Pertama sekali, aku bukanlah pengarang crita ni. Aku baca cerita ni dalam 2 tahun lepas jadi aku hanya ingin kongsikan kisah seram ni dengan anda semua kerana inilah kisah seram yang mmbuatkan aku terbayang-bayang ketika aku menyewa di Kulim Kedah dahulu. Aku dah perbetulkan beberapa ayat dan perkataan sebab pengarang original menggunakan bahasa yang terlalu ringkas. Cerita ni memang panjang dan padat dengan keseramannya. Sit back and enjoyyy…
Akhir tahun 2001, di semester akhir aku terpaksa berpindah kolej ke seremban 2 ni sebab kolej aku belajaa tu nak buat pengabungan 5 cawangan kolej yang akan menjadi 1 main kolej di seremban 2. Semester baru bermula pada disember 2001, selepas habis exam bulan September tu kami budak kolej berlumba2 mencari rumah sewa di sekitar seremban 2, maklumlah bulan oktober dah nak pose, November plak nak raya jdi semua x de masa nak cari rumah sewa selepas raya nanti.
Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tp disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel utk2 student2 bagi kemasukan disember maka kami budak2 senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.
Aku, wan dan man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu, lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah x de orang macam sekarang ni, cari rumah sewa melalui tenet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop. Tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yang besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student.
So selepas dah confirm ngan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah. Kitorang masukan barang pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November.
wah bertuah tul time tu, sume duk puji2 uncle tu. Lepas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang2 time tu. Caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu ada la dalam 60km campur ngan jalan pusing2 kat bukit tu.
Lupa nak crite, kitorang x pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok2 rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja. Waktu tu kitorang jumpa dia di 7e sebelah terminal 1 tu, ntah sekarang ada lagi ke x de, sekarang dah ada petronas rasanye. Lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.
Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu. Selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, so jaga pon ada) baru jumpa umah tu, wah betul2 tepi jalan la, betuah betul kitorang masa tu. Tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok2 cina kene bakar, duit kertas yg kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah.
Pakcik van tu pon cakap umah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je. Aku ngan member2 pon senyap je x de nak cakap lebih2, so kitorang pon angkat barang letakan kat dalam umah, lagi la tekejut tengok dalam bilik2 tu berselerak dengan kain merah kuning yg ada kesan di bakar. Disebabkan time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kampung nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30pm, time tu dah jam 4.00pm, x pasal2 kang tertingal flight lak kang.
Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yang banyak kat halaman kitorang tu. Masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yg pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yang ada bilik air, masa nak tutup grill tu aku perasan ada bayang2 kanak2 kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejatuh kunci.
Masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, x de apa2 lak, lega hati aku~ Dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yg aku nampak tu maybe bayang2 aku yg tengah tutup grill, ye lah kan, sliding window tu besar 3 pintu, x de letak langsir lagi so otak aku positif mengatakan yg tu bayang2 aku x pn kawan2 aku. Time tu aku x nak kecoh2, kang x pasal2 kawan aku x jadi lak duk umah tu, lagi pun x sahih lagi apa yang aku nampak tu.
Sume dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, sekali lagi aku nampak ada bayang2 kat umah tu, kan terang sebab langsir x de dan lampu plak pasang. Aku dah rasa x sedap hati, bayang2 tu macam berlegar2 kat kotak2 kitorang letak tu, bayang2 budak2 kecik. Kotak2 tu x de apa2 pon kecuali buku2 dan barang kitorang yang berat dan malas nak bawak balik umah. Masuk ke dalam van je, wan senyap je x becakap ape, aku x tau la knape ngan die. Si man lak sibuk borak ngan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak umah tu sebab pakcik tu syak yang tu bekas tokong cina dan bukannya umah cina yg kitorang pikir mula2.
