Rumah Sewa RM100 di Kelantan

Rumah sewa rm100

Hai, panggil saja aku Nuda, ini ialah pertama kali aku membuat keputusan untuk berkongsi kisah yang aku alami ketika tahun 2017, kalau disiarkan alhamdulilah famous kejap haha.

kisah yang aku nak ceritakan kali ini tak adalah seram sangat, tapi disebabkan titik inilah aku mampu merasa kehadiran benda benda halus ini. Awal awal aku pesan, kisah ni agak panjang

2017, tahun pertama aku melanjutkan pelajaran ke aliran kemahiran di salah satu sekolah teknik di Kelantan. Okay, mula mula aku duduk asrama tapi disebabkan aku ini jenis manusia yang tak pandai bersosial 3 bulan pertama aku rasa macam aku duduk kubur. Tak ada kawan ditambah kesunyian.

Dan bila kawan baik aku dari kampung pun ambil keputusan untuk sambung belajar di tempat aku, memang terserlahlah perangai iblis aku. Senior aku sepak, budak dorm aku gaduh sampai tibai dengan baldi haha sampai harini aku tak minta maaf. Dan sebab tak tahan, aku ambil keputusan untuk jadi outsider. Gatal nak menyewa luar dengan member lama aku, Ija dan 2 orang lagi,  member baru Pek dengan Moon.

Rasanya tu keputusan paling bodoh aku pernah buat sepanjang 16 tahun hidup masatu haha. Kami menyewa sebuah rumah batu kecil, yang diupgrade satu persatu jadi luas sikit, ada 2 bilik air, 3 bilik tidur. Sudahlah persekitarannya sedikit seram ditambah pula belakang kawasan rumah tersebut mempunyai makam cina.  Nasib, rumah tu sahaja yang murah dengan keadaan kami yang tersedak. Go on jelah!

Bulan pertama okay, kedua okay sampailah bulan ketiga, kejadian mistik tu berlaku. Masa kami tengah nyanyi dalam bilik dan recording, Moon jerit sambil tunjuk cermin almari, masa aku kalih tengok, pertama kali dalam hidup aku. Aku tengok tangan hitam, berbuli dan bersinar tengah menjalar turun dari pintu bilik. Semua menjerit dan lari tidur satu katil selubung dalam selimut. Tap! lampu tertutup sendiri beb. Gila tak shock kami berempat. Langsung tak gerak, pura pura tidur sampai ke malam. Nasib Ija tak baik, benda tu bisik kat telinga dia; pura pura tidur ke hshhskk macam tu la. Malam tu hujan turun bersama dengan bunyi benda bertarung atas bumbung bilik kami sampai ke pagi baru hilang. Dan ya, pagi tu kami masing masing dapat dua titik biru cam gigi kat leher.

Peristiwa kedua, masa aku tengah solat maghrib, benda ada kat belakang. Aku boleh tahu sebab dinding rumah aku bercat putih memang nampaklah benda tu duk belakang aku sambil kumat kamit aku baca alfatihah. Gila!

Peristiwa ketiga, kami dengar pintu peti sejuk ada orang buka kat dapur. Gelas gelas kami yang tak terbasuh bangun pagi semua cuci siap tersusun elok atas rak. Memang kami rasa pelik sangat dah.

Lepastu, kami dengar benda menangis, macam suara perempuan setiap kali malam rabu. Sebab keesokkan hari khamis kami selalunya balik kampung. Bila aku balik rumah, abah aku cakap aku makin lesu. Abah aku cakap benda tu nak kawan dengan kami. Dah sayang kami berempat hm. Start dari kena usik tu, kami selalu tak boleh tidur dari maghrib sampailah azan subuh baru boleh lelap. Benda tu usik kami habis habisan. Pintu grill kami digoncang kuat. Kalau duit hilang tu benda biasa. Yang paling aku ingat sampai sekarang, kaki aku digenggam sebab aku tidur style tak selimut kaki. Yang aku rasa, tangan yang menyentuh tu berlendir, kasar, dan kuku tajam. Pagi tu bangun, lingkaran biru kat pergelangan kaki aku. Memang stress mental kami masatu. Gaduh sesama sendiri. Kuliah tak pergi. Sampai pensyarah aku cakap kitaorang ambik dadah. Tu yang berkhayal benda bukan bukan.

Sebab tak tahan, kami cuba buat cara lain. Panggil ustaz, buat solat hajat, bersih rumah dengan ayat tapi tak jadi. Bila kami cuba berubat dengan orang berkemampuan, dia cakap, rumah kami panas. Rumah kami tu disimbah dengan minyak orang mati dibunuh dengan disembelih lehernya. Dan ya, malam tu aku dapat mimpi wanita tu datang nangis nangis minta tolong kami dengan leher yang hampir putus. Sejak haritu, aku mampu rasa, dan kadang tengok benda tu.. Mula mula rasa cam nak nangis tapi lama lama dah biasa.

Belum masuk lagi dengan keadaan Moon yang ada penjaga. Lagi havoc bila benda sedia ada di rumah kami tu bergaduh dengan kepunyaan Moon. Sampai satu tahap Moon macam kena rasuk, dengan kain kuning apa semua.

Last, aku ambik cuti dan balik kampung. Abah awal awal dah cakap yang aku ni tak sihat. Abah bawak aku berubat dengan ustaz kat kampung aku. Dan ya, dia cakap rumah aku tu memang tempat rasmi untuk ; hantu raya, yang kami nampak tangan berbulu dan pegang kaki aku. Toyol, peliharaan tuan rumah kami hm. Dan wanita yang dibunuh. Juga seorang nenek tua putih. Dan benda tu memang dah anggap kami kawan diorang. Tapi ustaz tu cakap, aku paling kuat..

Sekain, ini sahaja pengalaman ringkas dari aku. Assalamualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 thoughts on “Rumah Sewa RM100 di Kelantan”

  1. Ye ye la tu, dalam cerita ni boleh nampak kau tu narcissistic (Tapi, ustaz tu cakap aku paling kuat…). “Senior aku sepak, budak dorm aku tibai dengan baldi..” perangai dah macam setan, mmg dorang ingat kau kawan dorang la.

    Reply
    • Biasalah.. zaman muda remaja bukan semua org jenis mkn saman punya org.. ni pengalaman penulis, x payah la korg nk judge mcm korang alim sangat.. x semestinya dia jahat masa remaja, akan terus jahat membawa ke tua.. org yg baik pun “menda” tu nk buat kwn, ni kan pula yg perangai jahiliah.. udah² la nk judge org ye..
      Btw, klu ada sambungan, sila sambung.. nk tau juga apa jadi kt korang smpi abis blaja tu..

      Reply
    • Bro honestly? Kalau kau baca majority cerita kat sini background depa beza beza. Tak kisah kau baik atau perangai macam apa sekalipun kalau dah nak kena kau akan kena jugak der. Dia share pengalaman early age zaman remaja dia. Yang lu sentap ni ntah ntah lu senior yang kena sepak dengan dia dulu kut?

      Reply
  2. Kata cerita agak panjang pendek je. Btw yg dia kata moon kena rasuk smpai ada kain kuning tu mesti kena rasuk ngan Kintaros 🤣🤣

    Reply

Leave a Comment