Sahabat Dalam Mimpi

Salam. Hai, Biar saya perkenalkan diri saya sebagai sha, nama gelaran sahaja. Pertama sekali, terima kasih admin FS sebab siarkan cerita sha. Ini cerita pertama sha. Sha memang peminat semua cerita dalam page FS. Sha juga penulis blog tapi blog kisah² hidup sha. Sha tak ramai kawan. Jadi blog tu jadi tempat sha luahkan apa yg sha pendam. Hari ni selepas baca cerita dari kucing kelabu, sha terdetik nak menulis. Ok, sejujurnya sha dah lama cari jawapan, tapi mungkin Allah belum berikan sha jawapan. Manalah tahu lepas ni, akan ada orang yang arif berikan jawapan atau pendapat. Ada juga sha terniat nak pm kucing kelabu tapi sha malu. Jadi sha ambil keputusan hantar kepada FS.

Sha seorang perempuan berumur 24 tahun, dah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berumur 1 tahun. Alhamdulillah. Okay, sha mulakan ceritanya ya. Sha tinggal dikawasan bukan bandar. Maksudnya rumah kampung, biasalah belakang rumah ada kawasan yang ada pokok² buah-buahan macam durian, rambutan, pokok cili dan macam² pokok la. Kawasan tu ada kawasan yang semak sikit. Dan arwah atok selalu bersihkan kawasan itu, dibuatkan buaian untuk kami (abang dan sha) bermain. Tapi abang tak berapa suka bermain di kawasan belakang rumah, lagipon beza umur kami 3 tahun dan masa tu sha umur 5 tahun, jadi abang ada kawan² sendiri. Yelah dah sekolah kan. Jadi sha mainlah kat belakang rumah tu sorang². Kalau bosan, sha sapulah daun2 kering kat situ (tak bersih mana pon). Masih budak2 kan.

Ok, tak ada yang pelik kan? Tapi sha tak ingat sejak bila, sha selalu mimpi ada budak perempuan, pakai baju ala2 gaun putih, pakai bunga atas kepala (comel sangat), selalu dia kejutkan sha (kejutkan dalam mimpi), dia tarik tangan sha, pergi belakang rumah sha tapi ada satu laluan, dan kami ke satu tempat yang lain (macam sebuah perkampungan). Kenapa sha cakap perkampungan sebab ada rumah-rumah dan kami bermain di atas sebuah pangkin. Dari jauh ada seorang lelaki tua berjubah hijau (mungkin atok @ ayah budak perempuan tadi). Janggut dia putih dan panjang. Muka dia bersih dan tenang sangat. Sentiasa tersenyum. Dia duduk di sebuah pangkin @ pondok lain sambil memerhati kami bermain.

Kami bermain tanpa mengeluarkan suara (tak bercakap) tapi yang peliknya sha paham apa yg budak perempuan tu isyaratkan. Dan sha sangat seronok bermain dengan dia. Yela masa tu sha tak ada sangat kawan bermain. Nak jumpa sepupu jauh, raya baru dapat jumpa. Dan selepas bermain, dia akan hantar sha ke bilik sha, dan sha akan sambung tidur (masih dalam mimpi). Masa zaman budak-budak, mimpi tu berlanjutan hampir setiap hari. Dan setiap kali mimpi tu, lelaki berjubah hijau tu akan temankan kami bermain. Sampaikan sha sengaja nak tidur awal supaya dapat bermain dengan budak perempuan tu. Pelik kan? Tak pelik sebenarnya sebab sha masih budak, memang tak fikir apa2. Nak seronok sahaja.