Sempat jumpa jaga kejap, suh die tengokan umah tu, lepas tu ajak pakcik van makan kat restoren yaznie sebelum hantar kawan2 aku ke terminal 1 dan aku ke klia. Aduh panjang tul aku nak type, nanti aku sambung. Panjang ni jangan lak marah kat aku ek, sabar~lagi pun dah nak berbuke dah ni, kang malam aku sambung.***
Lepas beraya seminggu kat kg, kitorang pon berkumpul kat umah tu dalam tengahari. Sorang kawan aku bawak motor, ye la kampung dekat je kat sepang leh la bawak motor abah, tapi elok gak si man ni ada motor, leh la suh die beli barang2 nak kemas umah.
Tak de pengalaman duk kek rumah sewa time tu, x sangka beli barang2 nak kemas rumah pon leh tahan gak. Penyapu, baldi, fabuloso dan macam2 lagi la, nasib baik makro time tu ada nak harap kedai runcit yang ada hanya rufaqa je time tu. Tapi cam biasa la apa barang pon x de kecuali bahan makanan basah.
Masa mengemas tu x de la apa2 yg pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy2 pasang radio kuat2 sambil kemas umah, cuci 1 rumah pastu buang barang2 peninggalan yang ada. Suma aku buang x tinggal 1 pon, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu sebab masa kitorang masuk dulu x de le plak toy tu, toy beruang color coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya. Aku cakap ngan dak2 tu yg aku jumpa teddy tu, x pasal2 muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi2 lagu xpdc time tu ngan ali, rock sampai jerit2. Aku nengok die aku plak yang gabra, sebab wan dan man pon dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) x kan ada sapa2 lak yang masuk letakan kat bilik air bilik aku tu. Nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu. Aku pon x nak pikir panjang2 kang x pasal2 aku yang kecut perut sebab aku yang nak duduk bilik tu kang, bukan diorang.
So aku masukan dalam plastik sampah hitam yang besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah. Tak nak pikir lama2 pasal bab tu, kitorang pon kemas la sume temasuk la longkang belakang yang penuh ngan batang2 colok tu. Lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la cam umah, bau fabuloso pon merebak2 baunya. Pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yang di gunting 2 sebab time tu x de langsir tingkap lebih. Wan ni bagus daknye banding ngan aku ngan si wan ni, sempat die baca yasin selepas semayang maghrib tu.
Aku ngan si wan lak sibuk lepak kat depan umah, maklumlah hari pertama, umah terang benderang. Lepak kat luar rumah sebab jiran2 x de, yang ada selang 10 buah rumah tu pon x sempat kenal time tu, family cina, sebab kitorang bz kemas umah.
Siap baring2 kat luar ye la penat, orang pon x de. Area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pon suka hati la. Tengah2 kitorang lepak2 kat luar si man jerit2 dari dalam bilik air, time tu bilik air yang kat ruang tamu bersepah ngan baju2 kotor, mop, dan baldi2 so dia gunakan bilik air bilik aku. Aku ngan si wan belari2 la knapa lak si man tu jerit2 lak, sampai2 aku tekedu nengok bilik air terkuci dari luar dan lampu biliknya di tutup, mana x nya si man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu siap marah2 aku ngan wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah memang gabra dah, wan jangan crita la harap badan je besar tapi memang penakut.
Berkali2 cakap kat si man baru di trima, tapi tegamam la sket dia time tu. Tapi dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu, time tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal2 sebab terang2 dia cakap tangan tarik pintu. Aku la yang dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si wan, padahal time tu kitorang tengah syok2 lepak kat luar umah.
Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, man gi semayang isyak aku ngan wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak2 pasal bende x kene kat umah ni, aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja x nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, x pasal2 ada gak yg pengsan. Time sembahyang tu, si man leh terbehenti kate kipas mati sendirik la, kipas meja yang pusing2 tu mati sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu, lagi lah tambah seriau time tu, mcmanalah kipas tu leh mati sendiri sedangkan x de sapa yg dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dr dapur umah sebab kat depan dah penuh ngan pc dan radio kitorang.
