Rumah Sewa RM200

Assalamualaikum, terima kasih kerana menyiarkan cerita ini. Kisah yang aku nak kongsikan ini adalah salah satu dari banyak pengalaman sebenar yang pernah aku lalui sepanjang hidup 30 tahun. Tetapi aku akan ubah nama sebenar atas sebab-sebab tertentu.

Semasa aku masih belajar di UiTM, Mama aku, iaitu cikgu, ditukarkan ke sekolah baru. Sekolah ini terletak di kampung yang sama di mana atuk dan nenek aku tinggal. Jadi, kitorang pun gembira jugak sebab dapat balik duduk di kampung. Sebelum ini, kitorang duduk di luar daerah.

Nak dijadikan cerita, kebetulan semasa aku cuti semester, kitorang sekeluarga, iaitu aku, Mama, dan empat orang adik aku, pergi ke rumah sewa baru untuk dibersihkan sebelum pindah barang. Kitorang tak duduk di rumah atuk dan nenek sebab barang keluarga kitorang sendiri sudah banyak. Lagipun, rumah sewa yang Mama jumpa ini hanya RM200 sebulan.

Mula-mula masuk ke rumah tu, aku terkejut sangat sebab tengok dalam rumah penuh dengan daun-daun kering. Macam dah lama kena tinggal. Hairan jugak aku, macam mana daun-daun tu boleh penuh dalam rumah? Aku komplen jugak dekat Mama, “Takkan nak duduk sini?” Mama jawab, “Lepas bersih nanti okeylah.”

Rumah ni rumah kayu tapi saiz dia besar sangat. Tak padan dengan sewa RM200 tu.

Okey, mula-mula duduk rumah tu, takde apa-apa yang pelik. Aku pun duduk jauh. Balik kampung sekali-sekala sahaja. So, aku tak syak apa-apa. Tapi lepas aku habis study, barulah ia bermula.

Kawan-kawan aku yang lain semua dah mula cari kerja, tapi aku fikir, aku nak balik kampung, rehat dulu. Lagi pun, aku buat kerja freelance terjemah buku. So, takdelah rasa bersalah sangat tak kerja lagi. Disebabkan aku dah terbiasa study waktu malam (ni pun ada sebab kenapa, nanti aku cerita lain kali), aku pun suka buat kerja freelance tu malam-malam, lepas semua orang dah tidur. Biasanya aku akan duduk kat ruang tamu sorang-sorang. Langsung tak rasa takut walaupun rumah tu besar gila. Bagi sesetengah orang, mungkin diorang rasa seriau.

Kitorang semua tidur kat bilik utama, dua lagi bilik kitorang tak guna sebab macam tak best. Takde masalah nak tidur sekali sebab adik-beradik aku semua perempuan dan Mama pun ibu tunggal. Ada satu malam, lepas Mama dengan adik-adik masuk tidur, macam biasa, aku pun get ready nak buat kerja sambil ditemani kucing aku. Keadaan sunyi-sepi. Itulah yang aku suka sebab baru aku boleh berfikir dengan tenang. Baru lima minit aku buat kerja, tiba-tiba aku terdengar bunyi sesuatu.

Croakkk… croakk…

Bunyi tu sangat kuat dan jelas, okey. Bunyi tu datang dari porch depan. Maknanya, tak jauh dari tempat aku duduk. “Ah, katak kot.” Aku fikir katak sebab dia punya selang masa tu macam bunyi katak. So, aku buat tak tahulah kan sebab biasalah kat kampung, ada katak. Tapi yang hairannya bunyi tu kuat sangat.

Croakkk… croakk… croakk…

Dia berbunyi lagi. Aku pun berhenti, aku cuba dengar betul-betul bunyi tu.

Croakkk…

Bunyi tu, kalau nak kata katak, kenapa garau sangat suara dia? Aku dah mula fikir bukan-bukan. Dan dalam kepala aku dah terbayang sesuatu. Sebenarnya, aku ni boleh dikatakan ada sixth sense. So, kadang-kadang, aku dapat bayangan/vision tentang sesuatu. Aku terbayang benda berjubah putih, rambut panjang, tengah merangkak kat depan tu. Tapi aku tak suka buat andaian sendiri. Aku pun decide nak buat eksperimen. Aku baca ayat Kursi sekali, lepas tu aku hembus ke arah porch. Masa aku baca tu, bunyi tu masih ada, tapi bila aku hembus, terus senyap. Sah! Memang betul sangkaan aku.

Tapi walaupun aku dah pasti, ada benda nak kacau aku, aku buat tak tahu dan nak sambung kerja. Sebab aku ingatkan, dia dah tak ada.

Croakkk…

Cis, tak sampai dua minit, dia berbunyi balik. Tapi kali ni, dia dah lari ke sebelah kanan rumah. Tadi sebelah kiri. Aku macam tak tahu nak buat apa. Aku risau pulak kalau-kalau dia muncul dalam rumah kat ruang tamu tu. Tengah aku berfikir nak sambung kerja ke tak, tiba-tiba Mama panggil aku dari dalam bilik, “Rina, masuk.”