Bila sha masuk sekolah (6 tahun), sha jumpa kawan-kawan sebaya sha tapi sha tak seronok nak berkawan. Entah kenapa. Sha tak suka pergi sekolah. Kalau siang sha tetap sama, main belakang rumah, bawa jajan (arwah atok suka belikan jajan banyak2), makan belakang rumah. Dan bila malam sha masih selalu mimpi bermain dengan budak perempuan tu sampailah masuk sekolah menengah. Lama kan? Tapi tak ada langsung rasa pelik masa tu. Yelah, masih budak. Masuk menengah, sha ada jugak mimpi budak tu, tapi dia pon macam dah besar sikit tau masa ni, dia pakai baju kurung putih, tapi dalam mimpi tu kami tak ada pun bermain macam dulu. Dia bawa sha pergi jalan kat tempat yang cantik macam air terjun, tapi sama juga kami tak pernah bercakap, tapi isyarat dia sha paham. Semua yg dia sampaikan, sha paham. Jangan tanya macam mana isyarat tu dan macam mana sha faham. Susah sangat nak jelaskan. Dan masa ni, sha da tak sekerap dulu mimpi dia. Tapi lelaki berjubah hijau tu tetap ada.

Oh ya, sekolah menengah pon sama, sha tak suka berkawan sangat, sha pendiam, lebih banyak menyendiri dan sha rasa macam sha tak pandai nak berkawan dengan semua orang padahal sha nak sangat berkawan. Sha rasa diri sha lain dari orang lain. Stress tau tak ada kawan, rasa macam nak berhenti sekolah, rasa macam kena pulau. Sha malu nak bercakap dengan sesiapa. Sha sangat tak yakin dengan diri sha, sha rasa rendah diri. Dapat tak imagine apa sha rasa? Jadi bila mimpi jumpa budak perempuan tu, rasa terhibur sikit, hilang juga tekanan walau cuma mimpi. Dah akhirnya berakhirlah sekolah menengah, keputusan sha pon baik dan melayakkan sha ke salah satu pusat pengajian. Sha terima tawaran belajar tu sebab ibu ayah sha nak sha sambung belajar macam abang sha. Abang sha pandai tau. Keputusan dia lagi baik dari sha. Dan sekarang dia dah bekerja di syarikat terkemuka di malaysia. Sha ni jenis yang tak membantah, jadi sha sambunglah belajar di penang.

Ingatkan dah besar retilah berkawan, rupanya sama je. Pendiam, malu, rendah diri. Tapi ada lah sorang dua yang berkawan dengan sha. Maksud berkawan tu, macam boleh pergi makan, pergi solat, buat assigment sama-sama. Yang lain tu bukan tak kawan, biasa sahaja. Berbalas senyum. Tapi bercakap bila perlu sahaja. Berbual jarang sekali. Dekat sini, makin jarang mimpi budak perempuan tu. Tapi da pon makin lupa. Sebab dah besar kan? Lagipon da fokus belajar.

Ok, kalau sebut sambung belajar, mesti semua tahu kan, benda paling utama. Asrama. Sha punya asrama ni baru siap tau. Bilik sha hujung sekali, depan bilik sha, tangga ke tingkat atas. Tapi tingkat atas masih kosong sebab pelajar tak ramai. Tandas pulak hujung sebelah sana. Kira jauh la kalau sha nak pergi tandas. Tak ada yang pelik jadi, sampailah satu malam tu, budak bilik dekat dengan tandas mrnjerit. Masa dia jerit tu, sha baru je lalu bilik dia sebab baru balik ambik wuduk nak solat isyak. Dah pukul 10 lebih dah masa tu. Sha ni bukanlah yang solat awal waktu. Jangan kecam ya. Punyalah terkejut sha masa tu tapi disebabkan perangai lurus bendul, dan positive thinking sha ni. Sha pergi masuk bilik budak menjerit tu. Macam mana sha tahu bilik dia sebab masa tu cuma satu bilik yang pintunya terbuka. Kalau pintu tertutup bunyi jerit tu tentu perlahan sikit dari yang sha dengar.