Sunyi sekejap pastu, x de sape becakap, tiba2 man mencelah maybe extnsion ni x elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu. Man gerak gi dapur nak tengok suis tu memang off ke on, tp sah dah off, ada la yang offkan tu kalau pikir logik. Argh, aku time tu dah pikir macam2, man yang tadi duk positif pon dah semacam, die cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap raumah tingal/rumah baru macam ni lah.
X de apa2 pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali2 menyebabkan semua kaku macam x bergerak dan bersuara. Sampailah 5 minit, barulah si man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!! Sampai 3 kali, tp x de sapa yang jawab. Aku dah risau smcam dah, duk pikir mcm time tu. Rasa happy masuk rumah baru dah x de, sampaikan mood raya aku pon dah hilang. Man pesan kat kitorang, kalau apa2 hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing. Aku nengok si man dah lelap, aku ngan si wan lak x leh sebab asik duk pikir je, aduh x tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang2 time dak2 lain balik kg.. maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku x balik, duk je la sorang2 kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku.
Aku ngan wan x dapat tido borak2 sambil pasang radio sayup2 je, ye la x dapat nak buat apa lagi, tido x leh, siap wan cakap aku x yah tido pon x pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah. Tengah layan isma halil time tu, dah jam 2pagi kot, tiba2 remote suis kipas yang pusing 0 ke 5 tu berpusing sendiri. Mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam, pusing2 kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku x tau nak buat apa dah. Kaki aku sibuk sepak2 si man yg sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu. Yang aku x tahan si man gi jerit HOI !!!, aduhai baru la berenti, x pasal2 dia pon x leh nak tido. Berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup2, sempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok2kan umah tu. Legalah hati kitorang time tu sebab harap2 ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni.
Jam 3.30, tiba2 dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah2, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room. Dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari2, man yg tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku x tau nak buat apa. Dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah. Bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg belari2 kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die x nak dengar bunyi tu tp x pasal2 lak bunyi tapak kaki tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa2nya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu x bertutup, mmng saja x nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik.
Wan x puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket. Aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak2 gelak, bukan sorang tapi ramai. Man yg tekejut terus bediri dan azan, wan aku x tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah x tau apa berlaku. Masa si man azan tu aku leh dengar suara kanak2 tu tambah dekat seolah2 berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi dekat tp entah la. Man azan sampai lebih 15 kali, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu x dengar. Sedar2 dah jam 5.30, x tau la brapa lama masa tu.
Abis si man azan, aku pon pelan2 buko selimut sebab ingatkan benda tu dah x de. Aku rasa macam jantung nak jatuh nengok2 bayang2 budak2 umur dalam 6-7 tahun melayang2 kat atas kepala man sambil memegang mancis api kayu yg menyala, aku mmg kaku kali ni sebab x tau nak buat apa2 dah. Aku dah jadi batu x tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung azan sekali lagi. Aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak mmndang ke atas x begerak, sama mcm yg aku alami tadi.
Aku pun tiba2 rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali2, aku semacam lemas. Berkali2 aku gamit si man dan wan tp diorang buat x reti, maybe prasaan aku. Aku cuba lawan dengan membaca ayat kursi tp x mau gak, aku x tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik nafas panjang2 dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tp meronta2 dengan mata tejegil si man plak bediri x de buat apa2 dah azan pon dah x kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik sambil dia tebatuk2.
Man lak cam aku gak rasa lemas, tarik nafas panjang2, maybe wan rasa macam tercekik sebab dia kan ada asma, jadi lemas tu mnybbkan dia tecekik. Man x dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni. Abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab time tu dah 6.30am. Aku x tau apa jadi 30 minit kitorang lemas. Ni barulah permulaan, nanti aku sambung balik cerita ni ye~~kes jadi teruk selepas ayah si man bawak pawang ubat umah ni ****
Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am time tu, x de sorang pon brani masuk ke dalam umah. Mulut sorang2 terkunci sbb masih tekejut, x tau apa nak di cakapkn dah. Sesekali dengar si wan batuk2, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi mmg lehernya merah dan berbirat, aku ngan man x de lak kesan cam dia tu. Aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tp si man dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni, tp kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal walaupun x de dari kami yang cedera kecuali si wan yg batuk2 mendakwa di cekik.
