Rumah Sewa Menyeramkan

Hi semua, nama aku Kimi. Hari ini aku nak ceritakan tentang pengalaman aku selama 3 hari dirumah sewa baru di Pangsapuri Idaman, Bukit Mertajam.

Aku dan keluarga sebelum ini tinggal di Balik Pulau, kemudian kami berniat untuk menyewa rumah di kawasan Perai dan tanpa sengaja telah menyewa sebuah rumah yang menyeramkan di Pangsapuri tersebut.

Pada hari pertama kami menyewa, semuanya tidak baik-baik seperti yang disangkakan kami. Bayangkan, tengah hari itu kami bawa barang barang masuk rumah dan bersihkan rumah. Ada sebuah kotak yang boleh dikatakan sangat berat untuk budak kecil seumur adik aku (7 tahun) untuk alihkan. Tapi kotak itu bergerak dengan sendirinya berpindah ke dapur. Sedangkan kotak itu ayah aku letak betul-betul disamping pintu. Masa itu cuma ada adik aku seorang dalam rumah sedang main-main, aku hairan, tak mungkin adik aku yang alihkan kotak itu. Tapi aku masih diam.

Pada malam itu, kejadian kedua berlaku pada Ibu aku. Waktu itu Ibu tengah rehat atas tilam, biasalah Ibu sudah penat seharian bersihkan rumah. Sedang Ibu lelapkan mata, Ibu terasa atas tilam seolah-olah seperti ada orang yang berbaring disebelah. Ibu fikir itu ayah, padahal ayah ada didepan ruang tamu bersama aku dan adik. Masa Ibu memalingkan badan, Ibu terkejut sebab tiada orang disebelah Ibu. Jadi siapa yang tadi berbaring disebelah? Entahlah.

Hari kedua gangguan di rumah sewa, waktu itu tepat setelah Maghrib. Aku dan adik sedang asyik menonton movie di laptop diruang tamu, saat itu di hujung kerling mata aku ternampak bayang tubuh hitam sangat besar berjalan dari dapur masuk ke store luar (ada rumah yang buat itu tempat memasak tapi belum sempat buat apa apa, jadi masih dijadikan store je). Adik aku biasalah budak kecil, mulut memang tiada insuran, dia main lepas je cakap “Kak, siapa tu dekat dapur?”. Aku cubit pipi adik aku suruh dia diam. Selepas itu, aku suruh dia fokus je layan movie, tapi dia tetap bersikeras nak bagitau ayah dan ibu pasal hal tu. Aku pun pasrah je lah.

“ Ayah, tadi adik nampak ada orang besar hitam lalu kat dapur. ” dengan selamba adik aku bagitau ayah. “ Kakak, jangan usik adik lah! ” Ayah marah aku. Tak pasal pasal aku yang kena. Tapi adik jadi takut, malam tu kami berdua bertekad tidur dalam bilik ayah dan ibu. Takut sangat, sebab tak biasa lagi ditempat baru ni.

Gangguan hari ketiga lebih teruk. Malam tu, aku adik aku tidur dengan ayah dan ibu. Aku disuruh tidur sendiri dalam bilik belakang, nak atau tidak aku terpaksa tidur seorang diri malam tu. Sekitar jam 10 malam, ada yang buka pintu bilik, aku terbangun dan aku nampak tubuh kecil berjalan masuk. Aku ingatkan adik aku, jadi aku biarkan dia masuk. Hairan juga aku, sebab dia nangis nangis nak tidur dengan ayah dan ibu, tiba tiba datang bilik aku. Dia tidur disebelah aku, masih tidur atas tilam, belum ada katil. Adik asyik tarik selimut je, aku jadi geram betul dengan dia.

“ Dik, tak payah lah tarik tarik selimut akak. ” tapi adik diam, pelik, biasanya dia akan melawan juga. Saat aku pusingkan badan, ingatkan nak marah lah sebab dia asyik tarik tarik sampai aku sejuk tak ada selimut. Sekali tak ada orang pun disebelah aku. ‘Eh yang tarik selimut tadi siapa?’ bisik hati aku. Aku terdiam sejenak, tak tau nak pikir apa, otak aku berkata lari ke bilik ayah dan ibu. Waktu aku bangun nak lari tu, kaki aku kejang tiba tiba tak boleh bergerak, macam ada yang pegang kaki.

“ Nak lari..? ” suara macam adik aku. Aku terdiam sambil nangis, aku cuba beristighfar banyak banyak dalam hati, sebab kat mulut tu memang tak boleh keluar suara. Aku menggigil ketakutan, sampailah mulut aku boleh terbuka dan aku jerit ‘Allahuakhbar!’. Terus boleh bergerak dan aku lari ke bilik ayah dan ibu.

“ Ibu Ibu! Tolong kakak! Ayah! ” aku menjerit sambil ketuk ketuk pintu bilik Ibu, sebab diorang kunci pintu. Aku mula meremang, sementara tunggu ayah aku bangun nak buka pintu. “ Ayah cepatlah! ” aku menjerit lagi. “ Ish! Kejap lah, tengah buka ni. ” Pintu terbuka luas dan aku terus peluk ayah aku sebab takut sangat. Ayah aku terkejut dan istighfar sebab ayah nampak ‘benda’ tu berdiri belakang aku sambil ketawa.

Ayah marah betul dekat benda yang ganggu aku. Ibu datang dekat aku tapi aku terlalu takut sampai aku rebah dan tak sedarkan diri. Yang aku tau, aku buka mata je dah ada dalam kereta. Kami check-in hotel malam tu. Ibu cerita ayah cuba adzan tapi tubuh ayah dilempar ke dinding ruang tamu. Sebab tu lah, ayah bangun terus angkat aku dan keluar je. Ibu bawa adik dan cuma sempat ambil phone dan dompet. Phone dan dompet aku tinggal kat rumah tu. Tak berani nak ambil kata Ibu.

Keesokkan pagi sekitar jam 10 pagi, baru kami balik ke rumah tu dan terus packing semua barang. Balik ke rumah lama di Balik Pulau. Sampai sini saja cerita aku untuk kali ini. Pertama kali aku kena gangguan macam ni, takut betul. Terima kasih Fiksyen Shasha dan para pembaca.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Kimi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 84 Average: 4.6]

3 thoughts on “Rumah Sewa Menyeramkan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.