BENDA TUMPANG

Terima kasih FS sudi publish story aku.
Assalamualaikum pembaca FS.
Aku salah seorg pembaca tegar FS.
Intro Nama glamour FZ.

So nak share story aku masa umur 12tahun. Darjah 6 dan baru abes upsr,skrg da 26tahun. 14tahun da weyh. Memory aku masih utuh perihal kisah seram ni sebab pengajarannya tentang kasih sayang antara family..
Lets begin.

Aku ada 11 orang adik beradik, 3 lelaki 8 perempuan. So tiap kali hujung minggu,menjadi rutin harian mak untuk agihkan tugas mengemas, membasuh baju, basuh pinggan, menyidai baju, melipat kain, memasak,menjaga kedai (FYI rumah aku sekali dengan kedai runcit).

Kitorang selalu amik tugas yang kitorg rajin je. Aku selalu akan basuh pinggan, xtau la seruan apa yang datang, aku amik tugas menyapu laman rumah. Belakang rumah Aku hutan rimba dan agak seram, rasa macam nak jemput orang paranormal buat shoot kat sini. kikiki. tapi selalu kalau kena marah dengan ayah, hutan ni la tempat aku nyorok .

Bapak aku garang giler, sekali marah, berlari aku x pakai kasut, menyorok dalam hutan. Lepas beberapa jam, baru keluar dari tempat persembunyian. Takpun aku akan panjat pokok limau belakang rumah, bajet nak nyorok.hahahahaha. Bagi aku bapak aku adalah hero, bila malam kalau tengah tido, kitorang adik bradik takut nak bergerak walau seinci, bila bapak aku batuk baru la kitorg alihkan posisi tido. Kelakar kan. Penakut gila aku dengan adik beradik aku. Pernah satu malam tu, aku dengan adik2 aku berstory mory,  kitorang tido atas katil hujung rumah, sekali dengar tapak kaki, berlari semua cari bapak aku sampai roboh katil, takut punya pasal. Bapak aku check luar rumah, rupanya lembu.. Hahahahahha.. Ketawa kitorang sebab masing2 penakut..

Ok sambung story.. Masa aku tengah menyapu,(bukan menyapu tapi tarik cakar sbb sapu daun atas tanah tu guna cakar,aku xtahu la korang panggil apa). Tetiba aku rasa tak sedap badan,aku syak aku macam dah terpijak benda atau dah kacau laluan dia. So aku stop menyapu,aku masuk dapur aku duduk bawah meja makan. Aku pun tak tahu kenapa aku duduk bawah meja,mungkin sebab pintu dapur paling dekat dengan tempat aku menyapu.badan aku sederhana kecil je. So mak aku jenguk bawah meja,tanya aku dah kenapa,mak aku ingat aku nak lari dari abeskan tugas aku, aku explain aku rasa tak sedap badan dan rasa nak demam.. Esoknya aku demam .

PART 1:MAKHLUK LAIN MENUMPANG DAN PENAMPAKAN
Aku demam lama jugak, nasib baik dah lepas upsr, aku dah start tak pergi sekolah, padahal ada hari sukan dan aku merupakan orang harapan rumah sukan dan wakil sekolah untuk acara lumba lari(sebab tu la aku terer lari masuk hutan tiap kali kena marah dengan bapak).hahahahahaha.. Rumah aku dulu takde bilik, so kitorang tido ramai2. Aku tido dekat dengan mak dan ayah aku. Satu malam tu aku memang tak bole tido,malam yang sunyi tu macam2 aku dengar.

Bunyi perempuan mengilai lalu depan rumah aku(part ni aku teringat story orang kampung tentang hantu dukung anak sambil nangis). Bila pagi aku ternampak bayang putih melintas dekat tingkap, mak aku siap suruh adik aku amik penyapu halau benda tu. Klimaksnya bila Aku da start tak bole berjalan,kena pimpin dengan orang kalau nak kemana mana. Mak aku syak aku dah kena tumpang dan ikhtiar cari penawar cara tradisional.banyak sangat orang yang berubatkan aku,aku nk story part brubat ni tp aku skip yg x pntg dan story part yg penting jela.

PART 2: BOMOH #1
Bomoh ni perempuan dan agak femes kat kampung sebelah. Cara dia adalah berubat dan mandikan dengan limau(kalau limau timbul maknanya aku akan m**i). Time dia berubat tu, ada satu biji besar kat anggota badan aku part mana aku x ingat. Bila bomoh tu pegang ,benda tu berlari lari dalam badan aku. Macam main cak2 plak. Benda tu dari besar jadi kecik. Abes skit badan aku .Last sekali kena mandi dan pakaian yang aku pakai time mandi kena buang dalam sungai. Bomoh tu sempat suruh aku baca surah apa tah aku dah lupa, dia suruh amalkan dan baca sebelum tido. Tiap malam kakak2 aku akan temankan aku tido tapi kesian dorang tido x lena sebab dorang rasa dorang bukan tido dengan aku, ada benda lain skali.. Gangguan tetap ada. Aku dengar suara panggil nama aku sampai satu malam tu,bapak aku tido pelok aku kuat2, takut aku berjalan sambil tido tanpa sedar.