Perut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon x berani dah nak masuk. Aku pujuk man supaya masuk sama2, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi x makan, hanya sempat makan dunky donut yg ada jual kat luar makro tu. Tapi baru je nak melangkah masuk, tiba2 radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tp x sangka lak man cam orang gila gi jerit2 ngamuk kat dalam umah tu. Aku ngan wan x tau nak buat apa, si man dah memaki hamun bende tu kat dalam umah, aku risau je kang di lak kene sampuk ke hapa. Wan x nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa2 kat si man, tp alhamdullilah x de apa sambil dia bercekak2 pingang kat dalam umah tu, aku offkan radio, x de apa2 yg berlaku. Buka pintu rumah besar, pintu depan, belakng, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas.
Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada 1 je, so hanya berdua je leh pegi, x kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai x sanggup aku. Last2 man je yang kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa sambil2 tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yg dia terjegil mata tu. Dia cerita dia nampak bayang budak2 melayang2 kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis tapi bayang2 tu x puas hati sebab x dapat bakar rambut man, bayang2 tu ketuk kepala man berganti2 yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man teduduk.
Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur2, tu yg matanye tejegil dan badannye mengigil ketakutan. Pastu baru bende tu serang aku, wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si wan. Tu la yg si wan ceritakan kat aku dan buat aku terkedu tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si wan saje, sebab x de apa2 kecederaan fizikal pada aku ngan si man mcm yg wan cakap. Tp ada logiknya kalau difikirkan balik apa yg wan saksikan, sebab tiba2 aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali2, tapi aku rasa lebih ½ jam aku bergelut, aku pon x tau apa jadi dalam ½ jam yang hilang tu (aku rasa lemas).
Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tp hati kitorang kuat kata x nak masuk, mungkin trauma. Tunggu family man datang dr sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dr banting kononnya. Jam 11.30am barulah family si wan datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.Trun2 je dari keta pawang tu dah geleng2 kepala, “umah apa korang duduk ni?” dan sambil2 tu salam ngan kitorang. Kata namanya tok sheikh, salam2 je kata semangat kitorang dah kene Tarik dan kene seru balik. Aku sampai skng x paham apa maksud tok sheikh tu. Kitorang kene sruh masuk dalam van, hanya tok sheikh ngan ayah si man je yg masuk ke dalam. Belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut tiba2 terpasang kuat menyebabkan adik bradik si man bertempiaran lari masuk ke kereta, dah la lagu India, maybe time thr raga kot, ntah la aku pon x tau. Dgn radio kuat bunyi pon dah lari, byngkn klau tau yg radio tu plugnya x bersambung.
Lama gak tok sheikh kat dalam umah tu, ayah si man hanya nengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tp plug x sambung. Dalam van sume tekunci mulut, anak2 buah si man yg kecik2 sume ketakutan, apelah kes2 camni bawak anak2 kecik lak, x pasal dak2 tu skali trauma. Tak lama pastu aku nengok tok sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang yg coklat besar tu, mau je mata aku tejojol kuar nengoknye. Mana x nye, kitorang bertiga sendiri yg buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat, masukan dalam tong sampah kat depan umah. Man dan wan aku tengok tgh tido2 ayam aku cuit sruh nengok apa yg tok sheikh jinjing tu, wan hanya mengucap je cam x caya, man lak terus meluru gi tong sampah nengok ada x anak patung tu kat dalam tong sampah. Dia jerit2 panggil aku, “ada la kat dalam ni, tu yg lain” aku belari nengok, ye tul ada. Jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tp aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yg ada tapi tu hanya batu-bata yg aku gunakan untuk menyanggah pintu2 bilik supaya x tertutup dengan baju2 kotor kitorang yg letak dalam bilik air. Aku x leh nak cakap apa dah, camner leh ada dalam tu lak.
