paip terbukak. Bunyi air tu macam orang tengah tadah air dalam baldi. Mula-mula aku dengan Am confuse jugak la dari mana bunyi tu sebab bukan dari dalam rumah kitorang. Tapi bunyi tu dari baris rumah depan. Rumah depan mana ada orang duduk lagi beb. Aku tengok muka Am dah macam annoyed gila. Am ni memang jenis berani. Tapi bukan berani kosong lah. So Am decide nak pegi check rumah depan kitorang ni. Aku memang takdelah nak ikut, aku tunggu dekat luar rumah aku je depan pintu tu haa. So Am ni pegi la bukak pagar depan rumah tu sambil melilau kiri kanan. Sampai pintu depan rumah tu, Am jerit kat aku, dia cakap dia nak masuk tutup air kat dalam sebab dia cakap memang bunyi tu kat dalam rumah tu. Aku pun pelik la, takkan tak kunci kot rumah tu. Rupanya memang tak kunci sebab selamba je Am bukak pintu depan rumah tu masuk dalam(rumah ni pintu depan dia takda grill lagi), aku dok perati je la dari depan rumah aku. Am tak bukak lampu, dia just guna torch dari phone dia je melilau kat dalam. Aku nampak Am masuk master bedroom. Agak-agak dalam 2-3 minit, hilang dah bunyi air tu. Am pun keluar dengan muka steady kunci pintu apa semua pastu balik kat rumah kitorang semula. Am ni cerita la bunyi tadi tu bunyi air paip terbukak dalam bilik air master bedroom. Aku pun pelik la, sape pulak bukak air tu.

Tengah sembang-sembang depan rumah tu, aku macam mana tah boleh rasa nak tengok sangat tingkap rumah depan tu. Bila aku tengok je, sekali kat tingkap tu gelap-gelap dengan bantuan lampu depan rumah aku, aku nampak macam ada orang tengah usha aku balik. Aku punya terkujat, aku rasa macam hilang kejap d***h kat muka ni. Am perasan muka aku dah berubah, terus ajak aku masuk. Dia tak tanya apa-apa macam dah tau apa aku nampak. Bila dah kat dalam rumah, Am cakap ” Takdak apa tu, dia saja nak kenal-kenal jiran baru, jangan takut, dia makhluk, kita pun mahkluk. Dia kacau kita lagi, nanti kita kacau dia balik”. Am bagi aku minum air masak yang dia dah bacakan sikit potongan-potongan ayat Al-Quran. Lepas minum tu baru lah aku rasa tenang sikit and badan rasa hangat tak seram sejuk macam tadi. Malas nak fikir banyak, aku dengan Am pun standby nak tidur. Malam tu kitorang tidur kat ruang tamu sebab belum beli tilam apa semua. Baru nak lena, aku dengar bunyi perempuan menangis kat luar rumah. Kuat. Lepastu makin sayup makin sayup. Aku toleh tepi, tengok Am dah duduk sambil tengok tingkap. Rumah baru, langsir pun tuan rumah tak sempat pasangkan lagi. So memang lopong ah boleh tengok luar. Tiba-tiba Am bangun terus nak keluar rumah sambil cakap dengan aku, ” Kau tunggu sini wak, aku nak pegi halau nyamuk. ” Tak hingin aku nak tinggal sorang-sorang dalam rumah lepas dengar camtu, so aku decide follow Am. Kat luar, Am pegi tepi rumah, kaut dengan tangan tanah kat tepi tu, pastu dia baca apa ntah, tiup kat tanah tu pastu dia rejam tanah tu atas bumbung rumah kitorang. Tiba-tiba aku bau macam rambut terbakar. Pastu Am tunjuk something kat atas, aku pun tengok ah. Ada kain putih terbang laju gila pegi dari atas bumbung rumah kitorang pegi kawasan hutan sebelah tu. Lepas tu pokok-pokok kat situ bergoyang macam ada monyet banyak gila. Lepas jadi benda tu, barulah aman kitorang tidur malam tu.

Okey,itu sahaja kisah kali ini. Assalamualaikum.

Rating Pembaca
[Total: 12 Average: 5]
Shahril

29 thoughts on “Rumah Sewa Corner Lot Baru”

    • Am ada cerita pengalaman time dia kecik dulu kena menganjing dengan cik pon sampai Am demam panas 2-3 hari dekat aku, nanti aku ada masa aku ceritakan balik.

      Reply
    • Rasanya bukan sebab Am ni kampung dia bukan di utara tanah air dan dia ni rapat/membesar dengan atuk dia. And dia ada sorang adik lelaki dan sorang adik perempuan. Bukan semua lelaki macam adik beradik Aman.

      Reply
  1. Penulisan yang sangat baik. Tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. Mampu menarik pembaca untuk membaca hingga ke akhirnya. Orang yang berilmu dan ‘berisi’ dadanya memang berani macam ‘Am’ tu.
    Kongsi lagi ya. Terima kasih.

    Reply
  2. just “wow” cool story..seram gak ah part rmbut hangus dan siap nmpak lagi bnda tu terbang secara live “what the…”..btw mmber memang brani,org kalau dah ada ‘isi’ ni dia memang rilek sikit even dlm hati siapa yg tahu hahah

    Reply
  3. Uishhh….banyak ilmu kwn tuu erk….berani lain mcm….best r ade kwn cmtu selamat skit klau ade ape2 gangguan…hehe

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.