#DeeFen – DI WAKTU ANTARA DUA TANDUK SYAITAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Aku DeeFen. Ya aku kembali lagi selepas trilogi Mak Lampir dan duologi Sihir Berdarah. Kalau nak tengok gambar tempat kejadian yang berkaitan dengan cerita ni korang boleh add FB aku ‘Dee Fen’. Untuk baca cerita aku sebelum-sebelum ni, follow kat link di bawah ni:-

Mak Lampir

Mak Lampir 2: The Origin

Mak Lampir 3: Saying Goodbye

#DeeFen – Sihir Berdarah

#DeeFen – Sihir Berdarah: Part 2

9 Mei 2016 merupakan tarikh aku memulakan kembali kerja makan gaji. Setelah hampir 5 tahun meninggalkan bidang pekerjaan yang aku pelajari ketika di universiti. Aku masih ingat lagi ketika aku whatsapp ex-bos aku bulan lepas, aku bertanyakan tentang kerja kosong, dia bagi jawapan positif. Pantas dia reply. Syukur.

Tanpa perlu resume, aku apply kerja melalui mesej whatsapp ja. Terus dia panggil datang office saja nak borak sebab lama tak jumpa. Aku diterima kerja tanpa melalui 6 bulan probation period. On the spot terus permanent staf.

Time aku masuk kerja dulu, ada tiga orang ja staf Melayu termasuk aku. Yang baki lagi 30 orang semua kaum Cina. Time aku join semula company ni sekarang, company dah makin besar, staff dah lebih 50 orang. Termasuk dengan aku, ada 4 orang ja Melayu. 2 lelaki, 2 perempuan.

Yang aku kurang berkenan sikit kerja kat company ni sebab jauh dari rumah. Jalan pon jem. 1jam 40minit minimum one way kalau naik keta. Maknanya lebih 3jam sehari buang masa atas jalan ja. Kalau ada accident, memang petak bontot aku dok dalam keta ja. Tapi kalau ramalan cuaca tak hujan, aku pederas naik motor aku je hehe.

Kisah kali ni berkisar dengan office tempat aku kerja sekarang. Dulu, masa sebelum aku berhenti dulu takdak la pulak dengar cerita-cerita seram ni. Tapi sekarang ni siap masuk dalam list haunted hotel in Malaysia. Anyway, aku bukan kerja hotel. Tapi bangunan office aku ni half hotel, half office. Kiranya main entrance kat ground floor ada dua la. Kiri entrance untuk office, kanan pulak entrance untuk hotel. Bangunan ni ada 38 tingkat.Bos aku membeli sebahagian daripada salah satu floor di bangunan ni. Di tingkat office aku, ada lagi sebuah company lain yang turut sama menyewa.

Alamak panjang la pulak intro, marah lak korang. Ok kalau aku ada cerita lain lagi lepas ni aku buat peta minda je la senang. Tapi sengaja aku panjangkan intro walaupun intro ni mungkin takdak kena mengena dengan cerita ni. Kalau nak straight to the point terus seram, rasa macam tak best lak kan.

—————————————–

KISAH SERAM AKU

Aku tak ingat dengan spesifik bila kejadian ni berlaku. Tapi yang pasti lepas raya haji 2016. Sebab masa kejadian angker ni terjadi kat aku, aku pakai seluar jeans raya haji. Ada bau kedai lagi. Siap ada bekas minyak rendang menitik kat seluar tak sempat basuh..hehe. Ok orang laki memang jarang basuh seluar jeans. Kan?

Hari kejadian merupakan hari Jumaat. Kalau hari Jumaat, office hour sampai pukul 5 petang saja. Dan tak ramai yang buat OT sebab esoknya hari Sabtu, office tutup. Aku yang masih bersemangat dengan kerja baru ni, rajin la buat OT. Lagipun kerja yang nak kena siapkan ni memang sangat urgent dan nak kena submit Isnin pagi. Kebetulan pulak kat luar hujan renyai-renyai. Asal hujan ja memang jalan jem yaaa ampun. Aku memang malas nak hadap jem, so aku ambil keputusan balik lewat sikit.

Jam dah menunjukkan pukul 6:30petang. Sorang-sorang officemate aku dah balik. Tinggal aku dengan sorang lagi budak laki cina ja. Jarak aku dengan dia selang dua row meja office. Susunan meja dalam office aku ni satu cubicle untuk dua orang. Tapi partition rendah ja. Kalau duduk, boleh nampak semua orang kat tempat masing-masing. Tapi nampak kepala hingga paras mata dorang je la, sebab terlindung dengan monitor komputer.

Dari meja aku kedengaran budak cina ni dok tekan-tekan button mouse dan keyboard. Sekali-sekala dia bangun ke arah mesin fotostat. Nampak kelam-kabut ja dia buat kerja sambil jelling-jeling senyum kat aku. Kalut nak balik le tu.

Aku : “Wei Vince, you bila mau balik?”

Vince : “Sekejap saja lagi. Haiya kerja banyak sekarang. Malam jam lapan setengah mau dating dengan amoi lagi.”

Aku: “Belum kawen meh? I ingat you sudah kawen.”

Vince : “Belum maa. Memang umur sudah tua. Tapi belum kawin lagi. Sekarang kawin mahal you tau haa. Lagi rumah semua kena beli lagi. Barang lagi mahal. Mau simpan wang pun susah. Itu sebab wa kawin lambat looo, hehehe”

Aku senyum ja dengar leteran mamat cina ni. Ada betulnya apa yang dia dok bebel tu. Aku yang lenguh leher asyik mengadap monitor ni daripada tadi, bersandar ja kat kerusi. Sambil dok perati Vince dok berdiri kat tempat dia sambil kemas-kemas barang dia. Bunyi zip beg tanda dia tengah simpan barang-barang dia nak balik. Sekali-sekala bunyi mesej masuk kat smartphone Iphone Enam Ass dia. Dok mesej amoi dia la tu.

Vince : “You bila mau balik? Sudah lewat. Lagi you duduk sorang saja. Tarak takut meh? I sudah ready mau balik.”

Aku : “Sekejap lagi la I balik. Mau setel sikit lagi kerja. Jalan pon jem kalau hujan macam ni.”

Vince : “Ok. I balik dulu. You jangan lupa kunci office. Kunci you tau kan ada di dalam itu laci reception counter.”

Aku : “Ok I kunci nanti. Bye!”

Aku perhatikan Vince melangkah longlai menuju ke pintu office. Bunyi ‘beep’ daripada touch-card. Dia mengangkat tangan kat aku sambil buat gaya memulas kunci. Tanda dia peringat aku jangan lupa untuk mengunci pintu bila aku balik nanti. Aku mengangkat thumbs-up dan membuat gaya tangan menghalau sambil tersengih kepada Vince.

Aku mengambil phone aku. Dibuka front camera. Aku membelek dan membetulkan rambut. Kamera dihalakan ke arah mulut. Aku menyeringai membelek gigi. Kot-kot ada makanan tengahari tadi yang terselit celah gigi. Lahanuttt! Ada cili! Aku dah kumur kot tengahari tadi. Degil betul cili ni. Pasaran saham aku ditutup bercampur-campur gara-gara sekelumit cili. Dah pucat membasi cili ni di celahan gigi aku. Aku mencungkil cili tersebut dengan hujung plastik gula-gula Daim yang siap dilipat.