Dan bila masuk, sha nampak budak menjerit tu, sha namakan mira (bukan nama sebenar tau). Mira mencangkung atas meja belajar. Meja belajar dia sebelah tingkap. Roomate dia, dah menangis sebab takut dan terkejut. Sha? Sha macam terkaku sekejap. Macam masih nak hadam apa yang sha tengok. Mira dah cakap meja belajar tu sampai keluar habuk kayu meja tu. Meja belajar tu memang jenis yang dalamnya habuk kayu. Sekelip mata je, dah ramai dekat depan pintu bilik tu, tapi tak ada yang berani masuk. Sementara tunggu budak panggil ustad, mira gigit jari dia sampai darah dan hisap darah tu. Perasaan sha masa tu macam kosong. Tak takut, tak marah, tak pelik. Sha pergi dekat mira. Sha tanya dia kenapa. Mira senyap masih gigit jari dia. Sha tarik tangan dia. Dia rentap balik dan tolak sha. Sha jatuh kat hujung katil roomate dia. Masa tu uztad da datang. Nasib baik sempat sarung tuala tutup kepala.

Uztad suruh kitorang baca yasin. Tapi masa tu, sha rasa nak marah. Sha rasa panas sangat. Sha datang kat mira, sha tarik dia turun dari meja sampai dia jatuh. Uztad suruh pegang sha. Sha tak dapat kawal diri sha. Sha nk mengamuk jugak. Sha maki hamun semua orang. Pelik kan? Sebab sha kn dah cakap sha ni susah nk bercakap dengan orang. Sha malu dan rendah diri. Tapi masa malam tu sha siap cakap, “kau semua manusia bodoh tak layak sentuh aku!”. Sha sedar sha cakap tapi sha tak dapat kawal diri.

Akhirnya diheret ke surau. Dan lagilah panas sha rasa. Ustazah suruh solat. Sha tak nak. Sha kan dah ambil wuduk tadi kan? Memang niatnya nak solatlah. Tapi kenapa tak nak. Sampai meronta-ronta sha nak keluar dari surau. Lepas tu, uztad datang, sha rasa benci sangat tengok uztad. Uztad baca sesuatu dan tepuk belakang sha. Sha rasa sakit sangat tekak dan loya. Sha muntah. Muntah lendir hijau dan lepas tu sha dah tak sedar.

Sedar2 sha da dekat bilik. Hari pon dah pagi. Roomate sha cakap sha pengsan malam tu. Mira dah balik. Keluarga dia ambil. Sha rasa tak sedap badan dan petang tu badan sha panas dan demam. Kalau ada yang pelik kenapa sha tak balik atau suruh parent ambil. Sha memang tak beritahu parent pon. Sebab akan menyusahkan mereka. Johor dengan penang bukan dekat. Badan sha lemah sangat sampai makan pon tak larat. Nasib baiklah ada kawan yang ambil berat. Masa ni dia macam kakak bagi sha. Badan sha panas sangat, sha dapat mc 3 hari tau. Siap masuk air.

Malam tu, setelah sekian lama, sha mimpi semua budak perempuan tu, datang dekat katil sha, lelaki berjubah hijau tu tetap ada. Dia hulur sebotol air dalam botol kaca kepada budak perempuan tu. Sha masih tak larat. Budak perempuan tu suapkan air tu untuk sha minum. Dan dia usap kepala sha. Pagi tu, sha terbangun masa azan subuh. Sha rasa macam segar sangat, macam tak demam pon semalam. Sha pergi kelas, lecturer pon pelik sebab sha dapat mc 3 hari kan.

Malam berikutnya sha mimpi lagi, tapi kali ni budak perempuan tu bagi kertas. Kertas tu tulis satu ayat. Ayat tu sha ingat sampai sekarang. Ia sepotong ayat alquran. Dipendekkan cerita, satu malam lepas tu, mira balik. Sha pon pergilah mnta maaf sebab dah tarik da sampai jatuh meja. Dengan yg lain, yg sha maki semua tu sha dah minta maaf. Mira pon pelik sebab masa tu dia kata dia tak ingat pulak sha tarik dia. Tak apa lah. Baru je nak keluar bilik, sha dengar ramai orang berlari ke bilik sha. Rupanya roomate sha sendiri kena ganggu. Orang yg sha cakap macam kakak tu (kak siti).

