Pejabat Peribadi

Salam sejahtera pembaca Fiksyen Shasha. Aku Mona, tapi bukan Mona Fendi. Aku cuma nak cerita pasal tempat kerja aku ni. Aku kerja sebagai seorang pembantu peribadi orang kaya. Orang kaya ni bukan muslim, dan bukan pula India.

Macam biasa, siapa yang pernah bekerja dengan orang Cina dan pernah singgah ofis-ofis orang kaya Cina, mereka akan faham. Pejabat orang Cina, terutamanya yang sangat mementingkan religion, memang akan ada banyak patung-patung tuhan. Samalah macam dekat ofis yang aku kerja.

Memandangkan aku kerja sebagai pembantu peribadi di pejabat peribadi, maka staff memang tak ada melainkan aku seorang. Dulu ada juga seorang kerani, tapi dah resign atas sebab musabab sendiri. Jadi, nak dijadikan cerita, aku memang sendirian di pejabat peribadi ni.

Aku ulang lagi sekali, pejabat ni bukan pejabat perniagaan yang ada admin, akauntan, manager dan sebagainya. Ini adalah pejabat peribadi yang cuma ada seorang atau dua orang pembantu peribadi untuk uruskan jadual bos dan pembuat pengurusan bil-bil dan akaun peribadi bos. Itu saja.

Alkisah, selepas kerani berhenti. Tinggallah aku seorang di pejabat ni. Pejabat ni letaknya di kawasan perkilangan lama. Area, aku tak nak bagitahu. Kilang lama dekat sini ada yang beroperasi, ada yang tak. Agak sunyi juga kalau kilang besar depan pejabat ni tak beroperasi.

So, senang citer, kawasan pejabat ni terletak di kawasan kilang yang lama, sunyi, dan pejabat ni pun sebenarnya area kilang cuma dah renovate sikit bagi elok. Dan, di pejabat dan area yang sunyi ini, aku akan masuk kerja setiap jam 9 pagi sampai petang. Bayangkan…

Kadang-kadang bos aku masuk. Kadang-kadang tak. Bilik ofis aku mengadap bilik stor yang memang kitorang tak bukak lampu pun. Melainkan nak cari fail atau barang lama je. Ofis bos aku kena naik tangga lagi dekat area tingkat atas.
Ofis bos aku ni ada banyak patung-patung keagamaan dan kepercayaan dorang. Dan bagi yang tak biasa memang akan nampak seram sikit.

Aku bukan cakap besar, tapi luckily aku biasa dengan tempat-tempat macam ni. Dulu first time kerja pun aku selesa bekerja dekat area ofis yang tak ramai orang, sebab aku memang tak berapa suka ofismate ramai-ramai. Banyak mengumpat dari buat kerja.

Nak dijadikan cerita, disebabkan aku selalu bersendirian di ofis, jadi aku memang banyak selfie, video recording, main tiktok, main joox, main smule, main game dan sebagainya. Memang selalu sangat sebab… Yelah! Nama pun takde orang. Krik krik aku 9 jam dekat ofis macam ni. Kerja pun bukan banyak, eloklah sesuai dengan gaji yang ala-ala kadar.

Setiap pagi dalam jam 9.30 pagi ke 10.00 pagi camtu memang akan ada seorang aunty cleaner datang bersihkan ofis. So time tu je ada teman.

Satu hari tu, masa aunty cleaner ni sedang mengemas, tiba-tiba ada bunyi barang jatuh dari bahagian stor depan bilik ofis aku ni. Terperanjat aunty cleaner tu, muka dia tgk aku pun pucat lesi.

Aunty ok tak? Aku tanya camtulah. Pastu dia akan jawab, biasalah tempat-tempat macam ni memang akan ada. Mona jangan takut tau. Siap pesan lagi. Padahal aku relax-relax je. Dia yang gelabah.

Aku biasa dengar bunyi guli dekat ofis, biasa dengar pintu tutup dan buka sendiri, biasa dengar bunyi barang jatuh, biasa dengar tapak kaki kena ikut dan banyak lagi. Takut gak aku nak cerita, sebab time type citer ni pun aku kat ofis ni. Hahaha…

So, nak jadikan cerita memang benda tu adalah mengusik. Cuma aku tak sure perasaan aku ja atau betul-betul dia mengusik. Sampailah satu hari tu, aku sibuk nak berselfie sebab nak hantar gambar kat boyfriend aku. So, aku carilah background ofis yang ala-ala ofis sikit. Aku ambik keputusan untuk selfie berbackground pintu bilik ofis aku. So daripada pintu boleh nampak bahagian cermin bilik stor.

Bila aku tengah adjust-adjust camera nak dapat shoot paling flawless, tiba-tiba ……

Dekat bahagian belakang aku, area pintu, ada berdiri seorang lelaki berbaju kemeja peach tanpa kepala. Aku nampak jelas dada bidang dia, lengan dan bahu miliknya. Memang takut dia punya level macam level lawan ketua dekat Game Contra tau tak? Macam kalau kau main Game Yuri Revenge tu, kau punya tempat tu dah 90% hancur kena bom. Tapi…

Entahlah! Tak sempat proses apa-apa, handphone kat tangan terjatuh. Aku gugup dan ketakutan. Cepat-cepat ambik phone aku kat lantai dan tengok pintu tu.

Eh! Dah takde orang.
Jeng.. Jeng.. Jeng…

Korang rasa???

Lepas kejadian tu, agaknya dalam sebulan gak laa aku tak selfie kat ofis. Hahah. Tekun aku buat kerja sendiri. Nak resign aku rasa susah sangat nak cari kerja lain. So, aku decide stay dan banyakkan amal. Dulu masuk keje sini, aku malas sembahyang, sekarang aku sembahyang je kat bilik ofis aku ni. Lantaklah! Untuk aku agama aku, untuk kau agama kau.

Lepas setahun camtu, masa tengah kemas-kemas ofis bos aku, aku perasan di sebalik patung-patung tuhan dia, ada satu box yang berbalut kain. Aunty tak bagi aku bukak balutan kain tu, dia cakap setiap minggu mereka akan tukar darah kambing yang dorang simpan dalam tu. Aku pun tak sure untuk apa.

So, aku bertawakkal Lillahitaalla, aku cuma datang untuk mencari rezeki. Lebih dari tu, mohon jangan ada yang mengganggu.

Fuhhh… Scary type citer ni kat ofis..

Mona
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

18 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.