Smartphone aku diletakkan kembali ke meja. Dah menjadi tabiat aku kalau letak phone mesti didirikan dan disandarkan kat monitor komputer. Senang nak tengok kot-kot lampu notification menyala tanda ada mesej yang masuk. Aku kembali menyambung kerja.

Tiba-tiba skrin phone aku menyala. Aku menjeling. Lock skrin dibuka, kemudian tertera main skrin phone aku. Seterusnya, application front camera yang dibuka. Tertera sebahagian wajah dan badan aku serta sebahagian tingkap di belakang aku. Aku langsung tak sentuh phone tu. Macamana dia boleh buka sendiri pulak ni???

Aku tekan button untuk off kan skrin. Aku sambung buat kerja balik. Tak sampai seminit, perkara sama jadi semula. Aku tak fikir apa-apa cuma berkata dalam hati “haii bengong dah phone aku ni. Dah cukup duit aku beli baru jugak nanti”. Aku tutup kembali skrin phone. Sebelum tu aku exit-kan semua application yang tengah running.

Lepas tu aku sambung buat kerja, lebih kurang 15minit selepas tu kedengaran angin bertiup yang masuk melalui celahan tingkap. Bunyi angin yang masuk tu menghasilkan bunyi seperti siulan yang ditiup perlahan. Tingkap office aku ni memang besar, hampir penuh dinding. Memang normal la kan kalau jenis bangunan yang tinggi-tinggi tingkap penuh dinding macam ni. Kat bahagian bawah ada satu tingkap kecik dengan saiz lebih kurang satu kaki kali satu kaki setengah yang boleh dibuka.Bunyi angin tu masuk dari celahan tingkap ni la. Mungkin sebab ada sebahagian getah dia dah sedikit keras.

Aku menoleh ke belakang untuk perati di luar. Hujan lebat kat luar beserta angin kencang. Nampak pokok-pokok di bawah bergoyang sakan seperti menari shuffle. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Serentak. Suasana kat luar memang sangat gelap walaupun belum masuk waktu maghrib akibat cuaca hujan. Disebabkan cuaca gelap di luar, dan cerah di dalam office, tingkap ni jadi macam cermin yang mana kita dapat melihat reflection suasana di dalam office. Dan reflection ni sangat clear, maybe disebabkan jenis tinted cermin yang digunakan adalah berwarna gold.

Sambil tengok ke luar, sesekali aku perhati jugak reflection office aku. Tiba-tiba rasa macam seram sikit pon ada sebab suasana office yang kosong. Tapi aku buat bodo ja. Dok pikirkan kerja ada lagi tak setel, malas aku nak layan perasaan seram tu. Tengah dok leka tengok pokok bergoyang tu, aku terperasan ada macam susuk tubuh berpakaian semua putih kat rumah kolonial zaman British di bawah. Rumah kolonial ni terletak di seberang jalan bertentangan dengan office aku.

Susuk tubuh tu just berdiri saja di balkoni tanpa bergerak. Suasana yang malap kat rumah tu membuatkan aku tak dapat tengok dengan jelas. Lagipun jarak antara aku dengan rumah tu memang agak jauh sebab aku dok tinggi ni haa kat tingkat atas. Aku agak dalam 80 hingga 100meter la jarak. Aku perhati dalam 20saat jugak kot. Nak tengok susuk tu bergerak ke tak. Bila dah lama sangat tak bergerak aku agak tu mungkin kain ja kot yang tersangkut. Bila dah malap camni membuatkan ilusi macam susuk tubuh manusia. Ni sekadar nak sedapkan hati aku ja.

Tak berani aku nak perati lama-lama benda tu. Sebab otak aku pon dah mula pikir bukan-bukan. Nak hilangkan takut, aku pon berpaling kembali ke monitor nak sambung kerja sambil melepaskan nafas yang panjang. Bunyi siulan angin makin menggila kat belakang aku.

Tengah aku leka buat kerja, kamera phone aku terbukak lagi. Omakkauijau terkejut gak aku. Bulu roma serta-merta meremang. Aku tengok kat skrin phone. Nampak muka aku. Dan dari sisi badan aku, di tingkap belakang sebelah luar nampak macam ada kain putih. Terbuntang mata aku perati kat skrin phone. Gila kau tak terkejut ada macam kain putih berkibar-kibar kat tingkap belakang aku.

Dengan tindakan spontan, aku terus menoleh ke belakang ke arah kain putih tu. Kosong. Takdak apa-apa pon. Aku toleh balik ke arah phone aku. Skrin dah off dah. Aikkk pandai pulak off skrin sendiri phone ni. Aku pon toleh lagi sekali kat tingkap…………

Ok confirm takdak apa-apa jugak. “Shit btol la! Terkejut sampat nak terkencing nih!”. Mungkin imaginasi aku ja kot tadi. Sekadar nak sedapkan hati sendiri. Aku dah mula rasa tak senang duduk dah. Rasa kembang semacam jamuka aku. Dalam hati memang rasa nak tutup komputer terus balik ja. Tapi bila terpikirkan kerja ada lagi nak kena setel, aku gagahkan jugak stay sini. Aku membaca ayat-ayat suci untuk menghilangkan rasa takut.

“Aduhhh time ni la rasa nak terkucil pulak!!”. Rasa menyesal pulak minum banyak kopi awal petang tadi. Aku pon beranikan diri bangun menuju ke tandas. Tandas ni terletak di tengah-tengah koridor di luar office. Kiranya tandas ni dikongsi oleh semua lot office di tingkat ni. Office aku terletak di hujung koridor, manakala office jiran di hujung berdekatan dengan lif dan tangga kecemasan.

Aku berdiri di pintu office, tengok office jiran dah gelap, itu tandanya aku sorang-sorang ja yang ada kat tingkat ni. “Huiiii buatnya tiba-tiba ada menda berdiri kat hujung koridor sana tu, mana aku nak lari wehhh. Dah la lif dengan tangga kat hujung sana.” Aku dah pikir benda-benda mengarut menambahkan keseraman diri sendiri.

Aku berjalan laju-laju masuk ke tandas dengan hajat nak menghilangkan kucilan aku. Sepanjang pengucilan aku, mata aku meliar perhati kat atas partition tandas ni. Gatal betol mata ni nak usha atas. Jangan ada yang sergah aku pulak kat atas tu. Kencing bersepah lak nanti huhu. Kesian makcik cleaner nak cuci.

Aku meneran kucilan aku agar proses pengosongan pundi cepat selesai. Bunyi bising hasil semburan kucilan aku rasa tingkat bawah pon boleh dengar. Tengah meneran dan memaksa pengucilan agar lebih pantas dan tuntas, aku terdengar dari koridor luar bunyi orang berjalan laju dari arah lif ke arah tandas. Yang buat aku dengar jelas tu sebab dia punya bunyi macam orang berjalan pakai selipar jepun basah. “Kelepap shreettttt kelepap shreetttt” Ulang la lebih kurang dalam 40kali. Haa pandai-pandai la korang buat bunyi tu camna.

