Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca setia #Fiksyenshasha. Aku masih baru lagi mengikuti #Fiksyenshasha ni, tapi aku tertarik untuk berkongsi sedikit pengalaman aku ini. Terima kasih Admin kerana sudi publish pengalaman aku ni kepada pembaca setia #Fiksyenshasha.
Aku perkenalkan diri aku sebagai Wa (nama samaran) dan ini adalah cerita pertama yang aku karang untuk dijadikan bahan bacaan korang dalam #Fiksyenshasha. Maaf jika terdapat kesalahan tatabahasa dan sebagainya sebab aku memang tak berapa minat dengan subjek BM-Penulisan- masa sekolah dulu. Harap maklum. Tapi aku akan cuba sampaikan dengan cara terbaik.
Pengalaman yang aku nak ceritakan ini berlaku ketika aku menuntut di salah sebuah Politeknik di Johor. Politeknik mana? Biarlah rahsia… hahaha. tapi kejadian ni bukan berlaku di dalam politeknik tersebut okay, ianya berlaku dekat rumah sewa yang aku dan rakan-rakan aku tinggal. Kalau nak diikutkan pengalaman aku ni tak lah seram mana cuma lebih kepada ada unsur mistik je. Jadi, aku mohon maaf andai jalan cerita aku tak dapat buat bulu roma korang meremang okay.
Rumah sewa yang aku tinggal terletak berhampiran dengan tempat pengajian kami, lebih kurang dalam 10 minit je kalau jalan kaki dari Poli ke rumah sewa. Rumah sewa ni aku dah duduk sejak dari Semester 2 lagi sampai lah ke semester 6, masih rumah yang sama sebab memasing malas nak angkut barang keluar untuk pindah ke rumah lain. Rumah sewa ni adalah rumah teres 2 tingkat mempunyai 1 bilik tidur dan bilik air di tingkat bawah dan 2 bilik tidur, serta 1 bilik air di tingkat atas. Kitorang duduk seramai 7 orang satu rumah tapi watak yang lain aku tak akan cerita sebab diorang lansung tak tahu dan takde kaitan dalam cerita aku ni, sebab kitorang bertiga pilih untuk simpan je perkara ni. Aku bersama 2 lagi rakan aku, ILA dan SHA (of course nama samaran jugak) kitorang duduk dekat master bedroom di tingkat atas.
Selama duduk dekat rumah sewa tersebut, Alhamdulillah memang kitorang tak pernah kena ganggu dan memang tak nak pun. Sampai lah kami semua satu rumah menginjak ke semester 4 lebih kurang 3 tahun yang lepas, dimana sem 4 ni kitorang semua akan menjalani praktikal atau Latihan Industri di tempat yang telah kitorang pilih dan semestinya yang dekat dengan kampung halaman sendiri. Jadi, disebabkan kitorang ni malas nak berpindah makanya rumah tersebut tak disewakan dekat student lain dan dibiarkan kosong selama lebih kurang 6 bulan sebelum kitorang masuk untuk semester 5 dan sambung duduk disitu semula.
Bila masa semester 5 dah nak bermula beberapa hari lagi, aku dengan Ila dan Sha ni dah janji nak balik lebih awal untuk mengemas rumah tersebut. Yela dkt 6 bulan kot tinggal, habis berdebu semua. Jadi, kawan-kawan aku ni, memasing parents diorang hantar sebab kalau naik bas banyak barang nak bawa, yela nak start sem baru kan. Ila ni dari Pahang dan Sha ni pulak orang KL jadi diorang berdua sampai beberapa jam awal dekat rumah tu. Aku ni pulak memang anak jati Johor, haahaaha jadi rumah aku dengan Poli ni tak jauh mana pun lebih kurang 40 minit je kalau drive, memang selalunya aku orang terakhir yang akan sampai dekat rumah tu. So, selalu akak aku lah yang akan hantar aku balik rumah sewa ni.
Bila sampai rumah sewa tu dalam pukul 6.30 petang, seperti korang sedia maklum Ila dgn Sha ni dah sampai dulu jadi aku pun terus naik ke bilik sebab excited plus rindu gila dkt diorang tapi bila masuk je bilik aku tengok diorang ni tengah duduk dekat tengah bilik dan aku boleh nampak muka diorang ni macam gelisah sangat. Aku pun terus tanya dekat diorang;
“Korang kenapa?”
Ila terus jawab “Wa, nanti kita baca Yassin ye malam ni”. (Ila ni memang bahasakan diri dia ‘saya,awak’ dengan aku)
Aku dah pelik “Aik, kenapa pulak? Ada yang tak kena ke?”
Teka aku sambil pandang Ila dan Sha dengan wajah berkerut.
