Saka Nenek Tua

Hi, Assalamualaikum admin dan readers sekalian. Thank you admin kalau publishkan cerita ni. 5 star saya bagi.

Nama aku Az cerita ni ada hubung kait dengan cerita aku yang first sekali yang tajuk “Teman Wanita Imaginasi” tajuk je gempak tapi jalan cerita kelaut aku tak double check betul-betul. Maaf aku tak boleh puaskan hati semua orang.

Ok, cerita ni fresh lagi masa Syawal kedua benda ni berlaku. Masa hari raya kedua kami sekeluarga rancang nak pergi bercuti ke Negeri Sembilan. Jadi, malam tu semua prepare barang-barang nak pergi dan orang yang paling tak sabar mestilah nenek aku. Sebab dia akan dapat jumpa cicit-cicit dia kat sana.

Malam tu, semua tidur awal sebab taknak terlepas kereta api keesoknya.
Disebabkan pagi raya tu semua sibuk melayan tetamu sampai semua pakat tidur awal, tinggallah aku dengan arwah nenek aku. Aku memang tak boleh tidur awal malam tu. Tak tahu kenapa. Maybe sebab tak sabar jumpa saudara-mara kat sana.

Nak taknak aku lah yang kena melayan kerenah arwah. Serius aku cakap perangai arwah malam tu lain betul. Kejap suka, kejap sedih. Macam-macam benda dia cerita kat aku. Dalam pukul 1:20 pagi macam tu, aku tengok arwah dah terlelap dekat atas katil dia dengan selimut entah ke mana.

Aku carikan selimut arwah lepas tu selimutkan dia, dan aku terus masuk bilik aku. Untuk pengetahuan korang, bilik aku ni bersebelahan dengan dapur jadi nak pergi ke sana memang banyak halangan. Biasalah rumah kampung ada je saudara-mara yang tidur bersepah. Aku jalan dengan berhati-hati takut terpijak anak orang.

Sampai je dalam bilik bukak lagu sambil layan mesej-mesej skandal tiba-tiba aku dengar suara nenek aku dok panggil-panggil nama aku. Aku baru je baring, memang malaslah nak bangun dengan ruang tamu dah macam medan perang yang penuh dengan periuk apinya.

Tapi bila aku menyahut dia panggil, dia senyap pulak. Mainan perasaan aku jer kut. Malas nak melayan, aku pakai earphone, lepas tu terus tidur. Dalam pukul tiga pagi, aku dengar macam suara orang semput plus tersedak kuat bunyinya. Sampaikan aku yang pakai earphone volume 15 pun boleh dengar.

Aku cabut earphone, aku amati bunyi tu. Sah bunyi tu datang dari ruang tamu tempat arwah tidur. Berlari-lari aku ke sana dengan gelap dan kepala sedara mara yang bersepah dekat situ. Sampai je katil tu, aku kejut nenek aku. Terkejut aku tengok nenek aku dengan mata terbeliak ke atas, mulut berbuih-buih, buat bunyi menakutkan malam-malam buta macam tu. Cemas jangan cakaplah, sampai aku lupa nak on lampu.

Aku kejut mak aku. Lepas tu, masa nak on lampu tu aku rasa macam diperhatikan dari atas katil nenek aku tu. Aku abaikan saja. Bila semua orang dah bangun bawak nenek aku pergi hospital, dah percutian keluarga esok dibatalkan. Sebab arwah menghadapi masalah paru-paru berair.

Dua bulan tak baik² pakcik aku iktiar nak bawah jumpa ustaz sebab makin lama dekat hospital makin parah. Macam tak boleh bercakap, lepas tu dia tak kenal anak-anak dia. Cucu dia pun dia tak ingat. You all tahu apa yang ustaz tu cakap? Arwah nenek aku ada membela. Saka nenek tua rambut putih bertongkat muka hancur ustaz tu cakap. Arwah sakit sebab saka tu lah.