Bunyi orang berjalan tu berhenti sekejap kat luar tandas. Kemudian dia sambung berjalan ke arah office aku. Sepanjang perjalanan “orang misteri berselipar basah” tu, aku pasang ja telinga. Dah selesai mengucilkan diri aku, aku cepat-cepat basuh tangan kat sinki tanpa angkat kepala tengok ke cermin. Risau ada menda yang melambai kat cermin pulak.

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah office aku. Aku tengok lantai takdak tanda-tanda basah langsung. Pelik. Dah macam-macam aku zikir, siap bagi salam nak masuk office. Dari pintu office aku usha keliling tengok takdak sapa pon. Aku dah taktau nak sedapkan hati aku apa lagi sebab aku memang dengar dengan jelas bunyi orang berjalan tadi.

Hati aku dah berbelah bahagi dan berbagi hati sama ada nak sambung kerja atau balik ja. Lalu dengan penuh keazaman yang membara, aku kuatkan jugak tekad nak sambung kerja. Apa-apa pon halangan yang mendatang akan ku harungi jua. Elok aku duduk ja kerusi, aku terperasan ada seseorang duduk kat tempat Vince. Gaya rambut memang serupa dengan Vince. Ajaib nih. Tadi masa nak masuk, aku usha takdak sapa pon dalam office. Aku memanjangkan leher nak tengok Vince lebih jelas. Ok sah yang tu Vince.

Vince bangun menuju ke arah mesin fotostat. Dia langsung tak menjeling kat aku. Berjalan pon menunduk. Lama aku perhati dia. Sebab gaya dia macam pelik sikit. Entah kenapa ringan ja mulut aku nak tegur dia.

“Aiii Vince, tadi you sudah balik. Apa pasal datang balik? Ada tinggal barang?”

“Hmmmm..”

Pendek ja Vince menjawab tanpa angkat muka dia tengok kat aku. Wahh dingin betul dia terhadap aku sedingin udara yang menghembus keluar daripada air-cond di kala senja yang kehujanan begini amboiii. Ini sudah macam makin misterius ni. Selalunya mamat cina ni murah senyuman dengan mulut boleh tahan ramah. Mungkin gaduh dengan amoi dia la tu kot. Mesti gaduh pasal takdak decision nak makan kat mana. Pasal makan pon nak gaduh-gaduh. Lumrah dalam bercinta cenggitu la.

Vince kemudian berdiri sambil mengemas barang dia. Bunyi zip beg mungkin tanda dia dah nak balik. Aku skodeng ja dia dari sebalik monitor komputer aku. Gaya perlakuan dia sama serupa dengan apa yang Vince buat pukul 6 lebih tadi sebelum dia balik awal tadi. Ulang alik ke mesin fotostat, gaya kemas barang, gerak geri badan, semua serupa. Dah macam dejavu.

Vince tiba-tiba mengangkat sedikit mukanya menjeling kat aku. Mungkin dia perasan aku tengah perhati dia. Perghhh! Mata hitam dia nampak lebih besar, muka pon nampak sangat pucat dan seperti tiada perasaan. Aku dah terkaku sambil dok berlawan pandangan mata dengan dia. Lebih kurang empat lima saat baru aku macam tersedar dan menundukkan kepala. Seram.

Dari ekor mata aku, aku dapat tengok Vince berjalan ke arah pintu office. Mungkin nak keluar dah kot. Aku makin menundukkan kepala sebab takmau tengok langsung kelibat Vince. Aku menunggu bunyi “beep” daripada touch-card Vince. “Ketak!” Bunyi pintu kaca office tertutup akibat ditarik magnet pintu. Ini pelik sebab langsung takdak bunyi “beep”. Macam mana Vince boleh keluar kalau dia tak scan touch-card dia.

“Oh my god! Oh my goodness!” hati aku dah menjerit kata yang tu 99% bukan manusia. Lagi 1% ja akal aku yang kata yang tu Vince. Jantung aku dah dupdapdupdap. Rasa kembang seluruh badan. Kepala pon dah rasa kembang macam nak melayang. Serabut pala hotak aku dok pikir nak kena buat apa sekarang. Kalau aku balik, alamatnya kerja tak siap dan takkan esok aku nak kena mai office balik kot setel kerja. Esok Sabtu woi hari cuti. Hari untuk bercanda! Tapi kalau sambung kerja, taktau Vince versi apa pulak yang teman aku. Mungkin Vince versi zombie. Mungkin juga Vince versi juara Akademi Fantasia 1 datang menyanyi mengapa harus cinta, perlu ada yang berpisah wu ho ho, tak ku mungkin mengerti, mengapa harus kasih, pastikan jua berakhir sayang, tak sanggup ku menanggung rindu…ini. Agghhhh!

Tak sempat aku nak buat keputusan, tiba-tiba telefon office depan aku ni berdering. Spontan aku angkat sebab dah jadi tabiat time kerja, asal telefon berdering ja terus angkat. Belum sempat gagang letak kat telinga, aku terpikir. Ehhhh macamana boleh bunyi pulak telefon aku ni. Kalau orang luar telefon akan masuk kat line receptionist dulu. Lain lah kalau internal call, dalam office punya interkom, baru boleh direct ke telefon aku. Ok, sekarang sapa lagi yang ada dalam office yang call aku ni? Perghhhh! Memang scary merry sebab dah memang confirm-confirm la aku sorang ja dalam office.

Aku dekatkan gagang ke telinga. Bunyi selipar basah “kelepap shrreettt kelepap shrrettt” jelas nyata daripada speaker telefon. Aku terus letak perlahan-lahan gagang phone. Elok aku letak ja, terus telefon ni berdering lagi. Aku angkat kemudian hempas balik gagang tu.

Berdering lagi!!

Aku cabut terus wayar telefon tu. Aku tunggu kalau berdering lagi jugak memang confirm aku cabut lari balik terus ja.

“Kring kring!Kring kring!”

Berdering lagi! Tapi kali ni telefon officemate sebelah aku ni pulak yang berdering.

“Shit!”

Aku menggelongsorkan sedikit kerusi aku ke sisi dan serta-merta aku cabut wayar telefon dia. Kemudian telefon officemate depan aku pulak yang berdering. Spontan aku berdiri. Bunyi berdering disusuli dengan telefon di penjuru office sebelah depan pintu pulak. Kemudian bunyi di telefon di sebelah mesin fotostat. Seterusnya bertalu-talu satu-satu telefon dalam office ni bunyi. Bayangkan ada hampir 50 buat telefon berbunyi serentak. Bunyi sangat-sangat bingit.

Aku dah terkaku berdiri. Dengan tangan yang menggeletar aku menekup telinga aku. Aku tak pasti berapa lama aku dok menekup telinga. Aku tundukkan muka aku ke meja. Aku terpandang notes yang bos aku tulis yang berbunyi, “Pls submit to client by this Monday morning”. Serta-merta hati aku mula rasa menggelegak nak marah. Maunya aku tak marah. Keja tak siap, mambang telefon dok buat hal pulak.

