Assalamualaikum FS. Kecoh juga baru-baru ini dengan kisah seorang ustaz yang menceraikan bininya melalui aplikasi whatsapp.
Kisah ini mengingatkan aku pada kejadian yang turut sama berlaku pada aku pada 2 tahun yang lepas. Bezanya cuma terdapat penglibatan ilmu hitam dalam kes aku ini.
Begini ceritanya..
Cerita bermula semasa zaman universiti dahulu. Aku telah lama menaruh hati pada Zain. Perwatakannya menarik hati aku. Selalu terlibat dengan program-program keagaaman, kerja sosial dan aktif dengan sukan.
Aku dan Zain berada di bawah persatuan yang sama. Dan ditakdirkan kami ditugaskan untuk menguruskan satu program bersama. Dimana dia sebagai Pengarah dan aku pula sebagai timbalan Pengarah.
Waktu ini Zain sudahpun mempunyai seorang kekasih. Aisyah. Seorang wanita yang lemah lembut. Menurut cerita yang aku dengar, Zain dan Aisyah sudahpun merancang untuk mengikat tali pertunangan selepas sahaja habis pengajian di Universiti. Yelah, berbaki 2 semetester lagi sebelum semuanya berakhir.
Entah apa yang terjadi, Zain dan Aisyah putus di tengah jalan. Aku sendiri tidak pasti akan sebab utamanya. Ada yang mengatakan, ibu bapa Aisyah yang tidak setuju. Ini kerana kedua-duanya masih mencari hala tuju untuk menuju ke alam perkerjaan.
Pada waktu Zain putus, dia menjadi sangat down dan murung sepanjang masa.
Kadang-kadang dia meluah keluh kesah, kesedihannya pada aku.
Oleh kerana kerap berhubung, Zain akhirnya melafazkan rasa sayang pada aku. Siapa yang tak nak pemuda ‘se-perfect’ Zain. Aku pun menerimanya sebagai kekasih.
Kira-kira 1 semester lebih kami bercinta. Zain mula pulih dari tekanan perasaanya. Selepas sahaja Universiti, kami ditakdirkan mendapat kerja. Aku mendapat kerja di Johor Bahru, Zain pula berkerja di bandaraya Kuala Lumpur.
Dipendekkan cerita, apabila kedua-dua pihak keluarga tahu hubungan kami, majlis pertunangan dan pernikahan pun berjalan seperti biasa.
Pada mulanya hubungan kami bahagia seperti pasangan-pasangan yang baru berkahwin. Tidak tahan berjauhan Johor-KL. Zain meminta aku untuk berhenti kerja, dan biarlah dia seorang sahaja menyara keluarga.
Bukan main gembira aku waktu itu. Aku rasakan Zain sangat sayang padaku sehingga menyuruh aku berehat sahaja di rumah, dan dia tidak dapat berjauhan denganku.
3 bulan selepas perkahwinan, aku disahkan hamil. Apa yang lebih menggembirakan aku adalah aku mendapat anak kembar. Syukur Alhamdulillah.
Pada usia kandunganku 5 bulan, aku mulai rasa perubahan pada suamiku. Aku cuba bersangka baik. Mungkin kerana banyak kerja di pejabat agaknya.
Rutin aku semasa hamil ini adalah, suami keluar kerja pada pukul 7, kemudian aku berseorangan di rumah sehinggalah pukul 6:30 petang. Ketika itu barulah suami balik.
Sejak perutku makin sarat ni, suami pula makin kerap balik lewat. Kadang pukul 9, kadang pukul 10.
Balik sahaja dari kerja, dia akan melayan telefonnya sahaja. Sehinggalah tidur pada pukul 12 tengah malam.
Aku cuba bersabar dan bersangka baik.
Pernah suatu hari,waktu suami pergi ke tempat kerja,aku mencuci baju-baju suamiku. Di dalam kocek seluar aku jumpa resit Kenny’s Roger. Bila ku lihat, hidangan untuk 2 orang dan pada pukul 8:30 malam. Aku istigfar panjang. Cuba menjauhi prasangka buruk.
Hujung minggu..Usia kandunganku sudah masuk 6 bulan.
Suamiku tidak ada di rumah. Awal pagi lagi dia telah keluar rumah. Ada urusan katanya.
Aku mulai rasa curiga, aku cuba menyelongkar beg kerja suamiku. Kot-kot terjumpa apa-apa benda.
Dan akhirnya, aku terjumpa seakan minyak wangi di dalam botol kaca yang berututpkan kayu. Minyak itu berwarna kuning cair. Di dasarnya ada sekana butiran-butiran tanah/pasir.