Ila pun buka cerita masa dia baru sampai rumah tu, Ila ni datang dengan family dia semua dan salah seorang family dia, which is abang dia boleh nampak benda-benda halus ni. Abang dia cakap, masa Ila ni buka je pintu rumah abang dia terus nampak ada budak kecil tengah main lari-lari dekat tangga! Tapi, abang dia dah halau dah budak kecil tu keluar.
Aku dengar Ila cerita terus meremang aku rasa. Dahla bilik kitorang betul- betul depan tangga nak turun kebawah. Ila cakap lagi yang abang dia suruh kitorang baca Yassin malam tu takut budak kecil tu datang balik. Sebab masa abang dia halau budak tu, budak tu pun macam marah jugak dekat abang dia ni. Yelah dah berapa bulan rumah kitorang tu jadi tempat permainan dia kan. Tapi abang dia cakap yang budak tu tak bahaya sebab kecil lagi dan mungkin datang situ untuk main-main je. Cuma pesan abang dia, jangan lupa solat dan rajin-rajin baca Yassin dan Al-Quran untuk hindarkan dari benda-benda tak elok masuk ke dalam rumah.
Malam tu lepas solat Maghrib, kitorang terus baca Yassin dalam bilik je sebab takut nak turun bawah. Aku ambil handphone terus buka Youtube Surah Yassin dan aku letak phone aku dekat tangga depan bilik supaya boleh dengar sampai dekat tingkat bawah. Alhamdulillah, malam tu takde apa-apa yang pelik jadi. Syukur sangat sebab dia tak kacau kitorang malam tu.
Tapi bila teringat balik masa semester 2 dan 3, bila kitorang lepak tengok tv dekat bawah ramai-ramai, tiba-tiba akan dengar macam tangga tu ada orang pijak (tangga kayu), padahal semua tengah tengok tv dekat bawah dan takde orang pun dekat tingkat atas dan berhuhu jela kitorang malam tu.
Tapi biasalah memang kalau dah rumah korang tinggal kosong dalam tempoh yang lama, mesti ada benda lain yang menghuni. Jadi, jangan lupa baca apa yang patut sebelum masuk dalam rumah tu okay. Maaf kalau cerita aku kurang menarik tapi ini pengalaman misteri aku yang terjadi dekat rumah sewa yang aku tinggal masa zaman aku belajar dulu.
Sekarang ni, Alhamdulillah aku, Ila dan Sha semua dah pun konvo tahun lepas dengan jayanya.. cewahhh.. hahaha.. memasing dah pun bekerja tapi kitorang masih berhubung sampai sekarang. Cuma sekarang, penyakit lenguh dan kebas di bahu sebelah kiri aku makin menjadi jadi. Mungkin disebabkan keadaan kerja aku yang perlu menghadap komputer dalam tempoh yang lama atau ada sesuatu yang berpaut di bahu aku???? Jeng.jeng.jeng…
In Sha Allah, kalau ada cerita menarik akan aku kongsikan dengan korang semua pembaca setia #Fiksyenshasha. Assalamualaikum.
#Wa
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Haha. Kt johor tu mne ad bnyk poli. Tu je la yg kt kongkong. Klau nk kate kt mersing tu jauh. Klau penulis mksodkan poli swasta maybe ye la. Anyway, slm knalan dri bdak poli gak
Salam, crita awk saya klasifikasikan sebagai crita yang lansung tak seramm..
Abang kawan awk tu nak suruh korg semua utk dekatkan diri dengan tuhan..
Antara kisah yang x brapa menarik untuk di suggest kan..
Hope lepas ni, plotkan crita awk agar lebih seram n menghiburkan, kalau x, x payah ler post..
Wasting..
Laaa, cerita panjang berjela. Kisah pasal hantu tu tang budak-budak berlari dan tangga kena pijak je lol..
ahahah,rupanya ada lagi cerita macam ni kat FS……kalau awal dulu2 kebanyakkan cerita kat FS aku baca..sekarang kena pilih, yg tajuk bukan macam drama bersambung selalunya dibaca..tu pun last2 jadi cam cerita ni, camgampang
baik kau lukis je senang.haha
pasir gudang ke…hahq….
Panjang betol ceritanya,
Tp seramnya seciput je…
laaa ni je ke? penat fiksyen shasha publish
ni je ke???
mukadimah punye panjang..adoi…
takpelah aku bagi muka
haha , budak poli gak . salam perkenalan sy budak poli gak , tak nafi dkt jb ad dua politeknik je , yg lain mersing pagoh yg jauh disana , kes sy mcm awk jgak cuma rumah sewa yg sy dduk ni mmg sbelh poli pon tk smpai sjengkal rsa ya dan sy pon pnh mglami situation cm awk tp lg teruk lah, anyway boleh tahan ur story
Seramnye tang budak tu je ke
Err…..