Makin lama, bunyi deringan telefon ni makin menjengkelkan aku. Aku terbayang kalau aku lari balik sekarang, esok aku kena datang office lagi. Office bukannya dekat. Jauh oi. Rasa marah aku dah lebih daripada rasa takut.

Aku pejamkan mata, aku cakap “Diamlah! Jangan kacau aku nak buat kerja!”

Aku cakap tak kuat sangat pon. Aku pon seriau nak cakap kuat-kuat. Buatnya menda tu sentap mengamok, demam seminggu pulak aku. Serta-merta bunyi telefon berhenti. Terus suasana jadi sunyi-sepi. Bunyi angin air-cond ja yang kedengaran. Sekali-sekala bunyi siulan angin daripada tingkap. Perlahan-lahan aku buka mata. Risau gila kot menda tu berdiri depan aku. Confirm aku pengsan.

“Para bailar la bamba! Para bailar la bamba! Por ti sere! Por ti sere! Por ti sere!”.

Tiba-tiba lagu terpasang kat speaker office. Speaker ni terletak kat ceiling office. Bunyi lagu memang sangat kuat. Kiranya volume max ditibainya. Berdentum-dentum dah macam pub tepi pantai. Terduduk aku kat kerusi sebab terkejut. Jadah apanya lagu La Bamba bahasa Meksiko ni. Makin stress aku.

Apa yang aku buat? Aku cuba buat bodo dengan mengadap monitor dan meneruskan kerja. Aku buat tak layan. Dalam hati dok sumpah seranah, carut-marut serta keji-kejian. Sampai habis satu lagu La Bamba menda ni dok sakat aku. Aku pon taktau parti apa yang menda tu dok buat dalam office aku. Parti buih kot. Gila!

Aku dok tunggu jugak, apa playlist lagu seterusnya. Mungkinkah lagu Livin’ La Vida Loca? Tapi aku hampa. Sebab satu lagu ni ja dia pasang. Aku baru ja rasa macam nak berjoget sekali tadi. Selama aku keja kat sini, seminggu ja speaker ni pernah dipasang lagu time office hour. Minggu depannya terus bos keluar memo jangan pasang lagu kat speaker office time kerja. Sapa yang nak dengar lagu, pakai earphone sendiri-sendiri ja.

Mambang ni aku rasa agak educated sebab kalau nak pasang lagu kat speaker office ni, kena pasang kat komputer yang dalam server room. Pandai mambang tu bukak winamp. Lagi satu, aku pon tak sure dia cari mana lagu La Bamba tu. Macam tak logik ada lagu La Bamba dalam komputer tu. Aku tak rasa budak office aku dok layan lagu-lagu camtu. Banyak lagu cina dengan English ja.

Lebih kurang 30 minit aku dapat sambung kerja tanpa gangguan. Aku tengok jam, waktu maghrib pon dah masuk. Aku agak-agak lebih kurang dalam 30 minit lagi kerja aku boleh siap dah. Agak berdesup aku buat kerja, ngeri aku nak duduk lama-lama lagi dalam office ni. Tak aku nafikan sekali-sekala bulu roma aku meremang. Aku pon agak konpius sama ada meremang kesejukan atau meremang sebab ada mambang. Tapi aku cuba buat cool. Aku memang nekad nak siapkan semua kerja.

Tak semena-mena aku terdengar bunyi seperti orang berlari di koridor luar office. Bunyi orang berlari dengan berselipar basah. Daripada hujung dari arah lif menuju ke arah office aku. Berkali-kali dok ulang. Aku cuba takmau tengok. Tapi disebabkan tempat duduk aku ni membolehkan aku nampak ke arah pintu office, aku boleh nampak daripada ekor mata ada kelibat melintas laju di luar berkali-kali.

Aku dah mula baca ayat-ayat suci. Kerja aku dah terganggu, tak boleh nak fokus. Tak dapat aku bayangkan macam mana aku nak balik nanti dengan terpaksa lalu kat koridor tu. Aku dah sangat tak keruan dan keresahan. Takkan nak tidur kat office kot. Tengah malam nanti apa pulak yang mambang tu nak sakat aku. Aku terpikir nak call officemate nama Shaiful nak suruh mai jemput aku.

Baru aku buka phonebook nak cari nombor Shaiful. BAMMMM! Pintu office berdentum. Macam ada orang ketuk pintu kaca tu dengan benda keras. Tersentak aku, rasa nak luruh jantung. Kemudian bunyi BAM! BAM! BAM! BAM! Banyak kali pintu diketuk tanpa nampak sebarang benda yang mengetuk. Hanya bunyi yang kedengaran. Bunyi ketukan hanya berhenti bila aku mula membaca ayat kursi.

Terketar-ketar aku mencari nama Shaiful dalam phonebook. Aku menaip nama Shaiful, tapi skrin memaparkan “No matching contacts found”. Aku mencari secara manual, scroll sehingga nama huruf ‘S”. Tapi tetap tak jumpa nama Shaiful. Berulang kali aku scroll turun naik, tetap tak jumpa. Hilang!! Tak mungkin contact Shaiful hilang dalam phonebook aku sebab baru pagi tadi aku ada call dia suruh tapau karipap untuk breakfast.

Aku beralih kepada senarai nombor telefon staff yang diprint dan dilekatkan kat partition cubicle aku. Aku rentap sehingga terkoyak di bucu pada bahagian yang dilekatkan thumb tacks. Jelas kelihatan tangan aku terketar-ketar memegang kertas ni.

Tiba-tiba kesemua lampu office ni berkelip-kelip. Bukan berkelip-kelip sampai sekejap cerah sekejap blackout tu. Bukan macamtu. Maksud berkelip aku ni, berkelip macam letrik tak cukup. Sekejap cerah normal, sekejap malap sikit.

Tengah aku mendongak perhati lampu tengah berkelip tu, aku terperasan ada semacam menda lalu kat luar pintu office aku. Kemudian menda tu lalu lagi sekali. Sah! Ada mambang yang melintas! Dari arah kiri ke kanan. Mata aku dah terpaku memandang pintu office.

Tak sampai 1 saat, mambang tu lalu lagi. Berulang-ulang mambang tu lalu dari arah yang sama iaitu dari arah kiri pintu ke kanan pintu. Apabila sampai ke kanan, mambang tu muncul semula melintas dari arah kiri. Lepas lebih kurang 5 kali mambang tu melintas, kali ke-6 dia melintas sambil memandang ke arah aku. Perghhhh! Kecut segala macam organ dalam badan aku.

Rupanya mambang tu menyerupai Bos aku. Dengan bermuka pucat, mata hitam kelihatan lebih besar dan melirik tajam, serta sedikit senyuman. Berbaju dan berseluar semua hitam. Kaki langsung tak melangkah. Seperti menggelongsor ja atas lantai. Setelah mungkin sepuluh kali membuat catwalk melintas di depan pintu. Tiba-tiba mambang tu berhenti di depan pintu dan kali ni dia tunduk saja ke bawah.

