Rumah Sewa Seksyen 7

Assalamualaikum semua. Ucapan ribuan terima kasih diberikan sekiranya cerita ini tersiar. Kali ni nak ceritalah pengalaman manis semasa duduk di rumah sewa masa belajar di UiTM dulu. Kenapa duduk rumah sewa? Sebab kupon tak cukup katanya. Tapi ada je orang yang kupon sikit dapat kolej. Tak buat rayuan ke? Dah buat dah dan dengan penuh harapannya berharap rayuan lulus. Siap hantar surat rasmi lagi. Akhirnya, setelah puas ulang alik ke pejabat kolej, keputusan dibuat dan bilik disewa. Buat apa cerita semua ni. Orang tak nak tahu pun. Takpe la kalau macam tu. Kita move to the main story.

Rumah sewa tu tak jauh pun dari universiti. Depan tu je. Ala… yang bangunan kedai banyak-banyak tu. Yang dekat dengan Giant tu. Haa, dekat seksyen 7 tu lah. Rumah sewa tu duduk dia dekat atas bengkel baiki kereta tingkat 2 setengah. Kenapa 2 setengah? Malas pulak nak terangkan kenapa. Siapa yang dah tahu tu tau-tau jelah.

Masa masuk rumah sewa tu pun dah suspen. Sepatutnya masuk hari Ahad. Tapi kawan yang nak tolong angkutkan barang tak free pulak. Sebab barang-barang tinggal dekat rumah sewa kawan lagi satu. So, mintaklah tolong depa berdua ambilkan barang, hantar dekat rumah sewa tu. Sebab tak jadi masuk malam tu, jadi whatsapplah budak rumah tu bagitahu tak jadi masuk.
Then bila dah masuk keesokan harinya, diorang ni cerita.

Semalam lepas dah bagitahu diorang tak jadi masuk lagi tu, diorang dapat lagi satu mesej cakap nak masuk malam tu. Dan dah ada dekat bawah. Dia cakap nama sama. Diorang dah cuaklah sebab baru je tadi dapat mesej cakap tak masuk lagi ni bagitahu dah ada dekat bawah.

Rupanya, sorang lagi penyewa nama sama. Duduk pun bilik yang sama. Tak seram pon yang ni. Just selingan jer.

Sebenarnya rumah ni pelik sikit struktur dia. Aku sendiri pun tak faham dan tak boleh nak bayangkan. Rumah ni kan rumah kedai, then tingkat pulak setengah setengah. Lepas tu dekat bahagian dapur dengan toilet tu ada ruang kosong memanjang dari tingkat bawah sampai atas. Bila kita berdiri dekat dapur rumah tu, boleh nampak dapur rumah lain jugak. Nak terangkan pun tak reti sangat sebab diri sendiri pun tak faham.

Tapi macam biasa, selalu sangat terdengar bunyi orang seret kerusi dari tingkat atas. Kadang-kadang bunyi duit syiling jatuh dekat lantai. Mula-mula tak perasan sangat sebab awal-awal semester selalu tidur awal. Yang paling kuat perasan bila dah nak hujung semester. Selalu stay up dekat ruang tamu, dok siapkan thesis FYP. Kadang-kadang tu lepas solat subuh baru tidur. Dalam pukul dua ke tiga pagi tu paling kerap bunyi tu.

Kadang-kadang terfikir jugak, tak tidur lagi ke orang tingkat atas ni? Takkan pagi-pagi dok main duit syiling?

Siang hari banyak duduk rumah sebab last semester ni tak banyak sangat kelas. Jadi selalu duduk sorang-sorang bila housemate pergi kerja and kelas. Tapi bila siang hari taklah hairan sangat.

Pernah sekali tu, masa nak tidur dalam pukul 3 pagi, dengar orang dok ketuk dinding sebelah sana. Roommate semua dah tidur masa tu dan kalau tak silap belah sana tu dinding tangga untuk naik. Siapa pulak yang rajin nak main ketuk-ketuk ramadhan dekat tangga pagi-pagi buta? Terfikirlah nak balas ketukan tu. Ketuklah balik dinding tu. Lagi satu, katil dalam bilik tu katil double decker and tingkat atas. Agak tinggi jugaklah kalau nak ketuk dinding tu. Bunyi ketukan tu pulak dekat sebelah telinga je bila duk baring. Lepas dah balas ketukan tu, bunyi lagi sekali ketukan tu.

Ah, sudah! Dia jawab pulak. Tak fikir apa dah, tarik selimut pejam mata walaupun ketukan tu masih lagi berbunyi minta dibalas.

Dah habis semua FYP, hantar report and sampai masa balik ke kampung halaman. Satu hari tu terfikirlah pasal bunyi-bunyian tu dan tiba-tiba terlintas dalam fikiran yang rumah atas tu tak ada penghuni pun sebenarnya. Sebab penghuni rumah tu dah pindah keluar sebelum aku masuk ke rumah bawah tu.

Persoalannya, bagaimana bunyi tu terhasil sedangkan tak ada orang pun dekat rumah tu? Sampai sekarang tak bagitahu pun dekat budak rumah tu yang lain. Masa tengah menulis ni tiba-tiba teringat yang housemate pernah tanya, beraninya stay up sorang-sorang. Kalau diorang pukul 1 dah masuk dah.

Cerita ni agak cliche, tetapi ini adalah kisah sebenar berdasarkan pengalaman sendiri.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

41 thoughts on “Rumah Sewa Seksyen 7”

  1. 0.5/10

    Writer, time taip story ni, awak tengah malas ke? Kalau mood 2-3suku je better hold dulu. Jangan ghairah sangat nak submit story tapi entah apa-apa je yg awak tulis.

    1) Jangan timbulkan persoalan kalau MALAS nak explain. (Kau expect orang boleh faham ke apa kau nak sampaikan?)
    2) Jangan kedekut utk create watak. (Bukan kau redah je pakai ‘orang tu, orang ni’)
    3) Jangan malas membaca. (Struktur ayat kau dah gaya macam kau tengah bersembang buat live chat je)

    Please…sesiapa pun yg baca komen aku ni. Tolong jangan rosakkn seni penulisan dengan sikap MALAS dan ambil mudah.

    Reply
  2. Yang bunyi kat dinding tu namanya fenomena” water hammer ” cer check kat google. Semua Rumah bertingkat ada. Rumah aku pun ada bunyi-bunyi camtu..

    Reply
  3. Emmm,.. ketuk2, bunyi guli, duit syiling, tarik perabut bagai tu sbnrnye perkara biasa. Lebih2 lg yg jenis rumah bertingkat, Sbb bukan kite je yg jadi penghuni dunia ni. Just jangan gatal pegi sebuk2 nak bagi feedback kt mende2 tu. Dia tak kacau kite, kite jgn usik or amek port.

    Reply

Leave a Comment