Rumah usang simpang jalan

“Cantik kan rumah ni….” Kata lia tersenyum, yang lain hanya terangguk melihat rumah usang simpang jalan. Mereka berlima baru berpindah.
Usai mengemas, mereka berehat di ruang tamu. Malam pertama tiada kejadian aneh berlaku. Lia dan ket sebilik manakala mia, atin dan mel pula sebilik di sebabkan rumah itu mempunyai 2 bilik sahaja.

Ket,lia dan atin sudah mula berkerja, mia dan mel masih menunggu panggilan.
Mel dan mia sahaja yang berada di rumah pada malam tu, jam baru menunjukkan pukul8.30 malam, tiba tiba mereka berdua mendengar ketukan dari arah pintu belakang.

“Mel cuba bukak, tengok siapa yang ketuk pintu tu.” Kata mia berhenti dari membaca novel. Mel sekadar mengangguk berdiri dan membuka pintu belakang. “Baik laa, terima kasih nek” mia segera menutup pintu, mel tanya siapa gerangan yang mengetuk pintu tadi. “Nenek bagi kita makanan ni, jiran sebelah” Mia menjawab selamba kembang kempis hidungnya menghidu makanan yang di berikan oleh nenek sebentar tadi.

Mereka berdua tanpa rasa syakwa sangka, terus mencekik makanan dek kerana perut kelaparan dari petang belum makan.
Lia,ket dan atin sudah pun balik ke rumah,
Kelihatan mia dan mel tersenyum riang sambil baring di atas lantai.
Lia,ket dan atin tidak menghiraukan di sebabkan kelelahan berkerja.
Tengah malam tepat pukul2 , mel bangun nak terkucil , sewaktu mel keluar dari bilik, mel terhidu sesuatu yang sangat busuk, tapi mel tidak menghiraukan di sebabkan tangki air dah nak melimpah , mel selesaikan dulu hajat nak terkucil.

Terdetik di hati mel, bau apa yang busuk semerbak? Usai melepaskan hajat Mel pergi ke arah dapur, baunya makin kuat , mel on suis lampu, tercari cari matanya ke arah bau tersebut. “Eh macam mana ada ulat kat sini, ni sisa sampah baru!!” Bisik hati mel, mel cepat cepat mengikat pelastik sampah dan membuangnya di belakang rumah. Mel masuk ke bilik dan sambung tidur semula. Pada malam tu juga mel bermimpi, seorang nenek tua dengan muka bernanah menghampirinya “KAU KOTORKAN RUMAH AKU!!!” Jerit nenek tua itu, lalu mel terbangun, peluh mula membasahi dahi.

Terngiang ngiang suara nenek tua itu di telinga mel. Mel tidak dapat tidur sampai azan subuh berkumandang .
Atin bangun untuk menunaikan solat subuh, “eh mel, kau dah bangun. Jom laa solat sekali” ajak atin pada mel. Tapi mel hanya kaku dan diam di atas toto. Atin hanya menggelangkan kepala dan berlalu untuk mengambil wuduk .
Selesai solat subuh, sekali lagi atin menegur mel, tapi mel masih dengan posisi yang sama duduk diam dan kaku di atas toto.

Pagi itu lia,ket dan atin mula keluar rumah pergi kerja . Mia masih lagi di ulit mimpi , mel berdiri dan menuju ke dapur . Perlahan lahan mel menguak pintu dapur dan mengutip ulat sampah di genggam menggunakan kedua belah tangan , mel seakan kerasukan, ‘sesuatu’ yang mengontrol badan mel.

“Mia~ mari bangun kita sarapan bersama” kata mel lembut. Mia menggosokkan mata, segera mia bangun menuju ke bilik air.
Mel duduk dan mula makan tanpa menunggu mia keluar dari bilik air.
“Mel mana kau dapat makanan pagi pagi ni? Kau beli ke?” Tanya mia dan mula menyuapkan makanan ke dalam mulut.
Tiba tiba mel ketawa seakan lucu dengan pertanyaan mia sebentar tadi, mel menghempaskan pinggan ke lantai lalu berdiri membongkok dan menuju ke tengah tengah ruang tamu “bodoh!!! Hahahahahahahahaahah… Kau cuba lihat apa yang kau makan!!” Kata mel dengan suara serak dan menyeramkan. Mia terkejut dan mengundurkan badan kebelakang, ulat bergerak gerak seperti kepanasan, ada yang melekat di tangan mia.