Aku yang terpana awal tadi memandang mambang tu membuat catwalk, kini dah tersentak sebab dia berhenti di depan pintu. Perlahan-lahan dia berpusing menghadap pintu. Allahu! Aku tak dapat gambarkan betapa menggelabahnya aku masa ni. Kedua-dua tangan aku dah macam Parkinson tahap kronik. Nak pegang phone pon dah tak bermaya, rasa macam nak terlucut sampai terpaksa pegang dengan kedua-dua tapak tangan.

Aku cuba membaca ayat suci tapi dalam keadaan menggelabah macam ni, semua ayat pon lupa. Aku memfokuskan fikiran agar tak jadi macam peristiwa lepas dalam tragedi Mak Lampir dengan Pakli. Aku lebih berhati-hati agar tak terbaca doa-doa yang tak kena pada tempatnya yang mengundang hilai tawa mambang. Lepas beberapa ketika dan dapat mula berfikir dengan sedikit waras, aku mula membaca ayatul Kursi. Itu pon aku rasa ayat berterabur dan terpaksa mengulang berulang kali sebab bila dah separuh jalan aku terlupa ayat seterusnya.

Keseluruhan lampu dalam office masih lagi berkelip-kelip. Tapi aku perasan yang kali ni lampu makin malap. Tak semena-mena lampu di koridor dan lampu berhampiran pintu terpadam. Dalam keadaan sedikit samar tu, aku perasan yang mambang tu dah berada di sebelah dalam office. Dah masuk!!! Omaigod! Omaigoodness! Mambang tu hanya berdiri menunduk sambil terapung bergerak sedikit ke kiri dan ke kanan.

Makin berterabur bacaan ayat-ayat suci aku. Kemudian kedengaran ketukan berkali-kali di tingkap belakang. Diselang-selikan dengan bunyi “Psst! Pstt! Hihihihihi…” “Pstt! Psttt! Hihihihihihi…” seperti memanggil aku untuk menoleh ke belakang. Aku menahan diri daripada menoleh, entah apa pulak yang nak muncul kat belakang.Kaki terasa makin lemah dan tak bermaya.

Aku tersedar yang mambang tu perlahan-lahan melayang bergerak ke arah aku. Allah! Allah! Aku terus menunduk dan merangkak masuk ke bawah meja. Gila kau! Seram gila kot! Aku berposisi menonggeng dan menekup muka ke tapak tangan. Aku cuma mampu berharap yang mambang tu bukanlah seekor mambang berspesis kunyit.

Dengan tangan terketar-ketar aku mendial nombor Shaiful. Tiga kali aku menelefon namun semua tak dijawab. Shit! Aku kemudian terpikir nak call Bos ja sebab rumah Bos la yang paling dekat dengan office. Mungkin dalam 15minit saja jarak. Setelah terbayangkan mambang yang menyerupai Bos tu, terus aku cancel. Buatnya mambang ni jengok kat bawah meja ni sambil berkata “Yaaaa ada apa kamu call saya? Takut hantu kah? Heeeheeeeheeeeheeee”. Siap dengan pakej mengilai memang ngeri yang boleh membawa kepada kepitaman.

Aku terus membuka application Whatsapp dan menghantar mesej kepada Shaiful.

“Sepol mai ofis skrg. Rescue aku ASAP. Aku kena usik terok. Serious.”

Terketar-ketar jari aku menaip mesej. Berkali-kali aku terpaksa mengulang taip sebab terlalu banyak typo. Beberapa saat kemudian aku mendapat reply daripada Shaiful. Terasa lega sikit hati aku.

“Ok tunggu sat. Hang on bebeh!”

Maksud ‘tunggu sat’ dari Shaiful tu aku sendiri tak pasti berapa lama. Kalau nak diikutkan rumah Shaiful memang jauh dari office ni. Lebih kurang sejam jugak la jauhnya. Mampos aku nak hadap mambang ni lagi sejam. Lunyai dah aku tatkala aku ditemui oleh Shaiful nanti. Aku mula terbayang wajah-wajah mangsa yang m**i dalam keadaan muka herot dan senget akibat disergah hantu dalam movie The Ring.

Tiba-tiba lampu office terpadam. Keadaan agak gelap. Cuma harap sedikit sangat cahaya daripada lampu jalan di bawah yang masuk melalui tingkap belakang aku. Tapi cuaca buruk di luar dan duduk di tingkat yang sangat tinggi, mana ada cahaya sangat nak masuk.

Memandangkan aku dalam ketakutan yang melampau sampaikan nak baca ayat suci pon tunggang-langgang, maka aku pon dapat idea nak buka bacaan ayat suci kat youtube ja. Aku bukak app Youtube, PAMMM! Terpampang wajah pontianak kat ‘suggested video’. Nak luruh lagi jantung aku. Bongok bin Bingai betul la Youtube ni. Time-time genting macam ni boleh pulak bagi suggestion video camtu. Ni la akibatnya aku suka sangat layan video-video seram kat youtube.

Belum sempat aku tekan play bacaan ayat-ayat suci, seluruh tempat aku menonggeng ni bercahaya dengan sangat terang akibat cahaya daripada kilat yang menyabung. Disusuli dengan bunyi guruh yang sangat kuat. Terpelanting phone sampai terkena batang hidung aku sebab terkejut. Luruh lagi jantung aku buat kesekian kalinya.

Sambil mengusap-ngusap hidung yang sakit dan mengelap hingus yang dah mula mengalir, aku terdengar sayup-sayup suara perempuan menyanyi “hmmmm hmmmm hmmmm”. Bahasa Omputeh dorang sebut “humming”. Bahasa Malaysia aku taktau. Aku tak pasti dia nyanyi lagu apa tapi mendayu-dayu yang sangat menyeramkan. Suara tu sekejap macam sangat jauh, sekejap sangat dekat macam ada sebelah aku ja.

Mulut aku hanya mampu sebut Allah, Allah, Allah berulang kali sambil terketar-ketar mencari bacaan ayat suci dalam Youtube. Aku klik pada carian Ayatul Kursi full dan lantas menekan play. Setiap bacaan yang terkeluar daripada speaker phone, aku ikuti dengan penuh perasaan dan penghayatan. Suara nyanyian seram mendayu-dayu tak lagi kedengaran.

Setiap kali habis bacaan Ayatul Kursi, aku mengulang-ngulang lagi banyak kali. Mungkin 7 kali. Setiap kali diulang bacaan, aku dapat rasakan yang semangat aku semakin kuat dan keberanian aku kembali utuh.

Kali terakhir Ayatul Kursi dibaca iaitu kali yang ke 7, pada ayat terakhir, bunyi dentuman pada pintu office sangat kuat. Serentak dengan tu, suara mengilai yang sangat panjang merenggut kembali semangat aku yang tadi dah semakin pulih. Lampu office kembali menyala terang.

Tiba-tiba telinga aku dapat menangkap bunyi tapak kaki berlari dari arah lif ke arah office aku. Kedengaran derapan bunyi banyak tapak kaki yang berlari. Bukan berseorangan. Aku hanya terus membatu di bawah meja menantikan apa pulak jenis mambang yang akan muncul.

Aku memasang telinga, cuba membayangkan drama apakah yang sedang berlaku di koridor office. Bunyi derapan kaki tu berhenti betul-betul di hadapan pintu office aku. Aku kembali gelisah sebab kali ni kedengaran banyak tapak kaki. Mungkin mambang tadi dah angkut geng dia. Mampos aku kali ni!!

