RUMAH SEWA DI PERKAMPUNGAN BUNIAN

Assalamualaikum , alkisah cerita ini bukan dari saya sendiri ( penulis ) , jika nak dikaitkan dengan cerita ini ianya mengisahkan kakakku yang sedang kolej dan seharusnya tinggal di rumah sewa yang berdekatan dengan kolej supaya cepat dan mudah untuk ke kolej. Seandainya kisah ini tidak menyeramkan maafkan saya tetapi saya tetap ada rasa ingin berkongsi dengan peminat dan pembaca tegar FS ( fiksyen Shasha ) .

Kakakku dalam bidang kolej ini hampir dua tahun , pada mulanya sudah selesai mendaftarkan diri di kolej itu dan disuruh untuk berpindah ke rumah sewa disekitarnya. Ketika itu hampir semua ahli keluargaku tidak tahu yang disitu ialah perkampungan bunian tetapi keluargaku tahu yang di kawasan itu terdapat terlalu banyak kes seram , resort yang cantik terbiar , dan tak silap aku disitulah rumah seorang dikatakan agak famous ketika taahun dahulu , namanya Mona Fendy … apakan daya abaikan sahaja semua itu , kakakku tetap akan tinggal disana demi pelajarannya . Selesai menghantar kakakku ke rumah sewa itu, sebaik sahaja melangkah masuk sudah pasti diawali dengan “BISMILLAHIRAHMANIRAHHIM ” . aku menolong kakakku untuk menyusun kesemuanya di dalam bilik itu, kakakku di dalam rumah itu beramai tetapi housemate tidak terlalu rapat dengan kakakku .

Almaklumlah , semester lain kan .. dan pandangan housematenya sangat sangat tak puas hati tanpa sebab . Kakakku duduk dalam bilik berduaaan dengan seorang perempuan ni yang boleh dikenali sebagai huda ( bukan nama sebenar ). perempuan ini jenis yang diam je , tanya baru jawab tak terlalu friendly tetapi kadang kadang dia suka buat orang naik angin dengan sikapnya .. tetapi malangnya tak sempat habis semester dia dah berhenti kolej kerana tidak tahan dengan sikap pengarahnya dan sukar untuk fahami course yang dia ambil.

Ketika itu tiada lagi gangguan berat yang dialami oleh kakakku malahan dia abaikan saja segala cerita mistik . Dia berseorangan ketika huda ( bukan nama sebenar ) telahpun keluar dari kolej dan rumah sewa itu . Kakakku agak sunyi dan ada satu masa , housemate kakakku pergi ke kolej kerana mempunyai kelas pagi dalam pukul 7 pagi hingga 1 tengahari kecuali kakakku kerana dia tak satu semester dengan housematenya dan juga pagi itu dia tiada kelas pagi . Dia bergegas ke bilik air untuk mandi kerana rumah itu rumah kayu dan cuacanya agak panas.

Apabila dia sedang menikmati air hujan ( shower ) yang sejuk lagi menyenangkan dia terdengar satu bunyi air dan ada sesuatu yang jatuh dari bilik air belakangnya ,dia fikir mandian atau sabun mandi jatuh terus dia abaikan saja. Selepas selesai mandi dia bersiap nak pergi ke pantai ( Jarak pantai dan rumahnya hanya 200m tetapi perlu melintasi lampu isyarat ) . dia pergi keseorang , sambil-sambil duduk dia terjumpa dengan seorang perempuan sekolej dengannya tetapi menetap di rumah sewa batu (di area pantai ) perempuan itu keseorangan juga dan dia cuba bertegur sapa dengan kakakku . Sejak daripada tu kakakku dengan perempuan itu berbaik dan menjadi seorang rakan teman makan ,teman keluar , teman ke mana mana sahaja dengan skuter yang kakakku punyai .

Ada satu masa itu kakakku rasa selesa dengan perempuan itu lalu mengajak dia untuk menetap serumah dengan kakakku walaupun semester permpuan itu awal setahun dari kakakku . Perempuan itu terima pelawaan kakakku . dia duduk satu bilik dengan kakakku , lalu malam itu dia berkata , ” Ketika dia tidur Katil pernah digoyang beberapa kali tanpa sedar dan secara tiba tiba ” kakakku abaikan kata katanya lalu membuat keputusan untuk tidur kembali . Dalam dua hari selepas itu perempuan ini pergi ke kolej dan kakakku bersendirian dirumah akibat demam biasa , tetapi ada sesuatu yang tak dipercayainya berlaku yang katilnya digoyang dengan kuat sekali , terkejut kakakku dibuatnya . Sejak dari peristiwa itu banyak yang tidak dijangka berlaku telah pun berlaku seperti ketuk tingkap tanpa sebarang suara dan bila buka tiada kelibatnya . Kakakku tergamam dan agak serik ketika itu . pernah terlintas untuk berhenti kolej .

Rumah itu pernah terkena histeria oleh seorang budak perempuan dan ustaz pun telahpun datang untuk membaca segala surah dan ayat ayat alquran yang sepatutnya dibaca. Malahan pihak kolej tidak dapat memahami sepenuhnya keadaan pelajar. Kakakku sering ke dapur untuk memasak kerana lapar dan dia terpaling satu bilik yang kelihatan seperti store persimpanan barang tetapi tidak pernah sekali pun bilik itu dibuka atau disentuh oleh pemilik rumah sewa tersebut . pintu bilik itu ditutupp dengan kemas dan dikunci dengan mangga dan kunci yang berbentuk naga . tiada siapa berani mendekatinya takut ada sebarang makna disebalik kunci dan mangga itu .

Setahun telah pun berlalu , gangguan seperti ketuk tingkap atau pintu telah terbiasa . Kakakku buat keputusan untuk menukar bilik di tepi sekali ianya bilik yang tingkapnya berhadapan dengan rumah banglo . kakakku berkata bilik itu banyak dengan lubang , dan yang pelik tentang bilik itu adalah penuh pasir di tepi katil kakakku . ( katil ada dua ) . Kakakku abaikan saja . kakakku cuba untuk membuka tingkap ternampak kelihatan pakcik tua yang sedang memandang kakakku dengan butir mata yang menyeramkan. Kakakku terus menutupnya lalu sambung baring .

Pada malam itu kakakku on call dengan seseorang dan dia terdengar tangisan bayi terlalu jelas . dia bertanya kepada orang dalam telefon itu ” aada dengar tak suara bayi ” ? pantas dia menjawab ” tidak ,mengarut je” lalu kakakku terkejut dan hampirr menangis . Keesokan paginya dia seperti bermimpi ada ” seorang ” perempuan yang beramput panjang matanya merah , tak silap aku . Dia cuba untuk membuka mata untuk terus bangun dari mimpi yang buruk itu tetapi sukar sekali . Dan bila dia bangun dia terasa seperti bukan mimpi tetapi realiti . Banyak lagi pengalamannya ketika disana hampir lebih sepuluh tetapi penat juga tanganku yang menaip ini .waalahualam , terimaa kasih . sekian dari saya Alhamdullilah itu cuma gangguan dan tiada larutan kedalam badan..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “RUMAH SEWA DI PERKAMPUNGAN BUNIAN”

Leave a Comment