Segera mia muntahkan isi perutnya. Mia berlari masuk ke bilik dan menangis semahunya, takut mula menyelubungi mia.
Dengan pantas mia menelefon lia “lia… Lia… Tolonggggg.. Tolonggg aku!!” Dalam masa yang sama , pintu di ketuk dengan kuat , mia duduk di sudut dinding.
Tidak lama kemudian , lia dan ket datang.
“Mia… Bukak pintu, lia ni!!” Jerit lia di sebalik pintu bilik . Mia membuka pintu dan memeluk lia. Mia pun menceritakan hal yang berlaku sebentar tadi. Lia ket dan mia mencari mel. Tapi tak jumpa .

Tiba tiba mereka bertiga terdengar sayup sayup suara seperti sedang ketawa dan mendengus marah, serta merta mereka bertiga mendongak ke atas siling, “yaAllah mel!!!” Jerit ket dan berlari keluar , lia menarik tangan mia yang terpaku setelah melihat keadaan mel melekat seperti spider di atas siling.
Mereka berlari ke arah surau berdekatan dengan rumah tersebut, 30 minit kemudian mereka datang semula ke rumah itu dengan imam surau serta 4 orang pemuda.

“Assalamualaikum.. Bismillah” imam yang menggelar dirinya tok ayah terkumat kamit membaca ayat suci di depan pintu . Mel yang kelihatan membongkok sedang ketawa sambil menggigit jari di tengah tengah ruang tamu, segera tok ayah mengarahkan 4 orang pemuda itu menahan mel “hahhahahahahah kau ingat aku takut kau?!!! Orang tua!! Ini bukan tempat kau!!! Aku yang berurusan dengan perempuan ini!!! BALIKKK!!!” Jerit mel memandang tok ayah dengan riak yang amat marah. Tok ayah merenjiskan air di dalam botol mineral yang sudah di ruqyah ke arah mel.

“Aaahhhhh panasss!!!!!” Jerit mel sambil cuba untuk meloloskan diri. Ket,lia dan mia menghampiri mel. “Kau jangan ganggu budak budak ni.Diorang tak tahu apa apa.” Tok ayah mengeluarkan suara lembut pada mel, mel mendengus marah . Lia menanyakan tentang hal mel, tok ayah hanya menyuruh lia berzikir dan ingat Allah swt..
“Mel… Ingat Allah mel.. Lawan dia… Jangan dengar cakap dia ni mel!!” Kata ket , sekali lagi mel ketawa geli hati . Tok ayah renjis air lagi ke muka mel, dan menyuruh ‘dia’ keluar dari badan mel.

“Aku taknak!!!! Dudak ni buat sampah di rumah aku!!! Aku tak suka!! Kau BALIKKK!! Ni bukan urusan kau orang tua!!!” Jerit mel dengan kuat, tok ayah pun tak berlembut lagi , geram dengan ‘dia’ yang berdegil “kau taknak keluar? Binasa lah kau wahai syaitan laknattullah.. Kau yang dah tua! Kau yang patut balik sebab di sini bukan lagi tempat kau!! Tempat kau di alam lain.. Sekali lagi aku tanya! Kau nak keluar ke taknak?!!” Marah tok ayah sambil menekan pusat mel.

“Aduhhhhh!!!! Sakittttt…. Lepaskan aku!!! Aduhhhh… Aku nak keluar..” Jerit mel sambil menggelengkan kepala. Tok ayah pun mula sesi mengeluarkan nenek tua dari tubuh mel, “baiklah, sekiranya kau menipu tak keluar dari tubuh budak ini , binasa lah kau.. Aku akan kurung kau dalam botol!!” Kata tok ayah sambil menarik sesuatu dari mulut mel dan menghempas telapak tangan ke lantai di sahuti dengan nama Allah maha besar.
“Gggrrrrrrr aku keluar!!! Gggrrrr aaaahhh!!” Jerit mel serentak dengan itu mel terus duduk dan muntah , keluarlah segala isi perut yang mel makan semalam .