PART 3: BOMOH 2
Bapak aku bawak berubat dekat kampung lain plak. Bomoh ni pegang sebatang besi, dan menyoal.kalau besi tu berpusing maksudnya ye dan sebaliknya. Rasa wow jugak tgk besi brpusing bila bomoh tya soalan. Last sekali bomoh tu ckp x dapat nak buang benda tu sbb benda tu lari balik , alahai, natang sungguh la,benda mcm ni pn pndai main lari2 plak.huhu

PART 4: BOMOH 3
puas bapak aku ikhtiar cari orang ubatkan aku, orang kampung merangkap kawan ayah aku suggest bawak aku berubat dengan saudara dia. Kena cari telur ayam kampung beberapa biji ak dah tak ingat. So kitorg pergi dan bomoh tu adalah perempuan. Seksa aku kena pukul dengan daun apa tah tapi ajaib dengan kuasa Allah, aku bole berjalan sikit2. Tapi musykilnya bila benda tu still x dapat nak dikeluarkan. Suka beno dok dalam bade aku nih.natang sungguh.. Otw balik,bapak aku belikan udang besar untuk aku sebab aku memang xda selera makan. Time bpak aku turun g beli lauk, aku rasa van bapak aku bergegar, benda dalam benda aku macam mengamuk, tapi mak aku rileks je..aku je rsa mcm tu
..omg…

PART 5:BOMOH 4
Ada bomoh ni dan jemput untuk datang dan menengok kat rumah aku. Dan seperti yang dijangka, ada orang tanam benda kat rumah aku. Bila dia pusing keliling rumah, dia berhenti dekat satu pasu, berdekatan dengan tempat aku menyapu dulu tu, dan dia korek benda dalam pasu tu. Bila tengok, ada mcm benda putih, aku xtau apa dan dia buang benda tu. Dia cakap benda ni la penyebab orang lalu and nampak kedai aku tutup padahal bukak je.(FYI kedai aku agak x laku sebab bila orang lalu je,muka dorg pelik, rupanya dorg nampak kedai aku tutup. Dia pagarkan sekeliling rumah aku dan gangguan tetap ada..satu ari tu, tiba2 mak aku x sedarkan diri, meracau racau. Aku menangis takut dan kakak aku larikan aku ke rumah jiran sebelah. Sebelum tu aku nampak ada orang ubatkan mak aku, picit ibu jari kaki dan letak cili kat ibu jari. Bila aku balik,mak aku dah sedar dah.alhamdulillah dah ok.

PART AKHIR: Ustaz A
Sampai satu tahap fmly aku dah give up, Allah temukan fmly aku dgn ustaz A. Ustaz A mula berubat orang bila ibu nya sendri ad masalah mcm aku.dia gunakan ayat2 al quran untuk sembuhkan ibunya. Bila semua org tahu, semua orang yakin dan berubat dgn ustaz. Bapak bawak aku jumpa ustaz, ustaz sentuh tapak tangan dan rasa memang ada benda. Ustaz bacakan ayat alquran dan minta bapak sediakan air kelapa dan letakkan di tengah rumah, mlm tu perasan ad seseorang yang tengah bacakan sesuatu dekat kelapa tersebut.

Last stage berubat ,ustaz minta bapak aku bawakan cili blender untuk dibacakan ayat2 alquran dan untuk ditaburkan sekeliling rumah. Balik dari berubat tu,alhamdulillah aku dapat tido lena. Selama berbulan bulan aku sakit, aku ad msalah untuk tido malam, aku x dapat lelap pun,tiap kali nk lelap,ada je benda yang panggil nama aku dan aku takut nak tutup mata seakan ternampak benda tu. Malam apabila cili ditabur sekeliling rumah, aku dengar meriah betul atap rumah aku,mcm benda tu berkenduri kendara plak. Korg bayangkan korg kena tonyoh dengan cili, menggelupur la kan,macam tu la situasinya.

Malam tu aku tdo dengan lena tanpa gangguan.esoknya jiran aku tanya mak aku, aku menjerit ke semalam.mak aku jawab x, so faham2 jela apa yang jiran aku dengar tu. Alhamdulillah, bila berubat dekat ustaz, aku beransur pulih dan kembali normal. Bila dah pulih, ustaz beritahu ayah yang benda dalam badan aku adalah orang tua (patutla aku jalan terbongkok bongkok) Dan keadaan ak di tahap kritikal.nasib bapak aku cepat bawak aku berubat dengan ustaz sbbnya benda tu makan d***h dlm badan aku. Ngeri doh aku dengar.. Saat aku menulis ni aku tengah kerja shift malam .ok nak dekat pukul 5pagi. Abes jugak cerita aku.

Kesimpulan dari pengalaman aku, aku belajar banyak tentang kasih sayang. Mcm mana parents aku ikhtiar untuk sembuhkan aku, adik n kakak aku sanggup teman n layan krenah aku tanpa merungut. Aku syg family aku sangat2. Alfatihah untuk arwah bapak aku yg dah kembali ke rahmatullah ketika aku menuntut di U. Semoga bapak d tempatkan d kalangan orang beriman.

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

FZ
Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 comments

  1. Selalu dgr org merawat gune lada hitam…
    Ni pestaim dgr gune cili blend…
    Paneh sesungguh tu jadinye yer…
    Huhuhuhuuu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.