“Beep!!” kedengaran touch-card disentuh. Shit mambang-mambang yang kali ni pandai pulak masuk office aku pakai touch-card!!!.

“ALLAHU AKBAR!” jerit aku sekuat hati dari bawah meja.

“Woi hang kat mana?!! Ni aku ni Sepol!”

“Apa bukti hang adalah Sepol ??!,” jerit aku dalam keadaan masih lagi menonggeng.

“Hang takyah dok buat lecey lah. Ni aku la dengan member aku. Hang keluaq lah dok sembunyi apa lagi. Jom blah cepat!”

Aku cuba memberanikan diri menjengok dari tepi meja. Kelihatan Shaiful dengan dua orang member dia. Salah sorang memang aku kenal sebab pernah jumpa sebelum ni. Kelihatan dorang tercungap-cungap dengan baju seluar semua basah kuyup. Perlahan-lahan aku keluar berdiri menghadap dorang.

“Hangpa semua ni manusia kan?”, soal aku yang masih ragu-ragu akan spesis sebenar dorang.

“Haa laa haa laaa kami manusia. Jom blah cepat. Kami pon kena kacau tadi masa nak mai sini.”

Setelah aku off komputer dan kunci pintu office, kami semua pon bergegas nak turun ke bawah. Suasana dalam lif ketika tu sangat tegang sebab lif berhenti setiap tingkat tanpa sebab musabab yang munasabah. Masing-masing memandang nombor tingkat yang tertera pada panel lif. Setiap kali pintu terbuka, semua hanya memandang ke lantai. Manakala aku pejam mata terus.

Sampai di salah satu tingkat, pintu terbuka, terasa lif sedikit bergoyang dan mendap ke bawah. Seperti ada orang berjalan masuk ke dalam lif bersama kami. Tiba-tiba bunyi “tetttttttt!” tanda lif dah overweight. Shit! Pintu lif ni takkan tertutup selagi lif overweight.

“Kami tak kacau hang, hang jangan kacau kami. Kami nak balik. Berambus!,” agak keras suara Shaiful walaupun kedengaran ada sedikit getar.

Pintu lif tiba-tiba tertutup. Bukan turun ke bawah, tapi makin menaik terus ke tingkat atas. Sampai tingkat paling tinggi iaitu tingkat 38, pintu lif terbuka. Agak lama pintu terbuka mungkin dalam 1 minit. Hampir nak jahanam butang ‘close’ kat panel lif tu akibat ditekan dengan penuh iltizam oleh Shaiful.

Lepas pintu ditutup. Lif ni buat hal lagi macam tadi. Berhenti setiap tingkat. Senyap sunyi suasana dalam lif. Hanya kedengaran hembusan nafas ja. Bermacam-macam perasaan yang bermain di benak fikiran masing-masing.

Sebaik saja terbuka pintu kat Ground Floor, nampak tercegat Pak Guard kat depan pintu. Shaiful yang mula-mula meluru keluar, hampir ja menumbuk muka Pak Guard tu. Nasib baik Pak Guard tu sempat berundur ke belakang.

“Sorry bang. Tindakan spontan refleks saya ja tu tadi. Saya ingatkan jin, tu yang saya terkejut tu. Sorry ye bang,” Shaiful meminta maaf sambil menghulur tangan untuk bersalam tanda bersalah.

Pak Guard yang bername-tag “CS Wan” hanya memandang tajam sambil membuat muka kerek kat kami. Aku meneka CS tu mungkin pangkat dia. Mungkin bermaksud Chief of Security. Kemudian dia melirik satu senyuman sinis yang memberi seribu makna.

“Jom pi lepak kat belakang kat loading area dulu. Hisap rokok sebatang dua dulu,” ajak Shaiful kepada kami. Kami semua hanya mengekor ja Shaiful. Aku melangkah longlai.Terasa sangat penat selepas diusik bertubi-tubi.

AKU : “Mekaseh weh mai rescue aku.”

SHAIFUL: “Tadak hal la. Ni kawan aku dua orang ni. Yang ni Faiz hang penah jumpa kan. Yang sorang lagi ni nama Nabil yang suka terkebil-kebil.”

AKU: “Cepat betoi hangpa sampai rescue aku. Hangpa dari mana tadi? Siap basah habeh baju.”

FAIZ: “Kami dok main snooker kat area-area ni. Si Sepol ni ajak mai rescue hang. Emergency katanya. Kami redah hujan mai sini naik moto ja la.”

AKU: “Mekaseh banyak-banyak weh. Kalau hangpa takmai, taktau la aku jadi apa tadi.”

SHAIFUL: “Hang apa cerita tadi? Kena sakat macam mana?”

AKU: “Kena sakat terok weh. Agak ekstrem. Aku rasa kalau hangpa lambat sampai, aku dah pengsan kat situ ja.”

SHAIFUL: “Memang building office kita ni haunted sikit. Awat yang hang dok buat berani pi duduk sorang-sorang?”

AKU: “Mana la aku tau yang office kita keras. Dulu-dulu tak pernah dengar pon pasal angker-angker ni.”

SHAIFUL: “Tu laaaa. Dulu takdak pon. Tapi dalam 5 atau 6 tahun ni ja baru ada. Tu pon jarang-jarang ja dia kacau.”

AKU: “Awat hang tak bagitau awal-awal yang office kita haunted? Haduiiii.”

SHAIFUL: “Dah hang tak tanya. Hang pon tak bagitau aku kata nak buat OT. Tapi tadi time kami nak pi rescue hang, kami pon kena sakat.”

AKU: “Hah hangpa yang ramai-ramai pon kena sakat jugak? Jadi camna?”

SHAIFUL: “Weh Nabil, hang cerita pulak apa yang jadi kat kita tadi. Dari tadi aku tengok hang dok terkebil-kebil ja. Macam takdak fungsi ja hang dok kat sini.”

NABIL: “Hehehehehehe. Tadi masa kami nak pi kat hang. Kami naik lif.”

SHAIFUL: “Memang la naik lif! Jadah apa nak panjat tangga dari tingkat bawah. Mau pitam kita secara berjemaah.”

FAIZ: “Mai aku la cerita. Hang Nabil duduk rilek situ sudah.”

NABIL: “Yelaaaaaaaaa..mai rokok sebatang.”

———————————–

KISAH TIGA SEKAWAN DALAM OPERASI MENYELAMAT

SHAIFUL: “Weh!! Aku dapat wasap dari officemate aku. Dia suruh pi rescue dia. Dia kena sakat kat office.”

FAIZ: “Sakat? Sapa sakat? Sapa buli dia?”

SHAIFUL: “Kena sakat dengan hantu la!”

NABIL: “Shitttt..biaq betol? Ada hantu ka kat office hang?”

SHAIFUL: “Takyah cakap banyak. La ni kita pi rescue officemate aku ni. Kita naik moto ja. Kalau naik kereta memang lambat nak sampai. Jem kat luar. Kita pinjam moto sapa-sapa yang ada kat snooker ni.”