Mula2 sha takut sebab takut benda yang sama jadi lagi kat sha. Tapi sha gagahkan juga pergi tengok dari celah2 orang lain. Tapi sha jadi sedih, sha nampak kak siti tengah tarik2 rambut dia dan hantuk kepala dia ke dinding sambil nangis kadang jerit. Sha terus masuk dalam bilik tu peluk kak siti walau dia tepis dan tolak. Masa tu uztad tak ada kat asrama. Dari rumah dia, 45 minit juga kalau ke asrama. Dia dalam perjalanan. Sha terus teringat potongan ayat tu. Sha baca dan hembus kat kepala kak siti. Yang lain tengah baca yasin. Tiba2 je kak siti jerit sekuat hati dan ada angin kuat hempus kat langsir bilik. Kak siti pengsan. Barulah uztad sampai.

Lepas kejadian tu, banyak gangguan yang sha dapat. Sampai satu tahap sha nak berenti belajar. Sha nk bunuh diri. Macam2 sha rasa. Ada benda ikut sha. Ada bunyi orang berbual tepi telinga sha masa tidur. Ada benda bisik2 kat telinga sha. Sampai ada satu masa, sha jerit diam masa leture mengajar. Sha tak tahan. Sampailah cuti semester, sha balik johor. Sha da nekad nak bagitahu ibu yang sha nak berhenti belajar.

Malam tu, sha mimpi lagi budak perempuan tu. Tapi mimpi kali ni lain. Mimpi kali ni, ramai sangat orang. Semua berpakaian putih kecuali lelaki berjubah hijau tu. Budak perempuan tu bagi sha sehelain selendang putih dan gelang dari bunga. Malam tu macam ada keramaian. Macam majlis kesyukuran. Banyak makanan. Dan sha makan bersama mereka. Sebelum baik Lelaki berjubah hijau tu bagi sha minum air yang ada akar kayu dalamnya. Dan kemudian dia ambil lagi satu air dalam mangkuk yang penuh bungai dan rejiskan ke mata sha. Sha terbangun.

Selepas tu tak ada gangguan lagi. Alhamdulillah. Sha pon dah semangat balik nak belajar dan berjaya abiskan belajar. Dan sepanjang belajar, sha dapat membantu uztad kalau ada orang yang diganggu. Tapi itulah kali terakhir sha mimpi budak perempuan tu. Mungkin tu majlis perpisahan. Sha tak tahu. Yang jadi persoalan pada sha. Itu cuma mimpi atau apa? Kalau bukan mimpi, siapa budak perempuan tu? Kalau betul dia wujud, ada kah cara sha nak jumpa dia walau cuma mimpi. Salahkah perasaan rindu sha pada dia?

Kalau ada yang melalui sama macam sha, tolong kongsikan. Kalau ada yang ada pendapat tolong kongsikan. Sha masih cari jawapan. Maaf kalau cerita sha ni kurang menarik dan maaf atas segala kekurangan.

11 thoughts on “Sahabat Dalam Mimpi”

  1. Mereka sahabat yang baik. Mereka mungkin bukan golongan manusia. Tapi sayangnya saya x ada cara yang boleh tolong sha mimpi juma mereka lagi.

    Reply
  2. kte mimpi yg same sha……tp awk mimpi budak prmpuan kn…..sy mimpi org tua brjubah putih ngajar sy brubat………..smua mnggunakan ayat al-quran………semasa tempoh blaja smua perkara mistik berlaku kpd fmly sy dan sy yg akan brubat kn dorg

    Reply
  3. Seronok kisahnya.kalau sy pn memang akan rindu x terkira dekat sahabat baik tu.try la melawat semula kawasan belakang rumah tu sorang2 dan duduk kenangkan sahabat tu.buat selama 3 kali.7/10 bintang dari sy.

    Reply
  4. Buat le solat hajat minta ngan Allah swt jika mereka tu makhluk baik.
    Walau apa pun jangan sesekali lupakan Allah swt pencipta segala makhluk dan seluruh alam ni.

    Reply

Leave a Comment