Bila aku dengar je Mama cakap macam tu, aku tak buang masa, terus masuk. Aku tak tanya Mama lebih-lebih sebab bila Mama panggil tu, maknanya dia pun tahu benda yang berbunyi tu bukan katak. Mama pun ada sixth sense jugak. Kadang-kadang dia boleh nampak. Sebab tu aku tak tanya lebih-lebih dah.

Tapi korang tau tak, aku ni jenis yang tak serik. Sebabnya kalau aku tak buat kerja malam-malam, bila lagi aku nak buat? Siang hari aku sibuk menguruskan rumah dan jaga adik-adik. Masa tu, adik aku yang nombor 4 dan 5 masih kecil. Disebabkan aku ‘suri rumah sepenuh masa’, so aku lah yang mengasuh, memasak, mengemas, hantar dan ambil adik sekolah tadika.

Orang yang biasa stay up malam ni mesti faham. Dah buat kerja, lapar la pulak. Aku ni pulak, jenis tak kira masa nak makan nasi. Pukul dua, tiga pagi pun aku makan kalau dah lapar. Tak risau sebab berat tak naik hahaha. So, ada satu malam tu, dalam pukul dua pagi, aku makan nasik sorang-sorang kat ruang tamu depan TV. Orang lain kan dah tidur. Dah siap makan, aku pun pergi la ke dapur nak basuh tangan. Korang ingat lagi kan susun atur rumah aku tu.

Okey, tengah syok aku basuh pinggan, tiba-tiba aku dengar something jatuh atas bumbung kat tengah rumah, lepas tu benda tu bergolek-golek sampai lah ke hujung bumbung dapur, tempat aku tengah basuh pinggan tu. Mula-mula, aku pelik jap. “Oh, ada buah jatuh kot.” Aku fikir. Tapi kan, lepas tu aku fikir balik, “Eh, mana ada pokok kat tepi rumah ni!” Lagi pun, bahagian tengah rumah tu tinggi kot. Kalau ada pokok yang berbuah, pokok tu mestilah kena tinggi. Seingat aku, memang takde pokok setinggi tu kat tepi rumah.

Dum! Gruu gruu gruu

Aku dah pandang atas bumbung. Takde nampak apa. Aku ni, dikira bertuah sikit sebab walaupun aku ada sixth sense, hijab aku tak terbuka. Jadi, aku tak nampak apa-apa.

Dum! Gruu gruu gruu

Weh, dia bergolek lagi atas bumbung tu! Boleh pulak dia duk ulang-ulang macam tu! Dalam kepala aku, dah terbayang benda putih berbungkus macam pocong. Habis, apa lagi yang selalu bergolek-golek macam tu, ya tak? Walaupun aku dah takut, aku siapkan basuh pinggan dan cepat-cepat naik atas rumah. Bunyi bergolek tu masih ada masa aku nak naik atas rumah. Hahaha saja nak mengusik, gila lah!

Bila aku cerita dekat family aku, adik aku yang nombor tiga pun cakap, “Sebab tu orang selalu pakai earphone.”

“Maksudnya? Dah selalu dengar?”

“Macam-macam.”

Well, sebenarnya boleh kata setiap orang dalam family aku ada cerita masing-masing. Cuma aku tak tahu apa lagi kisah adik aku yang nombor tiga ni.

Adik aku yang bongsu pula, kalau dia nak ke tandas, dia selalu mintak adik aku nombor empat tu teman. Kalau dia tak nak teman, adik bongsu aku tu akan menangis-nangis sebab dia takut nak pergi sorang. Ya lah, korang bayangkan, tandas tu kat hujung sana, kitorang semua kat ruang tamu, memang lah dia takut. Tapi ada sekali tu, aku cuba korek rahsia dia. Dia kan budak lagi. Aku cuba trick dia, tanya kenapa dia takut sangat nak pergi tandas sorang-sorang. Mula-mula dia tak nak bagitau, tapi lepas aku pujuk baik punya, barulah dia bagitau aku.

“Adik pernah nampak macam pocong ada kat dapur.”

“Dia buat apa?” Aku tanya dia.

“Dia bergerak je dari kiri ke kanan.”

“Dia melompat ke?”

“Taklah, dia macam gerak straight je.”

Ni lah kali pertama aku dengar pocong tak melompat macam yang kita selalu tengok dalam TV tu. Tapi aku pun tak taulah sejauh mana kebenaran tu. Kalau korang tau, bolehlah share.

Jadi, dari cerita adik aku tu, aku rasa tak mustahil yang bergolek-golek atas bumbung tu benda yang sama. Dan benda yang berbunyi Croakk… tu, Mama kata, tu mungkin belaan arwah tuan rumah ni yang dulu. Yang kitorang sewa ni, dari anak dia. Benda tu balik ke rumah ni sebab dia lapar. Tuan dia kan dah takde. Huishh gila lah!