“Takkanlah ini sihir?Santau?Atau apa??” Aku bermonolog dalam hati.
Aku menunggu suami balik.
Kira-kira pukul 9 malam suamiku balik rumah.
“Abang, ini benda apa ni??”
Suamiku menjengil melihat benda yang aku pegang.
“Awak ni, boleh tak jangan suka hati selongkar barang abang.!!” Dia menengking padaku.
“Bagitahulah bang, ini apa benda ni??”
“Bukan urusan awak. Mari bagi abang tu.” Dia merampas minyak wangi tadi dariku. Kemudian keluar rumah dan menghempas pintu dengan kuat.
Malam itu, dia tidak balik ke rumah. Puas aku whatsapp, call semuanya tidak berbalas. Aku menangis semahu-mahunya dengan apa yang jadi padaku.
Suamiku mula dingin padaku disaat aku sarat mengandung. Tidak tahan dengan semua ini, aku bertanya kepada bapa.
Bapa merupakan seorang perawat islam. Dia banyak merawat kes-kes sihir, santau dan sebagainya.
Aku menelefon bapa disaat suamiku pergi kerja.
“Pak, Adik nak tanya bapa ni.”
“Apa dia??Semua okey ke kat sana?”
“Begini pak, adik ada jumpa macam minyak wangi dalan beg abg zain, minyak wangi tu nampak pelik. Dengan bertutup kayu..” Terangku pada bapa..
“Dalam minyak tu ada apa-apa tak? Daun ke, batang kayu, atau tanah??”
“haaa..ada pak. Ada tanah dalam minyak tu..”
“Astagfirullah al azim, kalau mengikut pengalaman bapa, tu minyak pengasih.”
“haa, yeke pak?Allahh..”
“Suami kamu nak buat apa pula dengan benda tu..?”
“Entahlah pak, boleh jadi orang yang letak minyak tu pada abang zain.” Aku cuba menyebelahi suamiku di depan bapa.
Perbualan kami terhenti setakat itu sahaja. Cuma ayah cadangkan, bawa Zain balik ke kampungku hujung bulan ni. Untuk berubat dan selesaikan semuanya.
Kemuncak peristiwa ini terjadi apabila, suamiku sedang mandi dan aku berjaya melihat mesej-mesej suamiku pada aplikasi whatsapp pada telefonnya. Luluh hatiku melihatnya.
Terpampang nama “Aisyah” pada mesej whatsapp tu. Ya! Aisyah, Bekas kekasih suamiku di zaman universiti dulu.
Isi kandungan mesej pula, amat memalukan dan menyakitkan hati jika aku ceritakan di sini.Ianya aib. Biarlah ianya menjadi rahsia.
Keluar sahaja suami dari bilik mandi, aku bertanya soal benda itu. Marah bukan kepalang suamiku. Dia tidak menjawab persoalannku. Sebaliknya, dia memakai baju dan terus keluar dari rumah.
Malam itu aku ditemani air mata.Tiba-tiba.. mesej whatsapp masuk.
“Awak, abang dah tak tahan”
“Nurul Jannah Binti Arifin aku ceraikan kamu..”
Tiba-tiba aku lihat duniaku gelap!..
Aku dikejtukan dengan azan subuh. Dan berharap semua tadi adalah mimpi. Aku memeriksa handphoneku. Betul. Memang itu mesej yang suamiku hantar.
Dipendekkan cerita, akhirnya urusan perceraian selesai secara aman melalui mahkamah.
Aku pula selamat melahirkan anak kembarku selepas semuanya selesai. Aku bersyukur kerana Allah tarik seorang insan dari diriku dan digantikan dengan 2 orang putera kembar penyeri hari-hariku yang mendatang.
Aku mendapat tahu Zain selamat berkahwin dengan bekas kekasihnya di Universiti dulu Aisyah.
Bapa pula memberitahu, memang terdapat campur tangan ilmu hitam dalam perhubungan rumah tangga kami. Cuma bapa tidak pasti adakah Zain yang menggunakan ilmu pengasih, ataupun Aisyah. Bapa menasihati, untuk bersangka baik kepada kedua-dua mereka bagi mengelakkan terjatuh fitnah.
Doakan aku untuk istiqamah dan kuat membesarkan 2 puteraku ini. Sekian terima kasih. Cuma aku rasa sedikit menyesal meninggalkan pekerjaanku di Johor Bahru dulu. Kalau kerja masih ada, senanglah sedikit menyara anak-anak.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Nurul Jannah Binti Arifin, bertabahlah.
semoga dapat mendidik anak menjadi anak yang soleh.