Maka tiga sekawan ni merempit motor tanpa menghiraukan hujan lebat. Setelah mencilok dan beberapa side mirror kereta yang terkulai akibat dilanggar dorang, maka dorang pon sampai kat tempat yang dituju. Lantas dorang bergegas menuju ke lobi lif.

SHAIFUL: “Hisshhhh rosak pulak ka lif ni? Time-time cenggini la lif nak rosak pulak!”

NABIL: “Kena naik tangga ka ni? Tingkat berapa weh? Aku tunggu bawah ja la. Tak larat nak panjat tangga.”

SHAIFUL: “Hang takyah dok gatai nak duduk bawah sorang-sorang. Kita try check lif barang kat belakang.”

Dorang pon bergegas menuju ke arah lif barang yang terletak di sebelah belakang lobi bangunan. Dengan seluruh baju yang basah kuyup, kelihatan mereka sedikit kesejukan akibat daripada dinginnya suhu daripada penghawa dingin.

SHAIFUL: “Ok lif barang ni boleh pakai. Cepat weh!”

FAIZ: “Tingkat berapa Sepol?”

SHAIFUL: “Dua puluh lima!”

Lif terus bergerak ke atas. Nombor pada panel kelihatan bertukar-tukar seiiring dengan tingkat yang dilalui oleh lif. Lif kemudian berhenti dan membuka pintu di tingkat 26.

FAIZ: “Aikkk ni tingkat 26. Tadi aku dah tekan tingkat 25.”

SHAIFUL: “Faiz hang tekan balik tingkat 25.”

FAIZ: “ OK!”

Panel lif ditekan pada butang yang tertera nombor 25. “Ktakkkkk!”Pintu lif kembali tertutup. Dorang dapat merasakan lif kembali bergerak turun ke bawah. Akan tetapi lif berhenti pada tingkat 24. Iaitu satu tingkat di bawah tingkat yang ingin dituju.

FAIZ: “Pelik weh! Awat dia tak berhenti kat tingkat 25?”

SHAIFUL: “Shit la. Takpa. Kita try lagi.”

Lif kemudian bergerak ke atas kembali, namun seperti yang awal tadi, lif melepasi tingkat 25 dan hanya berhenti di tingkat 26. Keadaan ni semakin menimbulkan rasa pelik kat dorang. Masing-masing dah terpancar kegelisahan pada wajah dorang.

SHAIFUL: “Kali ni last kita try. Kalau lif takmau berenti jugak kat tingkat 25, kita guna tangga ja.”

NABIL: “Aku rasa tak sedap hati la weh…”

FAIZ: “Rilek Nabil. Cool. Jangan gelabah.”

Buat kali keempat, lif ini tetap taknak berhenti kat tingkat 25. Terus overshoot ke tingkat 24. Seperti ada sesuatu yang menghalang dorang untuk ke tingkat 25. Maka dorang ambil keputusan untuk menggunakan tangga kecemasan ja untuk naik ke tingkat 25.

SHAIFUL: “Jom kita guna tangga ja. Lif ni memang buat hal. Bongok!”

NABIL: “Mulut hang jaga sikit Sepol. Aku memang rasa tak sedap hati sangat dah ni. Berdebar ja ni.”

FAIZ: “Hang tak sedap hati sorang-sorang dah la. Jangan dok bagitau orang lain. Ni dengan aku sekali pon dah mula rasa tak sedap hati.”

SHAIFUL: “Hangpa dua diam sikit boleh tak? Kita setel kerja rescue kita, pastu terus blah.”

Dorang pon bergerak ke arah tangga kecemasan.Untuk sampai ke tingkat 25, mereka terpaksa memanjat 2 flight tangga. Di antara 2 flight tu, terdapat satu landing. (**aku pon tak pasti dalam bahasa Malaysia apa terma untuk tangga ni, so aku guna dalam English saja. Kalau tak paham boleh google. Kalau nak tengok gambar tangga sebenar tersebut, boleh follow FB aku.**)

Apabila mereka mula memanjat flight yang pertama, tiba-tiba mereka berhenti bergerak. Mereka semua terpandang pada satu susuk tubuh yang duduk di atas kerusi roda. Kedudukannya adalah di sudut landing tangga tersebut. Tubuh tersebut membelakangkan dorang dengan muka menghadap ke arah dinding.

Keadaan ni agak pelik sebab macam mana orang tu boleh berada kat situ. Dia berkerusi roda, jadi macamana dia boleh ada kat landing tangga tu. Lepastu siap menghadap ke arah dinding. Memang terasa pelik dan menyeramkan.

NABIL: “Orang tu buat apa weh kat tangga kat situ?”

SHAIFUL: “Shhhhhhhh..diam….”

FAIZ: “Aku rasa….aku rasa yang tu bukan manusi……”

SHAIFUL: “Shhhhh diam. Kita lari terus naik atas. Buat bodo.”

Maka dorang pon pantas berlari memanjat tangga melintasi susuk yang berkerusi roda tersebut. Faiz merupakan yang berada di belakang sekali di antara dorang bertiga. Apabila dah sampai di penghujung flight yang kedua, kaki Faiz tersadung pada anak tangga yang terakhir lantas jatuh tersungkur.

Shaiful yang terperasan Faiz terjatuh terus berpaling untuk menolong. Ketika mengangkat Faiz, Shaiful terpandang pada susuk tubuh berkerusi roda tersebut….

————————————

AKU: “Hang nampak apa kat ‘orang’ berkerusi roda tu?”

SHAIFUL: “Kepala ‘orang’ tu berpaling 180 darjah pandang aku. Mata dua-dua belah takdak. Nampak rongga hitam ja. Mulut ternganga luas, dalam mulut hitam semua. Shittttt seram lagi aku rasa. Berdiri bulu roma aku ni teringat muka dia.”

AKU: “Perghhhhh! Scary gila! Lepastu apa jadi?”

FAIZ: “Lepastu kami terus lari pi rescue hang la kat office.”

SHAIFUL: “Hang siap meleleh-leleh ayaq mata kat pipi..Kena sakat sampai menangis…kahkahkahkah!!”

AKU: “Bongok la! Hang kena sakat macam aku kena baru hang tau!”

NABIL: “Hang cerita la pulak hang kena sakat camna?”

AKU: “Esok-esok la aku cerita. Aku dok takut lagi ni. Rasa tak sedap badan pon ada jugak. Kita pi cari baju spare untuk hangpa tukaq pastu kita boleh balik tidoq!”

————————————–

Walaupun aku cuba bertahan untuk menyiapkan kerja, tapi tetap tak sempat siap. Nasib baik kerja dah tak banyak. So, hari Isnin awal-awal pagi aku dah terpacak kat office nak setelkan kerja. Shaiful yang jadi mangsa teman aku awal pagi tu.

Berakhirlah sudah, kisah angker, dalam penceritaan, yang menyeramkan, pengalamanku sewaktu itu, tidak sia-sia… Bila malam tiba di dalam tidurku, wajah pucatmu menghias mimpiku, namun itu semua hanya menyiksakan hati ini.