Mia turut berasa loya dan muntah semahunya, di sebabkan mia juga makan makanan semalam. Tok ayah menyuruh mia dan mel minum air yang telah di bacakan dari ayat suci alQuran untuk memulihkan semangat mereka. Lia dan ket berasa lega .
Mereka berempat mengucapkan terima kasih pada tok ayah.
Sementara itu dua orang pemuda sedang sebok memagar rumah mereka.
Mia pun ceritakan hal semalam pada tok ayah , tok ayah sekadar mengangguk faham . Tak lama lepastu ket menyampuk perbualan mereka “haa? Nenek bagi kau makanan? Belakang rumah?” Kata ket dengan riak muka yang hairan.

“Takda apa. InsyaAllah rumah pun sedang di pagar, sembahyang dan basahkan rumah ni dengan alunan dari ayat suci alQuran. Belakang rumah ni mana ada deretan rumah lain.. Belakang tu pokok sawit tiada siapa yang tinggal, takkan ada orang yang nak datang dari arah belakang rumah, kecuali memang betul ada rumah di kawasan tu.
Lagi satu tok ayah nak tanya, kamu betul ke nak tinggal dekat rumah ni? Dengan siapa kamu menyewa? Setahu tok ayah lah rumah ni da lama sangat terbiar , da tak utuh, dengan atap berlubang..” Kata kata tok ayah cukup membuat mereka berempat terkejut kongkang!!
Lia,ket,mia dan mel perhatikan keliling rumah tersebut, berlubang sana sini, papan reput dek mamahan anai anai.

“Tok.. Tok ayah, kami tengok rumah ni dengan mata kepala kami sendiri. Cantikkk kemass dan rasa lapang!!! Mustahil dah jadi macam ni!!” Jawab mel , tok ayah segera menyuruh mereka berpindah secepat yang mungkin, mel menghubungi atin minta segera pulang kerumah.

Setelah siap mengemaskan balik barang barang, mereka berliama pun keluar dan mencari rumah sewa lain. Sempat atin melihat rumah itu kali terakhir , usang dah macam reban ayam . Rupa rupanya mereka tidak berjiran , satu satunya rumah itu di simpang jalan!!
Rumah papan dengan harga sewa yang cukup rendah rm200.
Atin bertanya kepada lia, macam mana dia berjumpa dengan tuan rumah tersebut. Lia cakap dari rakan sekerjanya. Apabila lia cuba menghubungi tuan rumah, nombor tidak wujud . Puas lia soal selidik kawan sekerjanya tapi kawanya tidak pernah bagi nombor telefon tuan rumah atau memberi cadangan agar mereka berlima menyewa rumah usang tersebut.

Itu lah pengalaman yang paling tidak boleh di lupakan sampai sekarang. Mereka lebih berhati hati dalam memilih rumah sewa. Tidak mahu sekiranya berlaku lagi kejadian yang tidak pernah terlintas dalam kepala mereka.

Assalamualaikum para pembaca FS. Thanks admin sekiranya cerita ini di publishkan, thanks to para pembaca yang sudi membaca cerita ini.
Maaf sekiranya cerita sebelum ni agak bosan dan meleret. #sayabacakomenanda
Dengan hati yang terbuka kayong terima segala para komentar yang suka mahupun tidak pada cerita sebelum ini.
Tapi tak mematahkan semangat kayong jadi terus menulis/kongsi cerita seram di FS.
Pada yang tak suka anda boleh laa skip cerita lain(di alu alukan) tiada paksaan untuk anda membaca.

Cerita ini berdasarkan cerita yang di alami oleh sepupu kayong sendiri, Tempat di rahsiakan. Tiada tokok tambah untuk menyedapkan resepi cerita untuk di hidangkan pada para pembaca setia FS.
Maaf jika jalan cerita berterabur . Kayong akan cuba perbetulkan..
•bukan mudah untuk mengarang cerita biar terlihat sempurna, dan sedap di baca. Tapi bukan kesempurnaan yang di cari, hanya untuk peringatan sendiri dan para bembaca disini. Buka mata, buka hati dan tutup mulut. Jangan tahu nak mengata nanti terkena!!
•terima kasih daun keladi, ade jodoh ade rezeki, jumpa lagi di next entry.

#peacenowar

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

17 thoughts on “Rumah usang simpang jalan”

  1. Cerita gini baca ulang kali pun tak muak. Straight to the point. Walau pendek tapi puas hati baca. Keep it up.. tulis lagi kalau ada cerita ye..

    Reply

Leave a Comment