Tok sheikh datang2 kat kitorang marah2 sebab x buang bende ni, aku dah x tau nak cakap apa2 dah, semua man yg jawab. Waktu tu gak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah, sambil2 tu family man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru. Tba2 rasa lapang umah tu, x de la gangguan mcm malam semalam. Kitorng berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si man semua balik kecuali ayah ngan maknye yang dah pencen, yelah diorang nak pastikan betul2 selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamtan anak diorang.
Hari ahad ke isnin tu x de apa2 berlaku, aku yg mula ragu2 skng dah mula rasa selamat. Sampailah hari khamis siang ayah ngan mak si man duduk kat umah tu, langsung x de perkara pelik berlaku lagi. So khamis petang tu mak ayah si man nak balik, tp sebab pikirkan dah jam 6 pm time tu, hujan lebat lak tu, ayah si man x confident nak drive keta balik sepang walaupun dekat je, dah berusia, mata pon x terang. Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si man sendirik, nanti aku sambung cerita ni lagi~~ tapi kali ni lg teruk dan membahayakan! *****
Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, slepas tu baca yasin ramai2 macam hari2 sebelumnya, supaya bende tu x datng ke rumah tu dan kacau kitorang lagi. Tgh baca yasin ramai2, tiba2 pintu dapur di ketuk berkali2 menyebabkan kitorang suma terhenti mmbaca yasin, air di dalam bilik air plak mencurh2 kluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yg diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah2. Kitorang bangun beramai2 sebab ayah man sruh rapat2, then kitorang tutup air di sinki dan kedua2 bilik air yg mencurah.
Tp x berhasil bila air kuar balik pas kitorang tutup, nak x nak kitorang tutup suis utama di luar rumah. Tu je lah cara, ayah man call tok sheikh yg bende tu datang balik, ntah apa yg dibisngkan tk sheikh, kononnya kitorang langgar pantang. Masa mengubat aritu x de lak dia cakap pasal pantang2 ni, ni baru lah nak crita pasal pantang2, kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia x de pesan apa2 pon sblm ni, ye la mcm spenda ngan stoking x kan la nak jemur kat luar lak.
Dah puas bende tu main air, dia kacau letrik lak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yg membuatkan aku tambah kecut. Disebabkan lampu terpadam, kitorang pakat2 duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu. Kitorang duduk kat bawah suis tu, x de lak dia men suis dah, pastu aku teringat lauk yg dah beli utk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je. Time cam ni nak makan pon dah x de slera, terbantut memikirkan benda hal macam ni, pastu si man ngan ayahnye gi dapur ambik lauk2 tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah x makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita x de tenaga.
Aku hilang slera nak makan, so aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab blom beli kodial lagi, lg pon buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug. Tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku prasan air tu jadi kuning, eh bila lak jadi color kuning, setahu aku putih je tadi. Aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing. Nasib baik aku prasan, kalau x mmng dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu. Masa mak si man nak senduk nasik, dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker. Waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu, aku sampai kuar rumah termuntah2, manalah datangnye semua tu.
Sebab x tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, mmng sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon x tau tp rasanya najis manusia. Duduk kat luar rumah kitorang bincang2, esok nak cari orang pandai ngubat kat area mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari. Disebabkan tok sheikh tu x leh caya, sebab benda tu datang balik, konon2 pantang la ape lah, dah la byr rm200 untuk mengubat tu, sibuk2 berbincang tu, dalam jam 11mlm, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak2 gelak2 sambil dengar hentakan tapak kaki berlari2 seperti yg kitorang alami haritu. Yg nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak2 sambil membawa api, tapi yg herannya kali ni aku, man dan wan x nmpk, yg nampak hanya ayah ngan mak man je. Kitorang hanya dengar suara gelak budak2 je tiba2 mak si man menjerit, telekung tebakar, cepat2 kitorang masuk rumah takut x pasal2 umah plak yg terbakar.