Semoga tabah mnjalani kehidupan seharian. 🌞
Moga ditabahkan hati si penulis. In sha Allah ada hikmahnye
dalam surah Al Baqarah ayat 102 pun Allah rakam dah ttg bahana sihir hingga boleh tarik nyawa dan hancurkan perhubungan dengan izin Allah..tp ramai yg x ambil peduli dan x percaya.bila dah terkena br tersedar. memang bukan semua punca sihir,tp kalau dah tiba2 rasa,nampak or jumpa unsur2 mcm tu..carilah usaha berubat.bukan tnggu dah teruk br nak iktihar..yg lg baik is prevention than cute..tegapkan amalan dan amal ibadat kepada Allah.jgn malas nak minta pelindungan dr Allah swt sebab tiada siapa boleh tilik atau jangka apa akan berlaku…
semoga penulis tabahkan hati.ingat, Allah xkan beri dugaan yg melebihi kemampuan hambaNya..
semoga awak terus tabah Jannah. Demi anak2..
Semoga sis tabah menghadpi segala dugaan dn brjaya mmbsarkn anak2 jd anak soleh, beriman, brjaya dunia akhirat. Aamiin3 yra. Smoga bekas suami sis dn jg aisyah sempat bertaubat sbelum Allah tarik nyawa.
Maaflah cakap sikit. Penulis lambat bertindak. Allah dah bagi nampak bukti jelas, tak sepatutnya dia provok suami dia dengan menunjukkan botol tersebut. Dia boleh je curi botol tu dan tunjukkan pada ayahnya. Sebab katanya, ayah dia pengamal perubatan Islam.
Takpalah benda dah berlalu. Biar jadi pengajaran buat semua.
stay strong sis
semoga tabah membesarkan anak2 jannah,kuat ye💪
selamat berbahagia bersama anak2.
X pe la..bukan juduh yg terbaik utk u..myb Allah nk bg yg lebih baik…teruskn hidup dengan lebih ceria…perkahwinan dgn bantuan sihir x akn mndapt redha Allah n x akan bahagia sb syaitan ada part sama dlm perkahwinan tersebut…biarlahh awk bercerai skang drp awak taw kemudiannnn…x rugi pon hidup awk klu x de lelaki mcm tuuu…move on…semuga Allah bersama awk….
Sebenarnya byk kes mcm PU Abu tu.. Cerai kan isteri utk kawin janda.. Kes saya dulu pun lbh kurang sama cuma saya tak mengandung masa diceraikan..mmg perit nak besar kan ank2 di waktu usia muda 20an..sokong an ibu dan sentiasa doa pada Allah buat kita kuat.. Carilah kerja Fira.. Awak boleh berjaya tambahan pula awak ada kelulusan U.. Ex suami awak pasti menyesal nanti.. Utk info saya jadi single mum hampir 20 tahun lamanya.. Kini alhamdulillah ank2 saya dah graduate dan bekerja.. Saya pun dah kawin bujang.. Janda2 saya pun x tergamak nak kawin laki org.. Buat apa sedihkan hati wanita lain…moga awak kuat dan tabah Fira.. Besar kan ank2 dulu dan jika ada jodoh pasti awak berkawin semula..
sapa fira? -_-
mereka berdua pernah ada kenangan suatu ketika dulu kan?
terpisah sementara kerana halangan yg memaksa.
dia terima org baru dlm hidupnya mungkin sekadar tmpt persinggahan hati yg lara.
apapun semoga tabah mengharungi ujian yg Allah tetapkan dlm hidup.
pastikan juga bekas suami tak lepaskan tanggungjawab memberi nafkah pd anak2nya.
stay strong sis. Itulah kalau boleh nak cari pasangan yang tak hot and perfect je lah. penat aih nak hadap benda gini.
Sis . Awak kuat . Dulu awak permaisuri untuk bekas suami . Sekarang awak bidadari untuk putera kembar awak. Allah naikkan darjat awk dr pada yg mulia kepada yang teramat mulia . Sebagai ibu , doa itu tanpa hijab . May Allah ease everything .
sis u sangat kuat dear , harap u tabahh
Mg dirimu tabah dan mg Allah pertemuan jodoh yg jauh lbh baik buatmu dan jd ayh terbaik pd ank2mu… Mg Allah berikan kekuatan utkmu membesarkan cahayamatamu dgn baik…
Suami2 bila dah berubah mmg suka balik lmbt dan bila ujung minggu pun x lekat dirumah.. Kesilapan fira sebab 2 x provok suami dgn tunjukkan botol minyak pengasih dan tanya pasal whassup tu.. Sepatutnya dlm diam dia boleh ambik botol minyak tu dan minta bapanya merawat.. Takpelah benda dah lps.. Carilah keje dan besarkan ank2.. Ada degree kan?