Pejabat Peribadi: Hazim

Salam sejahtera. Aku Mona. Ingat tak Mona yang bukan Mona Fendi tu. Yang kerja dekat pejabat peribadi orang kaya cina tu? Hah! Aku ada cerita baru untuk aku share. Memandangkan aku masih kerja dekat situ.

Untuk pengetahuan pembaca semua, selain daripada aku dengan Aunty cleaner kerja dekat pejabat peribadi ni, ada seorang lagi pekerja melayu lelaki yang bekerja. Tapi kerjanya usung majikan aku kesana sini. Ya! Dia seorang pemandu peribadi majikan aku.

Untuk pengetahuan semua jugak, pemandu majikan aku ni akan bertukar silih ganti. Kadang-kadang sehari kerja dah berhenti, seminggu kerja dah berhenti dan kadang-kadang sebulan kerja dah berhenti.

Aku jarang berborak dengan driver-driver memandangkan kerja aku banyak dekat office, manakala tempat istirehat driver dekat area parking lot garaj office.

Sampailah satu hari tu, ada seorang driver baru, aku panggil dia Hazim. Hazim ni kerja dengan majikan aku agak lama walaupun tak lama sangat. Lebih kurang empat ke lima bulan. Hazim ni pendiam tapi suka buat lawak jenaka dengan orang yang dia selesa.

Suatu hari majikan aku minta Hazim tunggu di office seawal jam 7.30 pagi. Aku tahu pun sebab aku terserempak dengan dia kat ofis masa aku masuk kerja jam 9.00 pagi. Aku takdelah pergi tegur dia kenapa datang awal, tapi aku tahu jadual bos aku hari tu, so aku agak memang sengaja bos suruh tunggu dia awal incase bos balik awal dari luar kawasan.

Ok. Stop citer pasal jadual bos aku. Boring sangat.. Yang aku nak cerita, lepas aku terserempak dengan Hazim, aku terus buka pintu ofis dan abaikan Hazim di tempat istirehat dia berdekatan garaj tertutup tu. Time aku buka pintu ofis, tiba-tiba aku ternampak sosok kelibat berwarna hitam di atas bahagian tangga untuk masuk ofis aku dekat tingkat atas.

Macam mana ea aku nak cerita bagi korang paham, area ofis aku ni ada garaj dan gudang besar bahagian bawah. Garaj dan gudang tu agak sunyi dan gelap sebab dulu kawasan ni kawasan kilang yang beroperasi 24 jam. Tapi sekarang dah takde. Untuk naik ke ofis kena buka satu pintu yang memisahkan tangga untuk ke ofis dan bahagian garaj/gudang. Masa aku masuk ke pintu tu lah aku terus Nampak lembaga hitam atas tangga paling atas dan lembaga tu tengah tengok aku dekat bawah.

Bulu roma dan segala bulu yang ada sekali rambut-rambut mencanak naik. Rasa macam putus nyawa dekat situ. Aku berkira-kira nak pusing badan dan lari balik. Berhajat resign 24 hours. Hahaha!! Tiba-tiba…

Masa aku pusing badan, Hazim ada dekat belakang aku. Tengah pandang aku bersilih pandang dengan atas tangga. Maksud aku lembaga tu. Tiba-tiba Hazim tanya aku,

“Nampak jugak ke?” terkebil-kebil aku tengok Hazim. Maksudnya bukan imaginasi aku. Memang ada! Yakin dan pasti! Sebab Hazim pun Nampak. Aku angguk dalam ketakutan. Terkejut sebab nampak lembaga, terkejut jugak sebab tiba-tiba nampak dia!

“Naik atas tu baca bismillah dan bagi salam, takde pape jugak. Jangan takut,” ujarnya. Entah tiba-tiba aku dapat semangat balik untuk naik atas. Aku percaya makhluk tu memang ada dekat mana-mana. Dan aku pulak tak ada inisiatif untuk borak dengan bos aku pasal tu sebab yelah, kepercayaan setiap orang itu berbeza. Aku hormat kepercayaan dia dan Alhamdulillah, dia pun hormat agama dan kepercayaan aku.

Hazim ada minta phone number aku. Dia mesej dan cerita apa saja yang dia nampak sepanjang bekerja 4-5 bulan dengan bos aku. Rupanya bukan aku saja, malah dia pun Nampak juga. Hazim cerita dia ada Nampak orang berjalan-jalan dekat gudang bawah, tapi bila pergi tengok tak ada orang. Kadang-kadang ada dengar orang panggil nama dia berulang kali, bila menyahut terus senyap. Cuma ikhtiar dia, buat kerja apa yang patut dan dia ada amalkan beberapa surah juga untuk halau apa-apa yang ada. Aku tak tahu lah sama ada dia ada buka Ruqyah atau lain-lain bacaan. Tak pulak aku tanya lebih.

Tapi itulah, ikhtiar dia sementara saja. Pada bulan kelima, Hazim disahkan mengidap penyakit misteri. Bukan penyakit batuk kering tapi sering batuk keluar darah. Ulang alik ke hospital tapi tak ada pengesahan apa-apa penyakit. Tubuh badan sihat tapi kerap sakit. Hazim selalu mc dan menyebabkan ofis terpaksa cari pemandu lain.

Aku ada bagitahu majikan aku tentang keadaan Hazim. Majikan aku Cuma gelak dan cakap…
“Aku tak percayalah dia sakit misteri.. dia kena pukau dengan hantu aku dekat bawah la tu..” dia anggap benda tu gurauan dan cakap yang Hazim tu pemalas sebenarnya sebab tu asyik mc jer.

Korang rasa?

 

Mona
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

  1. Yg pasal kena pnggil nama tu…
    Aku kerap dgr… Kdang2 terjawab jugak…
    Adakah memudaratkan??? Kerap sgt aku dgr…. Kdang2 mcm suara bf aku pggil aku pn ada…. Kdang2 aku x jwb tp aku pg cri siapa yg pnggil aku… Adakah just perasaan aku je kot…
    Paling kerap sbelum magrib dgn tngmalam…. And kdang2 aku nmpak mcm kelibat org.. Tp bla cri2 xda pulak org…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.