Memang tekejut tiba2 telekung terbakar, kitorang rapat2 gak sambil duduk kat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu leh tebakar. Mak ngan ayah man kate diorang sendiri nampak bende tu yang bakar, tapi pelik kali ni kitorang x nampak, yang nampak hanya telekung yang berlipat tiba2 tebakar. Bunyi gelak2 tu sayup2 je pas kitorang masuk rumah tu, tapi tiba2 ada baut tengik macam sesuatu hangus. YaAllah, ayah si man menjerit nengok sejadah terbakar, time tu aku x nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana ada air, aku guna air mineral dlm botol kat depan aku utk makan tadi. Memang x leh jadi kali ni, dah sampai bakar2 barang pula, tapi kali ni aku x la setakut haritu, maybe sebab ramai, pastu ada orang tua lak tu, rasa macam selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya. Lepas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat, padahal kitorang dekat ngan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok2 dah terbakar besar.
Tak abis itu je, kotak2 pon abis tebakar sume, x tau lah nak buat apa lagi, last2 kitorang angkat sume barang bawak ke luar rumah, apa yg leh tebakar je semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu. Duk sibuk angkat kotak2 tu, tiba rasa asap banyak dari dalam bilik aku, aduh! rupanya kain pelikat yang aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak2 hujung kain tu, sebab air dah x de pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku2 tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati. Time tu gak si man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.
“Itu rumah baru mana ada masalah” uncle tu cakap, “ni bukan masalah rumah la uncle ni masalah rumah tu berhantu”man membalas. Uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak kuar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia x nak bagi balik. Tu je la yg si man cakap ngan aku, nak x nak aku cakap ngan diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah len dah. Rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270.
Sebab dah pagi, kesian kat mak si man yg dah mcam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta tapi biarkan pintu umah tu terbuka je, tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. Sampailah pagi subuh x de apa2 berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, so apa berlaku kat dalam umah x dengar. Mmng aku x leh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak x nak aku pikir terpaksa la ponteng. Aku ngan si wan mmng x leh tido, x tau knape, si man dan family dia sume nyenyak tido, dalam jam 5pagi tu, tiba2 atas keta macam dipijak2, semua terjaga sebab seperti orang meloncat2 sambil berlari2 atas kereta. Aku tunduk time tu, tiba2 aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku ngan kasut si wan berjalan sendirik tapi macam di engsotkan. Si man kluar dari keta, pastu try ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill, waktu tu aku leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku x tau apa benda sebab x Nampak, tapi aku rasa mesti budak2 yg kitorang nmpk sebelum ni.
Waktu tu juga ayah si man azan, dan aku baca ayat kursi kuat2. Sampailah jam 6.30 hari dah nak siang, kesian aku nengok mak si man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap sebelum suami ngan anak dia tenangkan. Jam 8.00pagi tu abah si man suruh kitorang angkat2 suma barang masukan dalam keta.
Habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyapu, baldi dan benda2 besar tu x bawak, keta manalah nak muat. Disebabkan x puas hati kat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je, biar dia bayar letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk umah kene botong dulu soled tu, dah dia main2 kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon x de. Jumaat tu kitorang x gi kelas, pastu numpang kat umah sedara si man di bukit chedang untuk sementara waktu, susah gak la, walaupun dekat dari kolej tapi x de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lg budak kelas kitorang.
March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di seremban 2. Aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah2 kat umah yg aku pernah sewa tu dulu. Sapa ada berita pasal tu, tolong la tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tp dah nak 7 tahun berlalu, ntah mana aku letaknye, so kepada korang sume, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jgn main tarah je, skali dapat umah bekas tokong x pon kuil, x ke naya. Tapi sampai sekarang aku x tau lagi knape ada bayangan 3 orang budak yg bawa mancis bakar2 barang kat umah tu.
