Assalamualikum. Aku Sue. Berumur 23 tahun.Hm, kejadian ni memang sampai bila bila pun aku takkan lupakan. Ini kisah masa aku sekolah menengah.
Aku sekolah di satu daerah kecil (Belaga,Sarawak). Jadi penggunaan motorsikal tu tak ketat. Bawah umur atau tiada lesen pun boleh bawa ke sekolah yang penting perlu guna topi keledar.
Jadi kisah dia bermula bila malam tu, cikgu seni kami nak adakan kelas malam. Sebab nak siap kerja khusus utk PBS. Jadi kami sekelas pun bersetuju dan kelas itu akan bermula pada jam 7:30 petang.
Salah seorang kawan aku , Nana (bukan nama sebenar) minta aku untuk mengambil dia petang itu dan saya pun bersetuju. Untuk pengetahuan, rumah saya ni dekat aje dengan sekolah. Boleh jalan kaki. Rumah dia jauh sikit. Di kawasan perkampungan melayu atau lebih dekat di pasar.
Kami bercadang untuk datang awal sedikit ke sekolah. Jadi aku bersetuju untuk mengambil Nana pada jam 7 petang. Di Sarawak, jam 7 sudah cukup gelap seperti malam. Tapi itu bukan lah benda yang menakutkan aku .
Jam 6:55 aku sampai di rumah Nana. aku duduk di atas moto di depan rumah Nana sementara menunggu. Rumah mereka rumah kayu tinggi. Dibawah rumah mereka sangat luas, gelap banyak barang barang yang dibuang di sana.
Aku perhati dengan sekilas sahaja rumah Nana. “Agak menyeramkan jugak”. Bisik hatiku.
Sedang aku bertenggek di atas motor, sambil kepala ligat melihat sekeliling. Pandangan ku terhenti dengan satu tubuh yang berada di bawah rumah Nana.
Kain ke? Orang? Bulu romaku mulai naik. Seakan tak percaya. Ini yang aku lihat.
Sosok seorang yang wanita berbaju putih rambut panjang cecah ketanah sedang dalam keadaan merangkak dan tangannya senget! Matanya merah menyala tapi aku dapat nampak wajah wanita cantik. aku kaku.
Aku betul-betul tergamam dalam keadaan takut. Hendak sahaja aku hidupkan enjin motor dan lari dari situ.
Kejadian tersebut kurasakan amat lama. Lebih kurang dalam 10 minit aku terpaku sebegitu.
Kucuba alihkan pandangan ke arah lain. Degupan jantung aku tak payah cakap, dah rasa macam nak tercabut pun ada. Tidak lama kemudian, tiba tiba 2 orang kanak kanak berlari mengelilingi wanita itu tadi. Aku terkejut.
Apa benda yang aku nampak dan tengah tengok pada waktu itu. Aku cuba nak alihkan padangan tapi tak dapat. Mataku seakan akan dipaksa untuk melihat benda itu. Sehinggakan Nana sudah ada di tepi aku pun aku tidak sedar.
Nana tegur aku , aku hanya sempat tangkap dia cakap “Su, jomla!” Tersentak aku, Nana sudah ada disebelahku. Aku mengangguk dan terus menghidupkan moto.
Aku sempat menoleh belakang, tubuh wanita bawah rumah tadi masih ada di situ.
Sepanjang jalan aku diam sehingga la hampir terlanggar seekor kucing. Barulah aku dapat bercakap dan dapat rasa masih bernafas.
Nana tanya aku , sama ada aku okay atau tidak. Aku hanya mampu balas, “Esok la saya bagitau.” Dan Nana pun mengiakan saja. Habis saja kelas malam itu, aku tidak mahu menghantar Nana dan minta tolong daripada kawan yang lain.
Keesokan harinya, aku menceritakan apa yang aku nampak malam itu pada Nana. Nana terkejut dan tidak percaya sehingga la dia nampak aku menangis ketakutan teringat kejadian itu. Dia pun menceritakan perkara itu ke orang tuanya.
Selang beberapa hari, orang tua Nana memanggil beberapa orang ustaz untuk “memeriksa” keadaan rumah mereka dan mencerita apa yang berlaku. Setelah di “siasat”, rupa rupanya benda tu adalah saka kepunyaan seorang nenek tua yang dipanggil Nek Pah yang rumahnya berada dibelakang rumah Nana. Saka itu diguna oleh Nek Pah dari dulu untuk mengekalkan kecantikannya.
Dan semenjak hari kejadian, sampai ke hari ini aku dapat melihat benda halus yang cantik, yang hodoh. Cumanya, aku tidak tahu sama ada “mereka” yang aku lihat itu, tahu bahawa aku melihat mereka.
Kadang aku terfikir, adakah semua ini hanya halusinasi aku? Ataukah ini yang dikatakan hijab seseorang itu terbuka? Aku cukup skeptikal dengan hal berkaitan hijab terbuka ini.
Itu sahaja, kisah ringkas dari aku. Assalamualaikum.
Ok juga kisahnya…not bad…seram
jangan laa benda tu kacau kau dekk
Wkumsalam. Maksud Sue, hingga sekatang boleh nampak makhluk halus?
Tentu banyak cerita kan? Kongsi ya?!
Terima kasih cerita saka di atas….
Harap ada lagi cerita dari Sue.
Yup… setuju dengan Anggerik, mesti ada bnyak lagi pengalaman bleh share.
even crita ringkas but so scary gak la kan kalau da merangkak gitu spe jer tak trkejut hahah..so ni mesti bnyk lagi kisahkn nk kongsi,menarik teruskan!
org yg hijabnya terbukak dri asal ni sbb dia seorang yg kuat….anggap ni kelebihan untuk diri yg xde pada semua org…..pengalaman yg dicrita ni overall okay….pkalau ada lagi pengalaman yg nak cerita tu kongsi laa kat sini bebnyak ye…hehee…
Waalaikumussalam.
Remang boh,aq baca time kt tengah sawah dengan hjan lebat plak tu.
Apalah nasib ku ni.
Cerita mu seram btw,kongsi la kalau ada lagi ye 10/10
Even ringkas tetapi scary
Waalaikumsalam.. seram jg cerita awk👍🏻
Ringkas bebenor citer mike ni wehhh. Tapi xpe jln citer ok…
Ade citer lain lg lekaih2 sambung yer…
mintak no. la dek
msti ade lagi kan pengalaman cerita lah…
sis i nk tnya nie… nenek tu masih csntik n nmpk muda ke skrg nie?? #nenek yg ada saka cntik
not bad
Ringkas tapi scary yang amat. I like.