Setakat ini sahaja cerita daripada aku. Sebarang kekurangan harap dimaafkan. Follow aku kat facebook Dee Fen untuk teaser cerita seterusnya. Akhir kalam, tahniah kepada ‘Nurul Ain’ kerana memenangi hadiah dalam peraduan memberi tajuk untuk kisah kali ni. Kalau ada rezeki lagi aku akan buat pusingan kedua untuk pertandingan yang macam ni. Sekian adios amigos!

.

Dee Fen
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.3]

55 comments

  1. thank u Dee Fen…
    hilang rindu akak kat hang. mmg best. mmg seram. tak penah mengecewakan.
    tak sia-sia akak buka page pagi ni. nanti kalau hang terserempak dgn guard SC Wan tu tolong kirim salam ya. habaq kat dia tak elok buat muka kerek, nanti rezeki mahai.

  2. jadah hang cerita detail sangat pasal pengucilan hang fen? aku rasa nk tumbuk muka hang..kahkahkah. Mujur mambang bukan spesis kunyit kalau tak habislah hang dinaodai kahkahkah. Anyway memang seram fen. Aku bagi hang 5HA.
    p/s: muat ke hang masuk bawah meja tu? Tahniah pemenang. Mujur aku x masuk peraduan hahahaha.

    1. hahaha.. aku pun rasa yang sama! geliii pun adaaaaa.. haprak deefen nihhhh.. details sangat bak hang.. hahaha choiii

  3. Salam…Fen…aku nak pecah perut tang pak guard CS Wan tu…haha…ermmm…member Sepol tu mmg nama betul dia Faiz erk? Noob sgt…hehe.

  4. #DeeFeen sambunglah cerita sihir berdarah..mcm tergantung jer…nk taw gak sape yg sihirkan kawan hang tue..pliss pliss…

    1. aku dah give up nak merayu dengan si deefen ni.. SB tu tergantung sepi macam tu ja.. menci ! haha

  5. Aku bila tengah kerja barang tadak ja mesti bukak page fs baca story. Dan hg berjaya buat aku gelak kuat kuat time tengah kerja sampai semua tanya aku kenapa gelak ???? sumpah lawak weh ????
    “Apa bukti hang adalah Sepol ??!,” jerit aku dalam keadaan masih lagi menonggeng.

    “Hang takyah dok buat lecey lah. Ni aku la dengan member aku. Hang keluaq lah dok sembunyi apa lagi. Jom blah cepat!”

  6. seram sangat opis ang. kalau aku jenis balik pkol 2 ke 3 pagi memang pengsan kt situ la klu kna kacau. Dah la opis aku level 24 haha. Boleh tak lengkali jangan nak cite detail sgt pasal terkucil tu.

  7. nama pak guard kemain lg glemer nye….sbb pak guard tergugat cerita dia kat FS nk masuk ranking May…wakakakakkaka…shizu nabil pon terjebak masuk dlm cerita hang….sengal!

    as usual…x pernah x best…

  8. Fen ni kalau kne usik ngn momok, mesti dahsyat2 modus operandi diorg..huhu

    Mmh bole tbayang2…pergghhh.. sheramm..

  9. perghhhh aku suke cite ang…byk bole buat aku tebyg kejadian dgn keadaan aku sorang. meremang abes. ble ang ckp ang nak nngis aku pon jd ikot nak nangis tebyg keadaan tu… tahniah broooo

  10. “Berakhirlah sudah, kisah angker, dalam penceritaan, yang menyeramkan, pengalamanku sewaktu itu, tidak sia-sia… Bila malam tiba di dalam tidurku, wajah pucatmu menghias mimpiku, namun itu semua hanya menyiksakan hati ini…”

    Ceehhhh…
    X pepasal akk layan nyanyi bile smpi part atas ni…
    Teros ilang unsur2 seram yg cube akk pertahankan dr td…

    1. Kaannn…
      Bersungguh nyanyi tuu…
      Abis nyanyi dok pikir, ehhh aku bace citer seram ke td…???

  11. Ketegori Hati sado juga si fen ni ,
    kena kacau banyak kali pun masih sanggup lagi stay .
    kalau aku kena kacau first part pun aku dah cabut lari .
    Tak fikir apa dah. hehe

  12. How to say?
    Hmmmm

    The story is nice..
    But not so thrill as big as your name here.

    Good Luck and try again next time

  13. Sebelum ni aku baca cerita ko best tp kali ni bagi aku la.aku rase bnyj buang masa dgn mukadimah dn bunga2 yg ko tmbh tu…sory to say..
    Poor..

    Nak reply?.reply la sesiapa pn ak bkn baca..kbai..

    1. Tengkiu bagi teguran. Cerita aku memang banyak mukadimah bunga2 merapu camtu haha. Biasa la bang, ala-ala novel sikit. Cerita aku tak straight to the point. Pendek lak nanti cerita ni.
      Ada reader suka baca panjang-panjang. Ada yg suka baca pendek-pendek. Tak dapat penuhi semua kehendak pembaca.
      Apa-apa pon tengkiu atas teguran..hehe

  14. Best sangat citer ang ni,aku ikut berdebor bace. Rasa cam kalut2 je bace sebab feel sangat kena sakat dek setan tu. Terbaiklahhh

  15. Aku baru-baru ni je follow FS ni. Ni pertama kali aku baca citer ko. Hehe seram tahap gaban weyh. Tapi aku suka cara ko citer tu sbb dlm seram2 aku dok jeling kiri kanan belakang (selalu bila boss xdak aku dok sorg2 weyh. Ala bukan makan gaji buta tp kekadang tension dgn keja baca2 lah sikit time rehat tu kihkih) aku masih boleh tergelak2 cara penyampaian ko yg kelakar tu hehe.. teuskan cara penceritaan mcmni.. Aku bg ko 1 LIKE!!

    1. Adoi hehe..sorrylah terbanyak pulak komen yg sama guna nama yg berlainan. X reti nk delete mcmn..
      #silajangankecam

  16. Aku baru-baru ni je follow FS ni. Ni pertama kali aku baca citer ko. Hehe seram tahap gaban weyh. Tapi aku suka cara ko citer tu sbb dlm seram2 aku dok jeling kiri kanan belakang (selalu bila boss xdak aku dok sorg2 weyh. Ala bukan makan gaji buta tp kekadang tension dgn keja baca2 lah sikit time rehat tu kihkih) aku masih boleh tergelak2 cara penyampaian ko yg kelakar tu hehe.. teuskan cara penceritaan mcmni.. Aku bg ko 1 LIKE!!

  17. Aku baru-baru ni je follow FS ni. Ni pertama kali aku baca citer ko. Hehe seram tahap gaban weyh. Tapi aku suka cara ko citer tu sbb dlm seram2 aku dok jeling kiri kanan belakang (selalu bila boss xdak aku dok sorg2 weyh. Ala bukan makan gaji buta tp kekadang tension dgn keja baca2 lah sikit time rehat tu kihkih) aku masih boleh tergelak2 cara penyampaian ko yg kelakar tu hehe.. teuskan cara penceritaan mcmni.. Aku bg ko 1 LIKE!!

  18. Hahaha lawak cara awak cite . Tapi hakikatnya kalau berada kat tempat awk,mesti ketaq gila .sedangkan kena kacau sikit pun saya dah debor ,ni apa tah lagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.