::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
bahasa tak nice la nk baca pon jdi berbelit2 sb bahasa tk ikod sususan to cerita best ?
ikod? to? xnice gak ni.
hahahahahahahhaha.
I like your comment bro. hahaha. lain kali kasi comment betul betul la kak nad sebelum nak condemn orang punya penulisan.
‘ bahasa tak nice ‘ bahasa rojak
‘ sb ‘ singkat nau dah tu.
‘ ikod ‘ takhabis tadika ni,
‘ to ‘ kepada ke?
sususan??? sah x hbistadika… ??
Oooooo…
Bace smpi perenggan kedua jer sbbnye Dh penah bace dlm fs citer ni…
huahahaha cete musnah di hembus pawana……..keinginan mengancur manusia
banyak gak cite dalam FS niee yang tak berapa nak feel , mungkin dari segi penceritaan nyaa tak ngam .. sbb tuu aku asyikk baca cerita yang sama dari si celupar , dee feen , maya .. hahahahaha cerita dia mang bebetul boleh feel .. sampai org tegur kita , kita bole terkejut beruk.. hahahahaha
dlm byk2 cerita kat fs, ni je yg aku rasa best! haha~
Pttnye sruh tuan rumah tu yg duduk stu…
Biar dia rase…
Dh la x pulangkn deposit sikit pon…cekik darah btol tuan rumah tu…
hahaha…patut tuan rumah ni yg kena cekik ngan budak tuh…
mungkin roh budak yg dipuja….selalu nye..orang buat pemujaan terhadap roh budak..
Kenapa eh cerita yg lain dari lain dan seram tu si komen kata tak best, bila cerita ala kadar je and pendek tak seram mana si pengkomen ni komen kemain nice. Tanya je.
Btw, cerita ni best. ?
best bile kite bayangkan kite dlm situasi tuh..kan3
Kan? Rasenye best je perasaan baca. Tp sbb lain org lain perasaannya. Tak boleh puaskan hati semua org yedok. ?? writer!
caya lahhhhh 😀
Gila… Aku dh lah suka Cari rumah sewa ad hoc… Bukanya nk chck dulu rumah Tu… ?
Semak kepale kalo dpt rumah cmni..bile main api ni susah la sikit kita nak tggal rumah..brg bukan seringgit dua..pastu nyawa plak jadi taruhan..aiseymen dpt plak owner yg jenis nk tibai untung je..bancuh simen letak lobang jamban je bru tau untung ke x..hehehe btw citer ko best
Aku xfaham knapa ada org kata citer ni xbest… sbb aku rasa citer ni best and aku blh baygkan apa y terjadi sume..
cerite dah lame sgt.. bace mase ujg 2008 or awal 2009 via forwarded email..
giler seram…
baca je la, lain la kalau uollsss langsung tak faham apa perkataan dia tulis tu. Benda simple je. Alahai, tu pun nak bunyi.
dah baca
kate xpenah tengok umah tapi cakap kitorang masukkan barang time tu jugak..nampak sgt menipu..malas aku bace..puii
Apa mslhnya? Ko ni xfaham cerita ni.
Nama je admin tp bangang..ni mesti baca sekerat2
macam c/p jee
Ayat mula2 dia dh bgtau bkn cite dia..alahai..baca dgn hidung ke dik??
ohh yeke ? hihikss sorry . x perasan laa pulak sbb pnjang sgt , so , lupa . ingt kisah yg best jee . sorry
Cerita ni ok je..siap ada time yg tgh baca bole meremang..ok la tu..dia cerita sampai habis kot..mn yg ckp x ok tu..ntah apa2 ntah..ko cuba alami sendiri pastu tulis sendiri..meh sini nk komen plak cerita ko..kang sentap..walau cerita ni diceritakan balik..sampailah apa yg diceritakan tu..teruskan cerita anda yg lain2 tu kalau ada..terima kasih..
Seremmmm
tahun 2002 tu rasanyer garden homes seremban 2 dah wujud ke?