Dia mengamuk tak dapat makan lalu dia tindih arwah sebab tak bagi makan. Dia nak b***h arwah malam tu tapi sebabkan aku tersedar pada malam tu, dia lepaskan dulu arwah. Dia target aku pulak sebab kacau plan dia nak b***h arwah, perasaan cuak aku tak dapat digambarkan.

Ya, macam yang aku cakap dekat intro tu, ‘Lara’ kembali untuk tolong keluarga aku. Dah macam drama pulak. Tapi serius, ini kisah benar. Malam tu aku mimpi Lara datang suruh cari buluh apa entah warna kuning. Dia suruh aku letak dekat bawah bantal arwah.

Lepas tu, bawak lagi pergi berubat.
Aku pun ikut masa tu. Kali ni dekat rumah bomoh pulak. Daripada berubat cara ustaz, terus ke cara syirik pulak tu. Kalau dah bomoh, tak manis pulak kalau dia tak mintak yang bukan-bukan. Ayam hitamlah, rebung buluhlah. Benda yang paling mengarut bomoh ni minta ialah telur mentah yang dalam dia warna kuning full. Meleweh sangat bomoh ni. Aku dah bosan, terus aku ajak pakcik aku blah. Padan muka dia tak dapat tipu kitorang semua.

Lepas sebulan, makin parah sampai dah tak boleh jalan arwah dibuatnya pakcik aku bawak lagi pergi jumpa ustaz. Ustaz yang benar-benar boleh dipercayai.

Ustaz tu kata, arwah dapat saka tu daripada nenek moyang aku. Orang dulu-dulu kan ambil benda-benda ni nak buat perlindungan diri. Ustaz tu kata lagi, dulu nenek aku memang pernah nak buang. Masa lahirkan mak aku, kalau tak silap. Nenek aku buat perjanjian dengan benda tu, jangan muncul lagi sampai keturunan ketiga. Sebabnya dia berjanji macam tu ialah; dia ingatkan nak gugurkan mak aku dalam kandungannya.

Tapi hidayah Allah tu besar. Mak aku selamat dilahirkan. Tapi saka tu muncul balik. Dia cari anak nombor tiga, iaitu adik aku. Sampailah sekarang ni, nak buang boleh, tapi saka tu pasti datang balik. Nak tak nak, malam tu juga kumpul adik-beradik mak aku dekat rumah ustaz, nak buang benda ni

Janji tetap janji. Saka tu akan datang balik tapi dalam jangka masa tiga dekad lagi. Nenek aku pergi masa malam tu juga. Sedih tak payah cakap. Aku yang last dapat berbual dan melayan dia masa dia sihat dulu, membuatkan rasa tu lagi menusuk-nusuk pedihnya.

Pagi tu, kami sekeluarga kebumikan arwah. Sayu je pagi tu. Hujan dari pagi sampai ke petang.

Dekat tanah perkuburan tu penuh family aku jer. Aku nampak ‘Lara’. Dia pun sedih. Dekat tanah pekuburan
tu memang penuh dengan linangan air mata jer. Malam tu, semua tak tidur. Pakat berjaga jer. Ada yang masih bersedih lagi

Aku dapat tidur pun sekejap-sekejap jer. Sampaikan aku mimpi ‘Lara’ datang nak minta maaf kat keluarga aku sebab dia tak boleh tolong keluarga aku. Well, dia sebenarnya bukan tak boleh tolong, tapi dia takut nak menghadap saka tu sebab dia kata badan saka tu besar. Muka koyak sana-sini.

Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Tapi dalam iktiar lagi cara nak buang saka tu sampai sekarang.

*Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa sikit, sebab aku ni masih bersekolah menengah lagi. Lagi satu, perkataan ‘aku’ tu hanya untuk sedapkan cerita. Maaf kalau terlalu kasar.

Al-Fatihah Nenek.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

#KakiGlodwing
FB Penulis

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

4 thoughts on “Saka Nenek Tua”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.