Saka Rumah Pusaka, Cerita Arwah Mak

Ingat lagi cerita ini? Cerita berdasarkan pengalaman keluarga ku terhadap rumah pusaka keluarga kami yang terletak di Seberang Takir, Kuala Terengganu tak berapa lama dahulu. Tak sangka ramai yang berkeinginan nak tahu lokasi sebenar rumah ini. Aku ada reply kepada berberapa pertanyaan di ruang komen di cerita ini pada Bahagian satu lalu. Pada anda yang ingin tahu mungkin asal usul kejadian cerita dan rumah ini boleh cari dengan menggunakan tajuk yang sama. Saka Rumah Pusaka

Kali ini aku akan bercerita kejadian di rumah ini menurut cerita arwah mak.

Mengikut susur galur keluarga ku, Moyang ku adalah generasi pertama menduduki rumah ini. Orang kampung mengenalinya sebagai Tok Tahir Tukang kerana dia adalah tukang kapal. Isteri ya, di kenali Tok Yam Laksa, pembuat laksa dan kuih muih. Kalau tak silap mereka mula menduduki rumah ini sekitar tahun paling lewat 40 an. Anak-anaknya ada 13 orang semuanya tapi hanya tiga anak perempuan yang hidup hingga usia tua. Salah seorangnya nenek ku. Dan dari nenekku lahirnya mak.

Seingat mak aku, sejak dia lahir rumah pusaka memang sedia berhantu. Berahi ngosek kata loghat Terengganu. Dari tahap menakutkan hingga terbiasa, ada kalanya ke tahap merimaskan. Antara gangguan boleh kata hampir setiap hari berlaku deruan bau busuk yg amat sangat atau pun wangi yang teramat sangat tanpa diketahui dari mana punca. Keadaan bilik Air yang terletak di luar rumah tapi dihubung dengan pecahan batu hingga ke tangga dapur. Menurut mak, bila margrib menjelang sentiasa akan terdengar bunyi terompah dilaga-lagakan pada batuan itu walhal semua ahli ada di atas rumah. Siapa di bawah? Dan kita sedang bercerita keadaan sebuah kampung melayu lama tahun 50 an ya? Margrib pada waktu ini sudah gelap gelita. Juga terdapat sebuah katil besi tempawan tinggalan tuan rumah asal si nakhoda kapal, pemilik saka tersebut diatas rumah, menurut mak dijadikan tempat letak barang saja. Tiada siapa antara ahli keluarga berani nak tidur diatasnya. Kenapa? Ia akan berbunyi bila malam, bergegar ke kiri ke kanan seakan ada orang baring berkalih-kalih diatasnya.

Satu kejadian yang mak aku alami dan boleh dikatakan hardcore, seolah-olah petikan sebuah dari filem seram kalau diikutkan. Ketika arwah berusia lebih kurang dalam 14 tahun, anak remaja sedikit nakal mungkin. Kata mak waktu itu pada suatu rembang petang. Pada pos sebelum ini ada aku cerita rumah ini terletak berhadapan sebuah tanah perkuburan lama di Seberang Takir. Pendek kata, kalau dibuka pintu depan rumah, pemandangan yang terhidang depan mata adalah tanah perkuburan. Tapi persempadanannya dipisahkan oleh pagar kayu rumah ini, sebatang jalan yang waktu itu jalan batu letrit ( batuan merah) dan pagar kubur. Nak dijadikan cerita mak aku baru dimarahi nenek, apa sebabnya aku tak pasti. Maka merajuk lah mak aku ini dan duduk di pintu depan rumah yang mengadap tanah kubur tadi dalam rembang petang tadi. (Silap Besar)

Dalam keadaan hati melayan rasa marah dan tak puas hati, matanya tertancap pada sebatang tiang kayu letrik yang berada berhampiran di pagar kubur. Dalam keadaan sangat, gelap dan Terang senja itu, kelihatan sesuatu di bawah tiang itu, berwarna hitam. Rupanya seperti satu plastik sampah hitam. Tapi ia bergerak-gerak! Mak cuba cuba memberi perhatian pada apa yang dilihat kerana ja sangat pelik, benda apa yang tiada bentuk sahih, berwarna hitam pekat dan bergerak-gerak. Berberapa ketika, ia mula bergerak menjalar naik tiang letrik tersebut melilit seperti seekor ular. Tapi rupa masih belum jelas. Mak aku betul-betul bagi perhatian kerana rasa ingin tahu teramat sangat apalah benda alah nya itu. Sehinggalah ia sampai ke puncak tiang!

Di puncak tiang benda hitam itu mula membentuk. Terjulur seakan tangan di kedua singa dan seakan juga kepala. Bentuknya tak sempurna rupa manusia tapi jika dilihat kita tahu ia sedang cuba berupa manusia. Tapi bahagian bawahnya masih melilit tiang seperti ular. Dan bila bentuk kepala muncul, terbitkan sepasang titik merah menyala seakan mata merenung balik kearah mak ku yang memerhatikannya dari arah anjung rumah. Meliuk lentuk menari Tapi gerakan ya seperti manusia tidak bertulang. Tapi mak aku tidak diselubungi rasa takut sebaliknya seperti kebingungan dan terlalu taksub memerhayikan makhluk itu. Hingga tak mampu hendak mengalihkan pandangan. Kejadian makhluk itu turun naik melilit tiang tersebut berulang berberapa kali, sehinggalah menurut mak kedengaran bunyi enjin vespa pakcik ku iaitu abang mak ku yang sampai di pintu pagar rumah. Bila bunyi vespa itu mendekati, menurut mak makhluk itu melompat masuk ke pagar kubur dan hilang begitu saja.

Pakcik aku memeluk bahu mak yang padanya kelihatan termenung jauh seakan hilang dalam lamunan. Bila tersedar, bila pakcik aku bertanya mengapa mak aku berkelakuan begitu, mak aku menceritakan apa yang dilihatnya. Dan bila pakcik aku membalas apa yang dilihatnya itu hantu, kata mak aku seluruh semangat dirasa hilang. Terkejut sangat. Mungkin itu penampakan pertama kali secara berdepan yang mak alami.

Kalau nak disenaraikan kejadian demi kejadian rumah pusaka ini, aku tak pasti berapa banyak perlu aku tulis. Boleh kata setiap dari ahli keluarga, sepupu sepapat, mak cik dan pak cik saudara semua ada pengalaman di rumah ini. Namun begitu, rumah ini juga banyak kenangan indah, tempat kami bersama sepupu dan saudara beramah mesra, bermain bersama. Kini sudah 20 rumah ini roboh, namun kenangan kami tetap kekal seperti ia masih ada…..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.8]
Faizal Mamat

2 thoughts on “Saka Rumah Pusaka, Cerita Arwah Mak”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.