Ada sekali tu, aku kena kacau masa tengah mandi. Bilik air kan besar. So, sebenarnya kitorang boleh mandi ramai-ramai, berkembanlah, jangan fikir lain ya. Masa tu waktu siang dan aku mandi sorang. Tengah aku hadap dinding, tiba-tiba aku dengar satu suara macam separuh berbisik tapi jelas betul-betul kat telinga aku.

“Rina, Lina, Tina!”

Aku terkejut dan pandang belakang sebab aku ingatkan adik aku saja nak menyakat, walaupun diorang takde pun biasa buat macam tu. Aku tengok belakang, takde orang. Aku je sorang-sorang yang ada kat tempat mandi tu. Terus aku rasa seriau. Aku tengok sekeliling, mana tahu kalau ada yang nak menjelma, tapi kosong. Aku hairan, kenapa benda tu sebut nama aku dengan adik lagi dua orang? Sampai sekarang aku tak dapat jawapannya.

Dan last cerita yang aku nak kongsi berlaku dekat rumah RM200 ni, adalah pada satu malam tu, tiba-tiba aku kena tindih. Sebenarnya aku dah biasa kena tindih masa belajar kat asrama sekolah dengan kat UiTM dulu. Tapi, kali ni, pengalaman dia berbeza sikit. Macam biasa, sebelum kena tindih, aku akan mimpi hantu. Kan tadi aku bagitau yang hijab aku tak terbuka. Jadi, aku rasa, benda-benda ni nak tunjukkan diri diorang pada aku tapi aku tak nampak. So, diorang muncul dalam mimpi aku. Buat pengetahuan korang, ada beza mimpi hantu yang sekadar mimpi atau mimpi hantu sebenar. Susah nak jelaskan benda ni sebab ada orang tak percaya. Terpulang.

Okey, berbalik kepada cerita tadi, dah lepas mimpi berlawan dengan hantu, last-last aku tersedar yang aku tengah kena kacau. Aku cepat-cepat cuba buka mata supaya aku boleh bangun dari tidur. Kalau dapat buka mata, gangguan tu akan berakhir serta-merta. Tapi kali ni, memang susah sangat aku nak sedarkan diri dan tiba-tiba aku macam kalah dengan hantu tu. Tak semena-mena, aku rasa macam roh aku ditolak masuk ke dalam satu ruang vakum yang gelap. Korang boleh bayangkan tak, satu ruang gelap, sunyi, takde dinding, takde lantai, takde atap, takde bunyi. Aku macam terpinga-pinga kat ruang tu. Aku pandang ke atas, cuba nak cari jalan keluar. Tiba-tiba aku dengar satu suara.

“Hahaha sekarang aku yang berkuasa!”

Huish benda apa yang dah ambil alih badan aku ni? Kenapa roh aku terperangkap kat ruang vakum ni? Aku cepat-cepat cuba baca ayat Kursi. Mula-mula baca macam tunggang-langgang. Bila aku dapat baca dengan betul, perlahan-lahan aku dapat rasa roh aku macam melayang naik keluar dari ruang vakum tu, dan roh aku dapat masuk balik jasad aku. Terus aku tersedar. Aku macam terpinga-pinga kejap. Aku cuba fikir apa yang baru jadi. Tengah aku duk termenung tu, tiba-tiba aku terdengar bunyi mengilai dari jauh. Orang kata, kalau dengar jauh, tu maknanya dia dekat dengan kita. Betul tak?

Okey, aku rasa setakat ni sahajalah cerita aku dulu. Ada banyak lagi yang aku lalui dan aku akan kongsikan lagi nanti.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

7 thoughts on “Rumah Sewa RM200”

  1. Klu ikut writer “Cerita EL”/carlito rocker/”makhluk halus xsuka aku (xigt dh mana satu), pocong dia pnya jalan mcm tayar spin, kejap kepala keatas kejap kebawah tapi laju gile.

    Pasal ko kat ruang vakum tu ada sorang writer cerita jgk pengalaman dia jadi gila, jasad dia gila tp roh dia sedar tp Roh xde kat jasad. Sampai dia sembuh n dpt story kat fs pengalaman dia, tp aku xigt title dia.

    Reply
  2. Explain sikit maksud phrase ni,

    “Buat pengetahuan korang, ada beza mimpi hantu yang sekadar mimpi atau mimpi hantu sebenar. Susah nak jelaskan benda ni sebab ada orang tak percaya.”

    Mimpi hanu sekadar mimpi atau MIMPI hanu sebenar???

    Reply
  3. Sebelum masuk mintak izin menumpang dlu..kalau dia berdegil kacau lg tanye dia ape dia nak.. kalau nak kan nyawa mintk maaf pd dia .. bukan ini caranye baik berambus dri tempat tu je😁permainan mistik nie jika dipikirkn bole jd gile😅

    Reply

Leave a Comment